Selasa, 24 Ogos 2010

SELAMAT HARI LAHIR EMAK-26 OGOS-2010


Ya Allah.kau panjangkanlah usia emak aku,luaskan serta tambahkanlah rezeki dia.Ampunkanlah akan segala kesalahan dia,kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani aku sewaktu aku kecil dahulu.Sesungguhnya budi dan jasa dia terlalu banyak buat aku serta keluarga.Terima kasih kerana melahirkan aku,terima kasih beri aku pendidikan,terima kasih kerana menjaga aku.

Ahad, 22 Ogos 2010

Alhamdulillah..murah rezeki mereka...

bukan kerana nama,bukan kerana pangkat atau darjat,aku lakukan hanya kerana Allah swt.Aku pernah rasai hidup tanpa ayah,bagaimana aku rasa,begitu juga mereka ini.bila perolehi sesuatu dari insan-insan yang bermurah hati menghulur,aku dapat rasakan sesuatu.alhamdulillah,kali ni giliran mereka pula,maka aku bantu seadanya.
(program penyerahan Van pada 7 Ogos 2010)
(program berbuka puasa dan penyampaian sumbangan)

Sabtu, 14 Ogos 2010

aku insan biasa


aku hanya insan biasa,tak punya harta mahupun takhta,namun aku punya harga diri serta maruah yang TIDAK boleh dibeli dengan wang ringgit.aku hanya mampu berdoa agar apa yang aku lakukan diberkati serta dilindungi oleh Nya.aku hanya insan yang biasa,tak lari dari lakukan kesilapan,namun aku cuba sedaya upaya perbaiki kelemahan dan kesilapan itu.aku mahu zuriat aku menyambung apa yang telah aku lakukan,lakukan yang terbaik dan terbaik dari apa yang telah aku lakukan.

Ahad, 8 Ogos 2010

aku


Syukur alhamdulillah,minggu yang amat sibuk sekali dengan aktiviti.Bermula dengan upacara Penyerahan Van kepada penghuni Rumah Asnaf Al-Barakh hinggalah ke Bengkel kenali Al-Bajuri.
walaupun terasa kepenatannya,namun aku rasa puas!Puas yang teramat sangat,aku ni bukanlah pandai sangat,tak seperti abang,kakak serta adik aku..mereka berjaya dalam bidang masing-masing,namun aku bersyukur hanya dengan kerja sebegini sedikit sebanyak ianya dapat memberikan emak,abah serta seluruh keluarga aku kegembiraan.Alhamdulillah.Jangan salah anggap atas apa yang aku lakukan,bukan kerana nama,bukan kerana jawatan,tapi hanya 1,hanya kerana Allah.biarlah orang nak kata apa atas apa yang aku lakukan,namun aku percaya 1 hari nanti,pabila saat mata aku pejam buat selamanya,isteri,anak-anak aku serta ahli keluarga aku tahu apa yang aku buat.aku hanya penghibur di saat orang berduka,adakala orang suka,adakala orang benci.alhamdulillah aku terima,namun prinsip aku,jika tak suka dengan apa yang aku buat,jauhkanlah diri.sebab aku tak mahu tanggung dosa.dosa yang ada ni pun tak tertanggung.aku berkawan dengan semua,tapi tak semua jadi sahabat.
Sempena ramadhan yang bakal menjelma ni,dengan nama allah yang maha pengasih lahi maha penyayang,Aku maafkan semua dosa2 kalian terhadap aku,begitu juga sebaliknya.salam ramadhan buat semua.
(Majlis penyerahan van kepada rumah asnaf al-barakh oleh keluarga Al-Bajuri dan Kumpulan DZB)

Jumaat, 6 Ogos 2010

d24..


durian oh! durian..org lunch makan nasi,kami bertiga melantak durian..rezki.tak dapat makan byk2..kang tak pasal2.

Rabu, 4 Ogos 2010

bersama MD CCM Chemicals






Hari ni 4 Ogos 2010,siapa sangka MD sanggup turun ke gudang dan lunch bersama staff.Alhamdulillah.

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...