Isnin, 12 Oktober 2009
Doakanlah ....
Salam,catatan aku kali ini BUKANlah untuk menunjuk-nunjuk atau apa jua tanggapan negatif,cuma aku disini hanya memohon kemaafan zahir dan batin serta aku pohon halalkan atas apa jua yang aku telah makan atau minum,dan sekiranya aku berhutang,insya Allah akan aku jelaskan dalam masa yang terdekat atau jika berat,aku minta tangguh hingga kepulangan aku.
Tanggal 23hb Oktober 2009 ini,aku,emak serta kakak-kakak aku akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Rukun Islam yang ke 5.Sepanjang aku berada di sana,aku pohonkan doa-doa kalian agar aku selamat,sihat dan dipermudahkan segala urusan aku dan keluarga aku.
"Ya Allah,aku hanyalah insan yang kerdil ini memohon kepada mu,agar engkau panjangkanlah umur aku serta keluarga,permudahkanlah urusan perjalanan kami di sana,selamatkanlah kami,lindungilah kami,lindungilah juga anak isteri serta keluarga kami..."..maaf aku tak berdaya untuk meneruskan lagi.....ampun dan maaf aku pinta dari SEMUA samada sedar atau tidak...Insya allah kita akan bersua kembali..Salam sayang aku khas buat kalian semua...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ada 🐘 di balik 🪨
Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama. Yang faham ye akan faham a...
-
Tahun: 1983 Lokasi: Tg. Karang / K’Sgor / Kg. Pandan Peristiwa: Menghantar ‘ration’ kepada kakak2 Ajun & Ina ditempatkan di ATPN (Asrama...
-
nilah dia putera-putera zuriat mashod mariamah,merangkap anak buah ku.pelbagai ragam diaksikan.hehehe
-
ESQ Training adalah sebuah latihan kepimpinan dan bina insan yang mengintegrasikan kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual telah men...
11 ulasan:
semoga selamt pergi dan selamt kembali dan mendapat hj yg mabrur. aminn..
Insyaallah, keluarga di sini kami akan tengok2kan. semoga mendapat haji yang mabrur semua.
Bukan senang mendapat tempat & menjadi tetamu Allah. gunakan kesempatan ini sebaik-baiknya. kami mendoakan yang terbaik. Alhamdulillah.
(teringat masa nak further study, aku niatkan kerana Allah. Alhamdulillah, 2 1/2 tahun tu, Allah tolong)
Salam Zawal..
Syahdunya membaca N3 Zawal kali ini seakan sudah ternampak lambaian kaabah menanti zawal dan keluarga disana..alhamdulillah zawal bertuah kerana dijemput kesana dalam keadaan usia yang masih muda dan kudrat yang masih kuat..
p/s tolong sampaikan salam kak zai buat Nabi Muhammad SAW dan kesemua para anbia yg telah meninggal dunia disana..doakan jua agar mudah2an giliran kak zai pula akan menyusul nnti...pls zawal..jangan lupa yer..kak zai harap sangat doa dari zawal.
moga zawal , mak dan kak lang selamat pergi dan kembali dan sentiasa di lindungi Allah dengan diberi kesihatan serta kekuatan fizikal dan mental sepanjang masa...insaAllah...amin
****
yang penting jaga emak ...sebab mak selalu uzur kesihatannya
labaikallah hum malabaiq
adda: Salam,terima kasih di atas doa anda..
my brother azhan:-
Terima kasih di atas doa dan keperihatiananmu.Maaf serta halalkanlah segala-galanya yer..Doakan juga agar kami semua selamat pergi dan kembali serta dimudahkan segala urusan..Tq 4 everythings..
salam kak zai...
diakui bahawa N3 kali ni memang lain sikit..maaflah buat akak terasa.namun inilah luahan hati dari saya.akak,walaupun saya kenal akak dari dalam blog sahaja,namun saya tahu akak adalah insan yang istimewa.Insya Allah akan saya sampaikan salam akak..Terima kasih di atas doa akak..
salam kak zai...
diakui bahawa N3 kali ni memang lain sikit..maaflah buat akak terasa.namun inilah luahan hati dari saya.akak,walaupun saya kenal akak dari dalam blog sahaja,namun saya tahu akak adalah insan yang istimewa.Insya Allah akan saya sampaikan salam akak..Terima kasih di atas doa akak..
gemagong:
Terima kasih di atas doa.Saya juga berharap agar kakak saya selamat.Jaga dia baik2 ye..walaupun hubungan kami tak berapa rapat,namun percayalah air yang dicincang takkan putus..dan saya sayangkan dia.ada masa jenguk2lah keluarga saya..Wassalam...moga Allah berkatimu.
Abanku UG. Menjadi tetamu Allah di saat kita dalam kesusahan atau kesempitan adalah terlalu bermakna kerana ALLAH itu ingin mendengar kita memohon kepadaNya. Menjadi tetamu Allah di saat kita sedang senang adalah kerana Allah ingin mendengar ucap puji syukur hambaNya. Dan kau pun tahu, ALLAH amat suka pada hamba yg mememinta padaNya. Bersyukurlah kerana terpilih menjadi tetamuNya. Biarlah hati dan jiwa yang pergi untuk menunaikan KEWAJIPAN ini, bersih hanya keranaNya. DAN bila nawaitu itu ada, InsyaAllah, Allah akan memelihara segala-segalanya.Pergi haji, itulah contoh sebaik2 pengabdian. Demi matahari yg menampakkan diri, demi bulan apabila ia mengelilingi, dan demi ALLAH, di sinilah ujian untuk kita semua. Terlalu banyk hikmah untuk diterjemahkan dengan kata, tapi aku percaya hikmah itu pasti akan dirasai.. UG, selangkah kita rapat pada Allah, seribu langkah Allah mendekati kita... Apa yang kita ada sekarang adalah kerana Allah.. ingat tu...
Catat Ulasan