Sabtu, 29 Oktober 2011

Salam aidiladha..1432H


Buat seluruh ahli keluargaku,keluarga isteriku,teman-teman yang mengenali diriku sekeluarga,samada dialam nyata mahupun alam maya...Salam Aidiladha dari ku sekeluarga..

Khamis, 13 Oktober 2011

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




Maha suci Engkau Ya-Allah..sesungguhnya dikau mengetahui apa yang tidak aku ketahui..samada yang zahir mahupun batin.Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Mu..dengan apa yang aku bakal perolehi..Memang dikau makbulkan doa aku...lebih-lebih lagi doa selepas solat Dhuha (seperti di atas)..dikau berikan disaat aku amat memerlukannya..Alhamdulillah..mungkin inilah yang dikatakan rezeki yang kita tidak jangka..Alhamdulillah,kalau takde aral..InsyaAllah rezeki ini akan ku gunakan untuk membawa isteri serta putera-puteriku menunaikan ibadah Umrah..InsyaAllah,itupun kalau semuanya berjalan dengan lancar dan pihak tersebut tidak menipulah...


Mungkin ini sudah disuratkan kepada aku..

Rabu, 12 Oktober 2011

my live


Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

Rabu, 5 Oktober 2011

Cukup-cukuplah..

Kadang-kala diri ini tak faham dengan perangai seseorang ni..dibagi betis yang paling hebat pun masih tak cukup bagi dirinya..bagi akulah..secara peribadi..kalau aku ditempat "orang tu"..dah kira baguslah dengan betis yang besttt tu..apa nak..dapat..bukan berbayar pun..bila dah dikasi tu..terima ajelah..janganlah ter"over"sangat..nak peha pulakk..alahai..elok-elok jadi amal jariah..kang tak pasal-pasal jadi dosa besar!na u zu billah..
Masih tak bersyukur kenapa?hairan jugakan..tapi itulah dinamakan manusia..yang sentiasa tak bersyukur di atas apa yang telah dikurniakan kepadanya.Aku pada mulanya mempunyai rasa hormat terhadap insan ini,kini telah bertukar menjadi rasa kurang senang.kurang selesa dengan tindakan beliau itu.Kalau nak nampak betis tu hebat serta menjadi kebanggaan dan jadi buah mulut orang lain..maka aku rasa tak payahlah betis tu dihidangkan,carilah sendiri..ni tak..
Aku fikirlahkan..kalau betis tu diberikan kat orang atau pihak yang tahu nilai erti bersyukur,sudah pasti mereka akan bersyukur.
Aku bukan nak mengumpat atau mengata,tapi sebagai orang Islam,aku amat maluuuu sekali dengan tindakan beliau!Tak cukupkah lagi dengan apa yang ada?
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Sabtu, 1 Oktober 2011

Tersentuh jiwa ini

Tanggal 1 Oktober 2011,entah kenapa hati ini,beriya-iya sangat nak menonton tv..tup-tup aku tengok rancangan astro oasis..jemputan umrah..paparan kali ini,sedikit sebanyak telah menyentuh hati kecil aku,bukannya aku tak pernah tonton rancangan ini,tapi hari ni lain sekali..kisah sorang lelaki membawa isteri serta puteranya menjejakkan kaki ke tanah sucu Mekah..perghhh..tak ku sangka,bila tontonm sampai akhir..air mata aku,berlinang..tersentuh sangat..
Aku..aku memang teringin nak bawa isteri serta putera-puteri aku ke sana..aku taknak melancong ke negara lain,aku nak ke Mekah..tak dapat Haji,dapat kerjakan umrah pun aku amant bersyukur..memang,sejak hari terakhir aku jejakkan kaki di kota Mekah kira-kira 2 tahun lalu..aku memang dah tanamkan azam untuk bawa mereka ke sana..namun,mungkin rezeki aku belum ada lagi..namun aku pasti,satu hari,pasti aku akan bawa mereka ke sana juga..belanjanya,bukanlah kecil,mahu 20k++ kot..‎​اِنْشَآءَاللّهُ ..kalau ada rezeki,kalau ada usia yang panjang,kalau ada kesihatan yang paling baik..akan kami jejakkan kaki ke sana jua..nak buat amal banyak-banyak..dan tunjukkan kepada mereka,itulah dia Baitullah..nak tunjukkan kepada mereka itulah makam Rasullullah saw..dan banyak lagi..‎​اِنْشَآءَاللّهُ.
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Janganlah KACAU!

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...