Sabtu, 31 Disember 2011

coretan 2011..pembakar semangat 2012


alhamdulillah...ni posting yang ke 480 sepanjang penglibatan aku ke dunia blog ni..pelbagai ranjau dah aku harungi,namun ada yang buatkan aku rasa tertekan dan ada juga yang buat aku gelak keriangan..namun,selagi bergelar manusia,aku tak lepas dari melakukan sebarang kesilapan dan aku tak terlepas daripada kealpaan duniawi ini.
hari ni juga merupakan tahun terakhir tahun 2011..memang tahun ni banyak cabaran dan dugaan yang aku tempuhi..sakit,susah,senang,sedih semua aku dah alami..kewangan meruncing juga pernah aku alami,saat aku jatuh memang terlalu sakit,namun aku berjaya harunginya..Alhamdulillah.
kejayaan yang aku perolehi,memang aku akui bukan hasil usaha aku seorang sahaja..namun hasil daripada TEAM WORK yang baik,daripada penilaian serta pemilihan orang bawahan yang sanggup bertugas tanpa mengira apa-apa imbuhan seperti yang aku lakukan..itulah yang aku terapkan dalam organisasi aku,malah,kalau ada pun Insya Allah akan aku kongsikan bersama..
Namun..sebalik kegembiraan,orang tak tahu bahawa aku mempunyai tekanan serta kritikan yang amat hebat sekali..walaupun bagi dirinya sekadar gurauan..namun bagi aku sama sekali TIDAK..hasil kerja aku adalah hak aku...kerja sebalik tabir bukannya mudah..ada kalanya terpaksa telan pil darah tinggi demi menghasilkan satu karya yang menarik dan berjaya..ada mereka bertanya?takkkk..tapi itu tak mengapalah...
namun..azam aku 2012 ini,aku takkan mengalah dengan kritikan itu,malah aku akan terus berkhidmat..namun ada juga part yang terpaksa aku undurkan diri demi beri laluan kepada mereka yang dah lama menanti,aku bukan gila pangkat atau kuasa,namun aku cukup gemar mengatur serta menganjurkan program,semua suka,aku pun suka..
dalam program aku nanti,aku cukup berjaga-jaga dalam memilih orang bawahan aku..CUKUPLAH SEKALI...
bukan aku nak riak atau apapun..namun aku bangga dengan diri aku sendiri,anak serta isteri serta keluarga aku bangga dengan aku...

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...