Ahad, 28 Mac 2010

cuti bersama keluarga....

Sabtu 27 Mac 2010




(sebelum ke Aquaria,lepak makan dulu di ar-Rawsha...pekena nasi mandey)

Antara foto kenangan terindah yang sempat aku abadikan..jom layan...



(ooo..baru ku tahu..jantan betina)

Jumaat, 19 Mac 2010

zzzzzzasssss...Hobi baru ke bang??



Hari ni terima MMS dari Sabah..perhh..terkezut aku..dalam diam Tuan Pengetua ni ada hobi baru rupanya..perh...bergayalah abang ipar aku ni..Tapi AWAS murid-murid sekolah abang As,lepas ni Cikgu Asliary boleh memanah korang..hahaha..Lepas pencen nanti bolehlah bukak kelas memanah pulak...Tahniah juga kat kakak aku,Tom Malawati,di atas perasmian
Tom's Cafe
...1 hari kami akan ke sana jugak...

Rabu, 17 Mac 2010

ALLAH LEBIH MENYAYANGI MU


Salam,semalam aku dikejutkan dengan satu berita yang amat menyayat hati.Berita diterima dari laman FB aku yang dikirimkan oleh sepupu aku juga Amy Basri,thanks info tu..
Saudara ku ini telah menyahut panggilan Ilahi awal pagi semalam,menurut apa yang aku dengar,arwah meninggal sewaktu di dalam tidur.Masya Allah...sudah bahagian arwah..senang sungguh..arwah apa yang aku tahu,seorang yang peramah dan senang bergaul dengan rakan-rakan mahupun saudara-mara,dan baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya pada tanggal 9 Mac 2010 lalu,dan masih lagi menuntut di UiTM dan akan menamatkan pengajiannya pada November 2010 ini,Insya allah..Dan arwah juga tidak juga pernah ada sakit..
Al-fatihah..
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.
Kepada Paman Mazlan dan Makcik Siti,salam takziah aku ucapkan,semoga tabah hadapi qada dan qadar ini..kerana Allah lebih menyayangi beliau.....
(gambar diambil dari FB arwah..maaf,TIADA sebarang niat apa pun,sekadar tatapan dan kenangan aku dan seluruh ahli keluargaku)..

Sabtu, 13 Mac 2010

cuti sekolah dan kenduri...

(my family)

(hehehe..bas untuk membawa kami dah tiba..jom)

Cuti sekolah sudah pun bermula..maka banyaklah majlis kenduri kahwin akan diadakan sepanjang musim cuti sekolah ni..tak terkecuali juga aku..agak banyak juga aku terima jemputan,Insya Allah.jika ada masa,aku akan penuhi juga undangan kalian,apa pun terima kasih mengundang aku sekeluarga.Bercerita pasal kenduri kahwin ni,petang tadi,aku berkesempatan bawa keluarga ke majlis di Taman Pertanian Malaysia,Bukit Cerakah,Shah Alam,wow..nilah kali pertama aku hadiri majlis kat tempat sebegini,unik..memang unik..sambil memenuhi undangan dapat juga menikmati pemandangan alam semula jadi..perh..kira pakejler tu..aku memang tertarik dengan majlis yang diadakan kat sini..nampak simple..kepada pasangan pengantin,Selamat pengantin Baru diucapkan,kepada Pakcik Azhar sekeluarga,terima kasih di atas undangan..
( Pakcik Azhar sedang menghiburkan para tetamu)
(kedua mempelai sedang ditepung tawar)

(puteraku)
(isteri dan puteriku)

Jumaat, 12 Mac 2010

Sekadar peringatan diri ini..

Azab meninggalkan solat

Berwaspada 15 azab bagi orang yang meninggalkan sembahyang.


6 Azab di dunia

1- Dihilangkan keberkatan umurnya.
2- Tehapus tanda-tanda orang solleh di mukanya.
3- Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4- Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT
5- Tiada doa daripada para solihin untuknya
6- Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN

3 azab ketika hampir mati

1- Kematianya penuh kehinaan
2- Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat
3- Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat.

3 Azab di dalam kubur
1- Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2- Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di-
atas bara api itu.


Datang seekor ular bernama Syujja' Aqra, suaranya laksana
petir, ia berkata, " Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan
menyeksa kamu dari zohor hingga asar kerana kamu meninggalkan
fardhu zohor, dari asar hingga magrib kerana meninggalkan fardhu
asar''....Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari
qiamat.

3 Azab ketika bertemu ALLAH SWT
1- Datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu
lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar
rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2- Tiada rahmat ALLAH dan tiada keampunan untuknya.
3- Baginya azab yang amat pedih.

Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat.
1- Hati cenderung kepada maksiat
2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa.
3- Suka berfoya-foya dan boros.
4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh.
5- Hilang keberkatan usia.

Selasa, 9 Mac 2010

JALAN-JALAN CARI MAKAN



Sabtu lepas aku berkesempatan mengikut teman-teman rondaku ke Jalan Ampang.Bukan buat apa pun,makan-makan aje..seperti tahun lalu.Cikgu Fadzil lah yang open table (terima kasih yer,tahun depan openlah lagi..hahahaha).kali ni bukan makan kat tempat biasa (nasi kandaq) tapi kali ni agar luar biasa sikit..makan ala arab..perh!!teringat aku sewaktu kat Mekah dulu...

(ni dia nasi mandi)
(minuman ala arab..tapi memang dari UAE pun)
(aksi baik punya...)
(jom makan..Cikgu Fadzil berselera betul)

_foto:Fadlah:_

Ahad, 7 Mac 2010

TAHNIAH HAFIZ..

سلامت برتوناغ




28 Feb.2010,maka terpahatlah sejarah buat Hafiz (sepupu aku)..kerana pada hari ini,beliau telah bergelar tunangan orang..hahahaha..apa pun banyak onak duri serta ranjau yang perlu beliau tempuhi.Selamat bertunanglah aku ucapkan dan tahniah kepada Pakcik Ubai dan Makcik Kamal,tak lama lagi akan menerima menantulah ye..Urusan peminangan telah selamat dijalankan,sekarang hanyan menanti majlisnya sahaja..dijangkankan selepas hari Raya Aidilfitri tahun ini..

(antara barang hantaran dari pihak lelaki)
(dayang-dayangnya..)
(mana satu yang nak bertunang ni?baju merah kot)
(foto kenangan bersama keluarga)
(suasana di dalam rumah)
(mak tam bersama ibu bakal pengantin perempuan)
(aksi cameraman)
(ayah pengantin lelaki..tenang aje)
(nilah aksi di luar rumah..)
(bakal pengantin)
(saat-saat yang indah)
(kenangan terindah)

Rabu, 3 Mac 2010

ALHAMDULILLAH..

Pertama sekali,aku memanjatkan kesyukuran kepada-Mu ya Allah,berkat dan dengan izin Mu usia aku dipanjangkan lagi bagi menempuhi liku-liku kehidupan yang amat mencabar serta penuh dengan dugaan.Aku juga bersyukur di atas segala limpah kurnia yang telah engkau berikan kepada aku.Sesungguhnya aku hanyalah hamba Mu yang lemah,kotor dan hina..maka dengan itu Ya Allah,aku pohonkan keampunan daripada Mu..berikanlah aku peluang untuk perbaiki segala kesilapan aku yang telah lalu..janganlah kau tarik balik nikmat yang telah kau berikan kepada aku..

Kepada semua,aku pohon kemaafan zahir dan batin andaikata sepanjang 31 tahun yang lalu aku telah banyak melakukan kesilapan..kerana AKU adalah AKU

Terima kasih..

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...