Khamis, 28 November 2013

Ya Allah..selamatkanlah

Hari ni jam 10.00 pagi, insya Allah anak kecik ini akan menjalani pembedahan.Moga Allah selamatkanlah segalanya...

Ahad, 24 November 2013

Belajar susah dahulu

Sesekali dapat mencuri masa...memanglah best..

Abis kena potong๐Ÿ˜…

23 Nov 2013 bertempat di Hospital Banting, seramai 130 orang kanak-kanak sekitar usia 7-12 tahun telah menyertai program khatan perdana.
Perancangan yang mengambil masa kurang dari seminggu ini tidak mematahkan semangat kami untuk melaksanakan program yang murni ini.Bukan sahaja dari Banting,luar daripada Banting pun ada. Alhamdulillah. Imbas kembali,dalam jangka masa yang singkat itu,nak kumpulkan peserta memang mencabar minda san keimanan. Terpaksa lakukan pelbagai plan,termasuk edar flyers di masjid-masjid dan surau di Kuala Langat dan aku juga telah muat naik dilaman FB milik aku.Akhirnya..berjaya juga dilaksanakan.
Diakui,setiap program,kita hanya rancangkan yang terbaik demi yang terbaik,namun iti semua perancangan sahaja,tak dinafikan bahawa ada juga kekurangan.Mewakili penganjur,aku pohon kemaafan dan setinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada seluruh peserta dan urusetia yang terlibat. Insya Allah ianya akan dijadikan program tahunan..๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Khamis, 21 November 2013

Hj.Mohd Diah dalam kenangan..Al-Fateha

Dalam kenangan...

20 November 2013,sememangnya aku diuji lagi oleh ALLAH. Pukul 2 pagi seluruh anggota badan aku panas,tapi pada masa yang sama aku kesejukkan. ALLAH sahaja yang tahu apa yang aku alami.Sah aku "tumbang"setelah sekian lamanya. Mungkin faktor aku tak cukup rehat.
Seharian aku terlantar di katil.Terima kasih diucapkan kepada isteri serta anak-anak dan bonda yang menjaga aku.
Namun..jam 9 lebih aku terima panggilan dan makluman bahawa Haji Mohd Diah telah kembali kerahmatullah. Aku cuba untuk kuatkan diri,namun aku GAGAL.
Sebaik memaklumkan kepada kawan-kawan mengenai berita itu, aku mengelamun seketika,masih terngiang-ngiang ditelinga aku ini sewaktu Mesyuarat Agung Masjid As-Syarif tempoh hari,sewaktu arwah melangkahkan kaki memasuki perkarangan Masjid,aku sempat mengusiknya, " Haji,apa macam,pemegang ni dah siap dipasang".Arwah pada ketika itu,senuym kepada aku sambil berkata" Haa! Nasib baik kau dah pasang,kalau tidak malam ni,aku timbulkan lagi isu ini".Kami berdua bergelak sakan pada ketika itu.
ALLAH...walaupun jarak usia arwah dengan aku amat jauh bezanya,namun ianya tidak menjadi halangan bagi aku untuk bergaul dengan sesiapa sahaja. Nampak macam serius sahaja arwah,namun budinya amat baik sekali. Pemergian arwah,aku tak terkilan,sebab hajat serta hasratnya telah aku tunaikan.
 Pada pagi ini,walaupun aku masih tak berapa nak OK lagi,aku gagahkan jua pergi ziarah arwah,sempat aku membacakan Yaa-sin disisinya sebelum aku melangkahkan kaki menuju ke tempat kerja.Hanya itu sahaja yang terdaya dan termampu aku laksanakan....
.AL-FATEHAH, semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.

Ahad, 17 November 2013

Semoga berjaya Pasukan Bolasepak Pemuda Telok Datok

17 November 2013-Setelah sekian lama memohon dan bagi menzahirkan sokongan terhadap  sahabat-sahabat pemuda di Taman Seri, maka pada petang yang bermakna ini, hasil sumbangan dariapada rakan-rakan,satu program penyerahan jersi bola sepak telah diadakan.

Sabtu, 16 November 2013

Jikalau aku.....pasti aku.....

Surau Ummi Yatimah..Alhamdulillah,hari ini buat pertama kalinya aku dapat jejakkan kaki melangkah masuk ke dalamnya. Kebanggaan aku juga sebab jikalay dahulu hanya ada surau bernamakan arwah datok aku, kini ada pula surau yang telah dinamakan dengan nama nenek aku.
Lebih menarik, surau ini telah diimarahkan bersama-sama dengan para pelajar Maahad Tahfiz D'Itqan Kampung Olak Lempit. Majlis ringkas dimulakan dengan solat Zohor berjemaah dan diikuti dengan bacaan tahlil arwah..Alhamdulillah..
Aku pun teringin nak buat sedemikian..tu pun kalau aku kaya. SURAU MASHOD dan SURAU MARIAMAH..Subhanallah..

Jumaat, 15 November 2013

Aku yang seperti dulu...

Bagi aku,inilah kenangan yang paling manis sekali pabila aku berucap di hadapan idola aku sendiri sempena Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Agama KAFA Integerasi As Syariff semalam.
Gementar dan gemuruh memang ada.Tipulah kalau aku katakan tiada perasaan tersebut. Namun syukur alhamdulillah aku dapat atasinya.
Bukannya mudah..teks ucapan seminggu aku siapkan.

Sabtu, 9 November 2013

Alhamdulillah.

Alhamdulillah..aku sedaya upaya pikul amanah dan tanggungjawab ini sebaik mungkin. Misi dan visi yang harus aku teruskan demi perjuangan yang belum selesai. Akan aku dekat dengan mereka.

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...