Isnin, 31 Januari 2011

Ajalnya dah sampai..

Alamak!camne boleh tak perasan dah mati..sibuk punya pasal..nasib baik 1 hari aje..
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, 28 Januari 2011

Bila dah mula..

Minggu ni jika ke banting,anak-anak pasti minta lalu kat kawasan ni..nak tengok bila bukak!aku pulak,dah 3 hari bawa adam ke sini..tak sabar rasanya adam nak g ke sini..dan aku pulak tak sabar nak tokey-tokey ni blah..sesekali takpelah..aku boleh pejamkan mata..
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 23 Januari 2011

jikalah....


Bila abang,kakak,anak buah berkumpul..terasa meriahnya..satu tujuan,menyampaikan tahlil ringkas dimana pahalanya disedekahkan kepada arwah abah...tentu meriah majlis ini JIKA ati sekeluarga ada,abang ariss sekeluarga ada dan ARWAH ABAH ADA..al-fatihah....

Jumaat, 21 Januari 2011

Ketam dan Maybank

21/1/2011-sambung cuti lagi..hehehe..bukan apa,banyak sangat perkara nak diselesaikan pada bulan 1 ni.Jadi aku selesaikannya semua urusan pada hari ini..bila dah selesai..alhamdulillah..senang sikit.seawal pagi,hantar anak ke sekolah..pastu ke pasar..mencari lauk.hasrat nak cari ikan,namun akun tercari ketam..teringin nak makan sup ketam..pas selesai,ke maybank banting.ada 2 urusan,yang pertama "tebus" geran kerete ferari aku..perh..rupanya dah lama habis bayo..pastu sign perjanjian "loan"asb pulak..untuk jangka masa panjanglah ni,esok lusa,sapa yang tau..manalah tau aku "padam"..sekurang-kurangnya,adalah simpanan untuk keluarga..ambik loan pun tak banyak.selepas selesai..aku nak ke jpj..walaupun lesen tamat 30hb,namun aku cadang nak idupkan awal,malas nak ambik cuti lagi..sampai je..mak datoookkk..punyalah ramai..batalkan hasratlah nampaknya..balik ambik "reket"tukar mana patut kat kedai atap..(Kenapa panggil kedai atap pun aku tak tau)..lepas jumaat ni,nak bawak mak ambil pencen dia..round banting lagiii..malam ni,pun ada nak jumpa orang g..so..tamatlah catatan aku pada hari ni..
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 20 Januari 2011

AKU DAN WARISAN


SESUNGGUHNYA,YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH...YANG KURANG ITU DATANGNYA DARI KELEMAHAN AKU..SEBAGAI HAMBANYA..AKU TELAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA AKU UNTUK JADI YANG TERBAIK BUAT KELUARGA AKU..BIARLAH ANAK CUCU AKU MENJADI PENYAMBUNG WARISAN INI.....TERIMA KASIH SEMUA...

Isnin, 17 Januari 2011

ABG AS.....

Bersamamu..

Tiada apa yang dapat aku ungkapkan dengan perkataan pada hari ini.selain mengungkapkan perasaan syukur aku kepada Nya..alhamdulillah,hasrat anak-anak untuk belajar dengan lebih baik dan sempurna telah dimakbulkan.Hasil sumbangan para dermawan yang telah aku kumpul selama ini,aku belikan mereka sebuah broadband dan membiayai kos bulanan selama 1 tahun..aku nak mereka menuntut ilmu dengan lebih baik,memandangkan zaman kini zaman IT..aku tak mahu mereka ketinggalan dalam mempelajari sesuatu benda yang baharu..aku pun anak yatim,aku pernah dibantu..kini tiba giliran aku untuk menghulurkan bantuan..akan sedaya upaya memberikan terbaik..senantiasa BERSAMAMU..Insya Allah
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 16 Januari 2011

Bila aku tersenyum

Alhamdulillah..tu yang aku mampu ungkapkan bila lihat usaha aku menampakkan kejayaan..bukan senang untuk senang..bukan mudah untuk mengendalikan..
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 15 Januari 2011

Nilah kerja aku





Hampir setiap minggu,aku akan pastikan bahawa rakan-rakan aku juga turut keluar bersama aku,dan aku pastikan aku yang terawal datang,susun meja,susun kon,buku laporan dan kehadiran..macam polis buat operasi,semua kena siapkan dulu..tak mau ada masalah dikemudian hari,kelak merana diri..
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Mak aku..

Nilah aktiviti mingguan yang mak aku lakukan seawal jam 7 pagi..bertaichi..dapat gak keluarkan peluh..sambil mengeratkan hubungan silaturrahim..alhamdulillah
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 12 Januari 2011

SOLAT SUNAT TAHAJJUD & SOLAT SUNAT HAJAT

Nasi Kerabu + Ikan Percik

First time makan nasi kerabu + ikan percik waktu tengahari ni..kena beratur panjangggg..baru dapat lauk.aku bersama 3 org teman pejabat saja nak tukar selera pada hari ni..maka ke port klang lah nampaknya.
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 9 Januari 2011

Sabtu, 8 Januari 2011

Alhamdulillah..Cawangan ke-2

Syukur ke hadrat Ilahi,perancangan yang disusun beberapa bulan yang lalu,hari ini telah dilaksanakan.Hasil perbincangan kedua pihak,akhir persetujuan telah tercapai.Gelanggang ke2 akan mula operasi 15/1/11.
Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Kenangan Terindah-koleksi hj.zawal

Rabu, 5 Januari 2011

Mmmm..camne ye??

Hai,
 
Saya menjumpai blog kenangan terindah anda di Blogger dan saya mungkin mempunyai cadangan yang menarik untuk anda.
Saya bekerja dengan yayasan CityMedia (citymediafoundation.org) dan pada masa ini kami menawarkan penulis blog yang berkaitan dari seluruh dunia peluang untuk menjadi pentadbir tapak video bandar mereka, inilah sebabnya saya menghubungi anda.
 
Kami telah mewujudkan rangkaian [City].vi, menjadikan video bandar-bandar di dunia boleh diakses mengikut model alamat ini: "ama bandar" diikuti dengan ".vi"Contohnya: paris.vi, madrid.vi, chicago.vi, losangeles.vi, dsb.
Model alamat ini boleh digunakan untuk 68,000 bandar paling penting di dunia. Fikirkan tentang sebuah bandar dan cuba...
 
Objektif rangkaian [City].vi adalah untuk menjadi sumber terkemuka kandungan video tempatan. Strategi kami: bekerja bersama-sama penulis blog tempatan yang berkaitan.
 
Kami amat berbesar hati sekiranya anda menjadi pentadbir banting.vi dan menawarkan pelayar internet pilihan video yang luas tentang Banting.
Dengan menguruskan tapak video bandar anda, anda memperoleh semua hasil yang dijana daripada tapak itu: iklan, pendaftaran golongan profesional, pautan...
 Anda juga perlu tahu bahawa untuk bandar yang sama, kami menghantar cadangan kepada beberapa penulis blog.
Jemputlah ke tapak, anda akan dapati butiran lanjut tentang cadangan ini dan kelebihan bekerja dengan kami serta mengambil alih tapak video bandar anda.

Sent by hj.zawal from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 4 Januari 2011

Hasil kerja Adam

Baru masuk 2 hari,anak aku dah letakkan hasil kerjanya di atas meja aku.Bangga gak.5 bintang tu..cair hati keras aku..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 2 Januari 2011

Demi masa depan mu..

Setelah berbincang dengan isteriku,kami ambil keputusan mendadak untuk menyekolahkan Adam di Tadika Eeman..aku tahu "kos"nya tinggi..dan berkemungkinan terpaksa "ikat"kos-kos kami yang lain..namun demi memastikan agar Adam dapat pendidikan yang baik dan cemerlang,aku redha sahaja..duit boleh dicari..mudah-mudahan dengan pengorbanan aku ini,anak aku akan jadi insan yang berbakti kepada bangsa,agama dan negara,Insya Allah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, 1 Januari 2011

Faizal yusof meninggal

Al Fatihah ... bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana, Faizal Yusof yang telah disahkan meninggal dunia pada hari ini 1 Jan 2011 jam 2.30 petang . Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung.Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur dan meninggalkan seorang anak berusia dua tahun, Mohamad Rayyan Nakhaie..

Faizal yang dikenali dalam drama TV menerusi dengan watak Dani menerusi drama Adamaya. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Adam ke sekolah

Wah,1/1/11,Adam bangun awal,walaupun malam tadi tido lewat gara-gara tengok bunga api..bangun awal kerana hari ni Adam kena lapor diri kat Sekolah MES..bila dia dah bangun,aku pun nak tak nak bangun gak le..semangat betul nak ke sekolah..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...