Ahad, 17 Oktober 2010

gotong-royong..





setelah sekian lama,hari ni baru berkesempatan balik ke kampung halaman,kali ni balik disebabkan ingin membantu pakcik dan makcik membersihkan halaman rumah mereka,al-maklumlah nak terima menantulah katakan..habis clear kawasan luar rumah kami kerjakan,sementara tu isteriku sibuk memasak di dapur untuk juadah kami pada tengahari ni,sementara tu,puteraku sibuk bermain bersama pakcik-pakciknya..bila dah boring,barulah dia turun membantu aku...selepas asar bertolak semula ke banting,tapi sebelum tu,sempat juga singgah di hotel sun,booking 6 bilik untuk aku dan family..booking untuk kegunaan pada 30-31hb ni...

Rabu, 13 Oktober 2010


sabtu lalu,sedang aku bersarapan dengan keluarga disalah satu tempat yang popular dipekan banting ni,aku tertarik dengan satu peristiwa..tak lucu pun,namun ianya memberikan seribu pengertian dan pengajaran buat aku.
sedang aku menikmati nasi lemak..kelihatan seorang lelaki berbangsa cina datang ke salah sebuah meja (foto di atas) sambil memainkan alat muzik tradisional cina.nak kata faham,aku pun tak faham,tapi cukup menghiburkan setiap orang di situ,ada yang memberikan duit dan ada juga yang buat tak tahu aje..
apa yang dapat aku pelajari disini,rezeki ada dimana-mana sahaja,asalkan dilakukan dengan cara yang HALAL,maka adalah rezeki...

Isnin, 11 Oktober 2010

kumpulan marhaban taman seri..


buat julung kalinya,aku rasa inilah pertama kali kumpulan ini diketengahkan dan mendapat liputan.kumpulan ni memang aktif sangat-sangat..tahniah dari aku..terutama kepada bondaku..

Sabtu, 9 Oktober 2010

(IDOLAku)

hari ini,aku telah berkesempatan membawa anak-anak dari rumah amal asnaf telok datok,mengunjungi program yang dianjurkan oleh Zetcom,di kampung olak lempit..alhamdulillah,rezeki anak-anak.Terima kasih kepada Pengerusi zetcom,Ybhg Dato'Dr.Hj.Zabir B. Bajuri,kerana mengundang serta menyampaikan saguhati kepada anak-anak.Mudah-mudahan Allah swt melipatgandakan lagi rezeki Ybhg Dato' serta keluarga.
Majlis tertutup ini HANYA dihadiri oleh kakitangan Zetcom serta pendududk taman cenderawasih 1..
(Anak-anak sedang beramah mesra dengan Ybhg Dato')
(jemputan)

Selasa, 5 Oktober 2010

rezeki syawal



(anak-anak asnaf sedang menaiki bas)
alhamdulillah..catatan 5 oktober 2010
hari ni off kerja,bawa bonda ke pasar beli keperluan barang mentah unuk dibawa ke pejabat esok,ada department meeting dan majlis hari raya,so,seperti biasa,aku telah diarahkan(ceh!aku yang mengarahkan diri aku)untuk bawa nasi minyak..menu wajib setiap tahun..hehehe.
(2 troli tu....)
lagipun hari ni aku kena uruskan hal anak-anak asnaf ni..Alhamdulillah..rezeki mereka luas.Hari ni mereka menerima jemputan dari Jaksa Pendamai Selangor.Tuanku Sultan telah berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada mereka.sorot kembali tentang program ni,kira-kira 2 minggu lalu aku telah mendapat panggilan telefon dari Pengerusi jaksa Pendamai Kuala Langat yang menyatakan bahawa Tuanku hendak sampaikan sumbangan aidlfitri,khabar gembira ni,aku telah panjangkan kepada pihak pentadbiran serta anak-anak.Mengalir juga air mata aku,melihat reaksi kegembiraan mereka,yelah,selama ini mereka hanya dapat menatap wajah Tuanku di tv dan akhbar..tup-tup kali ni secara LIVE..alhamdulillah..dan hari ni impian mereka tercapai..alhamdulillah..

haaa...ni baru pahammmm


aku mewakili penduduk kat kawasan kediaman aku ni benar-benar marah dengan apa yang berlaku semalam..ada yang tersangkut hampir 5 jam dalam kenderaan masing-masing,lewat ke tempat kerja malah ada yang bersalin dalam ambulan..benar MALANG TIDAK BERBAU..tapi ianya boleh dielakkan sekiranya pihak-pihak yang berkenaan mengambil kira segala aspek,kepada tokey-tokey lori yang bawa bukan sahaja besi buruk malah apa jualah jenis barang,pastikanlah tak bawa muatan yang berlebihan dan elakkanlah lalu kat area sini pada waktu puncak.janganlah sibuk nak cari keuntungan hingga menyebabkan orang lain mengalami kerugian.salah siapa jika berlaku kemalangan?jika berlaku kematian?driver?syarikat?seperkara lagi,simpang nak masuk ke taman ni,perhhh..susah sekali nak keluar masuk..ibarat jika keluar pun kena,masuk pun kena..sampai bila!kemalangan usah kiralah,dah banyak dah berlaku..dah elok2 pasang lampu isyarat dulu,korang bising..jem lah itulah..inilah..mana penting?jem atau nyawa?

Isnin, 4 Oktober 2010

athirah dan PMR..good luck!


Penilaian Menengah Rendah (PMR) muncul lagi..rata-ratanya tentu tak sabar untuk menghadapi peperiksaan ini yang dijadualkan bermula esok..pelbagai jenis perasaan timbul..degup jantung,toksah katalah...asyik..dap..dup..dap..dup aje..bagi yang dah buat persediaan awal tu,tentu tak jadi masalah..apa pun buat yang terbaik dan terbaik..
Tak lupa juga,buat anak buah aku,Nur Athirah,yang kini berada di Negeri bawah bayu...tentu tak sabar-sabar nak menghadapi hari esok..apapun pak g serta yang lain mendoakan agar athirah dapat menjawab setiap soalan yang diberikan dengan tenang..ingat Allah senantiasa yee..

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...