Bacalah (Iqra')
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
(surah : Al-Fatiha)
Salam,
Kali ni penulis ingin berbicara tentang apa ye..oklah..penulis ingin bicara tentang apa yang penulis dah tulis pada minggu lalu dan semalam tentang "sukarnya nak fahami hati & perasaan orang"dan"hati dan perasaan".Kesimpulannya:-
Bagi penulis,memang sukar untuk kita fahami akan hati dan perasaan itu.Adakala luaran mereka ini nampak baik sahaja dengan kita,namun pada hakikatnya..Sebagai contoh,anda dijadikan sebagai seorang yang mesra dengan orang lain,walhal anda juga mempunyai permasalahan anda sendiri,namun bila bersama teman2,anda lupakan sejenak apa yang berlaku ke atas diri anda,semata2 tidak mahu teman2 anda tahu akan masalah anda..Anda buat biasa sahaja..Boleh gelak tawa,boleh bergurau apa jualah...anda semestinya boleh selagi termampu..Baik ditempat kerja,rumah atau rakan se NGO..anda pasti akan laluinya,lebih2 lagi bila anda sudah memberi kepercayaan kepada teman anda itu...
Tanpa anda sedari atau tidak,disebalik gurauan dan teguran anda itu,berkemungkinan menyebabkan anda menyinggung hati dan perasaan dia,dan mungkin juga bila anda lakukan tugasan yang sepatutnya dia lakukan,tapi setelah memikirkan akan komitmen dia yang tidak cukup masa atau sebaliknya sebagai teman anda cuba selesaikan tugasan dia demi kebaikan bersama..Pada pemikiran anda dan mungkin bagi yang memahami..ianya sebagai gurauan atau teguran biasa sahaja..tapi bagi teman anda ini sebaliknya.Akibatnya,teman ini pendamkan rasa,hinggakan mula menjauhkan diri dari anda.Anda tahu??Tentulah anda tau..sebab anda perasan akan kesannya.Tidak lagi mesra dengan anda..teman anda pula menjauhkan diri dan mula buat kelompok mereka sendiri..Namun anda BIJAK membaca gerak-geri orang dan tak mau berpanjangan,anda aturkan pertemuan 2 mata dengan teman anda itu,nahhh..hasilnya cukup menakjubkan.Anda dapat dengar sendiri luahan hati dan perasaan teman anda itu,lantas anda sebagai orang yang bijak,pohon maaf darinya,walhal anda yakin anda TIDAK salah.Anda telah selesaikan 1 masalah?Tidak bukan...bagaimana pula HATI dan PERASAAN anda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan