Ahad, 28 Februari 2010





ALLAH MEMBERKATI MU


Kepada kekandaku Puan Tom Malawati bt.Hj.Mashod,selamat menyambut hari lahir..Semoga Allah panjangkan umurMu,murahkan rezkiMu,bahagia bersama keluargaMu selalu dan untuk selamanya.Juga segala amalan mu diterima dan diberkati oleh Allah swt..Semakin lanjut usia kita semakin "berat"dugaan itu..sabar dan bertawakallah..Allah senantiasa berada disisi kita.

Salam saying dari kami….

Jumaat, 26 Februari 2010

santai....






Setelah bertahun-tahun tak naik basikal (jarak jauh)malam tadi..hehehe..aku dan member kamcing ku a.k.a adik angkat aku ni,buat julung kalinya berbasikal ke pekan Banting..saja nak test jambatan yang baru tu..perhhh..pancit wooo...terutama time nak mendaki tu..mau tercabut kepala lutut..beskal pun bukan beskal yang sesuai,tapi oklah tu...mengerah keringat...
Berhenti di Restoran Mohiden..lepak dalam 1/2 jam,pastu kayuh balik ke Telok Datok..

Selasa, 23 Februari 2010

e-qen...happy birthday..


Hari ni,genaplah usia e-qen yang ke 17 tahun..mmmm..dah besar dah rupanya anak buah aku ni..tahun ni juga e-qen akan duduki peperiksaan SPM nya..perhh..mesti berdebar-debarkan,tapi pak g yakin e-qen dapat lakukan yang terbaik,bukan untuk mama dan papa.tapi untuk diri sendiri..Anyway,selamat hari lahir pak g sekeluarga ucapkan..semoga dipanjangkan usia,murah rezeki dan berjaya selalu,dunia mahupun di akhirat..dan menjadi anak yang solehah..pas SPM jangan lupa terbang ke Semenanjung..hahahaha...ok..jaga diri tau..banyakkan study,bukan FB,Insya Allah kejayaan menanti...

Ahad, 21 Februari 2010

Banting-Sg.Nibong

(roti canai sg.nibong,buatan Paman Din..besttt!!!)

Sempena cuti tahun baru cina tempoh hari,aku berkesempatan bercuti ke Sg.Nibong,Semerah,Johor,rumah kakak ipar aku..Bertolak pagi Sabtu..dalam pikiran aku,akan tempuh kesesakan lalu-lintas yang teruk...rupanya Alhamdulillah,cukup selesa sekali perjalanan kami..Agak lama jugak tak ke situ..
(tengoklah Putera & Puteri aku..bukan main happy lagi...)
Awal pagi Ahad tu,sempat juga aku ke warung Paman Din ni..pekena roti telur dengan soto...perhh!!!memang tak ingat punya..hahaaaa...

Ahad, 7 Februari 2010

februari...menjelma lagi


Semalam dari awal pagi lagi aku sekeluarga keluar rumah..cutilah katakan..tapi hari ni memang banyak program...Awal pagi aku sekeluarga telah pergi ke Sunway Lagoon,menghadiri majlis Family Day syarikat tempat aku bekerja..hampir 1000 orang kakitangan telah menyertainya..Ramai tu..punyalah lawak..berpusing-pusing aku mencari tempatnya..lagi pun aku tunaikan janji aku kat anak-anak..Sampai aje,agak mengecewakan jugaklah..air nya amatlah K.O.T.O.R..tak mandi pun..Aku sekeluarga meluangkan masa hanya dalam 3 jam je..pastu aku terpaksa bergegas ke Kampung Kundang,nak ambil barang-barang untuk majlis malam nanti (tahlil arwah abah serta ahli keluarga).Majlis ni bukan besar sangat pun..kebiasaannya setiap tahun kami seluruh keluarga akan berkumpul dirumah mak.Aku telah ditugaskan untuk memanggang ayam..(perhhh..licin wooo)
(seronoknya puteraku ini)
(sempat lagi tu...)
(si adik tengah tak sabar nak mandi,si abang KECEWA tak dapat mandi)
(aksi Kapt.Shahman)
(kenapa Zaharuddin ni....)
(ni pun Din gak...Baharudin..smart aje)
(Baharudin Family)
(My Boss and Family)
(My BiG brother..sempena birthdaynya,kami sekeluarga memberikan penghormatan untuk beliau mengimamkan solat Fardhu Maghrib seterusnya mengepalai bacaan yaa-sin dan tahlil)
(Adik iparku membacakan doa)
(amin)
(mari..mari....)

Sabtu, 6 Februari 2010

Abang ku


Tanggal 6hb Feb..maka genaplah usia abangku yang ke.........(rahsia)..Aku serta seluruh ahli keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir,semoga dopanjangkan umur,dimurahkan rezeki serta segala amalan diterima dan diberkati oleh Allah swt.
Terima kasih di atas segala-galanya.Budi serta jasa yang ditaburkan tidak dapat dibalas dengan wang ringgit,hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..Insya Allah..

Rabu, 3 Februari 2010

Dah 23 tahun rupanya..



Sedar tak sedar hari ni,3 Februari 2010,telah genap 23 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga..Al-Fatihah untuk arwah abah..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman...
Abah..aku amat merinduimu...

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...