Sabtu, 24 Oktober 2009

dari aku




salam..alhamdulillah,majlis doa selamat baru sahaja selesai ahad lalu.Kepada adik-beradik,jiran tetangga,rakan sepejabat,rakan seperjuangan,pakcik-makcik,serta datok aku serta dato'-dato' dan datin yang sudi hadir,aku bagi pihak keluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih,dan semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian semua.
Majlis bermula sekitar jam 11.30 pagi dimulai dengan bacaan Yaa-sin serta tahlil khusus untuk arwah-arwah keluarga dan muslimin-muslimat.Selepas itu,acara jamuan makan.
Aku cuba menahan emosi sewaktu Datok saudara aku membacakan doa selamat pergi dan kembali..namun..aku TEWAS..air mata aku tidak dapat ditahan lagi..aku peluk erat-erat saudara maraku..pohon kemaafan serta minta didoakan agar semua yang kami lakukan sempurna.
Datok aku sempat berbual dengan aku tentang cara-cara serta adab-adab..Terima kasih aku ucapkan di atas nasihat yang amat berguna bagi aku.
Ketika kalian sedang membaca artikel ini,mungkin aku dalam perjalanan ataupun telah sampai ke Madinah..tapi tak kisahlah kan..kerana aku tetap aku..
Tanggungjawab yang aku pikul memanglah amat berat..namun aku berserah kepada Nya,aku hanya mampu dan terdaya setakat yang aku mampu laksanakan.
Kepada abang dan kakak aku,secara peribadi aku pohon maaf zahir dan batin,aku bukanlah adik yang baik..aku adalah aku..Doakanlah aku agar dapat membimbing emak serta Ina di sana..doakanlah aku agar diberi kekuatan,kesabaran yang tinggi,serta terima kasih kerana sudi menjaga anak serta isteri aku sepanjang ketiadaan aku.Terima kasih di atas bantuan baik dari segi wang rinngit mahupun nasihat..moga-moga Allah memberikan balasan yang amat baik kepada kalian.Percayalah,aku bangga mempunyai abang,kakak serta adik seperti kalian semua.
Kepada kakak aku Ajun,selamat bersalin aku ucapkan,maaf andaikata selama ini aku dah banyak sakitkan hati kau..terima kasih di atas segala-galanya..
Kepada Ati,terima kasih balik semata-mata kerana kami.
Kepada Abang-abangku...terima kasih tak terhingga,jenguk2lah anak isteri aku ye..
Kepada adik ku,terima kasih atas segalanya.
Kepada sahabat-sahabatku...Allah akan balas jasa baik kalian.
Kepada rakan-rakan,terima kasih.
Tidak ketinggalan pakcik,makcik ku baik di Olak Lempit mahupun di Kampung kuantan,terima kasih juga...
Kepada isteri tersayang..maaf zahir dan batin aku ucapkan..jagalah permata-permata hati kita dengan baik..doakan agar aku selamat pergi dan kembali serta dimudahkan segala urusan,halalkan makan dan minum aku..aku sayang padamu..
kepada semua yang hadir ke majlis aku tempoh hari,aku juga minta maaf andaikata aku tak sempat melayan kalian semua..
Kepada semua...terima kasih tidak terhingga aku ucapkan..InsyaAllah kita bersua lagi.
doa restu kalian amat ku harapkan...
Wassalam..

Jumaat, 23 Oktober 2009

MASA TELAH TIBA-LAMBAIAN KAABAH MULA DIRASA

Hari yang dinanti telah tiba.Harapan aku sekeluarga,doakanlah agar perjalanan ku ini selamat pergi dan kembali,Semoga dipermudahkan akan segalanya.Serta mendapat haji yang mabrur,aku juga berharap agar diri ini dapat diberikan kesabaran yang amat tinggi.
akhir kata,maaf zahir dan batin serta halalkan makan minum serta yang lain..
semoga kita bersua lagi...
Kepada abang-abangku,Achon dan azhan,pintaku,janganlah biarkan blog ini kosong sahaja ye..serta tolong jenguk-jenguk anak serta isteriku selalu...

Suntik???


Salam,
Malam ni genaplah aku dan keluarga mendapatkan suntikan yang ke 3.Kali ni kena suntik bagi mencegah penyakit radang paru-paru atau yang sama waktu dengannya.Alhamdulillah..dapat gak disuntik..Sebelum ni dah kena 2 suntikan dah,1 untuk yang wajib punya dan 1 lagi untuk H1N1..
Tinggal beberapa jam sahaja lagi kami sekeluarga akan berangkat..

Selasa, 20 Oktober 2009

AIR YANG DICINCANG..TAKKAN PUTUS


Semalam, sempat atau tak aku mesti bawa mak ke rumah makcik aku kat Kajang.Alhamdulillah,aku berjaya melaksanakan tugasan ini.Al-maklumlah,tinggal beberapa hari sahaja lagi kami di Malaysia ini..faham dengan situasi masing-masing,aku nekad juga,sebaik sahaja aku mendapatkan rawatan di Klinik di Pelabuhan Klang,aku terus pulang ke Banting untuk mengambil mak serta anak dan isteriku.gitu gini pukul 2 petang juga kami bertolak.Sebaik sahaja sampai,kami disambut dengan layanan yang amat baik sekali..Makcik Ros telah sedia menanti kehadiran kami sekeluarga di depan pintu rumahnya.air mata makcik serta mak,dapat ku gambarkan perasaan yang agak lain sekali.Walaupun kami tidak punyai hubungan darah atau kekeluargaan,namun hubungan kami sekeluarga tidak pernah renggang malah dah pun kami anggap seperti keluarga kami sendiri.
Walid,dari jauh ku lihat saling tak tumpah macam arwah Pak Cik Shah..namun kenangan hanyalah tinggal kenangan terindah sahaja.Keadaan di dalam rumah aku akui agak sepi juga tanpa kedengaran gelak tawa arwah Pakcik Shah.(semoga Allah menemptkan arwah bersama golongan orang yang beriman..amin)
Kepada Makcik sekeluarga,terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami,juga terima kasih di atas layanan yang amat baik sekali,serta kami pohonkan kemaafan zahir dan batin dari Makcik sekeluarga serta doakanlah agar perjalananan kami selamat pergi dan pulang,serta mendapat haji yang mabrur,InsyaAllah.

Rabu, 14 Oktober 2009

Trip to Penang_Azhan's Version

Perjalanan pergi yang menyeronokkan, konvoi 3 kenderaan. Alhamdulillah, semua selamat sampai (& pulang). Sarapan pagi di RNR rawang yang menyelerakan!

Thank you Mak Alang sekeluarga -atas hospitality keluarga di Penang. Lama tak jumpa pak Long, masih kacak rupanya!

Faaris & Faaiq enjoy tengok lembu, taliair & bendang - secara live! mereka juga terhibur dengan 'pertunjukan udara' oleh TUDM! kata Hj. Din, memang dah plan airshow tu untuk wedding Ijah, haha.

Uji, emak, Tok Tan, Pak Tam, Pak Andak - berziarah pula ke rumah sedara2 di sana. Acon pulak, berziarah rumah ipar-duai.Kami 'tertinggal kapal'!

Cadang nak rest jer kat Sri M'sia, akhirnya - bermalam. ini semua gara2 'ugutan' oleh Hj. Din. Malamnya, kami di bawa merentasi Penang bridge (first time untuk Lyn, Faaris n Faaiq), dijamu di 'restoran berputar Penang'. (Lebih syok lg kalau Faaris tak 'mergolah').

Ronda2 lagi dengan (brand new IMPUL), ke padang kota baru & lama, queens bay, sampai kami tertidur2 (dalam mpv yang cukup selesa itu).
Tak jadi naik feri. may be next time. TQ lg skali, Hj. Din!

Perjalanan pulang, sesat sekejap, menghala utara! Lepas dapat direction dari GPS (Hj. Din lagi lah), perjalanan pulang kami smooth. Lyn drive, dr bkt gantang sampai tapah. seronok dia lalu terowong & merentasi laluan bahaya sebelum tunnel tu!

Singgah Restoran jejantas Sg. Buloh, makan (Faaris muntah)& terus sampai rumah (singgah Alam Medic dulu, Faaris demam. Rindu angin Penang kut!)

In short, it was a wonderful journey to Penang (after so many years!) We had a great time. Thanks Hj. Din & all.

Isnin, 12 Oktober 2009

Doakanlah ....


Salam,catatan aku kali ini BUKANlah untuk menunjuk-nunjuk atau apa jua tanggapan negatif,cuma aku disini hanya memohon kemaafan zahir dan batin serta aku pohon halalkan atas apa jua yang aku telah makan atau minum,dan sekiranya aku berhutang,insya Allah akan aku jelaskan dalam masa yang terdekat atau jika berat,aku minta tangguh hingga kepulangan aku.
Tanggal 23hb Oktober 2009 ini,aku,emak serta kakak-kakak aku akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Rukun Islam yang ke 5.Sepanjang aku berada di sana,aku pohonkan doa-doa kalian agar aku selamat,sihat dan dipermudahkan segala urusan aku dan keluarga aku.
"Ya Allah,aku hanyalah insan yang kerdil ini memohon kepada mu,agar engkau panjangkanlah umur aku serta keluarga,permudahkanlah urusan perjalanan kami di sana,selamatkanlah kami,lindungilah kami,lindungilah juga anak isteri serta keluarga kami..."..maaf aku tak berdaya untuk meneruskan lagi.....ampun dan maaf aku pinta dari SEMUA samada sedar atau tidak...Insya allah kita akan bersua kembali..Salam sayang aku khas buat kalian semua...

Ahad, 11 Oktober 2009

Permatang Sintok punya story


Alhamdulillah,tepat jam 2.01 pagi tadi aku serta keluarga telah selamat sampai ke rumah setelah pulang dari Permatang Sintok,Pulau Pinang kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupuku.Kami berkonvoi,kira-kira 6 buah kereta dari Negeri Selangor..Tempat perjumpaan di Kawasan Rehat Rawang..biasalah my big brotherlah yang mengetuai XPDC ni...Sampai di Permatang Sintok,kira-kira jam 2.00 petang.Masa tu dah terlepas majlis makan beradab..tak kisahlah,janji sampai..Lepas habis majlis,ziarah pula keluarga mak aku yang berada di sekitar kawasan...kira berayalah tu...
Pergi aku takde masalah...balik ada hal..GPS aku tak berfungsi pula..adehh..tension gak..mahunya tak..pusing-pusing la tu gak...lama gak...tawakal jelahhh...
Apa pun terima kasih di atas layanan yang diberikan..dan kepada pengantin,Selemat Pengantin Baru aku ucapkan....

(hentian yang ke-2)

(halaman rumah pengantin)

(Hj.Din,abang kepada pengantin,tersenyum sahaja..poket penuh ye haji)

(Pak cik ku ini,walaupun terlepas majlis santapan beradab,namun masih lagi sempat duduk di meja santapan,ambil berkat..hehehe)


(makan time...)

Khamis, 8 Oktober 2009

aku tetap aku

aku pun tak tahu..apa yang aku tahu aku dah berusaha untuk lakukan yang terbaik..bukan untuk aku sahaja,malah untuk keluarga mahupun masyarakat.Dan ada juga apa yang aku lakukan aku anggap ianya adalah keputusan terbaik yang pernah aku buat dan fikirkan,namun ada juga yang menyalah tafsirkan keputusan aku.Namun aku adalah aku.Buruk baiknya sesuatu keputusan yang aku buat itu,memang adakalanya aku merasakan agar sukar untuk aku lakukan,walaupun jauh dibenak sanubari aku menyimpan suatu perasaan..perasaan yang bercampur baur..serba-salah,..sedih,pilu,risau..dan macam-macam lagi yang bermain serta berlegar-legar.Namun aku percaya,ada hikmah disebalik keputusan yang aku buat kali ini..aku berserah kepada Dia yang satu,sesungguhnya,Dia yang maha mengetahui apa yang kita tak ketahui.Ya Allah,aku bermohon kepadamu Ya Allah,KUATKANLAH dan TEGUHKANLAH iman aku...berilah aku kekuatan menghadapinya....aku pasrah dengan ketentuanmu

Sabtu, 3 Oktober 2009

dah bahagian mu...



Salam,sepatutnya hari ni,program aku ke Masjid Negeri Selangor,mungkin 2 hari,namun dipertengahan jalan aku dapat panggilan telefon dari abang aku yang berada di Kampung Kuantan,Kuala Selangor yang mengatakan bahawa makcik aku telah kembali kerahmatullah pada tengahari tadi.Makcik ku ini memang istimewa...malam tadi aku serta keluarga sempat ziarah arwah sampai jam 2 pagi juga.namun aku tak kesallah kerana hasrat untuk bawa mak telah aku tunaikan,Alhamdulillah.Mudah-mudahan roh allahyarhamah makcik aku dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan golongan orang yang beriman..Al-Fatihah.

Jumaat, 2 Oktober 2009

imran oh imran..


Gambar ni aku load dari FB aku yang dikirimkan khas oleh adik iparku.Kesiannya.Harapan agar Imran sembuh seperti sediakala.Tengoklah,masih boleh tersenyum lagi tu..pesanan penaja..jangan makan atau minum minuman yang sejuk ye..Yan,jaga diri.Salam sayang dari Pak G serta semuanya.

Khamis, 1 Oktober 2009

10 amalan yang biasa kita buat..tapi...

“10 AMALAN YANG TERBALIK” – renung-renungkanlahMarilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)


dipetik dari;sharimi.wordpress.com

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...