Isnin, 31 Mei 2010

Abang ku Azhan..30 Mei 2010

"Semoga Allah panjangkan umur Mu..Murahkan rezeki,terima akan segala amalan dan bahagia bersama keluarga tersayang"itulah ucapan yang diberikan kepada abang aku sempena ulangtahun kelahirannya semalam.

Sambutan secara MENGEJUT dibuat oleh kakak ipar aku..last minit baru kol..mau tak gelabah..hahaha..apa pun thanks kak lynn..dan happy birthday An...

(Aminnn..semoga yang dihajati dimakbulkan)

Dikesempatan ini juga aku serta keluarga ingin mengucapkan "Selamat hari Ulangtahun Perkahwinan"khas buat kakak ku Tom Malawati serta Abang Asliary ....

Jumaat, 28 Mei 2010

7 tahun dah..aku sayang kepadamu..


Tanggal 31hb Mei setiap tahun merupakan tarikh yang amat bermakna dalam kehidupan aku dan keluarga aku,dimana pada tarikh inilah aku bergelar suami kepada isteriku Rafidah binti Haji Damirin..dan syukur alhamdulillah hingga tahun ini genaplah usia pernikahan kami yang ke 7 tahun.Dan di usia ini syukur alhamdulillah juga kami telah dikurniakan 2 orang cahaya mata,putera dan puteri.
Aku akui,sepanjang usia pernikahan kami ini banyak onak ranjau telah kami tempuhi bersama.Suka dan Duka telah kami harungi bersama,tapi apa yang paling perit dan pedih yang pernah kami alami sewaktu peristiwa 13 Mei 2005 lalu,sungguh hebat isteriku ini mendapat ujian dari Allah..tapi itu semua menambahkan lagi kekuatan diri aku serta isteriku.
Kami bahagia dengan apa yang ada dan kami bersyukur kepada Allah.Biarlah apa orang nak"kata" apa,yang penting kami bahagia.
Tahun 2009.isteri aku diuji lagi oleh Allah,apabila aku telah dijemput menjadi tetamu Allah.Namun segala pengorbanan yang diberikan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Selasa, 25 Mei 2010

negeri di bawah bayu dan Tom's Cafe..

(kebanggan keluarga Hj.Mashod Hjh Mariamah..)

Jumaat 21 Mei,emak telah diterbangkan ke Sabah bersama Ju,Umar serta putera-putera mereka.Tentulah keluarga di Sabah seronok dengan kehadiran emak dan rombongannya..Mesti bersih rumah..betul tak kakak ku..hahahaha.
walaupun masa percutian emak dan ju sekeluarga di Sabah agak singkat,namun aku rasa mereka semua puas berjalan-jalan..dan yang lebih utama sekali emak serta Ju sekeluarga merupakan ahli keluarga yang pertama dapat ke Tom's Cafe..alhamdulillah..
nak tunggu aku dan keluarga,Insya Allah ada rezki lebih akan sampai juga ke sana..

(perhh..Wan masak yerr..patut senyum jer Aiman)

(macam frust je Aiman tengok Ammar makan DuRiAn)


(wah..sarapan yang menyelerakan..senyum je Ati)

(KENANGAN TERINDAH DI TOM's CAFE)
(terpancar jelas diraut wajah Umar tanda kekenyangan..alhamdulillah)
(emak,ju dan umar sewaktu di Tom's cafe)

(emak bersama cucu-cucunya)
Ucapan dari Tom Malawati:-
"Kepada emak,ju,umar,ammar dan imran,saya sekeluarga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi melawat ke teratak kami yang tak seberapa ini,bagi pihak As dan keluarga,saya pohon kemaafan andaikata sepanjang kalian berada di sini,layanan kurang memuaskan hati,namun percayalah kami telah buat yang terbaik untuk kalian semua..Terima kasih juga sudi singgah ke Tom's cafe,insya Allah,berkat doa dan kehadiran kalian sedikit sebanyak akan memberikan saya kekuatan untuk mengharungi dunia perniagaan yang amat mencabar ini,akhirkata JANGAN serik ye..adik-beradik yang lain..saya dan keluarga menanti kehadiran anda semua dengan tapak tangan terbuka,salam sayang buat semua"

Selasa, 11 Mei 2010

al-fatihah....

( kenangan,aku dan arwah)

(bersama putera aku)
ahad sekitar jam 3.30 petang,tok atan telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya menemui penciptanya..sewaktu itu,aku berada di Restoran Jejantas Ayer Keroh,Melaka sebaiksahaja aku dan ahli keluarga mertua aku pulang dari menghantar anak buah aku yang bertandang ke rumah pihak lelaki.Sebaik sahaja menerima panggilan dari kakak aku,Zalina,aku jadi tak keruan..tapi aku bersyukur kerana sebelum aku bertolak ke Melaka,aku.isteri serta anak-anak aku sempat ziarah arwah dan sempat juga kami bacakan yaa-sin pada malamnya.
Sejak 2,3 minggu lalu kesihatan arwah agak tidak begitu baik.Kerap juga aku balik ke Kuala Selangor hantar emak aku..dan kerap juga aku balik rumah seawal-awal pagi.hingga aku terpaksa cuti sebab khuatir jika rehat aku tak cukup,aku akan "tumbang"..
Arwah juga pernah dimasukkan ke Hospital Serdang,tapi tak lama,beliau minta dikeluarkan,akur dengan keputusan beliau,maka keluarlah arwah dari situ.Kat Hospital,arwah telah dimasukkan 2 beg darah..kata doktor,arwah kurang darah..entahlah.Hanya Alllah sahaja yang mengetahui.
(sewaktu arwah dimasukkan ke Hospital Serdang)

Maka,pada usia 90 tahun,arwah telah pergi meninggalkan aku serta seluruh ahli keluargaku buat selama-lamanya...

Jasad arwah,selamat isemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuantan,kira-kira jam 11.00 pagi.berhampiran dengan pusara nenek,pak lang dan mak uda aku..

Kepada keluarga mertua aku,paman Zabir,Mak Cik Sabariah,Ucu Pak dan Paman Wan,Team CCM Chemicals,Mohd Khairi,Zamri dan Bee Wan,sepupu aku Juariana dan Suhaila yang hadir ke Kampung Kuantan aku bagi pihak keluarga ucapkan jutaan terima kasih,tak ketinggalan juga buat rakan-rakan aku yang telah mengutuskan ucapan takziah serta bacaan Fatihah,yang aku terima melalui SMS dan Facebook aku ucapkan jutaan terima kasih juga..

(kenangan terindah,Aidilfitri tahun 2009)


Kenangan yang aku tak dapat lupakan,arwahlah yang mengajar aku bawa motor seawal usia aku 9 tahun..seronok,dapat bawak arwah pergi Masjid..banyak juga yang aku pelajari selok belok agama dari arwah..masih aku ingat lagi,sebelum aku berangkat ke Tanah suci,arwah sanggup hadir menghantar aku dan keluarga ke Kelana Jaya,dan aku sedikit terkilan,bila arwah minta belikan Quran besar,aku ingatkan arwah suruh beli dan wakaf kat Madinah,rupanya arwah minta beli dan bawa balik..aku mungkin salah dengar pada ketika itu..

Jumaat, 7 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU......



Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya
kini, keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam
kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah yaTuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin.........

Dikesempatan ini,aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat emak aku,Hajjah Mariamah bt.Hj.Abd.Kadir,ibu mertua aku,Hajjah Jemaah Bonti Pilus,serta isteriku Rafidah Bt.Hj.Damirin,dan seluruh kaum-kaum ibu di dunia ini,dan khas untuk kak

Zai Ali.

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...