Selasa, 30 Jun 2009

Manusia dan hasad dengki

Kenapa ramai manusia di dunia ini yang mempunyai perasaan hasad dan dengki? Kenapa ramai manusia di dunia ini yang cemburu dengan apa yang dimiliki oleh orang lain? Ada sesiapa yang mempunyai jawapan?

Hasad dengki timbul apabila rasa tidak puas hati bertukar menjadi amarah. Lalu perasaan untuk menjatuhkan dan merosakkan orang yang lain mula hadir dalam diri dan akhirnya membawa padah. Mungkin pada mulanya kepada orang yang dituju. Tetapi, mungkin juga kepada diri sendiri.

Mengapa timbulnya hasad dengki dalam diri manusia?
Mungkin kerana seseorang itu tidak dapat mencapai apa yang diingini. Mungkin juga kerana dia merasakan dia lebih berhak mendapatnya jika dibandingkan dengan orang lain. Atau mungkin dia merasa cemburu dengan kegembiraan orang lain. Mungkin kerana dia tidak boleh melihat orang lain lebih berjaya, gembira dan bahagia darinya. Atau mungkin kerana perasaan dengki dan busuk hati itu sudah sebati dalam dirinya. Lebih tepat jika dikatakan, dia tidak percaya bahawa setiap kejayaan dan kebahagiaan yang diperolehi oleh seseorang itu adalah anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah, yang mana pada suatu hari nanti dia juga akan memperolehinya. Betul?

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:

*Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain
*Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"
*Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.
*Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya
*Dia membantu kepada iblis laknatullah

Envy is a symptom of lack of appreciation of our own uniqueness and self worth. Each of us has something to give that no one else has. ~Elizabeth O'Connor



a melody from EdUE


sumber:juzlogon.blogspot.com

Isnin, 29 Jun 2009

SELAMAT PULANG BAH..

SALAM..AWAL PAGI INI E'QEN SERTA PASUKAN HOKINYA TELAH TERBANG SEMULA KE SABAH..SELAMAT JALAN PAK G SERTA KELUARGA UCAPKAN.MAAF DIPOHON KERANA TIDAK SEMPAT BERTEMU SEPANJANG E'QEN BERADA DI SEMENANJUNG DAN MERASA SEDIKIT KEKESALAN KERANA TIDAK BERTEMU SEMALAM.

hari ini....

hari ini..aktiviti tak banyak yang dapat dilakukan.Sebelah pagi hingga ke malam penuh jemputan.Kat Taman ni aje ada 2 jemputan.Jemputan kahwin di rumah Cikgu Adnan dan cukur jambul cicit Hajjah Yon..Petang aku bergegas pula ke Taman Warisan Pertanian di Putrajaya membawa bonda hadir majlis perkahwinan anak buah nya..kira sepupu akulah tu..NAsib baik ada GPS..senang mencari tempat,nama aje aku tinggal berhampiran Putrajaya..jika takde hal memang tak pergi punya..Selepas hadiri majlis,aku ke SMK Sains Selangor untuk melawat anak buah aku yang menetap di sana,sapa lagi E-qen lah..Temujanji telah dibuat lewat malam tadi.Namun apa kan daya E-qen ketika aku sampai,dia telah pergi bersama gurunya ke SOGO..lantas aku pun pulanglah ke Banting semula..tak boleh tunggu lama sebab isteri kesayangan aku ni bila-bila masa aje akan bersalin..Malam ni pun ada lagi majlis di Seri Cheeding,majlis penyampaian hadiah dan jamuan makan Kejohanan Sukan Komuniti Dun Telok Datok..serba-salah gak,nak pergi atau tak..kang pergi,takut isteri aku nak bersalin pula...so..aku masih lagi dalam dilema..Tapi 81.5% aku tak pergi,tak mahu ambil risiko...

(Taman Warisan Pertanian,Putrajaya,menarik tempat ni..yang best semua ada kat sini)

(gambar kenangan adam dengan Tok Tam)

APA YANG BESTNYA KAT SINI,LEPAS AJE MAKAN TERUS KE SALAH SATU GERAI PERTANIAN.AMBIL AJE POKOK BUNGA YANG TELAH DISEDIAKAN.TANAH CAMPURAN PUN ADA JUGA DISEDIAKAN.APA LAGI..AKU PUN AMBIL LAH KESEMPATAN BERSAMA DENGAN PAK ITAM...

(PAK ITAM TENGAH MENGISI TANAH CAMPURAN KE DALAM BEG)

(HAAA..CUKUP KE NI)

LEPAS MAJLIS NI,AKU TERUS KE CHERAS..NAK TENGOK ANAK BUAH AKU YANG SORANG NI..

(sekolah menengah Sains Selangor)

TAPI HAMPAAAAAAA....ANAK BUAH AKU TIADA..SHOPPING UNTUK MAMANYALAH TU...

Catatan hari ini:-

Sepanjang majlis yang aku hadiri pada hari ini,ada rasa sedikit terkilan.Bukan apa,aku iya-iyalah nak salam dengan...........boleh aje selamba salam aku sambil angguk kepala.Banyak dah aku pergi ke majlis-majlis..sekurang2nya,sambutlah tetamu,jemputlah masuk,jemputlah makan..ni tak..macam orang bodoh aje aku..uncle aku perasan..dia pun nak salam terus tak jadi.bukannya tak kenal aku..bukannya tak kenal EMAK aku..bukannya tak kenal uncle aku.Aku bukanlah nak minta dilayan macam raja atau VIP..sekurang-kurangnya tunjuklah hormat kepada tetamu yang hadir sebagai tanda penghargaan kita hadir.Ni tak..kita beriya-iya nak pergi majlis dia..tapi dia buat kita ni macam minta sedekah pulak....Esok lusa mesti jumpa..alasannya mestilah "sorrylah tak perasan"ramai tetamu..aikkk..tetamu is tetamu..takkan bila aku tegur....sambil sebut nama  tak perasan kot....Makanan pula,BASI...mak aku sampai terpaksa keluarkan balik makanannya dari mulut dia....Apa kes....Aku yang nak menyumbang terus simpan balik duit tu..dari ikhlas terus jadi MENYAMPAH...kami makan pun makan kat meja luar(tempat orang berniaga)..kami terpaksa beli makanan dan minuman sendiri wooooooo....betul gak kata uncle aku "jika nak buat majlis besar2..pastikanlah cukup syaratnya"...entahlah..ragam manusia....

Ahad, 28 Jun 2009

akhirnya...


Syukur ke hadrat Ilahi..apa yang aku rancang akan terlaksana jua.Julung-julung kalinya program yang aku anggap kecil aje nak buat,akhirnya menjadi besar..Program apa??Program pelancaran Rakan Cops & Community Policing serta kempen Kesedaran Cegah Jenayah..

Program ini telah ditugaskan atau dipertanggungjawab ke atas bahu aku oleh pihak JP Kuala Langat (Jaksa Pendamai),tak sangka paper work aku telah dibawa ke peringkat Negeri Selangor dan telah DILULUSKAN penganjurannya.Makan masa jua..tapi kesabaran aku berbaloi juga akhirnya..paper work itu telah diajukan kepada Tuan Ketua Polis Daerah Kuala Langat.

Bincang punya bincang akhirnya BERJAYA.....Bukan sahaja PDRM yang terlibat,banyak lagi agensi yang turut serta..Apa yang buat aku gembira buat julung kalinya kereta peronda PDRM yang baru itu akan dipamerkan untuk tatapan umum.

Bila? Pada 18 Julai 2009 ( SABTU ) bermula seawal 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Tesco Banting..

Sudi-sudikanlah ye datang..bawalah kaum family...

Dikesempatan ini aku ucapkan jutaan terima kasih kepada Ybhg Tuan Haji Mohd Yunus,selaku Pengerusi JP Kuala Langat kerana telah memberi kepercayaan kepada aku.Tidak lupa jua buat Tuan Ketua Polis Kuala Langat yang telah memberikan sokongan padu kepada aku dan team aku..Tak lupa juga brother Mohd Khairul...yang awal-awal pagi lagi dah terpacak kat IPD Kuala Langat untuk bermesyuarat...dan rakan-rakan SRS...Apa pun doakan agar apa yang dirancang ini berjaya..

Tentu Arwah abah bangga dengan aku kan...Tentu emak pun sama...Family pun sama....Ini aje yang dapat aku buat untuk harumkan nama keluarga aku..Bukan nak bangga,tapi aku puas dengan apa yang aku buat bukabn untuk aku sorang malah seluruh masyarakat di sekeliling aku..Jumpa di sana.....

Jumaat, 26 Jun 2009

info dari SABAH

Dengar khabar dari Sabah E-qeen telah ke Semenanjung semalam.Wakili Sabah dalam Kejohanan Hoki di Bukit Jalil.Beliau akan berada di sini hingga hari Isnin.Usaha untuk menghubungi beliau GAGAL..mungkin sibuk berlatih kot..
Apa pun harap dapat lakukan yang terbaik...

Rabu, 24 Jun 2009

majlis kesyukuran

Tanggal 21 Jun 2009 yang lalu..majlis makan-makan telah diadakan dirumah mak aku.Kecil-kecilan sahaja.Ada beberapa hajat yang dipohon sambil berasa amat bersyukur kerana emak nampak telah ada perubahan.Antara hajat pula,meraikan putera abang Aris,yang akan melanjutkan pelajarannya.Tahniahlah diucapkan.Disamping itu juga menyambut hari lahir kakak aku...Tak lupa juga kami sekeluarga membacakan tahlil untuk arwah abah..

(sedih ke along...relax le..hehehe)

(atau kakak dan ayahnya yang sedih....)

(ntah..ntah si e-jat ni kot yang sedih)

(sedih ke tak sedih ke..aku tetap aku...)

(acara yang dinanti..potong kek)

Alhamdulillah..selesai juga majlis pada hari ini,mudah-mudahan apa yang dihajati akan dimakbulkan oleh Allah swt..amin

Selasa, 23 Jun 2009

7 perkara yang boleh menjadi faktor seseorang menjadi sombong dan takabbur _Imam Al-Ghazali

Juz sharin'

Imam Al-Ghazali menyebutkan tujuh perkara yang boleh menjadi faktor seseorang menjadi sombong dan takabbur.

1. Ilmu
Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Bila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih.


"Janganlah kamu mempelajari ilmu dengan tujuan untuk digelar sebagai ulama, dan janganlah kamu mempelajari ilmu dengan tujuan untuk memperlekehkan orang yang bodoh, dan janganlah mempelajari ilmu dengan tujuan memilih tempat dan kedudukan, sesiapa yang melakukanya dengan tujuan yang sedimikian maka neraka adalah tempatnya.."

"Sesiapa yang memepelajari ilmu yang dituntut oleh Allah dengan tujuan mendapatkan habuan keduniaan, maka ia tidak mencium bau syurga di hari qiamat."

Allah S.W.T. telah mengingatkan para nabi-Nya dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.” (Surah al-Syu‘ara: 215).

Selain itu, orang yang berilmu itu wajib beramal dengan ilmunya. Justeru, adalah menghairankan sekiranya mereka yang berilmu itu berperangai dengan sikap takabbur. Tidakkah mereka pernah mendengar sabda Nabi s.a.w. yang mulia, maksidnya,"Sesungguhnya manusia yang menerima siksaan yang sangat berat dihari qiamat ialah orang berilmu yang tidak menggunakan ilmu."

Maka sewajarnya mereka yang berilmu merupakan orang yang paling bersungguh-sungguh menjauhi sikap takabbur dengan mengamalkan ilmu yang dipelajari khususnya ilmu agama..

2. Amal Ibadat
Terkadang orang yang banyak melakukan amal ibadat bersifat sombong dan takabbur kerana merasakan merekalah sebaik-baik manusia yang paling layak mendapat rahmat Allah. Ilmu yang dimiliki tidak dapat membentuk sifat-sifat mulia dan menjauhi sifat takabbur.

Ada juga antara mereka yang apabila sudah terlalu takjub dengan amal ibadat mereka yang banyak berasa bahawa manusia lain yang kurang amal ibadatnya akan binasa.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, malsudnya "Jika kamu mendengar seorang mengatakan semua orang binasa, maka dialah yang lebih binasa.”

Cukuplah sekiranya kita dapat mengambil iktibar daripada sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Tiada masuk syurga orang yang ada pada hatinya setimbang semut kecil daripada biji sawi daripada takabbur.” .

3. Nasab Keturunan
Ramai manusia menjadi sombong kerana ketuurnannya dan memandang rendah orang lain yang tidak mempunyai nasab keturunan sepertinya. Mereka berasa keturunannya yang terdiri daripada salihin, ‘amilin, hartawan, bangsawan dan sebagainya menyebabkan mereka menjadi manusia yang mulia. Dari Abu Dhar r.a. katanya:
Maksudnya;“Pada suatu hari aku bercakap-cakap dengan seorang, Aku berkata: “Wahai anak si hitam.” Rasulullah s.a.w. segera menegur, sabdanya: “Wahai Abu Dhar! Tidak ada kelebihannya bagi anak si putih ke atas anak si hitam

4. Paras Rupa Dan Kehebatan Fizikal
Manusia sering besifat sombong apabila merasakan dirinya cantik dan hebat, lalu timbullah rasa takjub dengan keindahan dan kehebatan rupa parasnya.

Wajarlah mereka ini merenung sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada bentuk dan rupa kamu, tetapi Allah memandang kepada hati dan amalan kamu.” .

5. Harta Kekayaan
Orang kaya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang yang bodoh dan malas berusaha.

Ada juga di antara mereka menganggap golongan kaya mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah S.W.T. Mereka berkata bahawa mereka boleh bersedekah dengan sebanyak-banyak sedekah, sedangkan si fakir miskin itu untuk menyuap sesuap nasi ke mulut sendiri pun masih belum tentu. Mereka lupa sebenarnya Allah telah menempatkan kedudukan yang istimewa kepada golongan fakir miskin yang beriman kepada Allah S.W.T.
Sesetengah golongan kaya sibuk dengan slogan ‘jihad ekonomi’ sehingga lupa jihad yang lebih besar iaitu jihad melawan hawa nafsu. Nabi s.a.w. telah bersabda, maksudnya "Kita kembali daripada perang kecil menuju perang besar iaitu seorang hamba berjuang melawan hawa nafsu.”

Maka tidak sewajarnya si kaya memandang rendah si miskin, kerana seperti yang diterangkan bahawa si miskin yang beriman itu besar nilainya di sisi Allah S.W..T.
Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda:

“Ya Allah, hidupkan daku dalam keadaan miskin, dan mati aku miskin, dan himpunkan aku di kalangan orang-orang miskin.”

Maka kata A‘isyah Radhiyallahu ‘anha: “Kerana apa, ya Rasulullah?” Maka sabdanya: “Bahawasanya mereka itu masuk syurga 40 tahun lebih dahulu daripada orang kaya . Hai A‘isyah, sayangilah orang-orang miskin dan hampiilah mereka itu, nescaya hampir kepada Allah Ta‘ala pada hari kiamat.” .

6. Kekuasaan

Memiliki kuasa,sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu sekiranya tidak mempunyai hati yang baik akan mendorongnya menjadi sombong.


7. Pengikut dan penyokong.

Manusia yang hatinya tidak sihat akan merasa hebat apabila dibelakangnya ramai pengikut atau peminat. Keangkuhannya dan kesombongannya bertambah kuat apabila apa yang diperkatakan dan dilakukan sentiasa mendapat sokongan dari pengikut tanpa melihat samada ianya satu kebenaran atau kebatilan.

Justeru, marilah sama-sama kita menjaga hati kita agar sentiasa insaf dan merendah diri biarpun semua perkara di atas menjadi milik kita. Jangan jadikan ia sebab kepada kesombongan dan ketakabburan tetapi jadikanlah ia sebagai sebab untuk kita hampir kepada Allah swt dan menginsafi semua perkara tersebut merupakan ujian daripada Allah swt. Semoga kita berjaya dengan ujian ini dan mendapat keredhaan Allah swt.

Ahad, 21 Jun 2009

PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN




Sewaktu menonton tv pada hari Jumaat lalu,di TV2,aku tertarik dengan jalan ceritanya.Secara amnya aku ni kurang sikit menonton txmtapi pada malam itu,entah kenapa..aku pun tak tahu kenapa dan mengapa aku boleh terpacak kat depan tv.Bagi aku pelakon lelaki terbabit berjaya membawakan watak itu..amat berkesan sekali..Tahniah Zamarul Hisham...

watak anda sebagai seorang anak yang bongkak,ego,asyik mengejar kekayaan duniawi  serta sanggup memutuskan hubungan adik-beradik telah berjaya anda lakonkan.

Bagi yang terlepas akan cerita ini,aku cuba ceritakan serba sedikit..tapi aku tak ingatlah nama yang digunakan oleh Zamarul Hisham itu..tapi jalan ceritanya aku bolehlah ceritakan.Zamarul ini merupakan seorang anak yang berasal dari kampung dan mempunyai seorang adik lelaki.Adik lelaki ini sudah berjaya dengan perniagaannya.Zamarul mengambil jalan mudah untuk menjadi kaya.Maka Allah telah mengurniakan kepada Zamarul rezeki.Maka jadilah dia kaya-raya.Bisness dia pun maju...Suatu hari datanglah sorang mamat ni bertemu Zamarul serta isteri dengan menawarkan Zamarul membeli saham.Mula-mula Zamarul labur sedikit..Memang nampak hasilnya,maka dia teruslah pindah ke rumah besar,beli kereta mewah.Dipendekkan cerita,mamat tadi datang lagi menyuruk Zamarul tambah pelaburan kepada 200K..TAMAK punya pasal dan TAK BERSYUKUR punya pasal dan TAK BERFIKIR PANJANG,maka Zamarul telah berjumpa dengan abang AH-LONG....200K dilaburkan....tapi  LEBUR......

Ah-Long tak puas hati bila Zamarul tak dapat bayar.Rumah..kereta dan segala harta hanyalah tinggal kenangan..Suatu malam Zamarul dan isteri ditangkap oleh geng-geng Ah-Long..Disumbatnya Zamarul ke dalam sebuah kontena usang bersama isterinya yang angkuh juga..Ah-long nekad membakar kedua-dua pasangan suami isteri yang angkuh tu...

Api marak...haaaaa...tau takut ye...masa nilah baru teringat Allah.Masa nilah teringat pesan ayah.Masa nilah ingat doa yang ayah ajar.

Allah maha besar...selepas membaca doa itu..api terpadam,maka selamatlah Zamarul dengan isterinya..Adik Zamarul ni punyalah baik hati,bayarkan semua hutang ah-long.kereta,rumah dan lain-lain lagi....Maka insaflah Zamarul dan isterinya itu..

Apa yang menarik sekali diakhir cerita ini,apabila Zamarul berkata" kembalilah kita ke pangkal jalan dan amalkan 165 dalam kehidupan kita,1 bermaksud IHSAN,6 bermaksud IMAN dan 5 bermaksud ISLAM nescaya selamatlah kita dunia dan akhirat.....

apa pengajaran dan pembelajaran yang kita perolehi??

Sabtu, 20 Jun 2009


selamat hari lahir di ucapkan khas buat kakak ku

Puan Aizun Nizar @ Maslimah.

Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik dan bahagia disamping keluarga tercinta..

amin..

Jumaat, 19 Jun 2009


rata-rata seluruh penduduk didunia ini meraikan hari bapa tidak berapa lama lagi......dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA juga buat bapa-bapa di dunia ini..

Bagi yang tidak berbapa seperti aku..hanya Al-Fatihah serta pahalanya sahaja yang dapat aku kirimkan,tanda kasih,sayang dan cinta juga rindunya aku kepada arwah abah..disaat aku menulis ini juga,tanpa aku sedari air-mata aku mula membasahi pipi aku..namun aku harus terima hakikat,bahawa Allah lebih sayangkannya....

Tak seperti adik-beradik aku yang lain..mereka sempat bermanja dengan arwah abah..aku..masih lagi kecil pada ketika itu..tidak tahu akan apa-apa..cuma yang aku tahu,abah sakit.terlantar dihospital klang..tak sempat nak bermanja lebih-lebih..dan tak sempat juga aku memberikan bakti aku kepadanya.

Zaman persekolahan aku,kekadang aje aku dijemput oleh abah..selebihnya,yang menghantar dan mengambil aku ialah abang aku,(acon) menaiki basikal copper...Aku hanya sempat bersekolah di Kajang tak sampai setahun pun..lepas pemergian abah,aku dan keluarga berpindah ke Banting hinggalah ke hari ini.

Abah tak sempat lihat anak-anaknya mendirikan rumah-tangga,tak sempat lihat akan cucu-cucunya..namun apakan daya...

Kekadang,ada juga dibenak hati aku berbisik.."abah aku rindukan mu"..hati aku juga menangis dan kadang-kala ada juga merasa cemburu bila lihat orang lain yang sebaya dengan aku,mempunyai abah..tapi apakan daya....

AL-FATIHAH

Rabu, 17 Jun 2009

Apa yang Aku Cari Dalam Hidup Ini

Beberapa orang merasa bingung menghadapi hidup ini. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya, tidak tahu apa yang akan dicari. Dalam menghadapi kebingungan ini segala macam cara ditempuh untuk mendapatkan jawabannya. Ada yang berusaha mendapatkan harga diri, ada yang berusaha mencari kekayaan sebanyak mungkin, ada yang berusaha mencari ilmu dan ada juga segelintir orang yang menyiksa dirinya untuk mendapatkan kenikmatan hidup yang tanpa disadarinya ia telah membunuh dirinya secara perlahan-lahan. Ada sesuatu kekosongan dalam dirinya


Banyak hal telah diperbuat, namun kekosongan hati itu tetap berjalan, sampai suatu saat timbul pertanyaan dalam dirinya: “Apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini? Apa yang ingin aku capai? Apa yang ingin aku perbuat?” bertubi-tubi pertanyaan itu datang yang membuat dirinya bertambah bingung.

Sejenak mereka sempat merenung. Tiba-tiba muncul jawaban pada dirinya bahwa mereka jarang sempat untuk melihat dirinya sendiri, jarang sempat berbuat untuk dirinya sendiri, jarang sempat menikmati dirinya sendiri. Selama ini yang mereka lihat adalah orang lain. Ia ingin bersaing dengan orang lain. Ia ingin berbuat untuk orang lain. Dan ia ingin mengabdi untuk orang lain. Yang mereka lihat, yang mereka cari adalah yang jauh dari dirinya.

Dalam merenung itu ia mulai merasakan betapa ia kehilangan dirinya sendiri, kehilangan kontak dengan sumber kehidupan, sumber kekuatan, sumber pengetahuannya sendiri, yakni atma. Dalam merenung, ia merasakan bahwa dirinya jarang berguru dengan asalnya sendiri yang memberikan kehidupan, yang memberikan kasih sayang, yakni Tuhan Yang Maha Esa. Dalam merenung, ia mulai bangkit, bangkit untuk maju menghadapi kehidupan.

Sekarang ia telah mantap untuk mengarungi samudra, maju ke alam lepas, menghadapi kehidupan yang penuh tantangan, cobaan, dan rintangan. Ia tidak kehilangan arah lagi. Walaupun kehidupan ini seperti kehidupan di dalam rimba: “Siapa yang kuat ia yang menang, siapa yang kuasa ia yang benar,” namun ia tidak ragu-ragu lagi. Keseimbangan antara kebutuhan material dan spiritual merupakan langkah pasti yang akan ia jalani. Kebahagiaan merupakan awal mulainya perjuangan itu tanpa mengikatkan diri pada hasilnya. Atma dan Tuhan Yang Maha Esa akan selalu menuntun dan menerangi dirinya untuk selangkah demi selangkah maju, tanpa melihat ke belakang lagi. Jalan terang terbentang di depannya.

Dikutip dari Meditasi Mencapai Hidup Bahagia, Penerbit BP (1-4), 1999

Selasa, 16 Jun 2009

UCAPAN dari AKIL dan FAIQ...

Kelmarin aku terima e_mail dari abang aku Azhan,hantar gambar anaknya bersama-sama ucapan ringkas...aku copy and paste untuk tatapan kita bersama,



Thank you. 
  
Faaris: “Hari tok, besday kamek. Udah genap duak tahun kamek. Timak kasih semuak pasal jaga kamek & dedek baik2. Kamek sayang semuak orang” 

 

to faaris..hepi birthday..jangan nakal2...from pak G

Sabtu, 13 Jun 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU-SABRINA dan HEFNI

Tanggal 13 Jun 2009,majlis yang dinanti-nantikan oleh warga Al-Bajuri terutama keluarga Wak Minah telah selamat diadakan.Walaupun hujan turun,namun ia sebagai tanda hujan rahmat..

Tema : warna hijau..seluruh kaum keluarga Wak Minah memakai pakaian warna hijau,dari yang besar sampailah yang muda.sampaikan air pun hijau gak....Makanan yang disajikan pun memang sedap..terutama kambing...nak tempah bolehlah pergi ke Sarah Restaurant & Catering (depan Ole Futsal)..Memang teratur majlis ini..Cayalah..Karaoke pun ada gak..rupanya ramai ahli AB boleh nyanyi..tak sangka Adood...meleleh air mata wo....apa pun penulis sempat ambil gambar untuk tatapan kita semua...jom layan..

(apa pun..mestilah gambar aku dulu..ni tengah fikir apa yang nak aku buat kat dlm blog)

(isteri kesayanganku serta puteraku sedang enak menjamu selera)

(post istimewa dari artis merangkap tokey dodol)

(Apalah yang dibincangkan tu...Wak Minah dan Hj. Fathul)

(senyum semacam aje..yelah sorang dapat biras sorang lagi dapat adik ipar)

(hairan nampak Abang Ndol....mana tak..majlis belum habis Epong dah hantar bil..hahahaha)

(post istimewa dari Yasmin...puteri sulong Abg Ndol...)

(go..go..fight..fight..win..win...kacau jangan tak kacau..go team 30)

(tengok ni..aku pakai sebelah tangan aje...handal tak?)

(kau lainlah Epong..guna sebelah tangan aje..aku lain...baru kahwin leee)

(romantiknya)

(gaya ayah mithali....)

(nescafe 1....hahahaha..pandai anak hj fathul buat air..tapi kat sebelah tu sapa yer?)

(paman kemat pun hadir juga.)

(bondaku..walaupun kurang sihat..tapi digagahkan juga)

(kezutannnn..adood nyanyi wooo..lagu romantis tu...)

(sekali pandang macam meet uncle hussin..tapi...silap pulak..ni anak kak imang sedang menyampaikan lagu..boleh tahan jugak suaranya) 

(wahhh..anak sulung hj fathul ni..boleh tahan gak ye..berduet lagi tu..ayak tak marah ke?)

(tak marah kau kata...aku suruh basuh pinggan..kat sini pulak dia..tembak kang)

(siap panggil lawyer tu..pasal anak nyanyi dengan "awek")

(bakal-bakal pengantin tahun 2010)

(akhirnya Kak Imang menyanyi juga)

tamat

DEMIKIAN TADI SERBA SEDIKIT CORETAN PENULIS..

SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU DARI ALLAH

YANG KURANG dan LEMAH ITU DARI SAYA SENDIRI,

SELAMAT PENGANTIN BARU DIUCAPKAN BUAT PASANGAN PENGANTIN

Dihari Persandinganmu...


Salam..Maaf lama tak update blog ni..Sibuk "rewang" kat kampung..almaklumlah dapat biras lagi.Syukur Alhamdulillah...Semuanya berjalan dengan baik sekali.Biasa dan adatlah tak lengkap sesuatu majlis tu tanpa ada keterlebihan mahupun kekurangan...Apa pun aku sebagai menantu pohon kemaafanlah.Tak lupa juga terima kasih buat adik beradik aku yang hadir pada hari berkenaan...kepada Fadhlah dan Sathes,maaflah,bukan tak mahu jemput,tapi saya fikirkan tengah cuti sekolah ni,anda berdua tentu dah rancang nak berjalan-jalan,nanti bila saya jemput hukumnya wajib untuk hadir..tapi bila tak hadir tentu anda rasa bersalah..apa pun terima kasih..

Majlis pernikahan adik ipar aku ini dijalankan pada 30 Mei 2009 yang lalu di Tanjung Sepat.Ramai juga yang hadir..Pernikahan dilangsungkan di Masjid Tanjung Sepat.

Dengan sekali lafaz dan tenang,maka SAH lah Reduan menjadi milik Fazlina.Tahniah aku serta keluarga ku ucapkan.

30 Mei-2009

(masa ni dikira bakal pengantin...tengah minum air penerang hati yang khas aku buatkan)

(antara barang hantaran dari pihak lelaki..bini aku yang buat ni..hehehe)

(sebelum berangkat..doa dipohon,agar majlis berjalan dengan lancar)

(antara orang kuat..merangkap Bendahari Persatuan Biras-Biras Haji Damirin - Hajjah Jemaah)

(Haji Sirat sedang membacakan doa sambil di aminkan oleh Pengerusi Persatuan Biras Haji Damirin-Hajjah Jemaah..Amin...)

(masjid dimana berlangsungnya upacara akad nikah)

(ibu mertuaku sedang berbincang sesuatu dengan kaum keluarga..kak long pun turut serta)

(ketibaan rombongan pengantin perempuan)

(hehehe..pengantin perempuan semacam aje..lihat ibu mertuaku cool aje..)

(masa yang ditunggu-tunggu telah tiba....maka selepas solat asar bersaksikan seluruh kaum keluarga dengan rasminya Reduan menjadi suami kepada Nor Fazlina,Tahniah)

DARI PENGERUSI dan EXCO PERSATUAN BIRAS-BIRAS

INGIN MENGUCAPKAN

SELAMAT PENGANTIN BARU..

(klik foto untuk lebih jelas lagi)

++UNTUK FOTO LAIN..NANTIKAN KELUARANNYA DIKOLEKSI BLOG++

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...