Khamis, 21 April 2011

Lebih hebat dari biasa

aku dah lakukan apa yang terbaik dan aku nakkan yang terbaik..namun hasil awalnya sedikit mengecewakan aku..salah aku kah?ye,aku akui kesilapan aku dalam aspek ini..aku akan cuba perbaiki segala kekurangan ini..agar suatu hari nanti dia akan jadi insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara..aku tak mau dia jadi seperti aku..aku mahu dia LEBIH hebat dari aku..
marah bukan tanda benci,denda bukan tanda dendam..namun segala yang aku lakukan adalah semata-mata memberi pengajaran yang berguna buat dirinya,melentur buluh biarlah dari rebungnya...
walau apa pun..aku yakin akan kebolehan dia..dia bijak..cuma tak mahu tonjolkan kepada aku..saban hari aku berdoa dan terus berdoa...mudah-mudahan dia menjadi apa yang aku harapkan...

Selasa, 19 April 2011

Maxis part II(melampau)

Makin lama makin menjadi syarikat telekomunikasi ni..2 bulan aku tanggung..dari 600 bulan lalu,bulan ni pun sama gak..amboiii..melampaunya mereka ni..maka,aku nekad untuk call centrenya..perhh..boleh dia jawab.."Encik dah guna internet MELEBIHI had"..aku anginnnn!mana mungkin! Aku ambik pakej unlimited!aku ulang unlimited!maknanya,tanpa had!suka hati akulah nak pakai/download apa-apa yang aku suka,maka korang pulak suka-suka caj aku ye..nak kaya pun janganlah macam ni..aku tukar plan aku dari syarikat biru ke syarikat hijau sebab liputan kau meluas bukannya sebab caj kau.apa!ingat gaji aku 100% nak bagi kauuuuu aje..namun hari ni,aku juga yang call tanya status,الحمدلله ,aku dapat tau kes aku ni berjaya..yang tak berjayanya orang yang incharge kes aku ni cuti..aduuuhhh!
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 10 April 2011

Bila dah keluar paper..


saban hari aku menerima aduan dari jiran-jiran aku mengenai pengurusan sampah yang tak diuruskan dengan baik,dan saban hari juga aku mengarahkan s/u aku untuk memaklumkan kepada pihak berwajib,namun saban kali juga jawapan yang sama diterima dan saban kali juga aduan dibuat endah-tak endah..namun kesabaran kami ada batasannya..makin lama makin menjadi..aku buat aduan bukan kerana nama,namun aku lakukan adalah berdasarkan tanggungjawab dan amanah yang aku pikul,tak mau bila kat dalam kubur esok ditanya..na u zu billah..
akhirnya 6 april lalu aku membuat laporan kat salah sebuah akhbar..7 april KELUARlah story aku ni..bagaikan ledakan bom,tak sampai 10 minit berdesupppp lori-lori alam flora keluar masuk ke kawasan aku..bahkan unit perhilitan juga masuk melepaskan tembakan ke arah monyet-monyet liarr...tak cukup dengan itu,hari jumaat hinggalah sabtu pihak alam flora masuk kutip sampah dannnn meracun longkang-longkang..
persoalannya..sampai bila?sementara sahajakah?namun aku berjanji,akan aku perjuangkan hak-hak kami sebagai penduduk,sekiranya berlaku lagi..akan ku bongkar habis-habisan..

Rabu, 6 April 2011

CPR & FIRST AId

Nilah aku sewaktu kursus tadi.caj balik mana-mana yang dah lupa tu.pelbagai aksi..apa pun ianya tetap menjadi 1 kenangan terindah buat diri aku
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Isnin, 4 April 2011

Happy birthday Adam

3 april,genaplah usia puteraku yang ke 6 tahun..الحمدلله,diberikan kesempatan untuk meraikannya bersama keluarga..sedih gak,bila tengok adam..(Aku tak dapat luahkan di sini kerana aku sedih sangat)namun aku harap dia faham..
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...