Ahad, 31 Julai 2011

Jumaat, 29 Julai 2011

Udang Merah vs 101

Semalam berkesempatan bersama kawan-kawan pekena durian jenis ni..perghhhhh!memang POWER!*lepas gian pun ye gak,maklumlah..tempoh berpantang dah tamat..hahahahaa*
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Bantuan-sekadar termampu..

Kemalangan ni berlaku disimpang masuk ke Taman Perumahanku..sebuah saga BLM dan sebuah Kawasaki..teruk gak..aku and the geng mampu beri bantuan dengan kawal lalu-lintas aje bagi elakkan dari kesesakan teruk berlaku laluan klang-banting..tapi yang bestnya aku berkain pelikat aje..hahahahaha
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Khamis, 28 Julai 2011

Rabu, 27 Julai 2011

Rm 4bil tuuu..tak tuntut..

Nak tergelak aku bila dapat email ni..gila ke apa..10 sen pun aku tuntut,apatah lagi 4bil...
"Akauntan Negara Malaysia
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pembangunan Perakaunan Dan Pengurusan
Aras 7, No.1, Persiaran Perdana 
Kompleks Kementerian Kewangan
62594 W.P. Putrajaya
 
 
Assalamualaikum 
 
 
Mashod
 
Saya Datuk Wan Selamah Bt Wan Sulaiman, Akauntan Awam Malaysia, menghubungi anda dalam hal tindakan Wang yang tidak dituntut akta 1965.
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%208/Act%20370.pdfDi atas adalah link untuk Akta 370 (Wang yang tidak dituntut akta 1965) dan juga pengertiannya untuk anda.
Jumlah dana yang tidak dituntut ialah rm4bil.
http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2011/2/20/nation/20110220172508di atas adalah link ke pengumuman yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein (20 Februari 2011)
 
Jumlah ini tidak termasuk yang telah dibayar pada amanah akuan federal .
Seluruh dana yang tidak dituntut memiliki tahun yang terhad yang sah, dan selepas itu, jika tidak dituntut dalam jangka masa kesahihan, dana akan digunakan oleh pihak kerajaan. tetapi kebanyakan amanah ini tidak dapat dipertanggungjawabkan bahkan jika digunakan dalam projek-projek kerajaan, kerana ia bukannya hasil pendapatan kerajaan.
 
Saya mengambil ini sebagai tugas saya untuk membantu mereka yang wang telah dikonsolidasikan oleh kerajaan, untuk melacaknya kembali dan mengembalikan wang kepada pemilik yang sebenarnya. Yang bukan merupakan tugas yang mudah.
 
Seperti anda tahu, kebanyakan orang tidak menyedari dana yang tidak dituntut dan ia bukan nya tugas kita untuk memaklumkan kepada pihak individu, melainkan jika anda mengetahuinya secara sendiri. Tetapi setelah tarikh sah laku telah diluput, ia tidak boleh ditarik balik atau ditelusuri, kerana amanah itu akan dipindahkan ke Konsolidasi Akaun Persekutuan.
 
Wang anda yang tidak dituntut telah melepasi had 18 bulan, maka ia telah dikonsolidasikan. Tetapi, saya telah mengatur untuk mengeluarkan wang anda dan mendepositkan kepada akaun bank anda, Ia adalah wang anda yang anda tidak pernah mengetahui dan ia akan diambil oleh pegawai kerajaan apabila anda boleh membuat lebih baik dengan menggunakanya dengan sendiri.
 
Saya telah melampirkan dokumen-dokumen permohonan Wang Tidak Dituntut dengan butiran yang diperlukan oleh anda, yang telah saya meneliti sebelum menghubungi anda. Semua yang perlu anda lakukan adalah mendaftar dan mengembalikannya kembali saya dan mengemas kini sebarang maklumat yang diperlukan.
 
Oleh kerana prosedur dan sifat urus niaga ini, saya menyarankan anda untuk berhati-hati mengenai hal ini, berdasarkan kerahsiaan, sehingga seluruh dokumentasi dijalankan dan wang yang akan dibayar dalam akaun anda, komunikasi ini hanya boleh melalui e-mel peribadi saya sehingga lebih lanjut perhatian, kerana kami tidak kira untuk memberitahu individu yang mempunyai dana yang tidak dituntut, oleh itu saya tidak boleh menghubungi anda dari e-mel rasmi saya.
 
Saya berharap anda memahami segala prosedur. Jika anda mempunyai sebarang soalan sila menghubungi saya dengan email. Saya saran anda tidak membuang masa dalam menjawab sebagai penangguhan mungkin menghentikan kemungkinan urus niaga.
 
 
Lihat lampiran
 
 
YBHG DATUK WAN SELAMAH BT WAN SULAIMANAccountant General of Malaysia"

Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 15 Julai 2011

dugaan daripada Nya

agak lama juga tidak beraksi di dalam blog sendiri ni..hahahaha,maaf aku agak sibuk serta secara kebetulan aku tak berapa sihat sejak akhir-akhir ini..bercerita tentang tak sihat ni,kat sini aku nak story sikitlah tentang pengalaman aku diuji ini.tanggal 4 julai 2011,aku mula rasa tak selesa ,badan senantiasa panas lebih-lebih lagi selepas waktu asar,kepala berdenyut-denyut seolah-olah hendak pecah.maka adakalanya aku tak sempat untu tunaikan solat asar ku..kerana kesakitan yang amat sangat..Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu,dan aku redha sekiranya ajal aku telah sampai,namun aku berdoa agar dilanjutkanlah lagi usia aku.waktu malam aku sering meracau-racau tak tentu hala.tak pernah aku diuji sedemikian rupa.aku dapatkan rawatan diklinik,doctor kata bp aku naik sekitar 140/100..perghhh…makin berat kepala aku dibuatnya..

ubat diberi untuk keredaan seketika..namun 7 julai 2011,sewaktu hari ulangtahun puteriku yang ke 2 tahun,aku tumbang lagi..mau tak mau pergilah ke klinik,bp ok,uma aku tak tau apa masalahnya,hinggalah 8 julai,sebiji demi sebiji dia keluar dari tubuh badan aku..subhanAllah..aku kena dah hinggalah ke hari ini….segala program aku tergendala,takpelah aku redha juga dengan ketentuan daripadaNya..

Jumaat, 1 Julai 2011

perjuangan masih belum selesai

Gambar kenangan ini diambil semasa aku hadiri bengkel war room anjuran umno selangor di mahkota hotel,melaka pada 24-26 jun lalu,dalam kumpulan 9.banyak pengalaman manis serta pembelajaran baru aku petolehi sewaktu aku disana.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...