Sabtu, 30 Mei 2009

SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE-17


TERLEBIH DAHULU AKU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI ULANGTAHUN BUAT KAKAK SERTA ABANG IPAR AKU,

PUAN TOM MALAWATI SERTA ABANG ASLIARI.

TANGGAL 31-MEI-2009 

GENAPLAH USIA PERKAHWINAN MEREKA YANG KE - 17 TAHUN.

AKU DOAKAN SEMOGA PANJANG UMUR.MURAH REZEKI.BERKEKALAN HENDAKNYA

KE ANAK CUCU.

JUGA SELAMAT HARI LAHIR BUAT ABANGKU

DAN SELAMAT HARI ULANGTAHUN JUGA...

TAK LUPA JUGA BUAT ISTERIKU..SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE6 TAHUN..

Masihkah anda ingat suatu ketika dahulu… ketika kita mahukan kasut baru, ayah membelikan kasut Bata atau cap ayam* sahaja tetapi boleh berlampu-lampu ketika berjalan. Kita berasa amat terpesona dan gembira. Hati ketika itu tidak cerewet dan mudah dipuaskan.

Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… kita seringkali bergaduh dengan kawan-kawan tanpa sebab musabab. Kadang-kadang bergaduh sehingga menangis. Tetapi keesokan harinya, kita kembali ke tadika bermain police sentry bersama kawan-kawan semalam. Kita mudah melupakan peristiwa yang berlaku dan tidak berdendam.

Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… menangis kerana dikacau dek abang atau kakak yang kita tidak dikenali. Tetapi terus senyap apabila diberi ‘rasuah’. Kadang-kadang diberi gula-gula, jajan atau didukung. Kita amat mudah memaafkan sesiapa sahaja.

Masihkan anda ingat suatu ketika dulu… apabila diberi gula-gula kita menerima dan mengambilnya tanpa segan silu. Walaupun ia diberi oleh mereka-mereka yang tidak dikenali. Kita mudah mempercayai orang dan tidak buruk sangka.

Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… ketika ayah dan ibu membawa kita bermain di taman permainan. Bertemu dengan kawan-kawan baru, bermain pasir dan gelungsur bersama-sama. Walaupun tidak mengenali nama tetapi inilah kawan-kawan kita. Kita mudah bergaul dan mencari teman.

Masihkah anda ingat suatu ketika dulu… bagaimana perasan kita? sentiasa berasa gembira, tiada sebarang masalah, hanya penat bermain sana sini. Belajar pun terasa riang gembira. Kita tidak pernah berasa sedih terhadap apa yang telah berlaku dan tidak risau tentang perkara yang akan berlaku. Kita hanya memikirkan apa yang kita lalui ketika itu sahaja.

Malangnya, apabila kita dewasa segalanya berubah. Kita semakin cerewet dan hati semakin susah dipuaskan. Nak beli pakaian mesti berjenama Adidas, Nike atau Reebok. Barang cap ayam* dah tak layan. Handset mesti ditukar setiap tahun atau setiap kali handset baru keluar walhal handset yang lama masih elok. Semakin lama makin sukar untuk kita bergaul dan menyebabkan kita memilih kawan. Apabila bergaduh memang sukar untuk bermaafan kembali sehingga tidak bertegur sapa berhari-hari. Adakalanya dendam terus disimpan di dalam hati. Kita berasa lebih mudah bersangka buruk dan prejudis terhadap orang-orang di persekitaran kita. Sehinggakan mengumpat menjadi tabiat biasa masyarakat. Perasaan risau dan sedih yang keterlaluan mula menguasai diri kita menyebabkan kita lalai.




Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa gelisah dan sedih

Khamis, 28 Mei 2009

Bagaimana Memberikan Penghargaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dalam kehidupan ini banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk memberikan penghargaan dan juga sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja. Selalunya kita terlalu memikirkan cara untuk meluahkan penghargaan dan menyentuh hati sehinggakan kadang-kadang kita hanya berdiam diri kerana hanya memikirkan cara untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang kita sayangi.

Penghargaan Kepada Anak
- Selalu memberikan pujian yang ikhlas kepada anak
- Rangsang anak-anak untuk buat yang terbaik
- Berikan hadiah atas kejayaan anak-anak walaupun kejayaan yang kecil
- Selalu berikan pelukan dan ciuman
- Sekali sekala puji anak-anak di hadapan orang lain
- Hadirkan diri dalam acara atau pertandingan atau peraduan yang disertai oleh anak anda

Penghargaan Kepada Ibu Bapa
- Selalu telefon bila berjauhan
- Jangan lupa kirimkan wang walaupun sedikit (andai sudah bekerja )
- Berikan hadiah pada hari-hari penting (Hari Ibu, Hari Bapa & Hari Lahir)
- Cium tangan ibu bapa
- Bila anda sudah berkeluarga, selalu pulang ke kampung kerana selalunya ibu bapa kita rindu untuk bertemu dengan cucu-cucu mereka.
- Minta pandangan mereka dalam menyelesaikan masalah
- Pulang apabila mereka sakit

Penghargaan Kepada Suami
- Selalu berikan senyuman
- Berhias di hadapan suami
- Masak masakan kegemaran suami
- Minta pandangan suami jika ada masalah
- Selalu urut-urutkan suami
- Menjaga maruah suami
- Puji suami di hadapan keluarga atau orang lain
- Berikan hadiah hari jadi
- Pandai mengambil hati suami
- Selalu memberikan sokongan bila suami ada masalah
- Membina hubungan baik dengan keluarga suami
- Minta izin suami sebelum buat sesuatu
- Mohon maaf dengan suami sebelum tidur

Penghargaan Kepada Isteri
- Ingati tarikh-tarikh penting bersama isteri (Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Lahir)
- Ingati tarikh kelahiran anak-anak
- Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah (memasak, membasuh & jaga anak)
- Ungkapkan kata-kata cinta sebelum tidur
- Selalu berikan pelukan dan kucupan kepada isteri
- Membina hubungan baik dengan keluarga isteri
- Ucapkan terima kasih apabila bersama
- Selalu memberikan kejutan-kejutan yang menggembirakan
- Selalu berpenampilan segak (sebab suami kacak, orang akan puji isteri)
- Memberikan kemaafan dan memohon maaf andai tersilap
- Panggil isteri dengan panggilan yang manja
- Puji isteri depan anak-anak dan keluarga
- Berikan hadiah apabila isteri anda melahirkan anak

Selasa, 26 Mei 2009

Banyakkan Memberi Jika Mahu Banyak Menerima

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dari Jabir bin’ Abdullah r.a., katanya: “Aku hadir solat ‘Id bersama-sama Rasulullah saw. pada hari ‘Id. Mula-mula beliau solat sebelum berkhutbah tanpa azan dan iqamah. Beliau berkhutbah sambil berdiri dan berpegangan kepada Bilal. Beliau memerintahkan supaya taqwa kepada Allah dan mendorong supaya mentaati-Nya. Selanjutnya beliau memberi peringatan dan pengajaran kepada mereka. Kemudian beliau berlalu hingga sampai ke tempat kaum wanita. Beliau memberi pengajaran kepada para wanita, memperingatkan dan menyuruh mereka supaya gemar bersedekah. Sabda beliau, “Bersedekahlah anda semua, kerana sesungguhnya kamulah saya lihat yang terbanyak menjadi kayu neraka.” Mendengar itu, maka berdiri seorang perempuan di antara para wanita yang banyak dengan wajah merah kehitam-hitaman. Dia bertanya; “Kenapa begitu, ya, Rasulullah?” Jawab Rasulullah, “Kerana kamu banyak mengeluh dan suka membangkang kepada suami.” Kerana itu mereka sedekahkan perhiasan mereka, seperti anting-anting dan cincin, yang mereka lemparkan ke kain yang dibentangkan Bilal.

Rujukan: Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0835.

Demikianlah Rasulullah mengajarkan kepada kita agar banyak membantu mereka yang kurang. Banyakkan bersedekah mudah-mudahan hidup akan lebih berkat dan bahagia. Saban hari kita terasa kehidupan kita makin sempit. Ditambah lagi dengan desakan ekonomi yang tidak stabil sudah pasti memberikan lebih banyak himpitan dalam kehidupan seharian. Kurangnya pintu rezeki dari Allah jarang kita nilai tentang kelemahan apa yang telah kita lakukan.

Sebenarnya banyak perkara yang menjadi asbab untuk Allah membuka pintu rezeki kepada kita. Lebih-lebih lagi bersedekah. Jika kita halusi mengapa Allah SWT memberikan kemurahan rezeki kepada mereka yang banyak bersedekah? Maka dari sini adalah asbab yang Allah berikan pada kita bahawa kita perlu banyak memberi kepada orang lain sekiranya kita mahukan balasan dari Allah. Bersedekah sebagai bantuan kepada mereka yang memerlukan. Jika banyak kita membantu orang lain maka sudah pasti Allah akan banyak membantu diri kita.

Baik dari sudut rezeki pendapatan, pelepasan dari cengkaman hutang, kesihatan berpanjangan atau mungkin juga kebahagiaan dalam hidup.

Satu lagi isi penting dari wasiat Rasul ini ialah jangan mengeluh. Mengeluh juga memberikan tanda putus asa dan hilangnya nilai positif dalam diri. Sebagai orang mukmin sikap mengeluh perlu dijauhkan. Jangan sekali-kali meletakkan sesuatu yang negatif dalam diri kerana Allah amat luas rahmatnya dan akan membantu hambaNya.

Ahad, 24 Mei 2009

Menghargai masa

Assalamu’ alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh..

Saya amat tertarik sekali dengan perkataan Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir pada petang tadi,sewaktu menziarahi bondaku..Ceritanya atau topiknya sungguh simple..masa..Beliau berkata "orang yang menghargai masa adalah orang yang..good person"...

Maka saya pun balik dan merenungkan serta mencari bahan untuk kita semua...

Saya terlebih dahulu ingin mengajak para pembaca merenung sejenak pesanan di bawah ini untuk kebaikan bersama:



“Masa Adalah Anugerah Tuhan” DAN masa terlalu berharga. Perpatah mengatakan “masa itu emas“. Malahan, masa itu lebih berharga dari emas, lantaran emas boleh dijual beli dan begitu juga emas yang hilang boleh ditukar ganti. Tetapi bukan seperti masa, masa yang berlalu tetap berlalu. Ianya tidak akan berulang lagi.

Masa boleh dibahagikan kepada tiga zaman. Zaman yang berlalu yang tidak akan kembali dan bukanlah milik kita. Zaman yang sudah berlalu, zaman sekarang dan zaman akan datang. Zaman akan datang, belum lagi ada kepastian sama ada kita berpeluang menikmatinya.

Oleh yang demikian, hargai lah masa yang ada, masa yang kita miliki sekaranglah yang perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Penggunaan masa hari ini akan menentukan corak masa depan kita.



Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta’ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:

Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.

Melaksanakan amal solih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibubapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.

Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.

Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.



Saya yakin para pembaca sekalian telah menghafal dan mengetahui maksud tiga ayat al-Qur’an di atas sejak dari kecil. Akan tetapi timbul satu cabaran hebat: Masa! Tidak cukup masa untuk melaksanakan keempat-empat tuntutan dalam ayat tersebut. Mengapakah Allah Subhanahu wa Ta’ala bersumpah dengan masa padahal tuntutan-tuntutan yang disebut-Nya selepas sumpahan tersebut amat sukar dicapai kerana keterbatasan masa?

Sebenarnya apabila Allah s.w.t. mengaitkannya dengan masa, bererti masa merupakan faktor utama dalam menentukan sama ada keempat-empat tuntutan tersebut berjaya kita capai atau tidak. Dalam erti kata lain, sesiapa yang memiliki pengurusan masa yang efisyen akan mampu mencapai tuntutan-tuntutan tersebut sehingga akhirnya menjadi orang yang beruntung. Sebaliknya sesiapa yang tidak memiliki pengurusan masa yang efisyen, dia akan gagal sehingga akhirnya menjadi orang yang rugi.



Allah s.w.t. telah bersumpah dengan masa. Lantaran masa itu telah terlalu penting khususnya didalam membuat persediaan untuk menempuhi alam akhirat. Didalam hal ehwal keduniaanpun, penggunaan masa yang cekap akan mendatangkan hasil yang menguntungkan.

Oleh yang demikian, demi masa, saya menyeru remaja di zaman yang serba moden ini menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk jalan yang di redhai oleh Allah s.w.t.. Masa itu ialah satu perkara yang sangat utama bagi kita semua untuk dikendalikan dengan sebijak-bijaknya tanpa membazirkannya dengan kerja-kerja kurang atau langsung tidak mendatangkan faedah.

Penyalahangunaan masa bukan sahaja merugikan kita di dunia bahkan diakhirat. Di akhirat, apabila semua manusia dihadapkan di makamah Allah s.w.t., tiada seorangpun akan dibenarkan bergerak selagi tidak dikemukakan kepadanya lima persoalan berikut:



Oleh kerana masa tidak dapat ditukar-ganti atau pun diulangi gunakanlah masa dengan sebijak-bijaknya. Ada eloknya kita tinjau kedalam kehidupan seharian kita untuk kita kenal dan pastikan di manakah masa yang bernilai itu dibuang begitu sahaja.



Mengakhiri penulis disini, saya menyeru para pembaca mengambil ikhtibar daripada kesimpulan dibawah berhubung dengan kegunaan masa untuk diri kita semoga mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t., insya’Allah.



Oleh: Lokman Mohd Hashim, mutiaraislam.wordpress.com

Sabtu, 23 Mei 2009

Pertandingan Memancing anjuran Kelab Sukan CCM 2009

Tahniah diucapkan buat para pengendali Pertandingan Memancing Kelab Sukan CCM 2009.Dengar kata seramai 63 orang peserta telah menyertainya.Wow!Hebatnya.Maaflah,tak dapat serta.Kena kursus haji dan ada majlis rewang dikampung.Dengan lain perkataan aku tak reti memancing...Apa pun tahniah kepada pemenang.Foto ni,dimmskan oleh sahabat baik aku..Shahrul..besar gak ikannya..Kepada pemenang,tahniah..yang kalah..cuba lagi...

Jumaat, 22 Mei 2009

Bagaimana Mengurus Dan Membersihkan Hati Anda?

ASSALAMUALAIKUM… Buat semua . Hati ibarat ketua dalam diri anda manakala anggota tubuh adalah pekerjanya. Jika kuat ketuanya, maka pekerjanya juga akan kuat. Begitu juga apabila ketuanya positif dan berwawasan maka pekerjanya juga positif dan aktif bergerak merealisasikan wawasan ketua.

Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah hati yang suci murni. Namun jika hati tidak diurus dan dijaga dengan bersungguh-sungguh, ianya secara semulajadinya amat mudah dikotori dan dicemari. Namun, bagaimanakah caranya menguruskan dan membersihkan hati? Berikut adalah cara terbaik yang dianjurkan untuk membantu kita menyucikan kembali hati yang kurang jernih.

Sebagaimana hadis Riwayat Muslim:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak juga kepada rupa kamu tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kamu”.

1. Banyak meluangkan masa untuk muhasabah diri.

Waktu terbaik untuk muhasabah diri adalah selepas selesai solat fardhu. Ambillah sedikit masa untuk duduk diam seketika selepas selesai solat dengan melihat dan merenung kembali kekurangan dan kelemahan yang wujud dalam diri. Mengingati kekurangan dan kelemahan bukanlah untuk disesali tetapi untuk diperbaiki.

Waktu yang terbaik juga untuk muhasabah diri adalah beberapa ketika sebelum terlelap pada waktu malam. Soalan yang harus ditanyakan dalam diri ialah “ Apa yang sudah saya lakukan sepanjang hari ini?”

2. Terima hakikat tiada kejayaan sebenar di dunia ini.

Terimalah hakikat bahawa kejayaan di dunia ini bukanlah ukuran kejayaan yang hakiki, sebaliknya kejayaan sebenar adalah apabila kita bertemu dengan Allah SWT, kita dikurniakan syurga. Kejayaan yang dikecapi di dunia adalah subjektif, dan ianya berbeza mengikut individu. Hati akan mudah terubat apabila kita membisikkan “ tidak ada yang sempurna di dunia ini,” apabila menemui kegagalan di dalam sesuatu usaha.

3. Berusaha mendapatkan ilmu berkaitan diri sendiri

Ramai yang tidak percaya akan kewujudan dan kepekaan pancaindera yang keenam iaitu “pandangan mata hati”. Namun begitu, ilmu berkaitan dengan diri sendiri mudah diperoleh jika kita menggunakan pancaindera ini, dan dengannya juga kita mampu melihat dan menilai segala kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri. Namun bagaimanapun pancaindera ini akan lebih efektif sekiranya diri kita selalu dekat dengan Allah dan patuh kepada setiap perintah-Nya.

4. Belajar daripada orang lain.

Belajar daripada orang lain adalah sebahagian daripada proses kehidupan dan perkembangan seseorang manusia. Proses pembelajaran ini akan lebih berkesan dengan melihat setiap perkara yang berlaku di sekeliling dengan kaca mata seorang pelajar dan digabungkan dengan pandangan mata hati hendak belajar. Melalui proses inilah segala yang buruk dapat dijadikan pengajaran untuk dihindari manakala perkara baik yang ditemui, tempuhilah sebagai pedoman untuk terus memperbaiki diri. Ingatlah, orang yang bijaksana menjadikan semua perkara di sekelilingnya sebagai tempat belajar dan sentiasa memperbaiki kualiti hatinya.

sumber:sahabat fitrah

Belajar Memaafkan Orang Lain

Assalamualaikum kepada semua  yang saya kasihi.

“Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui “.
Inilah doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w tatkala Rasulullah diperleceh sambil dilontarkan batu oleh penduduk Taif, tiada dendam dan tiada menaruh kemarahan yang dizahirkan oleh Ar-Rasul walaupun dalam keadaan yang begitu kritikal.

Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!

Hakikatnya bukannya mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi kita gunakan perkataan belajar memaafkan orang lain bagi memberi ruang yang lebih luas dalam hidup kita untuk memperbaiki diri. Perhatikan hubungan kekeluargaan yang hambar kesan dari pasangan suami isteri, adik beradik, jiran tetangga dan sanak saudara yang tidak mempraktikkan belajar memaafkan orang lain.
Marilah kita berusaha mencontohi keperibadian Qur`ani:

“Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya samada di waktu senang atau susah dan orang-orang yang menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain” (Ali Imran : 134)

SUMBER:-

Ahmad Shukri Yusoff
www.fitrahpower.com

Rabu, 20 Mei 2009

Bagaimana Menghargai Perasaan Orang Lain?

Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera buat semua sahabat dan pengunjung laman Kenangan Terindah ini.

Mengapa perlunya menghargai perasaan orang lain? Persoalan ini akan terjawab apabila kita menanyakan kembali soalan itu kepada diri sendiri dalam bentuk soalan “Mengapa pelu menjaga perasaan sendiri?”. Dalam konsep ‘Hablum Min-Annas’ telah jelas di situ akan maksudnya bahawa kita perlu menjaga hubungan sesama manusia selain menjaga hubungan dengan Maha Pencipta( Hablum Min-Allah). Perlunya menjaga perasaan orang lain sama pentingnya menjaga perasaan sendiri, kerana Allah SWT telah menjadikan naluri manusia itu suka akan penghargaan, pujian dan kelembutan tutur kata.

Sebagaimana firman Allah:

“Maka dengan sebab rahmat yang melimpah-limpah dari Allah kepadamu wahai Muhammad engkau telah bersifat lemah lembut kepada mereka sahabat-sahabat dan pengikutmu dan kalaulah engkau bersifat kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu”. ( Surah Aali- Imran ayat 159 )

Penghargaan kepada perasaan orang lain tidak bermakna perlu bersetuju dengan apa yang diucapkan. Bersetuju melibatkan fakta sama ada apa yang dikatakan itu benar atau salah. Manakala menghargai pula melibatkan emosi dan perasaan, ia adalah dua perkara yang berbeza. Kita haruslah berhati-hati dalam menggunakan kedua-dua cara ini dalam satu masa, kerana masalah mungkin akan timbul akibat campur aduk ini.

Menghargai perasaan orang lain boleh berlaku dengan cara kita mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang diceritakan kepada kita dan kita menyelami perasaan orang yang sedang berkata-kata itu. Selain itu cara yang paling mudah adalah dengan diam, mengangguk, dan melihat ke wajahnya semasa dia sedang berkata-kata. Selain itu kita boleh menggunakan komen-komen neutral yang biasa digunakan seperti “ ya, betul.” , “ Ok,” , “Oh!”, “Menarik, menarik…”, “Iya ker?, “Teruskan”, “Isyyy…kasihannya awak.” , “Oh, begitu,” dan sebagainya. Komen neutral ini membantu mendorong orang yang sedang bercakap supaya terus bercakap dan meluahkan masalahnya sehingga kesusahannya hilang selepas dia berasa dihargai kerana ada insan yang sudi mendengar keluhan keresahannya.

sumber Fitrah Power

Isnin, 18 Mei 2009

selamat berjaya semua...


PERDANA Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyerahkan Jalur Gemilang kepada perenang Selat Inggeris Zahrah Masoumah Abdul Halim (dua dari kiri) di Putrajaya. Turut kelihatan adiknya Salman Ali Shariati Abdul Halim (kiri) serta Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (dua dari kanan). sumber berita harian

ZAWAL:-

Kpd Zahrah Masoumah Abdul Halim,Adik Salman serta Muqharabbin,saya ingin mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada anda semua.Semoga ALLAH memberkati dan merestui kalian semua.

Kepada Muqharabbin..PAGI!

5 ETIKA MENGKRITIK

Salam..kita kebiasaannya gemar mengkritik seseorang TANPA memikirkan akan kesan terhadap seseorang itu.Namun adakah kita sedar kritikan kita itu?Jika kritikan kita itu membina,Alhamdulillah,namun juka sebaliknya?

Diruangan ini,ada 5 tips untuk membuat kritikan..


1. Jangan sesekali mengkritik di depan orang lain. Tindakan anda akan memalukan dirinya, dan dianggap tidak profesional, malah ini boleh mengundang rasa tidak puas hati orang lain terhadap anda juga.

2. Cuba mulakan teguran anda dengan pujian atau kata-kata yang membina dahulu.

3. Ciptakan suasana ‘bersahabat’ sebelum anda memulakan ’serangan’.

4. Kritik hanya pada tindakan/perbuatan/perangai, bukan orangnya.

5. Ikhlas ketika mengkritik. Bukan untuk menunjukkan kuasa atau siapa lebih pandai.

Jadi renung-renungkanlah.Kritikan memang bagus demi memperbaiki seseorang.Namun janganlah kita suka sangat mengkritik,orang lain pun ada juga hati.Ada juga perasaan.Jika terkena batang hidung kita sendiri,bagaimana?Tentu kita marah...

Apa pun yang baik itu dari Allah,dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

Wassalam

Ahad, 17 Mei 2009

EVO-PDRM





Lepas ni jika kena tahan dengan peronda PDRM,adalah dinasihatkan BERHENTI..power wo kereta ni...tapi kalau rasa diri boleh lepas..cubalah...aku dah try..kecut perut wo...

Jumaat, 15 Mei 2009

Pemuda Telok Datok

Alhamdulillah...doakanlah pasukan aku memenangi kejohanan ini..sepanjangpenyertaan asyik2 dapat masuk semi ajer..

Khamis, 14 Mei 2009

Hari Ini...

SALAM..

Hari ni,sebaik sahaja aku tiba di pejabat,seperti kebiasaannya aku akan on aku punya pc dahulu..lihat-lihat e-mail (urusan kerja,manakala bukan urusan kerja bolehlah e-mail kat zam3585@yahoo.com)..aku ternampak satu notis dari HQ..Biasanya aku malas nak baca,banyak kerja lain lagi yang perlu aku buat,tapi hari ni aku terbuka atau dengan istilah lain..terajin pula..hehehe..rupanya memo mengatakan bahawa ;-

(bentuk memo ccm)

Tuan Haji Mohamad Hamid Bin Haji Abdul Kadir,selaku EXECUTIVE,TRANSPORTATION & SAFETY CCM Chemicals,akan berhijrah ke Finance/Admin Department...

Tahniah aku ucapkan..

Rabu, 13 Mei 2009

kisah benar

Salam,berita ini adalah berita semalam,maaflah hari ni baru sempat nak publish..Lokasi kejadian,simpang empat traffic-light Sungai Manggis.Masa,sekitar 10:00 pagi.Sebuah lori yang membawa muatan pasir,telah melanggar sebuah lagi lori dari belakang.Mangsa tersepit agaklama juga,ini kerana pihak BOMBA Banting berada di Batu Laut,akibatnyaterpaksa menunggu dan meminta bantuan dari Bomba KLIA.Mangsa tersepit dibahagian kaki.Pihak Bomba terpaksa gunakan khidmat trak penunda untuk mengeluarkan mangsa.Mangsa telah dikejarkan ke hospital Banting dengan kadar segera.

Jadi ada beberapa pengajaran yang kita perolehi dari kisah pemandu ini..

  1. Sebelum buat sesuatu,bacalah doa dahulu
  2. Jangan pandu ikut belakang lori
  3. Lampu isyarat..berhentilah...
  4. Patuhilah undang-undang
  5. Jangan ingat anda menaiki kenderaan besar,anda boleh berlagak..ketahuilah..ALLAH lagi besar...

Selasa, 12 Mei 2009

salam takziah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Al-Fatihah..
Takziah diucapkan buat Puan Salasiah serta keluarga di atas pemergian kekanda beliau ke rahmatullah pada awal pagi hari ini.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan amalannya diterima oleh Allah.
Kepada keluarga arwahyarhamah,semoga tabah menghadapi ujian dari Allah..

PERHATIAN

Harap maaf..perkhidmatan C-Box tergendala seketika.
Segala kesulitan amat dikesali.

Jumaat, 8 Mei 2009

RAKAN BLOGGER..SESIAPA ADA MAKLUMAT TENTANG GADIS INI...


KARMILA BINTI SUKIRMAN
PELAJAR KOLEJ NEGERI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Dilaporkan hilang pada 1 April 2009
(No.Repot Polis : PANDAMARAN/002622/09)
Sekiranya anda pernah melihat gadis ini ATAU tahu di mana dia berada,
tolong hubungi nombor di bawah:
014-3110344 – Madie (Abang)
014-3110347 – Sue (Kakak)
016-3462388 - Sarjan Azmi (Officer Incharge Balai Polis Pandamaran)
012-6036977 – Encik Syafiq ( Kolej Negeri, Seremban 2, Negeri Sembilan)
019-2033585 (pemuda telok datok,Banting)
012-3375458 (Srs Telok Datok,Banting)

Ibunya di Sandakan, Sabah menitiskan airmata setiap hari…
Kepada yang masih ada keprihatinan dan kasih sayang,sila sebarkan gambar ini.
Mudah-mudahan Si Ibu yang bakal menyambut HARI IBU tidak lagi menitiskan airmata…..
DOAKAN JUGA KESELAMATAN KEPADA GADIS YANG BARU MENGENAL ERTI HIDUP INI.
WALAUPUN DI MANA DIA BERADA, HARAP DIA KEMBALI…….
KERJASAMA SEMUA DIUCAPKAN TERIMA KASIH.
Admin : www.sabahlovepeace.blogspot.com
e-mel : yandie02@yahoo.com (Madie)
mutiara_ieman@yahoo.com.my (Sue)

Khamis, 7 Mei 2009

Petua dari bonda untuk yang bergelar ibu-ibu sedunia



Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur. 



1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali. 

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali 

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya. 

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur. 

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak. 

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri. 

Selamat mencuba...... 

bestkan jadi seorang ibu.... 

Apapun SELAMAT HARI IBU DI UCAPKAN BUAT IBUKU MARIAMAH HJ. ABD.KADIR

Terima kasih kerana melahirkan aku.Semoga Allah panjangkan usia ibuku dan diterima segala amal beliau

Buat isteri tercinta aku ucapkan juga Selamat Hari Ibu....







 

Rabu, 6 Mei 2009

Kisah Sepupuku...

Salam..Ni pula kisah sepupuku..Nama dia Hafiz..sekarang berkhidmat seangkatan dengan abang aku..Masih bujang lagi.hehehe!!

Aku bukan nak cerita pasal peribadi dia..tapi aku secara peribadi merasa amat sukar hendak mempercayainya...Begini..2,3 minggu lalu beliau pergi ke Ulu Yam bersama dengan rakan-rakannya..Semasa hendak memasuki simpang..(katanya double line)tiba-tiba datang sebuah kenderaan buatan Malaysia (Waja) telah melanggar kereta sepupu aku ini...Akibatnya...keadaan kereta sepupu aku ini seperti di bawah:-

Terukkan..kesian dia..

Apabila terjadinya kejadian ini..beliau membuat laporan di pejabat Polis yang berhampiran..Nak tau apa kesannya...beliau kena SAMAN....RM300.00..

Persoalannya..siapa yang salah??Nak kata sepupu aku ni buat pusingan U..tak mungkin..sebab dia kata nak masuk simpang....

So..kepada pengunjung blog aku ini..aku perlukan khidmat dan kepakaran anda...dalam isu ini..Kesian gak aku tengok sepupu aku ini..kereta baru keluar..baru kerja....Tapi ingatlah//ianya dugaan dari Allah.....

Apa nak jadi....

Salam..apabila terbaca kisah ini...apa perasaan anda?

Tiga beranak pilu tunggu jenazah mangsa ragut



RAZALI Ahmad memeluk dua anak tirinya, Puteri Norasikin Salleh dan Mohamad Khairi Ridwan Salleh ketika menunggu di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, semalam untuk menuntut jenazah isterinya, Jamilah Selamat (gambar kecil), yang menjadi mangsa ragut di Taman Mekar Air Hitam, Johor. Jamilah yang hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma tiga hari.



Wanita hamil diragut mati selepas 3 hari koma meninggal selepas diragut; Mangsa jatuh motosikal akibat beg tangan direntap dua lelaki

JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang mengandung dua bulan meninggal dunia semalam, selepas koma selama tiga hari selepas terjatuh daripada motosikal akibat diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya dalam kejadian di Taman Air Hitam, Air Hitam, Ahad lalu. 

Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kira-kira jam 7.30 pagi akibat kecederaan serius di kepala akibat terhentak di atas jalan. 

Suami Jamilah, Razali Ahmad, 41, berkata pada hari kejadian isterinya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebagai jurujual di kedai kraftangan di pekan Air Hitam ke rumah di Taman Mekar. 

Katanya, isterinya berhenti untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai di Taman Air Hitam dan selepas itu menunggang motosikal jenis Honda EX 5 bersendirian sebelum diragut dua lelaki yang juga menunggang motosikal. 

"Jamilah dikatakan terjatuh daripada motosikalnya dengan mukanya terhentak pada jalan. Seorang rakan abang saya yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki, terbabit melarikan diri manakala isteri sudah tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSA. 

Razali berkata, mereka mempunyai empat anak berusia antara 17 dan lima tahun hasil perkahwinan terdahulu dan Jamilah mengandung dua bulan selepas mereka berkahwin tujuh bulan lalu. 

"Saya mempunyai dua anak berusia 17 tahun dan 15 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertama yang meninggal dunia akibat barah, manakala Jamilah mempunyai dua anak berusia tujuh tahun dan lima tahun dengan suaminya terdahulu. Kami berkahwin selepas Aidilfitri lalu," katanya yang bekerja sendiri. 

Katanya, Jamilah pernah diragut pertengahan tahun lalu, di Jalan Johor-Air Hitam ketika menunggang motosikal dan turut kehilangan beg tangan yang diletakkan dalam bakul kenderaan itu. 

Sehubungan itu, katanya, seorang rakan mengajar Jamilah menyimpulkan tali beg tangan pada cermin sisi bagi mengelak kehilangannya akibat diragut. 

"Berdasarkan cerita rakan, motosikal Jamilah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi... ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal kenderaannya sebelum terjatuh," katanya. 

Razali berkata, arwah isterinya dibawa ke HSA daripada Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu, bagi menerima rawatan rapi tetapi gagal diselamatkan akibat kecederaan parah pada bahagian kepala serta muka. 

Katanya, jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hiitam, petang semalam juga.

Tentu sekali anda mempunyai perasaan kasihan dan bersimpati kepada keluarga mangsa.Bahkan anda juga panas hati dengan si peragut..Aku pun sama juga.Bayangkanlah kehidupan anak-anak kecil ini TANPA ibu mereka..lebih menyayat hati lagi 10 Mei akan datang ini merupakan sambutan Hari Ibu...Sedihnya...Lebih memilukan...anak yang berada di dalam kandungan turut menjadi mangsa...

Kepada si penjenayah ingatlah hukuman dan azab ALLAH adalah amat perit sekali.Kau mungkin didunia terlepas..diakhirat kau akan kena jugak..

Kepada para pembaca/pengunjung blog ini,marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatiha serta pahalanya buat arwahyarhamah....Al-Fatihah

Kepada para/pembaca/pengunjung blog ini,MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENADAH TANGAN POHON KEPADA ALLAH SWT AGAR SIPENJENAYAH INI DIKENAKAN HUKUMAN YANG SETIMPAL.Sepandai-pandai tupai melompat..akhirnya jatuh juga ke tanah..

Kepada keluarga mangsa,aku ucapkan salam takziah,Semoga tabah menghadapi dugaan ini.


Jumaat, 1 Mei 2009

Cuti Hari Buruh..kemana ye..

Tanggal 1 Mei 2009,merupakan hari yang dinanti2kan setiap warga pekerja,manakan tidak,hari ni cuti umum sambung pula cuti Sabtu dan Ahad..perhhh...

Pada hari ini,aku ke Kampung Kuantan,Kuala Selangor(berhampiran tempat Kelip-Kelip),tempat akul dilahirkan..sambil balik menziarah datok,hari ini juga diadakan majlis bacaan Yaa-Sin serta tahlil untuk arwah Wan (nenek),dimana setiap ahli keluarga belah mak akan berkumpul..Eratkan hubungan silaturrahim...Beberapa foto sempat aku ambil..bukan apa,sebagai Kenangan Terindah....

(ke kawasan kelip-kelip Kampung Kuantan)

(Masjid Kampung Kuantan,tempat aku dan kaum muslimin menunaikan solat Jumaat)

(Ni Pak Itam aku..pakar dalam menggoreng ayam)

(Tuan Imam(ustaz Majid) sedang mengetuai bacaan Yaa-Sin)

(sebahagian dari tetamu yang hadir..yang belakang tu macam kenal aje)

(Bacaan doa...Amin..Amin..Eh!!ingatkan Imran mengaminkan doa,rupa2nya main game)

(sesi Jamuan Makan)

(ha..ni best ni..itulah kata Pak Andak aku(pakar buat air)..yang sebelah kiri tulah atok aku)

(Perhhh..mesra tu..nilah abang dan adik ipar aku..)

(anak buah aku...kenapa Ijat..macam tak puas ati ajr..hehehe..)

(istimewa..2 beradik)

(ammmmm..chedapnya...nilah mami kepada 2 beradik di atas)

AKTIVITI LEPAS MAKAN

(rajinnya Abg Aris..maklumlah..adat..datang lewat kenalah basuh pinggan)

(lepas makan kena bersenam..hehehe..tukar tayar kereta...aik..abang aris tiba2 muncul...ngelatye)

(anak2 main bola..termasuklah anak aku...)

Ada kejutan...tajaan emak,pembelian Ju...

Khas untuk ulangtahun perkahwinan:_

-ZAWAL dan RAFIDAH (31 Mei 2009-6 tahun sudah...Syukur)

-Pak Itam and Mak Itam

-Azhan and linawati

Kek Tajaan

Birthday Pula..

(happy birthday Eisa...*maaf,mutu gambar tidak memuaskan)

(acara memotong kek diketuai oleh Pak Andak..hehehe)

Akhir sekali...gambar sebahagian keluarga yang ada...

p/s: Orang Pulau Pinang..anda dinanti-nantikan....

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...