Selasa, 11 Mei 2010

al-fatihah....

( kenangan,aku dan arwah)

(bersama putera aku)
ahad sekitar jam 3.30 petang,tok atan telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya menemui penciptanya..sewaktu itu,aku berada di Restoran Jejantas Ayer Keroh,Melaka sebaiksahaja aku dan ahli keluarga mertua aku pulang dari menghantar anak buah aku yang bertandang ke rumah pihak lelaki.Sebaik sahaja menerima panggilan dari kakak aku,Zalina,aku jadi tak keruan..tapi aku bersyukur kerana sebelum aku bertolak ke Melaka,aku.isteri serta anak-anak aku sempat ziarah arwah dan sempat juga kami bacakan yaa-sin pada malamnya.
Sejak 2,3 minggu lalu kesihatan arwah agak tidak begitu baik.Kerap juga aku balik ke Kuala Selangor hantar emak aku..dan kerap juga aku balik rumah seawal-awal pagi.hingga aku terpaksa cuti sebab khuatir jika rehat aku tak cukup,aku akan "tumbang"..
Arwah juga pernah dimasukkan ke Hospital Serdang,tapi tak lama,beliau minta dikeluarkan,akur dengan keputusan beliau,maka keluarlah arwah dari situ.Kat Hospital,arwah telah dimasukkan 2 beg darah..kata doktor,arwah kurang darah..entahlah.Hanya Alllah sahaja yang mengetahui.
(sewaktu arwah dimasukkan ke Hospital Serdang)

Maka,pada usia 90 tahun,arwah telah pergi meninggalkan aku serta seluruh ahli keluargaku buat selama-lamanya...

Jasad arwah,selamat isemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuantan,kira-kira jam 11.00 pagi.berhampiran dengan pusara nenek,pak lang dan mak uda aku..

Kepada keluarga mertua aku,paman Zabir,Mak Cik Sabariah,Ucu Pak dan Paman Wan,Team CCM Chemicals,Mohd Khairi,Zamri dan Bee Wan,sepupu aku Juariana dan Suhaila yang hadir ke Kampung Kuantan aku bagi pihak keluarga ucapkan jutaan terima kasih,tak ketinggalan juga buat rakan-rakan aku yang telah mengutuskan ucapan takziah serta bacaan Fatihah,yang aku terima melalui SMS dan Facebook aku ucapkan jutaan terima kasih juga..

(kenangan terindah,Aidilfitri tahun 2009)


Kenangan yang aku tak dapat lupakan,arwahlah yang mengajar aku bawa motor seawal usia aku 9 tahun..seronok,dapat bawak arwah pergi Masjid..banyak juga yang aku pelajari selok belok agama dari arwah..masih aku ingat lagi,sebelum aku berangkat ke Tanah suci,arwah sanggup hadir menghantar aku dan keluarga ke Kelana Jaya,dan aku sedikit terkilan,bila arwah minta belikan Quran besar,aku ingatkan arwah suruh beli dan wakaf kat Madinah,rupanya arwah minta beli dan bawa balik..aku mungkin salah dengar pada ketika itu..

4 ulasan:

Jijahh @ f.k berkata...

Salam takziah dari Jijah sekeluarga ..

Hj.Zawalajam Hj.Mashod berkata...

jutaan terima kasih saya serta seluruh ahli keluarga ucapkan.

zila, ex finance CCMC berkata...

Assalammualaikum...

Salam takziah dari zila sekeluarga...

Hj.Zawalajam Hj.Mashod berkata...

w'salam zila,
Terima kasih di atas ucapan.
Dari saya serta seluruh ahli keluarga

1001 makna...

Foto-foto ini aku ambil sewaktu sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 41 pada 25 Disember 2014 yang lalu.. Entah kenapa aku suka ambil ga...