Rabu, 30 Disember 2009

perjalanan ku-makkah(10)-Padang Arafah


(nilah penempatan kami,Maktab 73)

Kat Padang Arafah ni tidak ada aktiviti yang khusus dan tidak terikat dengan aktiviti dari pihak pengurusan Tabung Haji.Cuma kat sini hanya memperbanyakkan aktiviti ibadah.Muhasabah diri.Kat sini doa-doa kita akan dimakbulkan terutama selepas waktu Zohor hinggalah menjelang maghrib.Kemudahan dipadang Arafah ini amat berpuas hati.Aku punyai kenangan terindah di sini,alhamdulillah,aku dan sahabat aku Hj.Shah (gambar atas) telah membantu pihak urusan Tabung haji dengan membawa serta menunjukkan khemah kepada para jemaah yang baru sampai,al-maklumlah keadaan gelap-gulita.Sejuk.Tak pernah aku alami keadaan sebegini.Bayangkanlah,tubuh aku ni dibaluti dengan 2 helai kain sahaja.kaki aku mulai rasa sejuk... aku dan hj.Shah ni pun bukanlah arif sangat tentang keadaan serta susun aturnya,namun Allah tu maha kuasa..kami dapat laksanakan tugasan tersebut dengan cemerlang sekali.Lepas hantar semua jemaah,aku berehat di"kandang"..sambil berzikir
Kira-kira jam 2.00 pagi,Subhanallah..angin bertiup dingin..Sejuk.Tak pernah aku alami keadaan sebegini.Bayangkanlah,tubuh aku ni dibaluti dengan 2 helai kain sahaja.kaki aku mulai rasa amat sejuk sekali.menggigil...
(ni antara teman-teman yang turut bersama "berjaga",foto atas haji Din dari rantau Panjang,Port Klang,foto bawah,haji arif dari Kelantan)

Sebelah pagi,selepas solat subuh,kami semua bersarapan.Pandai gak pak arab ni buat nasi lemak..makan tak boleh banyak-banyak..takut perut meragam..aku cuma ambil roti dan minum nescafe 3 in 1 yang aku beli kat Madinah tempoh hari...alas perut sahaja.
(sarapan bersama Hj.Zainuddin,merupakan teman sebilik..memang seronok berkawan dengan beliau..beliau jugalah yang menjaga aku kat Mekah..terima kasih)
(bersama Haji Jamal.aku dan haji zainuddin gelarkannya haji "J" aje..)
(ni pula haji Kamal..dia ni ada projek dengan Tabung Haji,samalah dengan haji Shah)

Selepas bersarapan,semua jemaah mengambil tempat,kuliah Dhuha serta menunaikan solat sunat Dhuha 12 rakaat...
kami tidak terus bangun dari tempat solat..malah kami menanti pula masuknya Waktu Zohor pula untuk menunaikan solat zohor dan asar secara "tamam" berjemaah dan mendengar khutbah arafah..
Alhamdulillah...seluruh jemaah telah pun di "anugerah"kan dengan gelaran Haji ataupun Hajjah...
Makan tengahari telah pun dihidangkan..selepas itu,kembali ke dalam khemah,buat amalan-amalan sunat...
(haji Shah dan haji Kamal sewaktu dalam khemah)
(bersama dengan Haji Raja Al-Fatihah,ni kawan office aku)
Kira-kira 1/2 jam sebelum Maghrib adalah saat yang betul-betul buat aku meratapi diri aku.Meratapi segala dosa-dosa sendiri.Ya Allah..banyaknya dosa aku..aku bersyukur kepada Mu ya Allah..kau beri aku peluang untuk bertaubat..kau beri aku kesihatan dan kehidupan..Namun ada kala aku alpa..aku tak bersyukur dengan apa yang dikau kurniakan..Ya Allah...ampunkanlah aku...aku akui aku alpa dalam urusan dengan Mu Ya Allah..maka aku pohon keampunan....
Betullah kata orang,kat tempat ni,hati yang keras boleh jadi lembut...Sesungguhnya aku hanya mampu berdoa agar segala-galanya baik dan doa aku serta temanku dimakbulkannya.InsyaAllah..
(kenangan bersama Ybhg.Haji Zamri,penerbit dan penyampai radio IKIM.fm)
Selepas solat Maghrib dan Isya' secara jamak "tamam" kami semua bersiap sedia untuk bergerak ke Muzdalifah bagi mengutip 7 biji anak batu dan selepas itu akan bergerak serta bermalam ke Mina...

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...