Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas segala usaha yang telah dilakukan hampir 9 tahun mengemudi Rumah Kebajikan dan Anak Yatim di Rumah Amal Raudhatul Jannah.
Apatah lagi bersama dengan tokoh yang hebat,dari aku kecil hinggalah sekarang.Dahulu hanya mampu lihat dari jauh dan dari dalam kaca tv sahaja Dato Dr. Haji Mohd Fadilah Kamsah ini.Kali ini berhadapan dan secara langsung dibawakan oleh TV Al-Hijrah.
SubhanALLAH.
Terima kasih semua terutama keluarga aku,krew-krew RARJ serta para dermawan sekelian yang senantiasa berada saat aku susah dan senang mengemudi amanah dan tanggungjawab yang berat ini.
Dalam kendalikan sesebuah RAY ini,aku jelaskan kepada masyarakat bahawa aku telah gariskan 5 faktor cabaran yang aku namakan DAKAP.
D= Dana
A=Amanah
K=Kepercayaan
A=Akhlak
P=Pendidikan
Kenapa DAKAP?
Dakap bermaksud peluk. Cabaran atau ujian ini adalah tanda ALLAH uji hamba-hambanya.Nak lihat sejauh mana kesabaran hamba Nya apabila diuji. Maka,DAKAP ini tanda ALLAH sayang kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan