Khamis, 31 Disember 2009

Hampir Tiba...


Salam,tahun 2009 akan melabuhkan tirainya tak berapa lama lagi.bagi aku,tahun 2009 ini penuh bermkana dalam kehidupan aku,aku dinaikkan pangkat,aku dikurniakan seorang puteri,aku genap 10 tahun dalam syarikat tempat aku berkhidmat dan aku dapat menunaikan ibadah haji..semua ni berlaku pada tahun 2009.Tidak akan aku lupakan tahun ini...Mudah-mudahan tahun 2010 nanti akan juga memberi suatu pengalaman indah buat aku sekeluarga..
Selamat tahun baru juga khas buat seluruh follower aku yang 32 orang ni..tanpa sokongan anda,blog ini tidak bermakna..terima kasih dan semoga anda juga beroleh kebaikkan pada tahun 2010..InsyaAllah...

Rabu, 30 Disember 2009

perjalanan ku-makkah(10)-Padang Arafah


(nilah penempatan kami,Maktab 73)

Kat Padang Arafah ni tidak ada aktiviti yang khusus dan tidak terikat dengan aktiviti dari pihak pengurusan Tabung Haji.Cuma kat sini hanya memperbanyakkan aktiviti ibadah.Muhasabah diri.Kat sini doa-doa kita akan dimakbulkan terutama selepas waktu Zohor hinggalah menjelang maghrib.Kemudahan dipadang Arafah ini amat berpuas hati.Aku punyai kenangan terindah di sini,alhamdulillah,aku dan sahabat aku Hj.Shah (gambar atas) telah membantu pihak urusan Tabung haji dengan membawa serta menunjukkan khemah kepada para jemaah yang baru sampai,al-maklumlah keadaan gelap-gulita.Sejuk.Tak pernah aku alami keadaan sebegini.Bayangkanlah,tubuh aku ni dibaluti dengan 2 helai kain sahaja.kaki aku mulai rasa sejuk... aku dan hj.Shah ni pun bukanlah arif sangat tentang keadaan serta susun aturnya,namun Allah tu maha kuasa..kami dapat laksanakan tugasan tersebut dengan cemerlang sekali.Lepas hantar semua jemaah,aku berehat di"kandang"..sambil berzikir
Kira-kira jam 2.00 pagi,Subhanallah..angin bertiup dingin..Sejuk.Tak pernah aku alami keadaan sebegini.Bayangkanlah,tubuh aku ni dibaluti dengan 2 helai kain sahaja.kaki aku mulai rasa amat sejuk sekali.menggigil...
(ni antara teman-teman yang turut bersama "berjaga",foto atas haji Din dari rantau Panjang,Port Klang,foto bawah,haji arif dari Kelantan)

Sebelah pagi,selepas solat subuh,kami semua bersarapan.Pandai gak pak arab ni buat nasi lemak..makan tak boleh banyak-banyak..takut perut meragam..aku cuma ambil roti dan minum nescafe 3 in 1 yang aku beli kat Madinah tempoh hari...alas perut sahaja.
(sarapan bersama Hj.Zainuddin,merupakan teman sebilik..memang seronok berkawan dengan beliau..beliau jugalah yang menjaga aku kat Mekah..terima kasih)
(bersama Haji Jamal.aku dan haji zainuddin gelarkannya haji "J" aje..)
(ni pula haji Kamal..dia ni ada projek dengan Tabung Haji,samalah dengan haji Shah)

Selepas bersarapan,semua jemaah mengambil tempat,kuliah Dhuha serta menunaikan solat sunat Dhuha 12 rakaat...
kami tidak terus bangun dari tempat solat..malah kami menanti pula masuknya Waktu Zohor pula untuk menunaikan solat zohor dan asar secara "tamam" berjemaah dan mendengar khutbah arafah..
Alhamdulillah...seluruh jemaah telah pun di "anugerah"kan dengan gelaran Haji ataupun Hajjah...
Makan tengahari telah pun dihidangkan..selepas itu,kembali ke dalam khemah,buat amalan-amalan sunat...
(haji Shah dan haji Kamal sewaktu dalam khemah)
(bersama dengan Haji Raja Al-Fatihah,ni kawan office aku)
Kira-kira 1/2 jam sebelum Maghrib adalah saat yang betul-betul buat aku meratapi diri aku.Meratapi segala dosa-dosa sendiri.Ya Allah..banyaknya dosa aku..aku bersyukur kepada Mu ya Allah..kau beri aku peluang untuk bertaubat..kau beri aku kesihatan dan kehidupan..Namun ada kala aku alpa..aku tak bersyukur dengan apa yang dikau kurniakan..Ya Allah...ampunkanlah aku...aku akui aku alpa dalam urusan dengan Mu Ya Allah..maka aku pohon keampunan....
Betullah kata orang,kat tempat ni,hati yang keras boleh jadi lembut...Sesungguhnya aku hanya mampu berdoa agar segala-galanya baik dan doa aku serta temanku dimakbulkannya.InsyaAllah..
(kenangan bersama Ybhg.Haji Zamri,penerbit dan penyampai radio IKIM.fm)
Selepas solat Maghrib dan Isya' secara jamak "tamam" kami semua bersiap sedia untuk bergerak ke Muzdalifah bagi mengutip 7 biji anak batu dan selepas itu akan bergerak serta bermalam ke Mina...

Isnin, 28 Disember 2009

SELAMAT HARI LAHIR



Selamat Hari Lahir buat mu Atirah Asliary dan Walid Shahbudin....Semoga Allah panjangkan umur kalian,dimurahkan rezeki,diterima segala amalan serta menjadi anak yang soleh juga solehah dan semoga berjaya dalam kehidupan dunia mahupun akhirat...

Ahad, 27 Disember 2009

perjalanan ku- makkah(09)

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk mengerjakan wukuf di padang arafah,kuitip anak batu di Muzdalidah dan bermalam di Mina.Debaran semakin kencang dirasai.Setiap malam aku hanya berdoa agar selamat segala-galanya.Al-maklumlah..selagi bergelar manusia..selagi tulah kita dibelenggu dengan dosa..maka kat sinilah dugaan-dugaan akan muncul..tak sedikit,banyak..maka,banyakkanlah solat taubat....
Pada hari keberangkatan kami ke padang arafah..cuaca diawal pagi memang lain sekali..dingin sedinginnya..mulalah jiwa ni tak keruan..aku beristghfar banyak..mudah-mudahan dosa-dosa aku terampun..InsyaAllah..
(beginilah keadaannya..sejuk..dingin..awan mulai gelap)
(tidak berapa lama kemudian..hujan turun dengan amat lebatnya..Alhamdulillah..foto ni dari tingkat 7)
(lihatlah..betapa derasnya air)
Sepatutunya kami dijadualkan berlepas ke Padang Arafah selepas Zohor (kira-kira jam 12:40 t/hari),akan tetapi memandangkan hujan yang turun..maka terpaksa ditangguhkan sementara.dan kira-kira jam 4 petang,kumpulan pertama (4 buah bas),telah diarahkan untuk bertolak ke Arafah..aku masih belum lagi bertolak,tapi dah siap-siap ihram dah..BELUM niat aje..

(detik-detik ke Arafah)
Tak sampai 2 jam lepas bas pertama bertolak,dapat berita bahawa jalan menuju ke Arafah terpaksa ditutup sementara berikutan air hujan sudah mulai memenuhi permukaan jalan.MasyaAllah....aku masih lagi berdebar-debar.Pelbagai persoalan berkecimpung dalam sanu bari aku..namun aku tawakal sahaja...sambil berdoa dan berdoa..
Alhamdulillah..sekitar jam 7.oo malam,bas yang tersangkut tadi telah dibenarkan meneruskan perjalanan dan bas yang akan membawa kumpulan kedua..(kumpulan aku) pun telah tiba..Turin ke lobi dan menanti untuk arahan selanjutnya..
(nak naik bas..jiwa masih berdebar-debar)
Tiba di Arafah kira-kira 2 jam..perjalanan yang lancar..perjalanan yang penuh dengan keinsafan..perjalanan yang penuh dengan memuji kebesaran dan kekuasaan Allah..kami bertalbiah..sepanjang perjalanan dan sepanjang waktu..Di Arafah keadaan gelap.Ini kerana pihak Bomba telah melarang menghidupkan sebarang bentuk punca kuasa elektrik,ditakuti berlaku kejadian yang tidak diingini.Habis tilam-tilam basah.alhamdulillah..ini bahagian kami..kenalah redha..

(khemah di Arafah)
(Basah dah)
Sebaik sahaja aku meletakkan segala beg,aku terus keluar khemah..nak tidur pun tak boleh..kat luar aku tunaikan solat Isya'..aku buatlah solat sunat..Makan..terus cari tempat untuk aku duduk dan muhasabbah diri...perhhh..memang lain...ditambahi pula dengan kesejukkan yang amat jarang kurasai..bayangkan aku cuma memakai ihram sahaja...ini bahagian aku..aku pasrah dan terima..aku teruskan ibadah aku...kat sini aku bayangkan masa kita dibangkitkan di padang Mayshar...tiada guna wang ringgit,harta benda.......hanya seorang diri terkapai-kapai.....

(keadaan gelap-gelita,dingin...)
(keinsafan mulai menyerap...)

Jumaat, 25 Disember 2009

perjalanan ku- makkah(08)


sambungan dari episod yang lalu..terpaksa berepisod-episod pulak..bukan apa takut para pembaca BOSAN pulak..aku ni bukanlah nak menunjuk-nunjuk,sekadar nak kongsi pengalaman aku ni aje..dan tak tahu bila lagi aku boleh jejakkan kaki ke sana lagi..
Kat Kota Mekah ni,makanan dan minuman telah diurus aturkan oleh tukang masak Malaysia,aku akui walaupun citarasa Malaysia tapi sedikit sebanyak "lari" juga rasanya,maklum sahajalah,barang-barang untuk masak amat sukar sekali diperolehi disana,seperti santan..Tapi aku bersyukurlah ada juga makan..aku buat aku punya pendapat sendiri,jika nak makan aku makan,jika tak lalu...tak payahlah makan..kan best camtu,takdelah aku buat maca, sorang pak haji ni,haaa..aku cerita sedikit,bukan mengumpat..tapi sekadar renungan kita bersama.Pada suatu pagi tu,nak sarapanlah ni..ada sorang Pak Haji ni tahan family dia..ada patut dia kata "aahhh!!jangan makan mee-hoon bodoh tu"..Aku istigfar panjang...bukan apa,sepatutnya dia tahu dia kini berada di mana..itu rezki dari Allah..hendak taknak terima ajelah...Lepas itu apa yang jadi..paham-paham sendirilah..bak kata ustaz "bayar CASH"..na u zu billah...

Jika teringin sesangat nak makan masakan Malaysia,bolehlah pergi ke Restoran Dsaji,milik Felda.perhh.punyalah ramai umat..100% rasa Malaysia.harganya pun hehehe bolehlah tahan..cuba bayangkan,nasi goreng+ayam masak merah+air mineral harganya SR15..nak buat camne..selera punya pasal...
(Restoran dsaji-macam-macam menu Malaysia ada di sini)

Tu cerita pasal makan..kekadang je aku makan kat sini..bila teringin dan bila rindu kat masakan isteri...hahhahaa...Kat masjidilharam ni,setiap waktu aje pasti ada umat yang mengerjakan tawaf sunat..lihat foto kat bawah ni..ramai kan..Masya Allah...

ni cuaca tengah panas ni..matahari betul-betul terpacak di atas kepala.Namun kuasa Allah swt,lantai tu sedikit pun tak rasa panas..nak berpeluh pun aku rasa susah sangat.Begitulah kehebatannya...semakin panas dilangit..semakin ramai hamba Allah akan tawaf..

(Terpaksa pakai mask..ingatkan nak elak dari kena batuk dan selsema,kuasa Allah..kena juga,Alhamdulillah)

Pada kebiasaannya,selepas balik dari masjidilharam,dan selepas anto mak naik ke tingkat seven (7)aku akan turun semula..duduk ramai-ramai dengan kawan-kawan..duduk dikaki lima,perkara yang tak pernah aku buat kat Malaysia..aku buat kat sana..bercerita tentang apa yang berlaku disiang hari,apa nak buat esok hari dan macam-macam lagilah..sambil minum teh tarik tu..hahaha...nak tengok tv..siaran tv1 pun dah tamat...hampir 2 jam kami borak-borak.Lihat telatah manusia...kita raknyat Malaysia patut rasa bersyukur kerana lengkap segala-galanya.alhamdulillahhh

(aktiviti biasa,dari kiri aku,haji arif (kelantan) dan haji din (port klang))

(bersantai bersama haji Shah,orang kata kami kembar)

(bersama haji-haji "otai")
Dua hari sebelum bertolak ke padang Arafah..kami telah didatangi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Ybhg.Hj.Jamil Khir...beramah mesra...
(kenangan terindah)

Rabu, 23 Disember 2009

Alhamdulillah..Rezeki balik Haji


Salam,hari ini merupakan hari yang ke-3 aku bertugas semula.Banyak juga kerja..adatlah..Terima kasih kepada rakan-rakan kerana telah membantu segala urusan kerja aku.
Hari ni,tanpa aku duga,satu sampul surat dari HR telah ku terima..ku buka...Alhamdulillah..Rezeki.Ini merupakan tanda penghargaan syarikat CCM kepada aku setelah 10 tahun berkhidmat..Dan akan aku hadiahkan khas buat isteriku...

perjalanan ku- makkah(07)


sambungan kisah perjalanan aku..kat Kota Mekah ni kita kena CEKAL kan semangat.setiap hari lepas solat aku akan berdoa agar diberikan kesabaran yang amat tinggi sekali,al-maklumlah aku ni kekadang panas baran tu boleh tahan gak tahapnya.hahahaha...apa pun bergantung ,kepada niat kita,pohon yang baik,maka baiklah jadinya..
Awas!selangkah kita berjalan mencari keredaan Allah,akan dihalang dengan pelbagai ujian,godaan,gangguan dan tentangan.Hanya keikhlasan sahaja yang mampu menempuhinya..

(pemandangan Masjidilharam pada waktu malam,indah kan,Masya Allah)
(ni pula,foto sewaktu Jutawan arab sedang memberikan sedekah,berupa buku doa)
(pemandangan dari tingkat 7,hotel aku)
(sesekali teringin gak...)
(bersama teman dari Pakistan)
(sewaktu hampir waktu Zohor,umat Islam sedang tawaf)
(sewaktu hari Jumaat,pihak keselamatan terpaksa dipanggil bagi mengawasi jemaah)

Isnin, 21 Disember 2009

perjalanan ku- makkah(06)

(pemandangan waktu Zohor)

(pemandangan waktu Maghrib)

aku ni suka dan gemar sangat solat kat atas bumbung masjidil-haram.bukan apa,ada sebabnya.Memanglah kat sini "takpe" laki dan pompuan solat sebelah-menyebelah..tapi aku TAK selesa..kang tak pasal-pasal aku tak khusuk solat...lagi pun,jika kat atas ni,walaupun matahari memancarkan sinarnya,namun aku tak rasa perit atau panas,lagi syok,bila time solat Subuh,Maghrib dan Isyak,nyaman aje,Masya allah..itulah keadaan di Kota Mekah ni.

Sepanjang perjalanan dari tempat penginapan menuju ke Masjidilharam ni,ada satu kemudahan yang telah disediakan untuk para jemaah,iaitu tandas.Tapi aku rasa ni sementara aje.Mungkin tahun depan dah takde kot..Nak berwudhu' kat masjidilharam ni memang agak sukar sikitlah..sesiapa yang dah ke sana pasti tahu akan situasinya,jadi dalam erti kata lain,jaga-jagalah wudhu anda tu ye..

ni semasa kakak-kakak ku sedang mendengar taklimat sebelum menunaikan umrah sunat..

Ahad, 20 Disember 2009

syukur..selesai sudah

Alhamdulillah..majlis kesyukuran serta doa selamat telah dijalankan selepas solat maghrib semalam.Walaupun hujan tidak berhenti dari awal pagi,namun kehadiran jemaah di Masjid Kampung Kundang,amat memuaskan,syukur alhamdulillah.majlis kecil-kecilan sahaja.Jutaan terima kasih aku ucapkan buat keluarga aku,keluarga mertua aku kerana berhempas pulas menyediakan serta memasak lauk-pauk.Tak lupa juga,jutaan terima kasih aku ucapkan buat adik angkay/sahabat aku,fadhlah sekeluarga,yang telah menerima undangan aku..Hidangan untuk para jemaah,aku syorkan agar dibuat secara "ambang"..tradisi masyarakat Jawa..hehehe..seronok bila lihat cara pembahagian di buat.nampak semangat kekeluargaan...

(antara yang hadir,termasuklah my BIG brother)

(proses penyediaan nasi ambang sedang dilakukan)
(fadhlah serta keluarga)


Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...