Ahad, 24 November 2013

Abis kena potong😅

23 Nov 2013 bertempat di Hospital Banting, seramai 130 orang kanak-kanak sekitar usia 7-12 tahun telah menyertai program khatan perdana.
Perancangan yang mengambil masa kurang dari seminggu ini tidak mematahkan semangat kami untuk melaksanakan program yang murni ini.Bukan sahaja dari Banting,luar daripada Banting pun ada. Alhamdulillah. Imbas kembali,dalam jangka masa yang singkat itu,nak kumpulkan peserta memang mencabar minda san keimanan. Terpaksa lakukan pelbagai plan,termasuk edar flyers di masjid-masjid dan surau di Kuala Langat dan aku juga telah muat naik dilaman FB milik aku.Akhirnya..berjaya juga dilaksanakan.
Diakui,setiap program,kita hanya rancangkan yang terbaik demi yang terbaik,namun iti semua perancangan sahaja,tak dinafikan bahawa ada juga kekurangan.Mewakili penganjur,aku pohon kemaafan dan setinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada seluruh peserta dan urusetia yang terlibat. Insya Allah ianya akan dijadikan program tahunan..😆😆

Tiada ulasan:

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...