Rabu, 30 September 2009

HAJI..DAN HUTANG..CAMNE YER...

Salam..masih beraya lagi..eloklah.rapatkan hubungan silaturrahim antara kita.mmmmm..sebut pasal raya atau bulan Syawal ni,kita tak seharusnya lupa bahawa dalam bulan inilah juga merupakan bulan untuk menunaikan ibadah haji..Kepada saudara-saudara atau teman-teman yang telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah,syukur Alhamdulillah dan selamat pergi dan selamat kembali dan semoga mendapat haji yang mabrur..amin..
Nak pergi Haji tapi hutang masih ada..itulah topik aku pada kali ini..
Saya ada mendengar beberapa saranan kerajaan dan beberapa buah institusi kewangan Islam untuk sama ada memberikan pinjaman tanpa faedah ( Qardhul Hasan) ataupun pembiayaan secara Islam bagi mereka yang berminat untuk menunaikan fardhu haji.

Dalam isu berkaitan, timbul banyak persoalan seperti sama ada individu yang sedang menanggung hutang wajib atau wajar menunaikan haji.

Adakah pembayaran hutang perlu didahulukan dari menjadi tetamu Allah di Baitullah al-Haram?

Bagaimana pula jika hutang untuk tempoh yang panjang? Selain itu adakah wajar pula berhutang untuk menunaikan haji.?

Artikel ini dibuat bagi menjelaskan isu ini secara padat dan ringkas serta tidak terlalu berat dengan hujjah ilmiah.

Pertamanya elok jika kita melihat kepada firman Allah dari ayat :-

وَلِلّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً

Ertinya : ".. mengerjakan Haji adalah kewajiban manusia kepada Allah swt iaitu (bagi) orang yang berkemampuan dan sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah;.." ( Al-Imran : 97 )

Para ulama sepakat menyatakan hukum wajib tidak akan tertanggung ke atas seseorang lelaki dan wanita selagi syarat "istita'ah" atau ‘kemampuan' belum diperolehi.

Pengertian istita'ah secara mudah lagi ringkas, adalah SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN OLEH NABI s.a.w ketika ditanya akan ertinya, baginda Nabi s.a.w menjelaskan :

الزاد والراحلة

Ertinya : Bekalan dan pengangkutan perjalanan ( Riwayat At-Tirmidzi; berkata At-Tirmidzi & An-Nawawi : Hadis Hasan : Al-Majmu', 7/41 [1])

Jelas dari hadis yang memperincikan erti istita'ah di atas, terdapat dua perkara utama iaitu :-

1- Bekalan

Erti bekalan di sini adalah bekalan makanan, minuman dan pakaian yang mencukupi sepanjang pemergiannya sehinggalah kepulangannya. ( I'anah At-Tolibin, 2/281 ; Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/316)

2- Kenderaan dan Perjalanan

Kenderaan dan perjalanan mestilah sesuai dan diyakini keselamatannya, kenderaan pula mestilah diperolehi sama ada dengan membelinya atau menyewa. ( Al-Mughni, Ibn Qudamah)

DUA ISU UTAMA

Dua bekalan yang perlu untuk syarat kewajiban haji adalah jelas, namun bagaimana dengan isu yang ingin kita bincangkan? Ia seperti berikut :-

a) Berhutang melalui pembiayaan Islam untuk menunaikan haji

Berhutang untuk menunaikan Haji jika dilihat dari satu sudut, ia seolah-olah menunjukkan ketidakmampuan seseorang atau belum mempunyai kelayakan dan bekalan mencukupi untuk menunaikan ibadah Haji.

Dari sudut yang lain pula, ia mungkin juga boleh menunjukkan status kemampuan, cuma kemampuan itu memerlukan sedikit masa, maka untuk mempercepatkan status ‘mampu', ia membuat pinjaman.

Jika itu dua kemungkinannya, adakah seseorang dituntut untuk meminjam semata-mata untuk tujuan Haji.? Apatah lagi pembiayaan dari Institusi Kewangan yang akan menyebabkan kos yang lebih tinggi dari harga asal kos haji.

Jawab ringkasnya TIDAK PERLU DAN IA BUKAN PRIORITY. Itulah jawapan ringkas yang diberikan oleh Nabi s.a.w apabila ditanya oleh seorang sahabatnya Abdullah Bin Abi Awfa,

سألته عن الرجل لم يحج أيستقرض للحج ؟ قال : لا

Ertinya : Berkata Abdullah : Aku bertanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang lelaki yang belummenunaikanHaji, adakah boleh ia meminjam wang untuk Haji? , jawab Nabi : TIDAK" (Musnad As-Syafie ; 1/109 ; Al-Um, 2/116 )

Imam Asy-Syafie berkata berselepas itu :

ومن لم يكن في ماله سعة يحج بها من غير أن يستقرض فهو لا يجد السبيل

Ertinya : Barangsiapa yang tidak mempunyai kemudahan, keluasan (lebihan) harta yang membolehkannya menunaikan haji tanpa membuat pinjaman, ketika itu DIA DIANGGAP TIDAK BERKELAYAKAN ( TIADA BEKALAN) UNTUK PERGI HAJI" ( Al-Umm, 2/116)

Islam tidak memberatkan kecuali kepada mereka yang benar-benar sudah sampai kemampuan dan bukan kemampuan yang dipaksa-paksa sebelum tiba saatnya.

Imam Ibn Qudamah menjelaskan bahawa para ulama hampir sepakat menyatakan bahawa belanja bekalan itu mestilah :-

أن يكون هذا فاضلا عما يحتاج إليه لنفقة عياله الذين تلزمه مئونتهم في مضيه ورجوعه لأن النفقة تتعلق بها حقوق الآدميين , وهم أحوج وحقهم آكد...وأن يكون فاضلا عن قضاء دينه

Ertinya : Dan hendaklah (bekalan ini) adalah harta yang lebih dari apa yang wajib ke atas tanggungjawabnya dari nafqah keluarga yang wajib disediakannya semasa pergi dan kembalinya, ini adalah kerana nafqah berkait dengan hak manusia, dan ia adalah lebih perlu dan diutamakan ( dalam hal ini dari Haji yang merupakan Hak Allah semata-mata),...selain itu mestilah bekalan ia dari harta yang lebih dari mencukupi untuk melunaskan hutangnya. ( Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/317)

Namun demikian, jika hutang baru itu TIDAK menjejaskan keseluruhan tanggungjawab (kewajiban) hartanya kepada yang berhak (seperti anak dan isteri), kerana ia mempunyai simpanan yang mencukupi atau harta lain (dalam bentuk hartanah atau lain-lain) yang boleh dijual apabila perlu, tatkala itu, TINDAKAN BERHUTANG TADI BOLEH MENJADI HARUS. Sebagaimana kata Imam As-Syafie :

ولكن إن كان ذا عرض كثير فعليه أن يبيع بعض عرضه أو الاستدانة فيه

Ertinya : "Tetapi jika ia mempunyai harta yang banyak, bolehlah ia menjual sebahagiannya atau berhutang (kerana yakin boleh membayar balik hutang kerana mempunyai harta bukan dalam bentuk wang tunai )" ( Al-Umm, 2/116)

b) Hutang belum selesai tetapi ingin menunaikan haji.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan bahawa seseorang yang masih tersangkut dengan bebanan hutang TIDAK WAJIB untuk menunaikan haji. Sebagai yang dijelaskan di atas, ulama sependapat bahawa ‘bekalan' yang dimaksudkan oleh Nabi adalah lebihan harta berbanding tanggungan asasinya, justeru hutangnya terhadap individu perseorangan adalah termasuk dalam tanggungjawab asasinya seperti juga nafqah wajib.

Selain itu, hutang individu perseorangan yang bersifat jangka pendek MESTILAH diselesaikan sebelum pergi menunaikan Haji.

Sebagai contoh, terdapat beberapa individu yang masih berhutang dengan saya sebanyak RM3000, sedangkan janji pelunasan hutang sudah terlewat sekitar setahun dan beberapa bulan. Kesannya, individu ini tidak layak menunaikan haji kecuali telah melunaskan hutang yang telah dimungkiri tempohnya terlebih dahulu,

ATAU

sebagai pilihan lain, WAJIBLAH atasnya meminta izin dari saya (pemberi hutang) menunaikan Haji. Tujuannya adalah agar pemberi hutang, boleh redha jika sesuatu berlaku kepadanya sewaktu di tanah suci lalu samada menghalalkan hutang berbaki atau menuntut dari waris keluarganya.Tanpa izin, ia tidak seharusnya pergi menunaikan Haji.

Justeru, sekiranya pihak kerajaan ingin mengeluarkan khidmat pembiayaan Islam bagi mereka yang berhasrat menunaikan Haji, seluruh pertimbangan ini mestilah diberikan dan disemak kepada pemohon sebelum kelulusan diberi, agar khidmat yang bertujuan baik oleh kerajaan tidak tersilap sasaran sehingga membawa mudarat kepada individu yang kurang berkemampuan, lalu menjerumuskan mereka di dalam perkara haram.

Kerajaan Malaysia diketahui ‘cuba' berpegang dengan mazhab Syafie dalam banyak pendapat Fiqhnya, justeru dalam hal ini Imam Syafie sendiri telah meriwayatkan hadis berkenaan larangan meminjam untuk menunaikan haji. Maka jika ulama rasmi kerajaan ingin mengambil pendapat lain, mereka perlulah berhati-hati serta menilai syarat-syaratnya dan tidak tergesa-gesa.

HUTANG INSTITUSI KEWANGAN

Namun demikian, terdapat perbezaan di antara hutang individu dengan hutang Institusi Kewangan yang berpanjangan selama bertahun-tahun malah ada yang mencecah 30 tahun seperti pembiayaan rumah.

Seperti kes pembiayaan tersusun kepada institusi kewangan, terutamanya bagi mereka yang mengamalkan pembayaran melalui pemotongan gaji.

Seorang jutawan muslim di sebuah masjid di Kuala Lumpur pernah berkata kepada :-

"Ustaz kalaulah berhutang itu menghalang seseorang pergi haji, saya pastinya tidak akan pergi haji sampai bila-bila, walaupun saya ada harta yang banyak"

"Mengapa kata demikian?" Tanya saya

"kerana saya ada syarikat sendiri, dan syarikat sentiasa ada hutang baru, biasalah ustaz, bisnes sederhana dan besar tanpa wujud hutang adalah tidak logik. So, adakah kerana hutang syarikat saya ini menyebabkan saya tidak berkelayakan menunaikan Haji?" balasnya perlahan dan sangat berminat mendengar jawapan.

"Ooo, hutang jenis tu lain sikit cara pengendaliannya, tapi masih ada syarat" jawab saya ringkas

Benar, hutang dari jenis ini TIDAK menjejaskan kelayakan mereka untuk menunaikan haji DENGAN SYARAT, pemergiannya ke Haji tadi TIDAK AKAN membawa masalah kepada pembayaran hutang sistematik kepada institusi kewangan tadi.

Jika diyakini pemergiannya ke Mekah, BAKAL menyebabkan terjejasnya kedudukan kewangannya sehingga diyakini boleh menjejaskan tanggungjawab wajibnya seperti nafqah, dan hutang wajib kepada institusi kewangan.

Tatkala itu, TIDAK WAJAR baginya untuk menunaikan Haji malah pemergiannya boleh membawa kepada haram, ini kerana telah sedia maklum bahawa apa-apa yang diyakini membawa kepada haram, maka hukumnya juga jatuh HARAM. Disebutkan oleh para ulama Islam satu kaedah yang dipetik dari dalil-dalil al-Quran dan hadis :-

ما يؤدي إلى الحرام فهو حرام

Ertinya : Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adaah haram ( Majma Al-Anhar, 4/251 ; Rujuk perincian dalam ‘Ilam Al-Muwaqqi'ien, Ibn Qayyim, 3/137 )

Ia juga boleh difahami dari firman Allah yang mengharamkan segala bentuk dan jenis permulaan kepada zina. Bermakna, bukan hanya zina sahaja yang haram, segala bentuk tindakan dan perilaku yang boleh membawa zina juga adalah haram seperti peluk, cium, renungan mata, chat bersyahwat, telefon bersyahwat dan lain-lain.

Demikian juga halnya haji dengan keyakinan membawa mudarat kepada hak pemilik hutang dari kalangan individu dan institusi kewangan.

KESIMPULAN

Tiada jawapan satu baris bagi kedua persoalan di atas kecuali perincian dan semakan terhadap kemampuan individu dan kiraan semula nafqah wajibnya. Hanya selepas itu baru dapat di pastikan sama ada berhutang untuk menunaikan Haji dibolehkan atau sebaliknya.

Demikian juga halnya bagi mereka yang sedang terikat dengan hutang, perlu ditinjau jenis hutang dari pelbagai aspek dan hanya selepas itu boleh ditentukan sama ada individu ini boleh menunaikan Haji. Tanpa penilaian yang tepat, seseorang itu mungkin sahaja pergi haji dengan dosa kerana mengabaikan hak individu lain yang lebih berhak ditunai segera.

Sebagaimana berdosanya seorang isteri yang berpuasa sunat tanpa izin suami.



sumber http://www.zaharuddin.net/

Ahad, 27 September 2009

raya..raya dan raya lagi....

Hari ni banyak tempat nak pergi ni...pada sebelah tengahari,aku pergi ke rumah member,open house..sedap betul nasi kerabunya..nak tambah..segan pulak..hahaha..aku pergi dengan member merangkap sifu akulah..sapa lagi kalau tak paklah..

(Tuan rumah tengah sibuk menyambut tetamu)

(Cikgu bersama puteraku dan kereta rasmi????)

sebelah petang,aku ke Bandar Teknologi Kajang,rumah my uncle..menu utama 'sate kajang' wooo..perhhh..tinggal lidi jer..
(kenangan terindah di rumah Pak Tam )

pas maghrib pula..run ke Puchong umah my big brother..raya sakan nampak my brother ni..perabut baru ke???

hasil kelas malam aku..nilah hasilnya


Malam tadi hampir 3 jam gak aku belajar cara-cara nak buat gambar..(seperti di atas)..perh!!mula-mula susah gak..tapi..minat punya pasal..kira oklah tu..aku akan belajar terus belajar..tq cikgu paklah..

Sabtu, 26 September 2009

raya belum habis..jom raya

Hari ni ramai yang datang beraya ke rumah aku mahupun rumah emak.Maklumlah..rayakan sebulan..Lagipun,minggu ni juga merupakan minggu terakhir cuti,jadi peluang hari nilah digunakan sebaik mungkin untuk ziarah sanak-saudara.Bagi aku,aku masih belum lagi berkesempatan beraya ke rumah saudara..Manakan tidak,baru aje nak melangkah,tetamu dah berada di depan pintu.Namun aku sempat juga beraya ke rumah teman-teman.
Di rumah aku,sahabat baik aku dari Port Klang telah hadir bersama keluarga.Dah lama juga beliau tak datang ke rumah aku..Namun kunjungan beliau sekeluarga amat aku hargai..
(Shahrul serta keluarga ketika berada di rumah aku)

Kat rumah emak,pakcik dan makcik serta sepupu aku turut hadir.Atok aku pun ada..apa lagi,mak aku masak special..masak lemak tempoyak wooo...
(kenangan terindah,emak,atok atan dan makcik kamal)

(apa macam..handsome tak sepupu aku ni)
(atok saudara aku)
(ni kat rumah Bro Khairul,mini open house..daun kadok ada tak?)

dah oklah ni


ketemu lagi ye..tengah rajin ni..hahhaaa..saja nak test bradband maxis ni..ok gak..laju pun laju..tq Maxis..tq gak kat member Paklah kerana sebelum guna Maxis aku guna line dia...

LCC banjir..


Syukur Alhamdulillah,akhirnya aku dapat juga membloging..setelah hampir 2 bulan aku tak dapat membuat sebarang posting dengan begitu sempurna..Hari ni,aku dah ada lappy aku sendiri,syukur. Hari ni edisi khas sempena kali pertama lappy aku dan secara kebetulan aku buat post khas untuk kakak aku sekeluarga yang kembali ke negeri bawah bayu,Sabah.Lokasi,terminal LCC.Semoga paparan ni dapat menjadi kenangan terindah buat beliau seisi keluarga...

(aiman,walaupun Pak G tak dapat terbang ke Sabah,topi tu pun jadilah ye..jaga elok-elok tau)

(peace...jaga diri bah..)

(pelukan dari seorang kakak kepada seorang adik)

(pelukan bermakna dari seorang nenek kepada cucunya)

(foto kenangan terindah dari puteraku dan sepupunya e-sya khas untuk Mak Ngah)

(juga dari isteri dan puteriku)

(ucapan khas dari ati: Salam kepada semua Paman-paman,makcik-makcik serta seluruh ahli keluarga yang mengenali diri ini sekeluarga.Selamat Hari Raya,Maaf zahir & Batin.Maaf kerana tidak sempat berkunjung ke rumah anda semua,kami kesuntukkan masa yang amat sangat.akhir kata salam sayang untuk semua..)



Rabu, 23 September 2009

hari raya kali ini..




salam semua,selamat hari raya juga aku ucapkan..maaf juga dah lama tak update blog..al-maklumlah,2 sebab utama,pertama nya sebab hari raya jadi sibuklah.dan yang paling UTAMA sebab dah takde pc...huhuhuhhuu..kenalah pergi CC ataupun pinjam PC kat opis kawan..namun suatu masa akan aku dapatkan juga pc..
Berbalik cerita pasal raya,kali ni raya pertama aku serta keluarga aku berada di Banting,selepas minta ampun dan maaf baru kami sekeluarga ke rumah mertua.Untuk pengetahuan,rumah mertua dan kakak-kakak iparku telah dinaiki air menjelang Syawal hari tu..jadi persediaan rayanya agak sederhana.Raya kedua-biasanya aku akan ke kampung atok aku di Kuala Selangor dan hari ketiga aku berada dirumah menanti kunjungan rakan-rakan.Dan semalam juga hari ni,aku dah mula kerja..balik..Apa nak buat..dah tugas..
ni ada sikit gambo yang sempat aku rakamkan..mana yang tak sempat..minta maaf ye..jangan kecik hati pulak..

Rabu, 16 September 2009

dari ku


Salam,tinggal 3 hari sahaja lagi,kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri..pasti suasana meriah dengan pelbagai ragam..pasti suatu kenangan terindah akan muncul dalam hidup ini,samada pahit atau manis,namun ianya pasti akan tiba jua..maka dengan itu dikesempatan ini,aku serta seluruh ahli keluarga menyusun 10 jari pohon kemaafan yang tidak terhingga,halalkanlah makan minum kami..dan Selamat Hari Raya diucapkan..maaf zahir dan batin.

Selasa, 15 September 2009

kecil-kecil cili padi..


nilah anak wawasan 2020 yang senantiasa mengupdate blognya..cayalah anak abg pian dan kak ita..

Isnin, 14 September 2009

dugaan

dugaan akhir ramadhan..sudah lama gastrik tak serang aku..tiba-tiba hari ni aku kena.dari awal pagi lagi perut aku tak sedap,hinggalah kemuncak nya tengahari tadi.perit dan pedih!mau tak mau aku terpaksa ke klinik panel..doktor suruh aku buka puasa jam tu gak,tapi aku bantah.aku bertahan sampailah waktu buka.alhamdulillah aku berjaya walaupun pedih.mudah2an ada hikmah.

selamat pagi cikgu fadhlah


haa..nilah Cikgu Fadhlah..kacak kan..hahaha..siap pakai songkok tu ..apa pun,Selamat Pagi cikgu.

Ahad, 13 September 2009

alahai..comelnya



nilah dia putera-putera zuriat mashod mariamah,merangkap anak buah ku.pelbagai ragam diaksikan.hehehe

Sabtu, 12 September 2009

jom kacau dodol






mmm..hari ni aku nak balik buka puasa kat rumah mak mertua aku..dah lama rasanya tak buka puasa kat sana..lagi pun hari ni aku dah pakat nak kacau dodol dengan ipar aku..perhhh letih woooo..dari jam 2 petang hinggalah jam 8.47 malam..barulah siap..bayangkanlah 2 orang punya kerja..hahahaa..tapi,oklah puas hati..dodol siap.cantikk..nak rasa,jemputlah..

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...