Isnin, 29 November 2010

sejuk hati ayah dan ibu....


tersentuh aku bila lihat anak aku bersolat maghrib tadi..siap berdoa untuk keluarga aku..alhamdulillah...selama ini kami solat berjemaah..tapi hari ni aku terlewat,naik atas aje,aku lihat anak aku sedang bersolat dan berdoa...

opppsss...sorryyyyy


11:14am hari ni..terima call dari no +0374945xxx...rupa-rupanya dari pihak Astro..apake halnya..setelah dia kenalkan dirinya..mulalah masuk jarum..oooo nak suruh aku tambah channel..kakakakah...promosilah katanya..aduhai..aku dah cakap banyak kali,aku tak berminat..pasal channel yang ada punnnn aku tak khatam lagi...aku punya basic jer..janji aku boleh tengok berita dan tengok channel 106..udahlah...tak puas ati dengan jawapan aku....desak-desaknya lagi...sudahnya,aku terpaksa letakkan talipon..habis tu,dah tak paham bahasa..dah lah time ni hujung bulan,agak sibuk ditempat kerja..kepada encik astro,sorry yer..jangan desak orang..kira baguih lah aku bayar on-time tiap-tiap bulan,bukan 1 akaun tapi 3 akaun...

Ahad, 28 November 2010

MAHA 2010 ke Jemputan Kahwin


(jemputan malam tadi di kanchong darat)
(jemputan 1 hari ni di Kuala Selangor)
(pengantin LELAKI)
(jemputan 2 di Klang-ayah guru tengah buat show)
Sekarang ni berlangsungnya MAHA 2010,ramai gak yang ke sana..dengar khabar yang terbaik tahun ni..selepas hadir ke majlis-majlis jemputan bolehlah singgah ke MAHA ni..
bermulanya cuti sekolah.maka bermulalah kenduri kahwin sana sini.aku banyak juga terima undangan dalam masa 2 hari ni (27-28hb nov)..mana yang sempat aku pergi,aku pergi..mana yang tak sempat,aku pohon kemaafan banyak-banyak dan aku doakan agar majlis kalian diberkati dan dirahmati,Insya Allah...
thari semalam adalah 4 buah rumah..dan malam aku bawa mak ke kanchong darat..hari ni,sempat 2 rumah je.apa pun,makan tetap makan,tapi aku kawal makan aku..
(suka puteraku dapat "jajan")

Selasa, 23 November 2010

ubi ohhhh ubiiiii



kalau hujan,pekena ubi rebus atau cucur udang pun bestt gak..tapi nak buat agak malas...hehehee..apa kata pergi je kat kedai kawan aku kat taman seri ni..waktu malam,menu ni mesti ada..selain daripada nasi lemak..lokasinya,sebelah kedai motor..perhh siap promo lagi tu..ala..sapa lagi nak tolong bangsa sendiri kalau tidak kita..harga munasabah..

hak AKU!


pada 16 november lalu,kira-kira sehari sebelum raya qurban,mak mertua aku telah menyuruh membeli tv..takdelah mahal benar..cukuplah untuk dia sorang tengok rancangan kegemaran dia..tup-tup semalam,isteriku beritahu,tv mak tak boleh on..oklah..pasal ada tempoh jaminan lagi..hari ni aku ambil cuti separuh hari,nak uruskan hal nilah..aku ke pasaraya e......e ni..soalan pertama dia."kotak ada ke bang?"apa punya ba....g le ditanya soalan camni..kalau dah beli barang,takkan nak simpan kotak tu lagi..aku pula tak bawa remote dia..dengan harapan tukar ajelah tv tu..ehhh tak..nak juga..bayangkanlah aku terpaksa patah balik,patah balik...
pada aku,tak kiralah barang tu mahal atau murah..yang penting HAK AKU SEBAGAI PEMBELI kenalah diutamakan..layanan staff kat situ AMAT TERUK,lebih-lebih lagi tentang urusan claim balik...you tak kenal i lagi...sekali i buat kecoh.....

Ahad, 21 November 2010

hujung minggu di SACC Mall



bukan bershopping..hanya nak recaj je balik ilmu yang semakin tipis..sekadar peringatan buat diri..kali ni aku bawa sekali keluarga aku..namun sayangnya anak-anak tak boleh masuk..hehehe,terpaksalah aku keluar balik..namun sempat jugalah dengar apa yang patut

Sabtu, 20 November 2010

Santai bersama Pak Tam & Mak Tam



jika minggu lepas aku sekeluarga serta pak tam sekeluarga makan malam di juvita,kali ni makan di Pak Mee corner,pekena nasi lemak kepak serta tempe..perhhh..sedappp!!

Jumaat, 19 November 2010

Damia-raya dan hari lahir


17 November 2010,dikala seluruh umat Islam gembira merayakan ibadah qurban,kakak serta abang aku menambahkan lagi kegembiraan serta kesyukurannya kehadrat Ilahi,kerana puteri mereka genap 1 tahun..alhamdulillah...

Rabu, 17 November 2010

Korban di hari Raya Qurban

Syukur alhamdulillah..dapat juga aku meraikan Hari Raya Qurban pada tahun ini bersama ahli keluarga..yelah tahun lepas raya di Kota Makkah..pagi raya,balik ke rumah mertua..solat sunat di sana..selepas solat dan jamah makanan terus balik ke banting untuk turut serta dalam aktiviti dimasjid kariah aku..apa pun SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA diucapkan kepada semua..

Selasa, 16 November 2010

ABANG DAH KONVO DAH..






(Adik asyik perhatikan abang aje)



Syukur alhamdulillah,tanggal 15 November 2010,bertempat di Kolej Komuniti Kuala Langat,putera sulong aku telah menamatkan pengajiannya di Tadika Kemas Qurratul-Ain,Telok Datok..terima kasih cikgu..dari anak aku tak kenal apa-apa,kini dah kenal huruf dan sedikit sebanyak dah boleh baca..alhamdulillahh..

Sabtu, 13 November 2010

Santai bersama Pak Tam & Mak Tam

(tuuu dia...siap duduk atas meja lagi tu..pegang ketammmm)
alhamdulillah...burrrrppppp..kenyang rasanya..Lokasi kali ni ke Juvita lagi..makan malam bersama pakcik dan makcik aku..pelbagai menu menarik telah disajikan..antaranya,kailan ikan masin,sup kampung ikan jenahak,ketam masak kunyit,sotong masak merah,pari bakar...
(mak dan maktam)
(my family)

Selasa, 9 November 2010

API,BAHAN KIMIA dan DARAH....

(pasukan penyelamat dari CCM Chemicals)

menuntut ilmu..itulah yang aku buat pada hari ni..berhempas pulas untuk memastikan team aku raih kejayaan..namun..tak tau mana silapnya...tapi sekurang-kurangnya aku dapat belajar sesuatu..aku dapat belajar cara-cara kendalikan tumpahan bahan kimia,padam api dan paling penting dapat pelajari erti muafakat serta semangat setiakawan yang sebenar..adatlah..menang atau kalah..
(menanti)
(tuuu dia..dah nak mula dahhh)
(helpppppppp!!!!!)
(tanda tanya????)
dan buat julung kalinya,aku memberanikan diri untuk menderma darah..ooo..baru aku tau darah aku jenis B..hehehe..siap wife aku sound dalam FB tuuu..takut darah kata kat aku..heheheh..
(cek BP dulu..kata doktor..BP alhamdulillah)
(alhamdulillah..dah dapat SIJIL)
(ooo..camni dia cucuk)
(aduuuuiiiii..hehehehe..kasi takut sama member kat luar)
(Hj.Hamid aka Pak Andak..sempat lagi tu kami bergurau)

Ahad, 7 November 2010

kembali ber A-K-S-I....




Syukur alhamdulillah,aku berpuas hati dengan peersembahan yang telah ditunjukkan oleh anak-anak didik aku sewaktu persembahan silat pengantin pada hari ini. Bukan nak berbangga dengan kejayaan ini,sekadar berkongsi ilmu dengan mereka,ternyata mereka dah boleh diketengahkan.terima kasih kepada tuan rumah kerana mengundang team aku,selaku "big-boss"aku ucapkan terima kasih kepada semua anak didik aku..aku suka nasihatkan mereka bahawa kita bukan sahaja bersilat,malah lebih dari itu..promo sikit...jika ada yang berhasrat untuk ambil team aku ni,bolehlah hubungi aku yer,tapi seperkara lagi,aku ambil "payment" dulu..camera-man pun ada juga..

Jumaat, 5 November 2010

PENANGAN HARI JUMAAT


Walaupun sempat tido tak sampai 1 jam..dengan mata yang membengkak,aku gagahkan juga..aktiviti atau program hari ni yang dirancang secara sekelip mata akhirnya memberi kepuasan terhadap diri aku..bukan untuk membangga diri atau berkehendakkan nama..kepenatan aku terbalas..syukur terhadap Mu ya Allah..terima kasih semua...

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...