Khamis, 30 April 2009

Rakan ku kaki melaram...

Salam,

Waktu sekarang tepat jam 12:00 t/malam (1 Mei 2009),Ramai yang bercuti pada hari ini.al-maklumlah,Hari Buruh..jadi gunakan waktu bercuti ini dengan sebaik mungkin..janganlah diingat pasal kerja,walhal bila masa kerja ingat pula waktu cuti..hahahaha..

Bila sebut akan kerja ni,kat sini aku adalah nak cerita pasal rakan sepejabat (pejabat aku kat Port Klang manakala rakan aku ni kat Shah Alam,alaaa..senang cerita satu departmentlah..)..dia ni pantang nampak kamera..asyik nak melaram ajer..gambar2 yang aku ambil ni adalah nak masuk sebulan..tapi tiap hari asyik call bila nak publish gambar dia...

aku pun janjilah..tepat jam 12:00 t/malam ni aku publish le..harap2 dia tengoklah blog aku ni...

Nama dia Rugayah,asal orang Sarawak..tu aje yang aku tau pasal rakan aku ni..yang lain..pasal kerjalah...any way..seronok berkawan dengan dia ni..hari2 tak aku,kawan aku Yahya akan mengusik dia..tapi..dia tak marah...cayalah..Kerja dia buat order aje..kekadang kami kat warehouse department ni marah kat dia..mana tak..barang2 department dia aje nak URGENT..aje..angin gak..tapi takdelah marah teruk2...biasalah adat bekerja,,

To,Rugayah,saya dah tunaikan janji saya untuk publish foto anda ke dalam blog saya...oh ye,nama glamernya "honey bear"..hahahhaha..bukan aku yang gelarkan ye..tapi kat Shah Alam yang gelarkannya..kat blog aku guna nama tropical......Enjoy..

(ni lah dia Rugayah...malu2 pada awalnya...lokasi di KEC Klang)

(akhirnya..senyum gak...senyum sebab kejap lagi makanan akan dihidangkan)

(kan BETUL..senyuman tadi ada makna..tak caya tengok kat atas meja dia)

(foto ni diambil semasa aku visit kat Shah Alam,minggu lalu,tau aku datang,tengoklah dia..siap bunga lagi tu.hahahaha...mulalah melaram)

(kan aku dah kata..pasti melaram punya.)

Oklah..setakat ni sahaja coretan aku pada kali ini..Kepada Rugayah..sorry..gurauan semata2..dan kepada SELURUH WARGA YANG BERGELAR PEKERJA,SELAMAT BERCUTI...

Wassalam

Sabtu, 25 April 2009

Tahniah Abang As..serta keluarga


..Dengan nama Mu ya Allah,Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sekalung Tahniah
kami ucapkan buat abang Asliari Bin Haji Tamit,dengar khabar dari Sabah mengatakan bahawa telah naik pangkat lagi...Syukur Alhamdulillah..
Apa pun kami doakan yang terbaik dan tidak jemu mendidik anak bangsa.
Wassalam..

kesimpulannya

Bacalah (Iqra')

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

(surah : Al-Fatiha)

Salam,

Kali ni penulis ingin berbicara tentang apa ye..oklah..penulis ingin bicara tentang apa yang penulis dah tulis pada minggu lalu dan semalam tentang "sukarnya nak fahami hati & perasaan orang"dan"hati dan perasaan".Kesimpulannya:-

Bagi penulis,memang sukar untuk kita fahami akan hati dan perasaan itu.Adakala luaran mereka ini nampak baik sahaja dengan kita,namun pada hakikatnya..Sebagai contoh,anda dijadikan sebagai seorang yang mesra dengan orang lain,walhal anda juga mempunyai permasalahan anda sendiri,namun bila bersama teman2,anda lupakan sejenak apa yang berlaku ke atas diri anda,semata2 tidak mahu teman2 anda tahu akan masalah anda..Anda buat biasa sahaja..Boleh gelak tawa,boleh bergurau apa jualah...anda semestinya boleh selagi termampu..Baik ditempat kerja,rumah atau rakan se NGO..anda pasti akan laluinya,lebih2 lagi bila anda sudah memberi kepercayaan kepada teman anda itu...

Tanpa anda sedari atau tidak,disebalik gurauan dan teguran anda itu,berkemungkinan menyebabkan anda menyinggung hati dan perasaan dia,dan mungkin juga bila anda lakukan tugasan  yang sepatutnya dia lakukan,tapi setelah memikirkan akan komitmen dia yang tidak cukup masa atau sebaliknya sebagai teman anda cuba selesaikan tugasan dia demi kebaikan bersama..Pada pemikiran anda dan mungkin bagi yang memahami..ianya sebagai gurauan atau teguran biasa sahaja..tapi bagi teman anda ini sebaliknya.Akibatnya,teman ini pendamkan rasa,hinggakan mula menjauhkan diri dari anda.Anda tahu??Tentulah anda tau..sebab anda perasan akan kesannya.Tidak lagi mesra dengan anda..teman anda pula menjauhkan diri dan mula buat kelompok mereka sendiri..Namun anda BIJAK membaca gerak-geri orang dan tak mau  berpanjangan,anda aturkan pertemuan 2 mata dengan teman anda itu,nahhh..hasilnya cukup menakjubkan.Anda dapat dengar sendiri luahan hati dan perasaan teman anda itu,lantas anda sebagai orang yang bijak,pohon maaf darinya,walhal anda yakin anda TIDAK salah.Anda telah selesaikan 1 masalah?Tidak bukan...bagaimana pula HATI dan PERASAAN anda? 

Jumaat, 24 April 2009

Apakah ESQ 165?

ESQ Training adalah sebuah latihan kepimpinan dan bina insan yang mengintegrasikan kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual telah menjadi sebuah fenomena baru di Malaysia. 

Selalunya kita terdedah dengan model-model pembinaan insan dari Barat dan kini lahir sebuah Model Pembinaan Karakter yang diadun berdasarkan ilmu pengurusan moden, sains dan psikologi dari Timur. 

Latihan yang menggunakan teknologi multi media, animasi dan sistem bunyi yang bertaraf konsert ini telah melatih lebih 26,000 pekerja, individu dan pelajar di negara ini sejak tahun 2006. 

Di seluruh dunia, seramai hampir 700,000 orang telah melalui latihan pembentukan karakter ini. 

Kesan latihan ini ke atas pembentukan karakter dikatakan sangat signifikan untuk tujuan penyatuan dan mengeluarkan nilai-nilai intrinsik seperti kerjasama, kejujuran, keprihatinan, disiplin dan sebagainya dalam kalangan warga kerja, pelajar hingga warga emas. 

ESQ Leadership Center Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mengendalikan latihan modal insan yang telah diperbadankan di negara ini di bawah Akta Syarikat 1965 pada 18 September 2006. 

Syarikat ini mula beroperasi sepenuhnya dengan aktif menawarkan latihan bulanan ESQ Training secara umum dan mengadakan latihan modal insan bermula 2006 untuk ‘training’ secara ‘in-House’ dan terbuka. 

Sepanjang kewujudannya di negara ini ramai yang ingin tahu perkara berkaitan dengan ESQ dan latihan yang dijalankan. Dirangkumkan pertanyaan tersebut dan jawapan ESQ untuk tatapan semua. 


Apakah maksud di sebalik model ESQ 165 itu? 

Melalui 1 ihsan, 6 prinsip iman dan 5 prinsip Islam menjawab pemisahan yang selama ini wujud antara masalah membangun sumber manusia yang hebat di dunia, tetapi juga memiliki keupayaan mencapai kejayaan di akhirat. 

Konsep pembangunan sumber manusia seperti ini pernah diajarkan 1400 tahun yang lalu oleh seorang nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW. Kemudian konsep itu saya tulis dalam sebuah buku, yang memaparkan hal-hal berkaitan kepimpinan, pengurusan dan pemasaran. Hasil penulisan dalam buku itu kemudian dibuat menjadi modul training. Subhanallah sambutan yang diberikan orang ramai amat menggalakkan. Ramai yang memberikan maklum balas inilah sebuah jawapan yang selama ini mereka cari iaitu mewujudkan sebuah syarikat yang berjaya dan karyawannya bahagia nuraninya. Kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual apabila digabungkan The Esq Way 165 adalah jawapannya. 


Bagaimana ESQ mengolah model ini, kerana selama ini hal berkaitan dengan agama anggapan ramai mesti di bawa oleh seorang yang memiliki latar belakang pendidikan agama? 

Rukun Islam yang lima; syahadat, solat, puasa, zakat dan haji. Rukun Iman yang enam; beriman kepada Allah, kepada nabi dan rasul, kepada malaikat, kepada kitab, hari kemudian dan takdir, kemudian yakin pada ihsan adalah hal yang sangat asas. 

Ini menjadi pelajaran semasa di sekolah rendah. Jadi ilmu berkaitan hal ini semua umat Islam mampu memahami. Sehingga ketika ‘basic principal’ Islam ini menjadi model, mudah untuk difahami. ESQ tidak membahaskan tentang ilmu yang mendalam seperti tajwid, hal-hal khilafiah atau perbezaan mazhab dalam fekah. 

Tetapi yang diambil adalah sebuah model sederhana. Rukun Islam yang lima, Rukun Iman yang enam dan prinsip ihsan. Selama ini ilmu ini mungkin terpisah dengan ilmu kepimpinan, pengurusan dan perniagaan. 

Dalam hal ini pengasas ESQ, Dr Ary Ginanjar mempunyai seorang guru. Namanya Kiyai Haji Habib Adnan. Beliau baru sahaja meninggal dunia pada usia 98 tahun. Hafiz al-Quran dan pernah menjadi Ketua Majlis Ulama di Bali. Beliau memeriksa semua buku dan modul latihan yang diolah. Beliau pastikan supaya sejalan dengan al-Quran dan hadis. 

Buku tersebut sebelum diterbitkan juga diperiksa oleh beliau dan tokoh Islam di Indonesia, antaranya Ketua Majlis Ulama Indonesia, Profesor Dr Kiyai Ali Yafi. Termasuk juga oleh sejumlah ulama Nahdathul Ulama, Muhamadyah, ICMI dan lain-lain lagi. Barulah kemudian buku dicetak dan diedarkan. 


Dalam buku atau modul ‘training’, terdapat beberapa istilah seperti suara hati, ‘god spot’, istilah Zero Mind Proses (ZMP). Boleh dijelaskan bagaimana istilah ini boleh muncul? 

ESQ ingin nilai-nilai 165 itu secara universal boleh di terima di seluruh dunia. Bahkan boleh di terima oleh siapa pun. ESQ ingin membuat sebuah konsep pemikiran ‘human resources’ yang mampu di terima siapa pun bersumberkan nilai-nilai 165 atau Ihsan, Iman dan Islam. Namun ketika disampaikan hal ini di depan syarikat-syarikat internasional, di depan orang-orang barat, di depan orang-orang Jepun, di depan orang-orang psikologi, di depan para manager, para chairman. ESQ tidak mungkin menjelaskan dengan menggunakan pelbagai bahasa Arab. ESQ tidak mungkin menjelaskan dengan bahasa yang mereka tidak fahami. ESQ harus mempergunakan bahasa kaum, ESQ harus menggunakan bahasa universal untuk di terima. Ketika kita menjelaskan berasaskan ilmu yang mereka faham barulah kita jelaskan bahawa kesemuanya bersumberkan yang di ambil dari dasar-dasar Al Quran, Rukum Iman, Rukun Islam dan Ihsan. 


Berkaitan dengan suara hati, ada yang bimbang sekiranya fahaman ini ada kaitan dengan fahaman Wahdatul Wujud. Mohon penjelasan! 

Manusia cenderung akan nilai keindahan. Manusia sentiasa suka dengan nilai kejujuran, kerjasama, keadilan, dan nilai-nilai kemuliaan. Pertanyaannya, dari mana nilai ini terbentuk. Mengapa manusia seluruh dunia menyukai nilai yang sama. Bahkan sebuah kajian yang di jalankan Barry Z Posner berkaitan nilai yang di sukai di seluruh dunia, di Amerika, di Eropah, di Afrika dan di Asia, manusia menginginkan sifat jujur, sifat adil, sifat kerjasama dan sifat-sifat mulia lain yang kemudian dalam training saya tulis 20 CEO Character. Pertanyaan ini selama ini tidak terjawab. Ada yang mengatakan ini adalah disebabkan bentukan sosial, ajaran orang tua, dan pelbagai sebab lainnya. Akhirnya ESQ mendapati di dalam al-Quran bahawa Allah itu pemilik Asmaul Husna. Dan dia yang menciptakan manusia. Ertinya sifat mulia itu bukan dibentuk oleh lingkungan tapi ia di ciptakan. ESQ melihat ada keterkaitan bahawa nilai-nilai ini terbentuk kerana manusia pernah berjanji pada Yang Maha Pencipta pemilik Asmaul Husna. Akhirnya manusia terus mencari sifat-sifat Allah dan mencari supaya dia ingat kepada yang Maha Pencipta. Dan ini bukan wahdatul ujud, bukan didalam diriku ada tuhan tapi ini adalah bukti bahawa nilai-nilai karakter baik manusia itu adalah diciptakan oleh Allah, bukan dibentuk oleh lingkungan. Hingga manusia apapun sukunya, dari manapun asalnya sentiasa mencari nilai-nilai yang bersumber dari Allah pemilik Asmalulhusna. Jadi dalam ESQ training kita mengajar manusia untuk cenderung bersikap baik seperti Allah bersikap baik pada manusia. Itu bukan Wahdatul Wujud tapi pengakuan akan Allah pencipta jiwa manusia, pencipta emosi manusia, pencipta suara hati manusia. 


Kita sudah ada Al-Quran, ada Hadis yang boleh dijadikan panduan. Jadi apa maksud ungkapan kita perlu berpandukan kepada suara hati? 

Justeru perintah dari al-Quran dan Hadis menyuruh kita agar mempergunakan suara hati. Misalnya dalam satu hadis, Rasullullah SAW bersabda di dalam jiwa manusia itu ada segumpal daging. Apabila baik, baik lah dia. Apabila buruk maka buruklah dia. Dan itu adalah hati. Kemudian dalam al-Quran ada ayat yang menyatakan; Berjalanlah engkau ke muka bumi bukankah engkau punya hati dengan itu kau berasa, bukankan kah engkau punya telinga dengan itu kau mendengar, bukan mata mu yang buta tapi hatimu di dalam dada. Maaf bukan menjelaskan tentang ilmu agama tapi ingin mengatakan juga bahawa dalam ilmu ‘human resources’ model ESQ 165 juga berasaskan nilai nilai al-Quran tadi. Justeru suara hati adalah hal bersumberkan al-Quran dan hadis. 


Bagaimana manusia biasa boleh mengenal pasti suara hatinya itu suara hati yang selari dengan kehendak al-Quran dan hadis? 

Itulah pentingnya ikut training ESQ supaya faham apa itu suara hati, apa itu emosi. Kalau suara hati kita tidak tahu, emosi tentu juga tidak tahu. Bagaimana kita bisa mengikuti suara hati. Di dalam training di latih untuk memahami yang mana suara hati, yang mana emosi. Tapi tentu saya tidak bisa menjelaskan yang ini kerana yang ini tidak di ucapkan tapi di rasakan. Kerana di sini adalah kemampuan untuk merasa, what do I feel. Ini mempergunakan system ‘limbic’ dan ‘God Spot’ untuk mampu merasakan dan untuk mampu mendengar ‘inner voice’ atau suara hati itu sendiri. Dan itu perlu pelatihan tiga hari untuk memahami hal ini. 


Dalam training ESQ diceritakan tentang pencarian nabi dan rasul. Ada kisah pencarian Nabi Musa. Ada kisah pencarian Nabi Ibrahim. Dan juga kisah pencarian Nabi Muhammad. Juga kisah pencarian penemu model ESQ terhadap nilai nilai kebenaran dan ada yang takut timbul pandangan menyamakan pencarian Nabi dan Rasul itu dengan pencarian penemu model ESQ. Dan tafsirannya nanti menyamakan kisah pencarian manusia biasa dengan kisah nabi ataupun timbul anggapan satu hari nanti ESQ pembawa kebenaran baru? 

Ini pertanyaan yang menarik sekali. Sesungguhnya pencarian manusia biasa dan pencarian nabi berbeza. Kalau pencarian nabi itu berakhir dengan wahyu dari Allah. Sedangkan pencarian manusia biasa siapa sahaja di zaman ini berakhir hanya sebagai hidayah atau hikmah. Jadi berbeza sekali kalau pencarian nabi dia berakhir dengan wahyu yang kemudian dipilih oleh Allah menjadi nabi. Jadi kisah tersebut bukan menyamakan antara pencarian nabi dengan pencarian manusia biasa seperti kita. 

Pencarian itu adalah sebuah fitrah manusia akan terus mencari makna kehidupan. Inilah fungsi dari God Spot yang ada pada fungsi otak manusia hingga manusia tidak pernah merasa selesai mendapatkan jawapan akan tujuan akhir kehidupan. Inilah makna pencarian yang ditulis dalam buku ESQ. Kita semua harus terus mencari. Tapi apabila tersesat maka yang didapatkan salah. Sedangkan pencarian para nabi, contoh pencarian Nabi Muhammad adalah dia tidak mahu bergantung dan mengikuti apa yang menjadi amalan kaum Quraisy. Tapi dia terus mencari hakikat kebenaran yang tidak dipengaruhi oleh masyarakat sekelilingnya. Yang pada akhirnya turun wahyu Al-Quran. Inilah letak perbezaan yang sangat asas. Kita mesti yakin dan percaya bahawa nabi terakhir ialah Nabi Muhammad s.a.w dan tidak ada nabi setelah itu. 


Biasanya hal-hal yang berkaitan agama ni ada semacam ketakutan di kalangan sesetengah pihak takut nanti wujud keinginan yang bersangatan terhadap orang yang membawanya sehingga timbul unsur-unsur taksub. Terdapat beberapa penonjolan gambar semasa training dan adakah tidak bimbang jika nanti menimbulkan unsur ketaksuban? 

Training ESQ ini dijalankan oleh lebih 50 orang pelatih yang berbeza-beza, jadi tidak mungkin akan terjadi taksub. Training ESQ hanya mengajar taksubnya kepada Allah dan kepada Nabi Muhammad SAW. Setiap kali penutupan training, para trener mengatakan bahawa sesungguhnya apabila berterima kasih dan bersyukurlah hanya kepada Allah. Apabila kagum jangan kagum kepada ESQ atau trainer. Tapi kagumlah kepada Nabi Muhammad SAW yang mendapatkan ilmu 165 seribu empat ratus tahun yang lalu. Kerana itu mengapa para trainer mempergunakan tali leher, baju kot kerana ia tidak mungkin orang mahu taksub zaman sekarang kepada orang yang bertali leher dan baju kot. Biasanya orang taksub itu kepada orang yang memakai simbol-simbol keagamaan. Kerana training ini training sumber manusia atau ‘human resource’s, terdapat foto-foto pengalaman kajian penemu model di pelbagai tempat yang turut dijadikan bahan, sebagai bukti bahawa ESQ membuat kajian ke seluruh dunia dan sebagai hak paten modul training kami. 


Di Malaysia kadang-kadang wujud kebimbangan apabila sesuatu itu datang dari negara jiran seperti Indonesia. Misalnya soal Islam Liberal. Apabila ESQ membuat training, kemudian mendatangkan orang-orang yang bukan Islam dan mengajarkan sesuatu yang dilihat mungkin ada sedikit kelainan dan adakah ini ada unsur-unsur Islam Liberal yang dibimbangkan sesetengah pihak? 

Islam Liberal itu adalah Islam yang menyamakan semua agama. Sedangkan 165 adalah Ihsan pada Allah Yang Maha Esa, 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam itu adalah konsep tauhid yang boleh diaplikasikan pada semua manusia. Kalau ditanya apa manfaat yang diperoleh peserta yang bukan Islam ikut training ESQ, nilai 165 adalah nilai yang universal yang diterima oleh semua manusia. Jadi mereka dapat mengambil ilmu pengurusan, melihat Islam itu Rahmatan Lilalamin. 


Satu kelainan dalam training ESQ ini yang boleh kita saksikan, ESQ menampilkan ada layar, kemudian pelbagai kajian sains yang membuktikan kebenaran al-Quran. Bagaimana ESQ boleh terfikir sejauh itu dengan modul yang dipaparkan? 

Banyak kajian sains hari ini yang membuktikan kebenaran ayat-ayat al-Quran. Al-Quran itu adalah kalimat Allah dijelaskan oleh teori Big Bang. Teori itu di temukan baru saja di abad 20. Iaitu alam semesta dulu tunggal dan dengan dentuman besar lahir alam semesta. Itu teori yang di temukan Stephen Hawking. Kemudian juga ditemui penemuan ilmiah oleh Nasa. Ternyata kesemuanya itu telah dijelaskan al Quran 1400 tahun yang lalu. Ketika peserta training melihat ini, mereka automatik akan ‘surprise’ dan mereka yakin bahawa jelaslah ayat-ayat al-Quran bukanlah kalimat manusia. Di situlah rasa keimanan lahir di hati. Di situlah rasa keyakinan itu masuk di hati. Itu yang membuat mereka berasa bahawa Al Quran itu jelas bukanlah kalimat manusia, tetapi firman Allah. Nabi Muhammad jelaslah bukan manusia biasa tapi dialah rasul Allah. Dan ketika hal ini dirasakan, maka yang lahir adalah sebuah keyakinan spiritual yang kuat menghujam ke dalam hati manusia. 


Kenapa ESQ menamakan model sebagai 165? 

Model ini dinamakan 165 adalah ihsan, iman dan Islam. 1 ihsan adalah hal yang sering di lupakan. Orang begitu sibuk dengan yang ritual tapi nilai-nilai keihsanan, nilai-nilai kebaikan ini di lupakan. Mengapa? Kerana nilai ini jarang di ajarkan jarang di tekankan. Tapi yang di tekankan adalah formaliti ritualnya. Inilah alasan mengapa dipanggil 165. Kerana kita ingin mengangkat nilai-nilai keihsanan supaya diutamakan atau dinombor satukan saat ini. 


Dalam training ESQ juga menekankan bagaimana Jepun berjaya membangun. Boleh ceritakan bagaimana ESQ mendapat inspirasi tentang kebangkitan Jepun sehingga menjadi salah satu bahan dalam training tersebut sebab nilai ini dekat dengan dasar yang pernah diperkenalkan oleh pemimpin Malaysia sebelum ini iaitu dasar pandang ke Timur? 

Kita malu melihat masyarakat Jepun yang begitu baik berpegang kepada nilai-nilai tradisi yang mereka miliki. Contohnya nilai jujur, kami pernah naik teksi kemudian teksi ternyata terlajak daripada jalan yang sepatutnya kami tuju. Sedar terlajak, kemudian pemandu teksi itu mematikan meternya dan kemudian berpatah balik. Setelah itu semasa mahu dibayar, pemandu teksi tersebut menolak pembayarannya kerana dia berasa malu sebab membawa penumpang terlajak daripada destinasi yang dijanjikan. Nilai-nilai inilah yang dikenali dengan prinsip samurai yang kemudiannya mereka rumuskan menjadi prinsip Bushido. Kalau kita lihat nilai-nilai ini maka ini semua nilai-nilai yang selari dengan ajaran Islam seperti jujur, kesetiaan, kerja kuat dan sebagainya. Jepun selama ini menjadikan nilai itu sebagai pegangan dan budaya kerja. Kita ingin nilai 165 harus di pegang teguh untuk melahirkan sebuah karakter yang mulia yang bisa lebih baik dari Jepun. 


Bagaimana ESQ melihat situasi yang berlaku akhir-akhir ini terhadap ekonomi dunia? 

Ekonomi dunia runtuh kerana ketamakan, kerakusan manusia. Inilah bukti betapa fahaman kapitalisme melahirkan kerakusan ketamakan. Akibatnya runtuh institusi kewangan di Amerika yang kemudiannya menjalar ke seluruh ekonomi dunia. Hikmah besar bahawa ketika tatanan dunia berlandaskan kepada nilai kapitalisme, berlandaskan kepada nilai materialisme, kejujuran dan keadilan tidak dapat ditegakkan. Sedangkan nilai jujur, adil itu adalah nilai-nilai universal yang perlu ditegakkan. Krisis global saat ini harus di ambil hikmahnya untuk dijadikan momentum untuk perubahan dunia yang berlandaskan kapitalisme kepada nilai-nilai spiritualisme ketuhanan. Dan sekali gus adalah pergeseran zaman dari dunia yang berlandaskan materialistik kepada sebuah pemikiran baru berasaskan nilai-nilai spiritualisme ketuhanan. 


Maksud mudah pemikiran baru berasaskan nilai-nilai spiritualisme ketuhanan itu bagaimana? 

Jangan lagi memisahkan urusan dunia dan juga akhirat. Satukan semuanya. Jangan lagi memisahkan urusan untuk membentuk sumber insan yang hebat tapi pembangunan spiritual terpisah. Satukan semuanya. Jangan lagi memisahkan antara bagaimana membangun nilai nilai rohani tapi juga harus disatukan dengan nilai nilai intelektualitas. Kita yakin bahawa 165 adalah ‘The best way of life’ untuk menjawab semuanya dalam satu kesatuan menuju kehidupan yang bukan sahaja bahagia di dunia, tapi juga sejahtera di akhirat. Intelektual tinggi tapi hati penuh dengan ketenteraman dan kebahagiaan.

Tazkirah Jumaat

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.  
 
   



Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu. 

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. 
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu. 

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: 
 "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah) 

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: 
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14) 

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. 

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: 
 "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74) 

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. 
Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak. 

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut: 

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. 
Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22) 

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati. 
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. 
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir). 

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28) 

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89) 

Tanda-tanda hati mati 

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah: 

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya. 

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda. 

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya. 

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya. 
  
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya. 
  
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya. 

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya. 
  
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya. 

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. 

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; 
Sebahagian�daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa. 

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu; 

* Hubbul dunia (kasihkan dunia) 

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah) 

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah. 

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu; 
* Zuhud dengan dunia 
* Zikrullah 
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Khamis, 23 April 2009

BUANG BAYI....

Perhhh!!!!

Tajuk ni memang ngeri untuk dibicarakan.Lebih2 lagi zaman sekarang ni..pergaulan TANPA batasan..Muda-mudi kini bebas bergaul..Tak percaya??Lihat sahaja dipusat membeli-belah..adakan...tak puas lagi di pusat membeli-belah..kita tengok pula di sekitar jalan raya..mesti ada punya..mamat2 dan minah2 ni...Nilah yang mereka katakan zaman dah berubah..BETUL!Zaman sudah berubah..akan tetapi budaya,adat-resam juga agama JANGAN lah berubah sekali.Yang lebih menyedihkan kebanyakkannya adalah bangsa MELAYU atau lebih tepat lagi beragama ISLAM...Astagfirullah...Sedih bukan??Bila dah jadi hal (sendiri mau ingatlah akan halnya)Sudah tidak dapat disembunyikan lagi perkara terkutuk itu senang2 aje buang anak yang tak berdosa itu..Kat mana dibuangnya??Lebih malang anak2 itu dibuang ke dalam tong sampah!Astagfirullah...Ada pulak yang buang kat kaki lima masjid aje..Apa korang ingat buang anak kat kaki lima masjid itu korang boleh tebus dosa?Korang ingat dapat pahala ke?

Tulah..masa "buat" korang tak pikir akan baik buruknya..korang pikir nak enjoy je..Sedarlah..mungkin hukuman didunia korang akan lepas..tapi hukuman akhirat sesaat pun korang tak boleh lari dari azab ALLAH!!

Dalam hal begini..siapa harus dipersalahkan..Ibu?bapa?guru?rakan-rakan?abang?adik?kakak?atau saudara-mara?Semua jawapan tadi SALAH..jawapannya adalah anda sendiri!Korang takde otak ke?Ada..Maka korang bolehlah gunakan otak itu untuk kebaikan bukan keburukan.

Maka..Sedarlah..Selagi masih belum terlambat..bertaubatlah..kembalilah ke jalan yang benar..


(bayi yang dijumpai dibuang ke dalam tong sampah)

Selasa, 21 April 2009

Aku,Kamu dan Solat


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kali ini penulis ingin berbicara tentang solat pula..Janganlah kata penulis ni alim..tidak,sekadar ingin berkongsi apa yang penulis dapat..Kan lebih afdal jika ilmu tu dikongsi bersama..anda dapat pahala,penulis pun dapat gak,Alhamdulillah....Solat...nampak mudah untuk mengerjakannya tapi sukar untuk dilaksanakannya..lebih2 lagi waktu Subuh,liat sungguh untuk bangun..bukan kata anda sahaja,malahan penulis sendiri akui bahawa kadang2 pun terlajak gak..(Ya Allah,ampunilah aku,sesungguhnya dikau maha pengampun)..Pernahkah anda berkata "kejap je lagi","masa ada lagi,sambung lagi"dan pelbagai alasan diutarakan..namun pernahkah kita terfikir,dalam sekejap lagi tu...kita sudah tidak bernyawa lagi??Pernahkah kita terfikir bahawasanya Allah tidak pernah berkata "kejap je lagi" apabila kita pohon atau hajatkan sesuatu??Tentu jawapannya TIDAK,malah Allah perkenankan juga permohonan hambanya itu..lambat atau cepat sahaja..tu pun bukan apa,sekadar cuma menduga kesabaran hambanya itu..sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..Allah hu akbar...

Jika difikir,direnung,dihayati,ditimbang....kita ini ibaratkan "kacang lupakan kulit"..apakan tidak,masa susah kita solat banyak2,doa banyak2..malah bila dah senang semua hilang..apakan lagi mengucapkan syukur...Allah hu akbar..ampunilah kami ya Allah..

Punyalah cantik susun atur solat itu..Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isya',namun kita masih lagi tidak mengendahkannya..kekadang tengok mood pula..tengok masa kita pulak tu..tahu sibuk,tapi apalah salah luangkan sedikit masa(tak sampai 1/2 jam pun)untuk Allah..ni tidak,tengok cerita hindustan yang 2 jam boleh lagi terpacak depan tv..walhal lupakah kita,lalaikah kita,taktaukah kita bahawasanya Allah sedang menanti kita,menanti doa dari kita..tapi kita.....LUPA,LALAI,ALPA....masya Allah...hinanya diri kita ini..Sesibuk mana pun diri kita (termasuk penulis) janganlah kita abaikan tanggungjawab kita pada yang SATU...ALLAH

"Dan dirikanlah solat.sesungguh solat itu mencegah kemungkaran"

"Ya Allah ya tuhan kami,Janganlah jadikan kami (sasaran) godaan bagi orang yang tiada beriman..Dan ampunilah kami,Tuhan!Sesungguhnya Kaulah yang Maha Perkasa,Yang Maha Bijaksana" (qs Al-Mumtahanah 60:5)

Pernahkah kita juga terfikir kenapa solat Subuh itu 2 rakaat?Zohor 4 rakaat?Asar 4 rakaat?Maghrib 3 rakaat?Isya" 4 rakaat?

Jawapannya:-

Solat Subuh 

Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah (terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat 


Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan daripada kelam (kegelapan) 
Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang hari (terbit fajar) Solat Zuhur 
Firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 102 dan 103 

[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar" 

[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami) 

Nabi yang pertama sekali yang menunaikan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim as. tatkala keluar perintah Allah swt. yang menyeru Nabi Ibrahim as. menyembelih anakandanya Nabi Ismail as. Datangnya perintah Allah swt. pada ketika gelincir (sedikit) matahari. Maka bersolatlah Nabi Ibrahim as. empat rakaat 

Solat Zohor


Rakaat pertama bermaksud syukur bagi penebusan 
Rakaat kedua bermaksud membukakan (meleraikan) dukacita anakandanya 
Rakaat ketiga bermaksud menuntut keredhaan Allah swt. 
Rakaat keempat bermaksud sebab diberi penebus (tukar ganti) yang amat besar seperti mana firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 107 

[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan (kibasy) yang besar; 
Nota: Kibasy yang dibawa turun daripada syurga iaitu kibasy Habil 

Solat Asar 

Nabi Yunus as. adalah nabi yang pertama sekali menunaikan solat Asar ketika Allah swt. mengeluarkan baginda daripada perut ikan Nun ibarat burung yang tidak berbulu. Keadaan Nabi Yunus as. ibarat berada di dalam empat kelam 

i. Kelam zulmah kesalahan 
ii. Kelam airnya 
iii. Kelam malam 
iv. Kelam perut ikan 


Ketka Nabi Yunus as. berjaya keluar daripada perut ikan Nun pada waktu Asar dan bersolatlah Nabi Yunus as. sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. daripada terlepasnya empat zulmah (kegelapan) itu tadi 

Solat Maghrib 

Solat Maghrib adalah solat Nabi Isa as. tatkala baginda diangkat oleh Allah swt. daripada kaumnya. Pada waktu itu matahari telah jatuh (maghrib) 



Rakaat pertama bermaksud menafkan adanya tuhan selain daripada Allah swt. 
Rakaat kedua bermaksud menafikan tohmahan terhadap bondanya, Mariam daripada dituduh kaumnya 
Rakaat ketiga bermaksud memberi bukti tuhan itu satu iaitu Allah swt. Kerana dengan ini juga kedua-dua rakaat dia atas itu saling berhubung. Manakala yang ketiga itu tinggal sendirinya

Solat Isya 


Nabi Musa as. adalah nabi yang pertama menunaikan solat Isya tatkala baginda sesat sewaktu keluar daripada negeri Madyan (perbatasan Hijaz dan Syam). Pada saat itu juga isteri Nabi Musa as., Shafura (anakanda Nabi Syu’aib as.) berada di dalam keadaan berdukacita dan begitu juga saudaranya Nabi Harun as. turut di dalam keadaan berdukacita, musuh Nabi Musa as., Firaun turut berdukacita berserta beberapa orang anaknya. 

Maka dilepaskan oleh Allah swt. mereka daripada keadaan dukacita dengan janjNYA dan berlaku pada waktu Isya yang akhir. Maka solatlah Nabi Musa as. sebagai tanda syukur terlepas daripada segala bentuk dukacita yang empat itu. 

Pada riwayat yang lain ada juga menyebut solat Subuh itu solat Nabi Adam as., solat Zuhur itu solat Nabi Daud as., solat Asar bagi Nabi Sulaiman as., Nabi Ya'akub solat Maghrib dan Isya itu solat Nabi Yunus as. 

Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud Al-Fathani, halaman 73 sehingga 75.

Jadi kesimpulannya..anda sendiri yang dapat menjawabnya..Sesungguhnya yang baik dan indah itu datangnya dari Allah,dan yang buruk itu dari saya sendiri..Maaf sekali lagi,TIDAK berniat untuk menyakiti hati dan perasaan anda,namun sekadar renungan kita bersama..Maka marilah kita bersama-sama menadah tangan pohon keampunan dari Nya...

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

Al-Fatihah...

Isnin, 20 April 2009

Apa yang dapat kita pelajari...

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Salam,sewaktu dalam perjalanan pulang dari LHDN Shah Alam menuju ke Banting,dipertengahan jalan iaitu sekitar Teluk Panglima Garang,tiba2 saya ternampak kepulan asap hitam memanihi ruang udara.Amat gelap sekali..dan hati tertanya-tanya,dimanakah berlakunya kebakaran ini..Saya memperlahankan kenderaan,meninjau,manalah tahu,ada pihak yang ingin memerlukan bantuan,tak banyak sedikit..

Akhirnya sampai di Sungai Rambai,Jenjarom,kelihatan kereta bomba begitu banyak sekali,Sah!disinilah punca asapa hitam yang saya nampak tadi..Rupanya sebuah kilang perabut yang terbesar dipekan itu telah hangus dijilat api..api semakin marak..marak..dan marak...Banyak benar kereta bomba.Ada yang stanby di Shell,manalah tau,api merebak ke situ pula,susahlah jika ianya merebak ke situ..Saya pun apa lagi,park kereta dekat tepi jalan,ambil kamera(al-maklumlah blogger,kena senantiasa bawa kamera)lalu mengambil gambar..bukan sekadar ambil gambar sahaja,tolonglah apa yang patut..

Apa yang dapat kita pelajari dari situasi di atas?Sikap bantu-membantu?Ya..betul..Sikap prihatin?Ya..betul juga..Tapi apa yang lebih utama ialah sesungguhnya Allah amat berkuasa ke atas sesuatu..dan apabila dia berkendakkan sesuatu..hanya berkata "Kun Fa Ya Kun" makssudnya,:jadi..jadilah ia" Subhanallah...Maha suci Tuhan yang menciptakan sesuatu..Hanya sekelip mata sahaja kilang tersebut musnah..Sebanyak mana pun kereta bomba dan pasukan penyelamat ..tapi tanpa izin dari Allah swt..ianya tidak dapat menyelamatkan apa2..maka sama2lah kita renung dan fikir2kan...

Al-Fatihah...

Sekitar ESQ 165

Lokasi:Flamingo by The Lake,Ampang.

Tarikh: 17 hingga 19 April 2009

Masa: 7.00 pagi-7 malam.

Peserta dari YDZ :

  1. Arif Firdaus
  2. Shamsul ariffin
  3. Zawalajam
  4. Hamid
  5. Hj. Fathul Mubin
  6. Farah Adriza

"demi matahari,dan cahayanya dipagi hari,demi bulan bila ia mengiringi,demi siang bila ia menampakkan,demi malam bila ia menutupinya,demi langit dan yang dibina padanya,demi bumi dan yang dibentangkan atasnya,demi sukma dan penyempurnaannya"(qs Asy-Syams 1-7)

Allah subhanawllah....Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan,beruntung bagi yang mengamalkannya,rugi bagi yang mengotorinya.....

Bacalah..(iqra')

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Salam semua,dikesempatan ini diri yang kerdil lagi hina ini menyusun sepuluh jari pohon keampunan dan kemaafan kerana sepanjang kami menghadiri ESQ 165 ini,TIDAK banyak foto dapat diambil,ini kerana kami ingin mendalami sepenuh-penuhnya ruang yang ada bagi menimba seberapa banyak ilmu..dan dikesempatan ini jua,setinggi-tinggi ucapapan terima kasih ditujukan khas buat ayahanda Dato'Dr.Hj. Zabir bin Bajuri dan YDZ di atas kesudian menaja kami termasuk jaket...Sesungguhnya hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya..Amin..

(foto ini diambil sewaktu sesi pendaftaran dan sesi sebelum menaiki bas ke Masjid)

(salam semut..hati ke hati)

(tengah tengok apa tu..ooo..rupanya ada pakatan untuk menubuhkan ESQ sendiri rupanya)

(kehadiran Ybhg ayahanda membakar semangat kami,terima kasih)

(foto kenangan team 30,bersama Ybhg ayahanda dan team ESQ 165)

(kenangan terindah penulis bersama dengan Pak Aminul,bukan senang nak ambil foto ni..akrabnya...)

(berkesempatan Encik Hamid,selepas Pak Aminul menandatangani buku beliau)

Tapi hairankan..mana acon dan hj fathul??Jangan berprasangka negatif..mereka lebih hebat..mincul dalam akhbar Sinar lagi tu..keluaran 18 April..dan abang aku pula,kat TV ESQ...wow...luar biasa..

(haaa..lihat...kan betul..duduk depan lagi tu)

(alhamdulillah...sijil tamat kursus)

Saudara-saudara ku...banyak yang kita tidak tahu walhal kita fikir kita tahu..tapi sebagai manusia...kembalilah kita ke pangkal jalan,sebelum kembalinya kita mengadap dia yang Esa..Persoalannya,adakah kita menyintai Allah dan rasulnya?Sedangkan Allah tidak pernah lupa akan hambanya..sedangkan hambanya sering kali lupa,lalai,dan alpa..Kepada Rasulullah,berapa kerap kita berselawat ke atas baginda?Walhal baginda sering mendoakan umatnya..Maafkan saya diatas penulisan ini,saya hanyalah menyampaikan,terpulang kepada individu,samada terima atau tidak,itu,terpulang,apa yang saya tahu,saya jujur,tanggungjawab,misi,disiplin,kerjasama,adil dan peduli TELAH saya sempurnakan."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib hambanya,melainkan hambanya itu sendiri yang mengubahnya"....

Ingatlah bahawa 1 itu adalah ihsan 6 itu adalah rukun iman dan 5 itu adalah rukun Islam

Bawalah ia kemana-mana,nescaya apa yang kita lakukan akan mendapat pembalasan yang setimpal dari Allah swt..dari sudut pekerjaan kita mahupun ibadah kita..Ingatlah,bahawa kita didunia ini hanya sementara..kita akan kembali...dan sekiranya kita kembali,adakah amalan kita sudah mencukupi?Marilah kita menadah tangan,pohon keampunan dari Allah..akui kesilapan kita..

Bagi penulis secara peribadi mengakui kesilapan kepada Allah dan anda semua,maka penulis ingin pohon kemaafan kepada anda semua..maaf zahir dan batin...

Maka marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah khas buat junjungan besar kita Nabi Muhammas saw serta sahabat juga pada keluarga kita:-

Rabu, 15 April 2009

ketenangan jiwa

ketenangan jiwa adalah perkara yang sangat penting bagi kehidupan seseorang dimuka bumi ini.Dengan ketenangan jiwa,timbulah perasaan tenteram,puas apa yang diperolehi,tidak kecewa mengenai diri sendiri serta selalu menaruh harapan terhadap masa depan.memperolehi ketenangan jiwa adalah ibarat kebahagiaan dan kejayaan sudah dapat dicapai.oleh yang demikian,kita semua perlu mendapatkan kebahagiaan dAN KEJAYAAN MELALUI KETENANGAN JIWA.SEBAB ITU,KETENAGAN JIWA MESTI DICARI. NAMUN, JELAS HAKIKI MENCAPAINYA IALAH MENGIKUT CARA ISALAM.
  jiwa adalah hakikat diri seseorang.manusia terdiri daripada dua bahagian,iaitu zahir dan batin ataupun bahagian yang nampak (tubuh) dan yang tidak nampak (roh).mengenai roh,Allah s.w.t telah menerangkan-nya dalamsurah al-isra' ayat 85 yang bermaksud,"dan mereka menanyakan tentang roh.katakanlah roh itu urusan tuhanku,dan tidaklah kamu diberi ilmu pengetahuan melainkan hanya sedikit sahaja daripadanya iaitu apa-apa yang diberitahunya 
kepada kita.ini adalah kerana ia adalah hal yang ghaib,yang kita tidak dapat kesani melalui pancarindera kita.
  SEBAB INILAH KITA MESTI KEMBALIKAN KEPADA ALLAH S.W.T MELALUI FIRMANNYA DALAM AYAT 172 SURAH AL-A'RAF YANG BERMAKSUD:DAN INGATLAH KITA TUHANMU MENGELUARKAN ZURIAT ANAK CUCU ADAM DARIPADA SULBI MEREKA,DAN DIPERAKSIKAN KE ATAS JIWA MEREKA.BUKANKAH AKU INI TUHANMU.MEREKA MENJAWAB:BETUL,KAMI MENYAKSIKANNYA.SEMOGA HARI KIAMAT NANTI KAMU KATAKAN: SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH LENGAH TERHADAP HAL INI.
  SEJAK AZALI LAGI,ROH KAMU TELAH MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN ALLAH BAHAWA KITA INI ADALAH HAMBA KEPADANYA.HAKIKATNYA SEBENARNYA ADALAH KITA HAMBANYA.OLEH ITU KITA HARUS BERPEGANG PADA PERJANJIAN ITU,INI BERMAKNA KITA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIPAN KITA.KITA MENGHADAP DIRI KITA KEHADRAT ALLAH S.W.T ADALAH BErERTI 
kita berusaha menempatkan diri sendiri dalam keadaan semulajadi. kita sebagai mana kita diciptakan oleh allah s.w.t iaitu tetap patuh kepada perintah dan tunduk semata-mata kepada allah s.w.t dantidak kepada yang lain.menempatkan diri kehadrat allah s.w.t juga diterangkan oleh allah dalam surah adz-dzariyat ayat 56 yang bermaksud:'dan tidaklah aku (allah) menciptakan jin dan manusia melainkan dia mengabdikan diri kepadaku.
  mengabdikan diri kepada allah bererti kita meletakkan diri kita ke dalam fitrah yang dengan kita dapat menggelakkan diri dari terganggu ketenangan jiwa kita.mengabdikan diri kepada allah ialah kita hendaklah melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.secara lahiriah,kita tidak puas kerana kebebasab kita terhad,jiwa kita akan dapat memperolehi ketenagan.kita akan berasa puas akan apa yang terjadi kerana kita dapat tunjuk kepadanya.ketenangan seperti inilah yang merupakan ketenagan yang bermakna dan berpanjangan.justeru itu allah akan membalas apa yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini,pada hari kiamat kelak.Orang yang ingkar akan dimasukkan ke dalam neraka dan orang yang bertakwa akan di masukkan ke dalam syurga.
  ini telah diterangkan dalam surah al-haj,ayat 19-23 yang bermaksud:inilah dua orang yang ingkar yang berlawan-lawan tentang tuhan mereka.maka,orang yang kafir akan dibuatkan bagi mereka pakaiaan dari apai neraka.disiramkan dari atas kepala mereka air panas yang menghancur luruh dengan apa-apa yang beradadi dalam perut berserta kulit.dan bagi mereka cambuk-cambuk dari besi,setiap kali mereka hendak keluar daripadanya lantaran kesengsaraan maka kami kembalikanya ke dalamnya,dan rasakan azab yang membakar ini.sesungguhnya allah memasukkan orang yang beriman dan beramal soleh syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.padanya dia dilingkungi hiasan berupa gelang-gelang dari syurga dan juga mutiara-mutiara.sedangkan pakaian mereka di dalamnya adalah `sutera'.apabila kita diceritakan tentang azab neraka,maka kita akan takut dan ini merupakan ancaman kepada kita.tetapi apabila kita diceritakan mengenai nikmat syurga maka inilah yang akan menenangkan jiwa kita.
  usaha-usaha dalam mencari ketenangan jiwa adalah sia-sia saja.ketenangan jiwa yang sebenarnya tidak akan diperolehi selagi jiwa itu tidak benar-benar tenang secara asli,iaitu terselamat dari ancaman allah.ketenangan yang dibawa oleh islam adalah ketenangan yang sebenar-benarnya berupa ketenangan jiwa yang mendasar hingga keakar umbi jiwa kita.

Selasa, 14 April 2009

HATI DAN PERASAAN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. 

Rakan yang paling baik ialah seseorang yang  boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. 

Memberi  seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. 

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. 

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. 

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. 

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

Wallahu A'lam.

Ahad, 12 April 2009

Salam Takziah

....Al-Fatihah...

Salam takziah diucapkan buat
Puan Salasiah sekeluarga
di atas pemergian ayahandanya pada 12/4/2009.
Semoga roh ayahanda beliau dicucuri rahmat dan semoga segala amalannya diterima oleh Allah s.w.t.

Kepada Puan Salasiah serta keluarga,semoga tabah menghadapi Qada & Qadar.
Amin

SUKARNYA HENDAK PUASKAN KEHENDAK ORANG LAIN

Sukarnya nak puaskan hati semua orang...
Sukarnya nak bagi orang faham yang kita memang concern...
Sukarnya nak buat orang tahu yang kita dah buat sedaya habis dan masih terus berusaha untuk buat yang terbaik..sehinggakan terpaksa berkorban..baik masa,tenaga mahupun wang ringgit..
Sukarya nak terus menjadi seorang yang tabah dan sabar walhal hati ini sering kali terluka...
Sukarnya nak faham hajat orang lain, walhal kita dah buat semua yang dikehendaki...
Sukarnya nak terus menjadi positif walhal banyak sungguh unsur-unsur negatif di sekeliling kita...
Sukarnya nak dalami emosi orang lain yang tak faham akan situasi kita...
Sukarnya nak terus bertopeng dengan karakter lain semata-mata untuk puaskan hati orang lain..
Sukarnya nak memuaskan kehendak dan tuntutan emosi orang lain, walhal kita pun ada kehidupan kita sendiri...
Saat dan ketika ini, keadaan memang amat sukar..moga keadaan ini tidak bertahan lama dan akan pupus satu hari nanti...moga...mudah-mudahan..agar...
Ya Allah, permudahkanlah segalanya bagiku...AMIN

Sabtu, 11 April 2009

SIAPA ALLAH DI HATI KITA??

Bila soalan ini ditujukan kepada kita, apa yang mampu kita jawab? Adakah ALLAH dekat dan rapat dengan kita? Adakah kita sentiasa bergantung harap dan mengingatiNYA setiap masa?

Untuk menjawab soalan ini, kita seharusnya bertanya kepada diri kita terlebih dahulu ‘SIAPA KITA?’. Siapa kita sebenarnya? Siapa kita di sisi ALLAH, Khaliq kita? Adakah kita sangat bagus di pandangan ALLAH? Siapa kita? Seorang anak? Seorang pelajar? Seorang guru? Seorang peguam? Seorang petani? Seorang doctor? Jawapan yang paling tepat ialah kita sebenarnya HAMBA ALLAH.. Hamba Allah yang telah diberikan kesempatan hidup untuk menikmati kehidupan yang sementara di dunia fana ini. Oleh kerana itu, kita sebagai hambaNYA semestinya perlu melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNYA. Sebagai seorang hamba juga, kita mesti patuh, taat dan setia kepada pencipta iaitu ALLAH! Sesungguhnya Allah telah berkata di dalam kitabNYA (AL-QUR’AN) :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
(الذاريات : 56)
Dan tidak AKU jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaku

Tidak lain dan tidak bukan, ALLAH telah menciptakan kita semata-mata untuk beribadat kepadaNYA..bukan untuk melupakanNYA atau hanya berharap dan memohon pertolongan di kala kesusahan sahaja..

Seterusnya, tanya soalan ini kepada kita : Di mana kita di hadapan ALLAH?

Di manakah sebenarnya kita di hadapan ALLAH? Apakah nilai kita di sisi ALLAH? Kita dapat memperolehi jawapannya jika kita menilai kembali nilai usaha kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Adakah kita sentiasa mendekatkan diri, akrab, rapat dengan ALLAH? Sejauh manakah usaha kita untuk mengenali Pencipta kita? Solat lima waktu yang telah difardhukan, adakah kita telah berjaya sempurnakannya? Atau, adakah kita lewat dalam melaksanakan segala perintah ALLAH? Solat-solat sunat bagaimana pula? Dan seharusnya perlu diingat, untuk dekat dengan ALLAH, kita semestinya terlebih dahulu perlu memulakannya. Ini kerana Allah lebih mengasihi hamba-hambaNYA yang memohon do’a dan pertolongan dengan hati yang ikhlas dan penuh mengharap. Sepertimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’anul Karim :فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ


(البقرة : 152)
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).

Sebagai seorang hamba, sesungguhnya ALLAH telah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Ini kerana, badan kita terdiri daripada 4 komponen asas iaitu :

1) Jasad
2) Roh
3) ‘Aqal
4) Nafsu

Kesemua komponen ini saling memerlukan dan saling melengkapi. Jika tiada salah satu di antaranya, maka akan rosaklah seorang insan itu.

Makanan Roh adalah Ibadat.
Makanan ‘Aqal adalah ‘Ilmu
Makanan jasad…anda semua pasti tahu.
Nafsu pula berkait dengan jasad. Jika makanan jasad baik,maka akan baiklah nafsu itu. Disebabkan itulah kita sentiasa diingatkan untuk makan makanan yang halal dan tidak makan terlalu banyak.

Misi hidup kita:

1) Beribadah kepada Allah.
2) Menjadi khalifah

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
(البقرة :30)
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". 

Hala tuju hidup kita:

SYURGA atau NERAKA??

Tepuklah dada..tanyalah selera..hanya kita sahaja yang mampu mengubah diri kita termasuklah diri aku..perubahan tidak akan berlaku dengan sekelip mata..perlu masa.Aku pun BUKAN nya baik sangat..banyak dosa juga..nampak luaran aku begini..tapi didalam sebaliknya..

Ya Allah..ampunilah hambamu ini...

Jumaat, 10 April 2009

9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memperbaharui Roadtax Kenderaan

1. Bilakah selalunya anda memperbaharui cukai jalan (roadtax) kereta anda?
 ramai pemilik kenderaan yang melakukannya di saat-saat akhir sebelum tamat roadtax. Malah ramai juga yang melakukannya selepas tamat tempoh.

Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tamat tempohnya.

Ya, 60 hari! Tidak percaya? Sila lihat geran kereta anda. Oho….tentu ramai juga yang tidak pernah membelek geran kereta sebaik sahaja membeli kereta, bukan?

 

                                                                 (contoh geran kenderaan) 

2. Jangan serah bulat-bulat kepada ejen takaful atau insurans.
Selalunya kita akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful atau insurans untuk menguruskannya sehingga memperoleh roadtax. Sila semak maklumat perlindungan takaful atau insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna.

Selaku pengguna, kita berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang kita bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful kereta.

3. Pastikan jumlah perlindungan takaful adalah mengikut harga semasa.
Jumlah perlindungan takaful atau sum-insured adalah hak pengguna untuk tentukan, bukan ejen. Ejen hanya mencadangkan dan jumlah yang sewajarnya adalah di tangan pemilik kereta.

4. Jangan over-insured
Jika jumlah perlindungan diserah bulat-bulat kepada ejen, selalunya ejen akan meletakkan harga yang tinggi. Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa.

5. Tetapi, jangan pula below-insured
Sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan takaful kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat takaful atau insurans hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan. Tetapi sesetengah syarikat takaful masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan takaful dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%.

Contoh untuk perkara 3, 4 dan 5;
Kereta Proton Persona yang dikeluarkan tahun 2008 yang dibeli pada harga RM 53,000. Pada 2009, harganya telah jatuh sekitar RM 45000.00 – RM 47,000.00. maka pemilik kereta tersebut hendaklah meletakkan jumlah perlindungan takaful atau insurans pada harga sekurang-kurangnya RM 45,000 dan jangan melebihi RM 47,000.00

6. Jadi, bagaimana untuk mengetahui harga pasaran kereta.
Jalan yang paling selamat adalah dengan anda menghubungi pihak bank, untuk mendapatkan nilai sebenar jumlah perlindungan kereta anda. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali.

Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri.

Cara paling mudah sekiranya anda malas untuk menghubungi pihak bank atau kedai kereta terpakai adalah dengan cara anda membelek ruang iklan di akhbar, majalah atau internet. Anda kumpulkan harga-harga kereta yang ada, kemudian anda cari purata harga kereta tersebut. Atau anda boleh juga mengambil harga tertinggi, dan harga terendah, kemudian bahagi keduanya.

7. Pastikan NCD (non-claim discount) atau NCB (non-claim bonus) anda mengikut apa yang sepatutnya.
NCD atau NCB ini adalah diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan. Ia bermula dengan 0% dan maksimum 55% pada tahun ke-5 untuk kereta dan 25% untuk motosikal pada tahun ke-3.

8. Bagaimana untuk berpindah daripada insurans kepada takaful?
Ramai pemilik kenderaan yang berasa khuatir untuk bertukar daripada insurans kepada takaful dengan momokan bahawa mereka akan rugi kerana NCD akan menjadi 0%.

Walhal ia tidak benar sama sekali. Anda boleh membawa nilai NCD anda daripada syarikat insurans kepada takaful dengan membawa bukti dokumen NCD yang lama seperti covernote atau renewal notis syarikat lama. Ia juga boleh didapati dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat insurans lama.

Sebagaimana ditegaskan di dalam perkara ke-2 tadi, jangan serahkan bulat-bulat kepada ejen insurans atau wakil. Kadang-kadang berlaku apabila bertukar syarikat insurans, ada ejen insurans atau takaful yang mengambil kesempatan atas ketidaktahuan pengguna untuk memanipulasi perkara ini.

Sdra Abdul Latef ada berkongsi maklumat ini di dalam blog beliau.

9. Anda juga boleh memindahkan NCD apabila menukar kereta.
Ini satu lagi maklumat yang jarang-jarang didedahkan. Selalunya berlaku apabila anda menukar kereta baru atau trade-in. Sebenarnya, NCD kereta lama anda boleh dibawa kepada kereta yang baru anda beli atau trda-in.

Sebagai contoh, sebelum ini anda memakai kereta kancil 850 yang berharga RM 15,000.00, dan NCD kereta anda itu sudah mencecah 55%. Apabila anda bertukar kepada kereta baru, anda boleh memindahkan NCD 55% tadi kepada kereta baru anda. Bertukar kereta baru tadi, tidak hanya bermaksud kereta yang baru dikeluarkan, ia bermaksud kereta baru dibeli. Tidak kira kereta baru atau kereta second hand, atau second hand yang baru. 

Selalu berlaku ke atas pengguna, apabila bertukar kereta baru, NCD akan menjadi 0% kembali dan ia tidak didedahkan oleh penjual kereta merangkap ejen takaful atau insurans kereta tersebut. Jadi, di sinilah pentingnya serba sedikit ilmu pengetahuan sebagai pengguna untuk mengelak daripada diperguna

Khamis, 9 April 2009

Kita Susahkan Orang, Orang Susahkan Kita

Apa yang Anda buat akan dibalas dengan tindakan setimpal. Kita senangkan orang, orang senangkan kita balik. Kita susahkan orang, orang susahkan kita balik. Bahkan, susah kita akan jadi dua kali ganda lebih susah dari susah yang sebelumnya. 

Anda, saya dan kita semua hidup dalam komuniti bermasyarakat.

Kita takkan dapat mencapai sesuatu kejayaan tanpa memerlukan pertolongan mereka. Walaupun kita boleh berkata kita berjaya hasil usaha sendiri, hakikatnya masih ada orang lain terlibat dalam usaha kita. Mereka mungkin merupakan ibu, bapa, abang, adik atau mana-mana ahli keluarga.

Untuk hidup kita jadi ceria, gembira lalu penuh dengan pelbagai macam kegembiraan, senangkan hati orang lain terlebih dahulu. Senangkan hati mereka, gembirakan mereka tanpa mengharap ganjaran.

Selagi Anda kekalkan sikap begitu, selagi itulah hidup Anda lancar saja, kurang dari segala macam permasalahan. Anggap perbuatan itu sebagai ‘tanam saham’. Satu masa nanti, Anda akan dapat pulangannya.

Doa orang yang kita selalu senangkan hatinya amat mujarab. Getaran tenaga positif yang datang dari mindanya akan membuat hidup Anda penuh dengan keceriaan yang seterusnya menyumbang pada kecemerlangan berpanjangan.

Sebaliknya, jika Anda susahkan orang, doa orang yang Anda susahkan tu dua kali ganda amat mujarab, kerana dia teraniaya oleh perbuatan Anda. Allah swt cepat memakbulkan doa orang yang teraniaya. Getaran emosi negatif dari mindanya akan mempengaruhi hidup Anda lalu menjadikan hidup Anda haru biru, tak keruan jadinya.
Mulai hari ini, untuk Anda kekal cemerlang, kekal bersemangat jangan pernah lupakan orang disekeliling Anda. Gembirakan hati mereka, senangkan hati mereka seadanya, jangan sampai mereka pula sakit hati dengan Anda kerana kesannya amat bahaya! Ia menurunkan tahap motivasi Anda dengan cepat.

Rabu, 8 April 2009

Berbudi kepada tanah-bahagian 2

Salam.kali ni aku akan sambung cerita mengenai "berbudi kepada tanah"seperti bahagian 1,yang telah aku ceritakan pada awal dahulu dimana pokok bendi yang aku tanam telah menampakkan hasil.Pada hari ini,Alhamdulillah..tanaman tembikai aku pula menampakkan hasil..Syukur..

Selasa, 7 April 2009

Renung-renungkanlah...


Salam kepada semua pengunjung zawalajammashod.blogspot.com

Pada kali ini,aku ingin berkongsi serba sedikit apa yang diceritakan,atau apa yang disampaikan oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi,iaitu Ybhg.Dato'Dr.Fadilah Kamsah..

namun apa yang kuingin katakan,bahawa ianya BUKAN untuk menyindir sesiapa..malah aku rasa ianya merupakan satu motivasi bagi kita yang bergelar "manusia".Jadi...renung-renungkanlah..

"ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria,

ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada yang datang dengan perasaan serba tak kena."

Ingatlah,sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja.hasilnya adalah BIASA,namuan bagi yang datang dengan ceria,maka hasilnya akan jadi LEBIH daripada biasa ataupun luar biasa.Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang LUAR BIASA yang akan menggembirakan orang disekeliling kita...Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan..Insya Allah

Jadi...mari kita sama-sama renungkan..

1) Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab "DATANG BEKERJA" tapi hampa..hasilnya macam kita tak datang kerja.

2) Ada kala kita rasa kita BUSY..rupanya kita kelam-kabut

3)Adakala kita rasa kita perihatin??..tapi rupanya kita bUsY bOdY

4)Adakala kita openminded atau outspoken..tapi rupanya kita kurang pengajaran

5)Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS..rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS

6)Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA..tapi rupanya kita di lihat lebih mengada-ngada

7)Adakala kita suka bertanya "Kenapa dia macam takde kerja" maka adalah lebih baik kita tanya "Apa lagi kerja yang aku boleh buat??"

Jadi..marilah kita bersama-sama berfikir merenung kembali...dimanakah letaknya DIRI KITA??

Renung-renungkan dan Selamat Beramal.

Ahad, 5 April 2009

TERIMA KASIH

Majlis meraikan hari lahir putera aku telah diadakan pada 4 April 2009 di rumah aku.Majlis yang tidak dirancang sepenuhnya ini telah dihadiri oleh kaum kerabat aku.Aku memang tidak menjangkakannya,al-maklumlah,aktiviti aku pada hari itu adalah amat ketat,sebelah pagi menghadiri kursus haji,dan selepas itu aku terpaksa bergegas ke Kompleks Pejabat Daerah & Tanah Derah Klang,juga menghadiri Kursus Tatacara Pengendalian Skim Rondaan Sukarela Peringkat negeri Selangor (rujuk laman blog : srstelokdatok.blogspot.com).

Walaubagaimanapun aku bersama isteri serta putera aku di sini ingin merakamkan setinggi-tinggi Terima Kasih buat emak,acon sekeluarga,ina,kak wan,ju sekeluarga,mamat,anuar dan jiran terdekat...tunggu gak aqil dan faiq..tapi tak dapat balik..kesian dia...

Seperti biasa,sebagai seorang ayah merangkap blogger,aku sempat gak ambil gambar,untuk dimuatkan di dalam blog rasmi aku agar ianya menjadi "kenangan terindah" buat aku sekeluarga..

(kek dari Ju dan keluarga,Terima Kasih)

( kek dari acon sekeluarga..terima kasih juga)

(nilah hadiah istimewa..nyanyian lagu dari 2 beradik,"andai ku tahu" terima kasih juga)

(acon dan keluarga,merangkap imam pada majlis ini)

( ju,sarah dan sarafina..tq ye)

( umar dan anaknya...)

(nuar dan mamat..si mamat ni kerjanya cek umah orang..mana tau ada aedes,dia pesan suruh luangkanlah 10 minit untuk bersihkan laman rumah..hehehehe)

(solat maghrib sesi anak-anak telah diimamkan oleh putera sulong Ju dan Umar..baca surah Yaa-Sinn tu...namun apa yang penting..kerjasama)

AKHIR SEKALI,AKU DAN KELUARGA SEKALI LAGI UCAPKAN TERIMA KASIH

Salam Takziah

....Al-Fatihah...

Salam takziah diucapkan buat
Encik Aris sekeluarga
di atas pemergian ibundanya pada 4/4/2009.
Semoga roh ibunda beliau dicucuri rahmat dan semoga segala amalannya diterima oleh Allah s.w.t.

Kepada Encik Aris,semoga tabah menghadapi Qada & Qadar.
Amin

Sabtu, 4 April 2009

SIAPKAH KITA,BILA MAUT DATANG MENJEMPUT KITA?

Dapatkah kita menduga atau mengira Bilamana ajal kita akan tiba Di mana umur kita akan berakhirnya?
Dapatkah kita merencana atau berjanji Bagaimana cara kematian akan kita alami Sehingga kita siap rohani dan jasmani?
Dapatkah kita memohon jatah umur yang bagi kita tepat Sehabis Ramadhan atau berhaji, ketika dosa diampuni tammat Dan nyawa dicabut malaikat ketika kita dalam keadaan sehat?
Dapatkah waktunya kita majukan atau mundurkanKetika nafas terakhir itu dihembuskanDan sorotan mata kita dikosongkan?
Dapatkah kita membereskan segala yang terlalaiHutang-hutang, janji-janji, kerja yang terbengkalai Cita-cita yang belum tercapai?
Dapatkah kita menekan semua bentuk kesombongan Dan kepada orang-orang yang hatinya kita sakitkanDengan membungkuk merendah kita minta dimaafkan?
Dapatkah kita menyaring pergosipan dan pergunjinganLalu suatu waktu total sepenuhnya dihentikan Sehingga daging saudara sendiri tak lagi dikunyah dimakan?
Dapatkah kita menghabisi semua ganjalan iri hati Kecemburuan yang dibisikkan jin di telinga kanan dan kiriDan mereka diusir sejauh usir dengn ayat Kursiy?
Dapatkah kita padamkan segala bentuk dendam Yang di dalam hati lama kita pendam-pendam Dan dengan tulus memberikan permaafan?
Dapatkah kita musnahkan perilaku ujub dan riya kitaSuka mencerca dalam hati, pamer jasa dan hartaDan berhenti menyebut-nyebutnya?
Dapatkah kita dengan tepat melaksanakan evaluasiTerhadap harta benda yang selama ini diakumulasiSehingga benar-benar bersih bagi yang akan diwarisi?
Dapatkah kita kepada jantung kita yang berpuluh tahuh bekerja setiaSetiap detik dia berdenyut untuk kelangsungan hidup kitaSiapkah kita, bila jantung kita berkata, "Sudah, cukup sampai di sini saja?
"Pada suatu masa, di suatu tempat, maut akan tiba Beratus kemungkinan waktunya Beribu kemungkinan tempatnya Melalui gabungan kemungkinan bentuk dan cara Lewat penyakit, kecelakaan, perang, berbagai bencana Di dalam rumah, kendaraan, jalan raya, di alam terbuka Secara sangat pelahan dan begitu lama orang dapat menduga-duga Secara pelahan orang mana mungkin menerka Secara tak disangka, sangat tiba-tiba tanpa isyarat suatu apa Dan tepat pada detik terjadinya Kita yang menyaksikan, semua terpana, menundukkan kepala Semua terpukul, tergoncang, terhempas, terobek, tiada sepatah kata Semua menitikkan air mata Belum pernah mereka yang mengalami dicabut nyawanya Kembali ke dunia dan menyampaikan pengalaman ajal yang nyata Sehingga paling banyak kita hanya mengira menduga Mereka yang berlarian bergelimpangan di pantai Lhok Nga Mereka yang digulung lumpur tsunami sepanjang jalan Syiah Kuala Mereka yang kehabisan nafas dikejar dinding air setinggi pohon cemaraa Kanak-kanak yang bertengger di dahan batang nangka Orang-orang yang memanjat pohon kelapa Ibu-ibu yang hanyut dengan bayinya Kabel putus habis, tiang listrik yang bengkok patah tiga Rumah punah, hotel rubuh, truk remuk, asrama rata Berpuluh, beratus, beribu, berpuluh ribu banyaknya Jenazah di bawah puing, di tengah puing, di atas pung berada Bergelimang lumpur, bergelimang air mata Menyesak udara, menyesak dada kita semua
Wahai Krueng Aceh Wahai Krueng Lamteh Jadilah air sungai yang jernih kembali kiranya Maut telah menjemput saudara-saudara kitaJ annah jualah bagi mereka Maut akan menjemput kita pula Dapatkah kita menyusul ke Firdaus yang sama?

Doa Murah Rezeki

Ya Allah,

sekiranya rezeki kami berada di langit,

maka turunkanlah ia;

jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,

dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.

Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,

dekatkanlah ia;

jika ia sedikit, banyakkanlah ia;

dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,

mudahkanlah ia,

serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami

dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,

dengan rahmatMu,

wahai Yang Maha Pengasihi

diantara yang pengasih.

Jumaat, 3 April 2009

Sekitar Majlis Persaraan Encik Nik,Wong Chow Seng dan Jamuan Perpisahan buat Philip Leong

Tarikh: 2 April 2009

Hari : Khamis

Tempat : KEC,Bukit Raja,Klang.

(Mrs Lee Ting dan Puan Saadiah sedang menunggu giliran untuk menandatangani kad ucapan)

(kad ucapan khas buat Encik Nik Mohd Nor,yang telah ditandatangani oleh kakitangan CCM)

(Tidak ketinggalan jua,Pengurus Sumber Manusia CCMC,Puan Bency sedang menurunkan tandatangannya)

(ni pula..pantang nampak kamera...senyum aje)

(apalah yang digosipkan ni....)

(asyik ambil gambo orang aje Kak Yan ni...ha!!kan saya dah dapat gambo kak yan)

(adik beradik ke kak annie dan kath ni??)

(bila nak makan ni...kata duta Seng Heng)

Inilah antara foto yang sempat aku abadikan.Kepada Encik Nik.Wong Chow Seng dan Philip..all the best...

SELAMAT HARI LAHIR


Kepada anakku Arif Afif,ayah dan ibu ucapkan Selamat Hari Lahir Yang Ke-4..

pada 3/4/2009

Pesan ayah dan ibu,jangan nakal-nakal dan jadilah anak yang taat kepada perintah Allah dan dengarlah kata ayah dan ibu.Semoga menjadi anak yang soleh..Aminnnn

Rabu, 1 April 2009

Sejarah penglibatan diri ini ke kancah persilatan serta kenangan

Sekitar tahun 1991,sewaktu itu aku telah di sekolahkan di SSAS Telok Datok,dan pada masa itu juga akulah satu-satunya TIDAK menyertai apa-apa bidang kokurikulum...Bukan malas..tapi pada usia ini aku masih lagi blur...Hinggalah pada suatu hari,apabila aku melalui gelanggang badminton aku terlihat beberapa pelajar sedang menjalani latihan persilatan.Nama silat ini ialah KUNTA..agak pelik jugak namanya..tapi apabila orang dah mendalaminya,akan tahulah maksud setiap huruf KUNTA itu...aku harap ahli-ahli yang lain tidak lupa..Aku tertarik..niat dihati pada ketika itulah,adalah untuk mempelajari seni mempertahankan diri..Lagi pun yurannya adalah amat terendah sekali,RM2.27 sepanjang hayat....Dipendekkan cerita aku akhirnya diterima menjadi pelajar..masih kosong lagi pada ketika itu..

Lama-kelamaan ahli mula bertambah menjadi 6 orang,aku,Mohd Noor Jaafar (sekarang kat Maybank Banting),Khairul Yusri Yazid (sekarang di NSTP),Kamaredza Mizan (sekarang di Tabung Haji Tanjung Karang)Akhmal (arwah,beliau teribat dalam kemalangan)dan Bujal (nama samaran,lokasi,aku tidak dapat pastikan)..Kami pada ketika itu dilatih oleh Abang Shamsul (garang woo) dan sifu kami adalah Tuan Haji Rahmat...Dekat setahun lebih juga kami berlatih..hujan,panas..kami tempuhi juga...

Tahun 1992-1995,keahlian makin bertambah..dari beberapa orang menjadi 232 orang..kami lah otai..dan aku dipertanggungjawabkan untuk mengemudi pembelajaran dan pelajaran.Azam aku hendak membawa seni silat yang aku pelajari ini ke suatu tahap yang membanggakan.

Syukur,apa yang aku hajati dan pendamkan dan apa yang aku inginkan akhirnya menampakkan hasilnya apabila aku telah dilantik sebagai Jurulatih Kanan dan seterusnya aku mengembangkan sayap KUNTA ini dengan membuka cawangan di Daerah Klang..bermula sebagai mengadakan persembahan untuk orang-orang kahwin hinggalah membuat persembahan khas diraja untuk DYMM Sultan Selangor..Pada ketika ini,aku ada lebih kurang 30 pembantu jurulatih yang akan mengendalikan sesi latihan.Tapi,tanpa sokongan dari Tuan Haji Rahmat (yang kini aku panggil ayah),serta sahabat-sahabat aku,Mohd Noor,Khairul,Bulat,Kama dan arwah Akhmal....aku takkan berjaya melaksanakannya...

Sepanjang penglibatan aku dalam dunia ini,apa yang masih terpahat disanubari aku..sekitar tahun 1995..penyertaan ahli yang begitu menggalakkan membuatkan aku semakin bersemangat..sebut apa jua kejohanan silat olahraga,pasti aku akan menghantar pasukan aku.. walaupun bukan aku yang bertanding,namun apa yang aku serta sahabat-sahabat aku ajarkan kepada peserta,membuatkan...Aku PUAS!!!apabila peserta aku membawa pulang sekurang-kurangnya pingat Emas...

Namun aku tidak berhenti setakat itu sahaja,aku kembang dan kembangkan lagi sayap KUNTA dengan mendaftarkan persatuan aku ini di bawah Persekutuan Seni Silat Kebangsaan Negeri Selangor,dan diperingkat daerah Kuala Langat,aku telah dilantik selaku Penolong Setiausaha..di bawah bimbingan Arwahyarham Hamdan Tukiman.

Buat sahabat-sahabat serta ahli Persatuan Seni Silat KUNTA Malaysia,aku hanya dapat abadikan kenangan aku di dalam blog ini..Antara foto yang masih aku simpan buat tatapan keluarga aku,sahabat-sahabat aku serta rakan-rakan :-

(sebahagian dari pesilat KUNTA yang menghadiri Pra-Camping)

(Tok Guru,Ayah Guru serta Jurulatih Kanan & Pembantu Jurulatih)

(sesi mengecop logo KUNTA Malaysia)

(pembantu jurulatih wanita)

(sewaktu mengadakan persembahan)

ps: Salam kepada pesilat KUNTA,kunjungan ke blog saya anda amat dialu-alukan,dan saya berharap agar anda yang bergelar ahli KUNTA dapat menghubungi saya...

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...