Selasa, 31 Mei 2011

8 tahun

Syukur..itu yang mampu aku ucapkan..sedar atau tidak,hari ni genap usia perkahwinan aku dengan isteriku yang ke 8 tahun..secara peribadi aku ucapkan jutaan terima kasih kepada isteriku di atas segala-galanya,semoga hubungan kita ini berkekalan hingga ke akhir hayat,dan maaf andaikata terdapat kekurangan dalam diri aku ini,namun percayalah..aku sedaya upaya memperbaiki keadaan..love u always...rafidah damirin..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 24 Mei 2011

Maaf,terpaksa menduakanmu

Alhamdulillah,akhirnya dapat juga aku merasainya setelah beberapa tahun aku memendamkan hasrat untuk mendapatkannya,bukan tak sayang.sayang.banyak jasanya kepada aku serta keluarga.namun sejak akhir-akhir ni,sedikit-sedikit kau sakit,aku pun dah tak larat nak merawatnya lagi..'klinik" yang dipergi bukan calang-calang,mau ratusan juga.walaupun takde yang baharu,yang jedua pun jadilah,hasil titik peluh aku,nak gak aku rasainya.biarpun ada kala ada yang tak setuju.tapi sanpai bila aku nak turutkan katanya.aku kena gak buat keputusan sendiri.itu yang aku termampu dan terdaya.walaupun berat,namun aku terpaksa,bukan ada niat lain.nak tak nak,terpaksa atur strategi intuk memastikan agar semuanya berjalan dengan lancar.


Sent from Samsung tablet

Isnin, 23 Mei 2011

Ni belum jadi yb lagi ni..

Bukan mudah untuk menyelesaikan masalah "raknyat"di kawasan aku ni,adakala mendatangkan mudarat terhadap diri aku.yang pelik-pelik mereka nak.tak turut salah,diturutkan memang salah.bila tak turutkan,mulalah kata kita tak prihatin,tapi bila diturutkan,lain pulak jadinya.serba salah jadinya,nak luluskan permohonan mereka ini pun agak berat.tak jadi hal takpe,kalau jadi hal.sapa nak tanggung?dahtu program nak buat tak kena masa,cukup ke peralatan keselamatan mereka?si ayahnya ni pun satu,berapa lama dah tinggal dikawasan ni?adakala aku terpaksa ambil keputusan untuk.tidak meluluskan program ini,biarlah mereka memberontak sekarang asalkan semua selamat.bukanlah aku nak pohon perkara yang negatif berlaku,tapi prinsip aku,kebih baik aku ambik.risiko.awal dari risiko kemudian hari.

Sent from Samsung tablet

Ahad, 22 Mei 2011

ANUGERAH 2011




Syukur alhamdulillah,segala pujian bagi Mu tuhan pentadbir sekelian alam..anugerah ini merupakan anugerah bukan sahaja untuk diri aku sendiri,malah untuk seluruh jawatankuasa aku sepanjang tahun 2011 ini.sokongan dan dorongan yang diberikan adalah amat beerti dalam kehidupan serta pentadbiran aku selama 4 tahun ini..ianya 1 pencapaian yang amat membanggakan buat diri aku dan memberikan semangat untuk aku bekerja dan bekerja dengan lebih kuat lagi.biarpun aku akan melepaskan jawatan ini,untuk beri muka baru terajuinya dan mungkin aku akan ke peringkat seterusnya,aku harapkan agar pengganti aku akan lakukan lebih baik lagi dari apa yang aku lakukan...

Sabtu, 21 Mei 2011

Allah Maha Mengetahui...

bukan semua cerita akan aku publish dalam laman blog aku,aku tau blog aku ini tak secanggih blog-blog yang lain,tapi bagi aku,biarkanlah,ada orang baca,aku ucapkan terima kasih,kalau tinggalkan komen lagi aku hargainya..kebanyakkan cerita dalam blog adalah berkisar suka duka perjalanan aku dimuka bumi ini,pahit manis akan aku kongsi bersama..
aku hari ni bukan nak bercerita tentang laman blog..akan tetapi kisah anak murid aku Mohd Adam Hafiz Abdul Rahman ,kini telah pergi meninggalkan aku serta rakan-rakan buat selama-lamanya,menuju ke satu alam yang baru...Al-fatihah...


Seawal pagi ni,seperti rutin harian aku,selepas solat subuh dan selepas menyelak helaian surah-surah al-quran,aku mengambil tablet aku,semak posting-posting terkini dari laman fb aku
aku terkejut bila baca dari wall ayahanda hj rahmat salihon ..terkedu juga aku dibuatnya...lantas aku pergi bersiap dan ke ssas untuk majlis yaasin dan tahlil arwah..Beliau dan bapanya telah dipergi untuk memasang jaring (jika tak salah)di Pantai Kelanang.namun sudah ketentuan daripadaNya,air pasang dan beliau serta bapanya lemas..aku difahamkan bahawa arwah sempat melambai-lambai menggunakan bajunya ke arah seorang wanita di sana,namun pada anggapan wanita itu,arwah hendak menguratnya..ye lah,superti yang aku katakan,sudah tertulis untuknya...walaubagaimanapun,arwah bapanya telah dijumpai oleh sekumpulan nelayan disitu,dan sehingga ini (sewaktu aku menulis)dikhabarkan bahawa jenazah arwah adam masih belum diketemui..aku berdoa agar jenazahnya dijumpai dan rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.insyaAllah..
Adam,panggilan rakan-rakan sekoolahnya,(sama nama macam putera aku),baru aku kenali pada tahun ini,akui tak berapa rapat,kerana arwah dicawangan SSAS,manakala aku pula akan memantau semua gelanggang SILAT KUNTA..ada kala,jika aku free,aku akan turun.Arwah banyak membantu aku serta rakan-rakan dalam special project aku,buat show sana-sini..beliau yang senantisa tenang buatkan cepat mendapat apa yang diajar.show terakhir,adalah di dewan AIM POINT,Sg Emas,beberapa bulan yang lalu,dan dari situlah aku dapat berbual mesra dengan semua anak-anak didik silat kunta,dan salah seorang daripadanya adalah arwah.dari situ juga aku tau bahawa beliau dahulunya dari sekolah SAMTAR Sg.Manggis dan telah bertukar ke SSAS.
Kami juga sempat bersama dalam program pra-camping,akhir bulan April lalu..seperti biasa..tenang dan muda tersenyum tetapi aku sifatkan dia seorang yang amat pemalu.
selaku big boss dalam kunta,aku amat terasa akan pemergiannya ini..al-fatihah...

Khamis, 19 Mei 2011

Dah tiba masanya

Sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja pada hari ni (19/5/11).seperti kebiasaan kalau dalam kereta,aku akan mendengar radio,sudah pasti stesen radio yang panas,hotz fm ler,memang awal-awal pagi aku akan buka stesen ni,buat kan aku tak kering gusi mendengar telatah fbi,ag dan fafau,ada kala aku juga turut menyanyi,kalau lagu tu kena dengan jiwa aku lah,nak dapatkan mood di awal pagi ni memanglah susah,so,kenalah cari tune yag betul..
Aku bukan nak cerita tentang stesen radio ni,tapi stesen radio nilah yang buat aku tergamam seketika dan beriistigfar dan pohon keampunan dari Allah swt..
Berita apa?9 TAHUN LAGI BANDAR-BANDAR BESAR DI DALAM MALAYSIA INI AKAN TENGGELAM!Klang salah satu dari bandar tu,kalau dah klang tenggelam.tentulah jiran-jiran di sekeliling juga akan merasai kesannya.
Nak kata berita palsu,aku tak berani nak huraikan,sebab jika Allah swt berkehendakkan sesuatu,maka ia akan berkata,jadi,jadilah ia,TANPA menunggu walau sesaat pun.Allah Maha Besar.
Adakah bangunan-bangunan pencakar langit itu tanda-tanda awal kiamat?tanda-tanda kecil sekarang ni lun dah mula kelihatan,takkan kita masih tidak sedar lagi,Ya Allah,ampunilah aku serta keluarga aku.
Berbalik semula dengan cerita tenggelam ni,menurut pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM,paras air laut MENINGKAT setiap tahun bermula tahun 2004 lalu hinggalah tahun ini dimana purata 10cm setiap tahun.
Pada aku,kita semua telah sampai ke penghujungnya,kembalilah berpegang dengan Quran dan Sunnah..Sudahkah kita bersedia untuk menemui pencipta kita dengan amalan yang masih sikit,dengan diri yang dipenuhi dengan kekotoran akibat dosa-dosa kita selama ini?Ya Allah,sesungguhnya aku tak layak untuk masuk syurga Mu,dan aku juga tak sanggup ke neraka Mu.

Sent from Samsung tablet

Rabu, 18 Mei 2011

Apa nak.jawab nanti?

Ada masa kita diuji dengan ujian yang amat berat,itu yang kita rasakan,namun disisi Allah,ia tidak berat.kerana,ujian diberi adalah semata-mata untuk menguji kesabaran dan keimanan seseorang hambanya menghadapi sesuatu ujian.itulah yang aku pegang hingga hari ini,walaupun pada hakikatnya,ianya amat perit sekali,amat berat sekali.aku hanya mampu dan terdaya untuk berdoa dan mengharap akan seseuatu keajaban berlaku.bukan mudah untuk aku hadapi ujian ini,masih bertahan dan bertahan,ada kala terpaksa pohon bantuan juga dari teman-teman,perasaan malu harus aku ketepikan demi untuk menyelamatkan keadaan yang sukar ini.mujur rakan-rakan faham akan situasi ini.malah dalam hati senantiasa berkata,ada orang lebih susah lagi dari aku,tu yang menjadikan aku lebih kuat hadapi rintangan ini.ada hikmah disebalik apa yang dah tertulis untuk aku.mungkin ini pembalasan yang harus aku terima di atas setiap dosa aku,jika ya.aku hanya mampu berdoa kepada Mu ya Rob,ampunilah aku,kasihanilah aku,aku tahu aku dah banyak lakukan.kesilapan,kesalahan namun KAU berilah aku peluang sekali.lagi untuk aku tebus akan dosa-dosa aku yang tak larat untuk aku tanggung.aku cuba perbaiki akan diri aku,rohani dan jasmani,fizikal dan mental semuanya harus aku bersihkan..demi mendapat bekat dan keredhaan Mu.
Usia semakin meningkat,tatkala ini,aku harus memikirkan perjalanan kehidupan aku dan keluarga,kemana meeka nanti pabila Allah menjemput aku?aku berdoa dan teus berdoa agar aku dilanjutkan usia,sehari-demi sehari aku menadah tangan pohon kepada Mu agar dikau perkenankan doa aku.aku sedarinya Ya Allah,waktu senang aku lupa,aku alpa,aku lalai dengan suruhanmu itu,namun mulianya engkau Ya Allah.kerana engkau tidak pernah lupakan hamba-hamba mu walaupun sedetik,

Sent from Samsung tablet

Khamis, 12 Mei 2011

Mentari Muncul Lagi..

Bila dengar lagu dari kumpulan Slam ni..memberikan 1001 makna dalam kehidupan aku,seolah-olah memberikan sinar buat aku meneruskan kehidupan dimuka bumi ini..الحمدلله ..aku panjatkan rasa kesyukuran yang ✗ terhingga..namun masih segar dalam sejarah hidup aku..tanggal 13 Mei 2005..bila "kuasa"merajai segala-galanya..maka hilanglah pertimbangan diri seorang yang beragama Islam..bila "ego"menguasai diri akan lenyaplah nilai-nilai kemelayuan..hanya semata-mata inginkan pangkat dan darjat di dunia.Namun ✗ semudah itu untuk aku lupakannya,hinggalah ke akhir hayat aku..bilamana masa depan aku kau gelapkan..kau hancurkan demi kepentingan diri sendiri.namun Allah itu maha adil lagi maha bijaksana..pada zahir aku mampu tersenyum dengan dirimu itu,bukan kerana aku dah maafkan kau..tapi aku lakukan kerana perbezaan pangkat..hari ni kau mampu tersenyum megah!namun 1 hari kau akan termengah-mengah akibat senyuman kau itu..jangan ingat peristiwa 6 tahun lalu aku boleh lupakan..malah setiap tahun..akan aku tulis,tulis dan menulis akan tarikh keramat ini..kepada yang beri sokongan kepada aku,terima kasih diucapkan..Allah akan balas jasa baik kalian..namun kepada makhluk ini,sedarlah,pangkat dan darjat yang kau banggakan dahulu ✗ akan berkekalan lama..tak bawa mati pun..aku masih ingat riak wajah engkau pada masa itu..sombong,bongkak..namun AWAS!sejarah hidup engkau aku tahu..-nukilan hati aku 13Mei muncul lagi-
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 10 Mei 2011

Kisah rm20.00

Sapa sangka dan tanpa aku duga.impian telah menjadi kenyataan.berbekalkan duit dipoket yang cuma ada rm20 ketika itu,rezeki dari tempat lain ada..macam tak percaya,tapi itulah hakikatnya.benarlah,kalau kita berbelanja di.jalan Allah swt,rezeki kita itu akan dilipst gandakan.maka tanggal 9/5/2011.ianya telah menjadi kenyataan.hanya DIA sahaj yang tahu akan perasaan aku.ketika itu.alhamdilillah.terima kasih.

Sent from Samsung tablet

Isnin, 9 Mei 2011

Turun Padang





Turun padang Skuad Sayang buktikan keprihatinan


TELOK DATOK – Kerjaya sebagai wartawan atau jurugambar bukanlah sesuatu yang mudah, pelbagai cabaran terpaksa dilalui semata-mata untuk menyalurkan pelbagai maklumat kepada masyarakat. Sehubungan itu, Biro Kebajikan dan Skuad Sayang Bahagian Kuala Langat mengadakan kunjungan dan aktiviti gotong-royong di rumah bekas wartawan akhbar, Hamzah Nor Gabuh di Taman Sri Telok Datok, semalam dalam membuktikan keprihatinan mereka kepada insan yang kurang bernasib baik. Usaha yang dilakukan ini perlu dicontohi bagi meningkatkan semangat perpaduan dalam masyarakat. Komandan Skuad Sayang, Zabaidah Talib, berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk turun padang bagi menjalankan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, membuat lawatan dan yang berkaitan dengan kebajikan. Menurutnya, sejak wujudnya Skuad Sayang, secara tidak langsung ia dapat membuka mata masyarakat dalam membuktikan wanita tidak hanya duduk berdiam diri dalam membantu aktiviti kebajikan yang dianjurkan. Menurutnya, Skuad Sayang juga mahu menangkis tanggapan masyarakat bahawa mereka bukan sahaja aktif menjalankan kerja kebajikan malah membuktikan golongan wanita mampu membantu golongan kurang bernasib baik walaupun ada antara mereka mempunyai kerjaya masing-masing. “Skuad Sayang aktif menjalankan kerja amal, malah membuktikan wanita mampu turun padang. “Kita tidak mahu dilabel sebagai pasukan yang hanya bergerak mengikut musim tetapi mempunyai semangat untuk terus berkhidmat dalam masyarakat tidak kira bangsa dan agama,” katanya. Sementara itu, Zabaidah berkata, kunjungan ke rumah bekas wartawan salah sebuah akhbar berkenaan turut memberi peluang kepada ahlinya bertukar-tukar fikiran dengan wartawan terbabit. Tambahnya lagi, sebelum ini Hamzah telah banyak berjasa menyampaikan maklumat kepada masyarakat tetapi pada hari ini masyarakat pula memainkan peranan untuk mengunjunginya yang dalam kesusahan. Hamzah berkata, dia berterima kasih kepada masyarakat yang sudi menziarahinya dan menyifatkan kunjungan tersebut sangat bermakna untuk dirinya. Menurut Hamzah, tangannya yang patah menyebabkannya terpaksa mengharapkan bantuan keluarga untuk melakukan sesuatu. “Saya berharap aktiviti ziarah ini diteruskan pada masa hadapan tidak kira bangsa dan kawasan bagi merapatkan hubungan kekeluargaan dalam masyarakat,” katanya. Turut hadir, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok diketuai Zawalajam Mashod.







Sabtu, 7 Mei 2011

DiGi....welcome.....


aku dah kata dah...kalau begitulah caranya..aku akan membuat keputusan yang amat drastik sekali..walaupun pada hakikatnya pada peringkat awal ini,memerlukan "perbelanjaan"yang lebih sikit daripada biasa..namun aku anggap ianya hanyalah peringkat awal sahaja..dari aku menanggung beban bayar bil yang melampaui batasan..baik aku ambil risiko awal..
maka 6 mei 2011 tepat jam 9:30 malam..selamat tinggal MAXI$...selamat datang DiGi...
aku harapkan apa yang diperkatakan oleh sales girl tadi betul-betullah..tak mau aku pisang berbuah untuk kali yang kedua..pakej yang ditawarkan menarik serta menjimatkan..bayangkan..unlimited +blackberry hanya rm73 sebulan dan bayar bila guna sms atau call..bermakna tak sampai rm100 sebulan...oklah tuu...kalau pakai lebih rm200..internet free..katanyalah...

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...