Jumaat, 30 Julai 2010

Subhanallah

(alhamdulillah..sampai gak aku kat tempat ni,bukan berseorangan,tapi dengan mak,isteriku serta anak-anak.dah lama nak pergi,tapi masa tidak mengizinkan,jadi aku nekad malam ni gak aku mesti bawa)
(kenangan terindah)
(bukan main seronok lagi putera aku ni)
(adam bersama Wan nya)

Rabu, 28 Julai 2010

alhamdulillah


27 JULAI 2010..aku berkesempatan menyertai pertandingan bowling anjuran kelab sukan CCM.dah lama benar aku tak melontar ni..saja ajelah..bertempat di ole-ole,aku telah ditabalkan sebagai Juara..alhamdulillah..hehehe..kenapa?Tak percaya ke?

Ahad, 25 Julai 2010

ramadhan semakin hampir


hari ni majlis bacaan yaasin dan tahlil arwah-arwah keluarga belah bondaku telah diadakan,Alhamdulillah...semua adik-beradik bondaku hadir,dari jauh mahupun dekat.kami solat Zohor bersama-sama dan selepas itu barulah majlis bacaan yaasin dan tahlil diadakan yang telah diketuai oleh Tuan Hj.Mohd.Hamid a.k.a pak andak aku...
(solat zohor berjemaah)
(bacaan yaasin dan tahlil)
(candid-candid kenangan terindah)
apa yang istimewanya,hari ini juga merupakan hari ulangtahun adik aku,Ju..selamat hari lahir diucapkan,semoga Allah memanjangkan umur dan memurahkan rezeki serta segala amalan diterima dan diberkati Allah...

Kunjungan Mesra

(bacaan doa dibacakan)
alhamdulillah,selesai sudah program hari ini.. majlis penyerahan sumbangan di Rumah Asnaf Al-Barakh Telok Datok.Alhamdulillah,ketibaan rombongan dari Perkumpulan Marhaban Nur Hidayah Kampung Olak Lempit,yang diketuai oleh Hajjah Sumiati bersama 30 orang ahli telah selamat tiba jam 2:30 petang tadi dengan menaiki bas yang disewa khas.Majlis yang ringkas,tapi penuh bermakna buat anak-anak Asnaf dan kelihatan ada juga yang menitiskan air mata.Kumpulan Marhaban ini juga sempat membacakan selawat ke atas Nabi junjungan kita,serta tidak ketinggalan juga anak-anak Asnaf turut menyampaikan 2 buah lagu untuk menghiburkan para hadirin yang hadir.
(sebahagian daripada ahli kumpulan Marhaban yang hadir)
(penerangan ringkas dari Hj.Yusuf kepada Hjh.Sumiati)
(aluan dari Hj.Yusuf)
(Ucapan yang meninggalkan kesan mendalam dari Hjh Sumiati)
(Menyampaikan ole-ole kepada anak-anak Asnaf)
(Penyampaian sumbangan kepada pihak pentadbiran)

Terima Kasih

(gambar yang aku ambil pada 24 Jun lalu)

Alhamdulillah..penantian hampir sebulan telah berakhir hari ini pabila longkang yang pecah telah dibaik pulih oleh pihak yang berkenaan,tu pun setelah beberapa kali aku menghantar e-mail kepada pihak berkenaan,apa pun terima kasih aku ucapkan..
(puteraku sedang asyik melihat)
(kerja-kerja mengorek sedang dijalankan)
(hasilnya)

Jumaat, 23 Julai 2010

perangggg


mmm..lama gak tam main combat ni...lihatlah askar-askar ku semua dah kena tembak..askar puteraku masih gah berdiri...aduhaiii

PASIR OH PASIR...ADUHAI


ADUHAI..balik kerja aje dah ada masalah..dah lah tengah hangat isu ni..isu apa lagi kalau tak isu pasir..aduhhhhh..sapa pulak yang longgok kat umah aku ni...kang tak pasal-pasal orang kata aku tokey pasir..hahhahaa

Khamis, 22 Julai 2010

malam pertama...aku..kau..dia..kita

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"


http://mamafami.fotopages.com/?entry=1253678

tutup sementara....


21 julai-MMMM..buat julung kali nya selepas Isya,aku matikan telefon,tak on FB dan segala alat komunikasi yang aku ada.kerana KELETIHAN yang teramat sangat.Pagi ni tengok sms.FB dan e-mail..mak datok..banyaknya!Maaf ye..tak dapat buat apa2..mood pun kurang baik minggu ni..

Selasa, 20 Julai 2010

adakala...

adakala sukar untuk meramalkan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.ada kala kita ramalkan yang baik namun tidak sebaik mana pun hasil yang diperolehi.adakala hati dan perasaan orang kita jaga dan kita hargai,namun hati dan perasaan kita sendiri merana.adakala kita menghormati orang tanpa mengira pangkat,kedudukan mahupun darjat,namun orang tidak menghormati akan diri kita.adakala ingin meluahkan kepada seseorang,namun bila diluahkan orang salah anggap apa yang diluahkan.adakala kita cuba membantu orang,namun niat membantu itu juga disalah ertikan.adakala kita perlu bersendirian....

Isnin, 19 Julai 2010

entahlah

ada kala apa yang kita impikan tidak tercapai walhal semua impian itu indah berlaka..mungkin belum diizinkan lagi untu capai impian itu,kerana DIA lebih mengetahuinya.perancangan diatur dengan kemas dan rapi,namun pasrah dengan ketentuan Ilahi.Wajah yang gembira,tenang tidak semestinya menggambarkan kegembiraan dalam hati,begitu juga,wajah yang masam dan garang tidak semestinya melampangkan seseorang itu bengis dan tidak mesra.walhal kita tidak dapat mengetahui apa yang tersirat dalam benak hati.hati menangis siapa tahu.ada kala diam adalah lebih baik dari berkata-kata namun tanggapan orang diam menandakan kesombongan,manakala bila bersuara dan petah berbicara orang anggap kita keterlaluan.dalam erti kata lain,bukan mudah untuk puaskan hati orang.adakala pernah juga terfikir dimana silapnya diri ini.masih mencari dan mencari hingga terpaksa abaikan diri.

Ahad, 18 Julai 2010

17-07-2010

(gandingan yang mantap)
(hasil kerja putera aku)
(merenung jauh..)
seharian menghabiskan masa di balai raya,hadiri serta memantau perjalanan program sambutan hari perpeduan peringkat kawasan rukun tetangga telok datok.dari pagi hingga ke malam.sambutan bolehlah tahan.oprogram berjaya dilaksanakan.walaupun penat,namun aku puas.kerja sukarela paham-paham ajelah..masing-masing nak tunjukkan ke'power'an mereka.nak tegur orang-orang 'lama',telan ajelah,kalau ikutkan hati,mau aku tinggalkan aje program ni.penat dapat,kena marah pun dapat,nilah yang sukarnya jadi pemimpin,camtu gak agaknya masa zaman Nabi,malah lebih teruk lagi.pandai cakap tapi perlaksanaan tiada,begitu juga nak nampak batang hidung pun susah.
berbalik semula tentang program ni,anggaran perbelanjaan kasar adalah dalam 6ribu.berbaloi ke?entahlah,aku tak mau komen,keputusan mesyuarat.hehehe.program banyak diatur untuk semua bangsa,agama dan usia,terus-terang aku katakan tak ramai,bila tak buat program,kata tak buat,bila dah buat..mmmmm tak datang,janganlah kira fahaman politik,ni bukan majlis politik,ni majlis untukpenduduk.tak paham betul aku dengan mereka ni.namun aku ucapkan tahniah dan syabas kepada team srs aku..yang terdiri dari kalangan muda-muda lagi,pasal yang atasan semua dah otai,kerja tip-top.agak-agak akulah,kalaulah aku dan rakan tak join..apalah yang terjadi ye..hahaha,bukan riak atau takbur,cuma nak ingatkan mereka ni,jangan sesuka hati membantai kami.oh ye,program kali ni juga,aku undang penghuni rumah asnaf,seronoknya mereka..
tahniah juga kepada emak aku,dapat no 1 dan 2 dalam pertandingan membuat kuih puding,memang handal..begitu juga dengan isteri aku,dapat no 3 dan puteraku dapat no 4,bolehlah dikatakan,masa penyampaian hadiah tu,lepas aku,aku lagi..hahaha,
mmm,banyak jugak gambar yang aku ambil,maklumlah blogger,dan aku tak suka ambil gambar bila orang dah ready,aku suka spontan aje,suka lihat riak wajah orang,namun sayang,memory card aku dah kena jangkitan..hilang semuanya.
dan dikesempatan ini juga salam taklziah aku tujukan buat abang ipas aku yang kat sabah,di atas pemergian ahli keluarganya,dan salam takziah juga buat Pemangku Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Langat,di atas pemergian ayahandanya.
kepada semua rakan yang beri sokongan,terima kasih diucapkan.

Jumaat, 16 Julai 2010

16 Julai 2010..


Hari ni agak busy sangat..cepat benar masa berlalu,sedar tak sedar dah hari Jumaat.Alhamdulillah,aku masih bernyawa dan diberi kesihatan yang amat baik.Seawal pagi,dugaan lalulintas telah menguji kesabaran aku..dan seperti yang dijangka aku lewat lagi masuk ke dalam pejabat..hahaha..apa nak buat..Seharian bertugas hari ni,dugaan serta kewibawaan aku diuji lagi,manakan tidak,lori yang mengangkut bahan kimia (hydrogen)buat hal.adehh..aspek keselamatan langsung tidak diambil kira,terpaksa buat aduan kepada pihak atasan.nak buat camne,dah tanggungjawab aku,kenalah profesional dalam kerja,salah tetap salah..
Petang,aku berkesempatan meraikan hari lahir anak buah aku..sorry hanya kek je.anyway HAPPY BIRTHDAY aku ucapkan..
Malam nak rehat..esok 17 Julai ada program..full day..

Khamis, 15 Julai 2010


mmm..2 hari yang cukup tenang dan sibuk..telah berlalu dengan pantasnya..sibuk dengan tugasan lazim,sibuk dengan tugasan tambahan,sibuk dengan tugasan sukarela.namun aku seronok lakukannya,tanpa gangguan sesiapa.janji kerja aku siap dan sasaran telah aku letakkan disetiap apa yang aku nak lakukan.tapi kadangkala ada orang nampak seolah aku takde kerja yang hendak dibuat,walhal orang tak tau,aku dah selesaikan awal-awal lagi..baru boleh nak buat apa aje..mulut manusia mana boleh tutup,selagi mata tak pejam..hari ni,rakan-rakan dari bahagian lain datang ke tempat aku,ada yang kira stok dan ada yang bertanya khabar dan ada yang cerita kisah aku dulu..ternyata mereka menyokong aku..apa pun aku harus pandang ke depan dan ke depan..

Rabu, 14 Julai 2010

MENU BARU di TOM'S CAFE


(SoTo JaWa)
Wow..menu baru dari Tom's Cafe..menu Jawa dan menu Barat..boleh dikatakan "macam-macam ada"..haa..kepada saudara-mara atau rakan-rakan FB dan Blog aku yang ke Sabah,jangan lupa singgah sebentar di Tom's Cafe..pasti dapat diskaun..Tahniah buat kakak ku..makin berkembang dan maju perniagaannya,alhamdulillah,tapi sebagai seorang adik,nasihat berikut dilontarkan,jangan takbur dan riak dengan apa yang kita perolehi sekarang,adat berniaga ada naik dan ada turun,yang penting kita dah tawakal kepada DIA yang satu..
( ChEeSe CaKe)

Isnin, 12 Julai 2010

catatan 12 Julai 2010


setiap orang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.ada kalanya tak semua perkara yang boleh kita sabar.jika dah sampai tahap pijak kepala,minta maaflah sabar pun hilang,apatah lagi hormat..terus lenyap semuanya.sekali dua dianggap gurauan,namun kali ini tidak lagi.gurauan yang perit buatkan kita menyimpan segala perasaan dan adakalanya mengganggu kehidupan seharian kita.namun bagi aku,jika orang hormat kat aku,aku lebih 1000 kali hormat kepadanya.tak aku nafikan segala budi-baik yang diberikan olehnya.baik dari segala aspek,namun kebaikan yang diberi disertakan dengan perlakuan yang amat kurang menyenangkan jiwa dan perasaan.hendak aku tegur,dah berusia dan akibatnya aku dia,,diam dan terus diam dan aku masih lagi boleh ketawa dan ketawa.namun sebaliknya hati aku amat mendidih sekali.aku tahu aku tak sehebat mana,aku tahu aku tak sekaya mana,hanya sekadar cukup untuk sara isteri dan anak-anak,dan adakala aku tersepit juga,tak aku nafikan,bahkan aku yakin bukan aku sahaja yang alami keadaan seperti ini,namun aku bersyukur,segala-galanya lengkap dan cukup dan aku pasrah dengan ketentuan dari Nya.
Dan janganlah bila budi yang kau tabur,kau jadikan seseorang itu seperti HAMBA.Apa,kau tajde perasaan ke?Atau kau ego dengan apa yang kau perolehi sekarang ni?Jangan perlekehkan orang..kau dan aku adalah sama.Aku hormat kat kau pada mulanya hinggalah ke hari ini.Mungkin kau terasa dengan apa yang aku lakukan,namun itu hanyalah sebaris ayat.Sindiran dalam kemarahan namanya.Aku maafkan kau dunia akhirat,dan aku juga pohon maaf.Terima kasih atas segalanya,dan percayalah,aku telah pelajari sesuatu hari ini..dan selamanya....budi baik kau,aku tak akan lupakan

Ahad, 11 Julai 2010

Hi Tea di One Utama Hotel

(Ayah,Ibu dan adik amat berbangga dengan abang)
Program aku pada 10hb Julai 2010,bawa family ke 1 Utama,hadiri majlis yang dianjurkan oleh pihak syarikat.Makan dan makan..hahahaha..kat situ Arif Afif yang minat mewarna pada ketika ini telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna.menang atau kalah tu soal kedua,yang utama aku nak dia BERANI.Alhamdulillah dia berjaya .Walaupun dapat kedudukan yang ke 12 dari 20 peserta namun bila dia menerima hadiah aku nampak wajahnya ceria,aku bangga dengan puteraku.
(persediaan sebelum pertandingan dimulakan)
(pertandingan dimulakan)
(keluargaku)

Rabu, 7 Julai 2010

الحمدلله

(tanda ingatan dari ayah dan ibu)

(happy birthday sayang ayah)
Sekelip mata aje,puteriku dah berusia 1 tahun..pejam celik,pejam celik...mmmm.Mudah-mudahan puteriku ini akan menjadi anak yang solehah,berguna kepada agama,bangsa dan negara.Insya Allah.
(putera dan puteri aku)
(HaDiAh dari CiK jU dan CiK uMaR)

Selasa, 6 Julai 2010

selamat hari lahir..adriana amni ( 1 tahun)

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...