Sabtu, 31 Disember 2011

coretan 2011..pembakar semangat 2012


alhamdulillah...ni posting yang ke 480 sepanjang penglibatan aku ke dunia blog ni..pelbagai ranjau dah aku harungi,namun ada yang buatkan aku rasa tertekan dan ada juga yang buat aku gelak keriangan..namun,selagi bergelar manusia,aku tak lepas dari melakukan sebarang kesilapan dan aku tak terlepas daripada kealpaan duniawi ini.
hari ni juga merupakan tahun terakhir tahun 2011..memang tahun ni banyak cabaran dan dugaan yang aku tempuhi..sakit,susah,senang,sedih semua aku dah alami..kewangan meruncing juga pernah aku alami,saat aku jatuh memang terlalu sakit,namun aku berjaya harunginya..Alhamdulillah.
kejayaan yang aku perolehi,memang aku akui bukan hasil usaha aku seorang sahaja..namun hasil daripada TEAM WORK yang baik,daripada penilaian serta pemilihan orang bawahan yang sanggup bertugas tanpa mengira apa-apa imbuhan seperti yang aku lakukan..itulah yang aku terapkan dalam organisasi aku,malah,kalau ada pun Insya Allah akan aku kongsikan bersama..
Namun..sebalik kegembiraan,orang tak tahu bahawa aku mempunyai tekanan serta kritikan yang amat hebat sekali..walaupun bagi dirinya sekadar gurauan..namun bagi aku sama sekali TIDAK..hasil kerja aku adalah hak aku...kerja sebalik tabir bukannya mudah..ada kalanya terpaksa telan pil darah tinggi demi menghasilkan satu karya yang menarik dan berjaya..ada mereka bertanya?takkkk..tapi itu tak mengapalah...
namun..azam aku 2012 ini,aku takkan mengalah dengan kritikan itu,malah aku akan terus berkhidmat..namun ada juga part yang terpaksa aku undurkan diri demi beri laluan kepada mereka yang dah lama menanti,aku bukan gila pangkat atau kuasa,namun aku cukup gemar mengatur serta menganjurkan program,semua suka,aku pun suka..
dalam program aku nanti,aku cukup berjaga-jaga dalam memilih orang bawahan aku..CUKUPLAH SEKALI...
bukan aku nak riak atau apapun..namun aku bangga dengan diri aku sendiri,anak serta isteri serta keluarga aku bangga dengan aku...

pulang dahhhh...



Kejap benar masa berlalu..ermm,sedar atau tidak dah sampai masanya Tom's Family akan berangkat pulang ke Negeri di BAwah BAyu...
Bercerita pasal pulang ni..satu pengalaman yang tak akan dapat aku lupakan..geli pun ada..tension pun ada...sabarrrrr...hahhahaaa.maunya tak,flight mereka jam 8 malam,walhal aku masih lagi di pejabat hingga jam 5:30petang..sepatutnya waktu itu aku dah sampai kat umah dah..akan tetapi tak boleh buat apa-apa kerana pada ketika itulah nak loading barang-barang dan pada hari tu juga merupakan akhir tahun dan bulan..huhuhuhuu...member-member lain bercuti..huhuhuhu..
ok..sebaik sahaja selesai kerja,aku pun terus memecut ke KLIA,nak ikut jalan lama aku boleh agak SESAKKKKK punya...so aku ikutlah NKVE...perghhhh.lancar...nampak EXIT KLIA..tapi kat GPS takdelak suruh TURN LEFT..so..terus ajelah HINGGA KE JALAN DUTA..HAAA!!!aiyakkkk...entah ke mana tah dibawa aku ni..jam dah menunjukkan 6:15 petang..sempat atau tidak aku hanya mampu BERTAWAQKAL..takleh jadi ni,tukar daripada GARMIN kepada PAPAGO...perghhh...akhirnya 7:07 aku sampai dan sempat bertemu lagi..hahahahaha
Ok,Tom's family,maaf sekiranya kepulangan pada kali ini,AKTIVITI kurang memuaskan,atas faktor kesihatan,kesibukan dan masa yang amat terhad..Rasa terkilan juga..tapi apa pun tq kerana sudi jadi teman pendengar yang baik..

Rabu, 28 Disember 2011

KFC ditawan!




alhamdulillah..setelah sekian lama HASRAT serta HAJAT aku untuk mengumpulkan adik-beradik aku untuk berkongsi rezeki dengan aku,akhirnya tercapai jua pabila tanggal 25 Disember 2011,kesemua 7 adik-beradik,15 orang anak buah (tapi sayang adik ipar aku serta mak tak dapat sertai,kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan)dapat berkumpul.Perancangan yang datang tiba-tiba ini akhirnya berjaya juga,tempatnya takdelah tempat mewah sangat,tapi bagi aku,itulah tu tak jadi masalah dan aku harap semua enjoy dan ikhlas memenuhi undangan aku.Lagi pun,inilah tanda terima kasih aku kepada mereka semua,kerana memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi,baik masa aku susah mahupun ketika duit di dalam poket tinggal RM10.juga sokongan terhadap apa jua tugasan yang aku lakukan.
Agak terkejut juga Manager KFC BAnting tu,bila aku datang dan terus arahkannya buat sebaris meja panjang yang memuatkan 40 orang..namun pujian dan ucapan terima kasih aku berikan,layanan 1st class TAK MACAM PIZZA HUAT BANTING..hampeh...
Gamat sungguh suasana pada malam berkenaan,hilang keletihan kami semua.Owh..ye,terima kasih juga aku ucapkan kepada Hj.Fathulmubin dan keluarga yang "kebetulan"terserempak dengan kami..hehheeh..mula-mula tak mau juga..tapi,alhamdulillah,pelawaan aku disambut baik.
Sekali lagi aku merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga aku yang TELAH menghadirkan diri termasuk Kak Wan Hanisah,Abg Intan dan keluarga..Maaf,andaikata layanan serta tempat tidak memuaskan...LOVE U ALL

Isnin, 26 Disember 2011

Terpilih selaku Juara & Naib Juara..alhamdulillah






bagai nak gugur jantung aku sebaik sahaja nama aku diumumkan selaku penerima PENYELARAS PROGRAM BERWIBAWA keluarga Al-Bajuri bagi tahun 2011.Tempat PERTAMA dan tempat kedua milik aku..alhamdulillah..hanya itu sahaja yang mampu aku ucapkan.Aku tak sangka kerja dan idea aku mendapat perhatian pihak atasan..namun,secaara peribadi juga aku ucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ajk khas yang aku lantik..tanpa mereka aku tak mungkin kecapi apa yang aku kecapi tahun ini.Tahun lepas dinobatkan selaku penerima anugerah Tokoh Al-Bajuri 2010,kali ini,aku dipilih lagi,cuma tajuk aje yang berbeza..
berkat solat dhuha...rezeki muncul secara tidak aku duga..alhamdulillah

Sabtu, 24 Disember 2011

masa untuk kesibukan telah kembali





yeahh..alhamdulillah,masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba..rata-rata dikalangan warga besar keluarga sebelah arwah abah sudah pasti tidak sabar untuk menantikan detik 25 disember 2011 ni..maklumlah setahun sekali dapat berjumpa dengan saudara mara..kiranya macam family day lah..hahhahaaha...seronok juga bila ada program camni,yang tak seronoknya bila ada bunyi-bunyi yang datang entah dari mana entah..itu tak betul,ini tak betul..
aku seperti biasa,low profile,buat kerja aku..tapi apa yang aku tau,aku buat kerja mesti nak yang terbaik,takyah bagi jawatan apa-apa,kerana aku suka dengan apa yang aku buat sekarang ni..
dan aku paling nyampah,bila ada yang nak tunjuk hero dalam apa jua kerja aku..senang kata,potong jalanlah..
23 disember,seperti biasa,aku akan datang bersama hero aku,sapa lagi kalau tak adam..aku dipertanggungjawab untuk ngajar silat..perghh..bayangkan nak ajar anak-anak buah yang takde basic.hehehe..berpeluh gak aku,terpaksalah cut and paste...tapi aku tabik,cepat benar mereka tangkap pembelajaran ni...

Selasa, 20 Disember 2011

PIZZA HUT BANTING-------hampeh




Malam ni memang aku "berhasrat:untuk bawa mak dan Tom's family ke salah sebuah restoran yang terkenal di serata dunia dan paling glamour di pekan Banting ni..dah lama gak tak bawa mereka makan..dari rumah punyalah hati aku ni bergembira pabila berkesempatan membawa mereka keluar makan..
Apa lagi,pas solat maghrib,kami pun bertolak..sampai,masih lengang..Orderlah aku..tak sampai 1/2 jam pesanan pun sampai..perghhh..baunya takleh tahan...maklumlah lapar..
Langit yang disangka cerah...rupanya tak cerah..ingatkan PANAS..rupanya alahai..aku boleh pegang pakai tangan..silap-silap AMNI pun boleh pegang..tu satu..
Minuman pulak...tak sampai..aku tanya kat staff,dia jawab.."Ada order ke?"..soalan yang menarik..AKU TUNJUK RESIT..dik...ni apa????..tu yang kedua..
sama jugak dengan makanan lain...
Sudahnya aku naik hangin 1 badan..
Manager bila aku panggil..BUAT BODOH je...takdelah nak minta maaf ke..nak apa ke..
Aku amat kesal..dan hari ni merupakan hari TERAKHIR AKU JEJAK KAKI KAT PIZZA HUT BANTING...
Masa bayar..satu lagi hal...argghhh..malas aku nak cakap malam ni.
Kepada Mak dan Tom's family...ampun dan maaf dipinta

Ahad, 18 Disember 2011

Fiesta Komic dan Tom's Family

(Leader mesti dibaris hadapan..askar kat belakang)
sejak Tom's family balik ke semenanjung hari tu (13/12/2011) hinggalah HARI NI...barulah aku dapat bawa mereka keluar bersiar-siar "makan angin"..gara-gara kesihatan aku yang tak begitu bagus membuatkan aku terlantar..alhamdulillah..ada hikmah tu..
Walaupun badan baru nak ok..aku tolak tepi dahulu.apa-apa hal,aku MESTI dan WAJIB bawa mereka keluar juga pada hari ni..
destinasi pertama,lihat rumah abang dan kakak ipar aku di Nilai...Ceh!pakai PAPAGO tu nak ke sana..nasib baik TEPAT..
Pastu..ke KLCC...perghhh..puas berjalan..kat KLCC aku seperti biasa akan meninggalkan Tom's family ni dalam jangka masa tertentu..sementara aku pergilah duduk kat pondok-pondok yang berada disitu,kebetulan hari ni ada FIESTA KOMIC...maka ramailah "pelakon-pelakon"yang membanjiri dataran kat situ..leka gak tengoknya..kalaulah Adam ada..hehehehee...
Balik..apa lagi terus ke Angah Sate..pekena Mee Jawa dan soto....
Apa pun,Pak G minta maaf,trip kali ni amat singkat sekali...
(lunch dahulu)
(pekena SOTO jawa tuuu)

Isnin, 12 Disember 2011

kalau ada rezeki


Tatkala aku menulis dalam FB..tatkala itu juga fikiran aku tertumpu kat blog ni..sayang nak tinggalkan blog aku ni...bukan apa,melalui blog aku ni,aku dapat luahlan apa sahaja isi hati aku..dan takde sapa pun komen yang bukan-bukan..rata-rata,para pembaca blog aku just tengok aje..hehehe..alhamdulillah,aku tetap BERSYUKUR..walaupun tengok,still ada peminat jugak kan..walaupun blog aku ni pengikutnya tak seramai pengikut blog-blog yang lain,namun aku rasa oklah..dan yang penting aku bersyukur..alhamdulillah.
Bercerita bab BERSYUKUR ni..alhamdulillah aku dah isi borang dan hantarkannya ke pihak LHDN pada 10hb Disember lalu..hehehe..rata-rata kata "aku layak ke?"..aku hanya tersenyum.dan berkata,alhamdulillah"kalau ada rezeki dan hak aku,adalah"..hehhee..
sekurang-kurangnya ringan sikit beban aku..malah bukan untuk aku aje..aku rasa seluruh rakyat Malaysia seperti aku,akan berkata sedemikian..

1001 makna...

Foto-foto ini aku ambil sewaktu sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 41 pada 25 Disember 2014 yang lalu.. Entah kenapa aku suka ambil ga...