Khamis, 24 November 2011

Pesan Ayah

Diam tak diam..tahun depan putera aku ni akan mula bersekolah..wah!dah besar dah putera aku ni..belajarlah pandai-pandai,agar dapat kejayaan yang gemilang dimasa akan datang..ayah tak mahu anak ayah ni sama macam ayah..kalau boleh,ayah nak anak ayah ni lebih baik dari ayah,baik dari segi pembelajaran,baik dari segi akhlaknya,baik dari segi pekerjaannya,dan lebih baik mentaati Allah dan Rasulnya..walaupun kehidupan kita tak "semewah" yang lain,apa yang ayah harap,agar kita bersyukur dengan apa yang ada.ayah janji,akan lakukan yang terbaik untuk keluarga kita..walau macamana susah pun ayah,ayah akan cuba sedaya upaya ayah untuk penuhi apa yang anak ayah idamkan..anak ayah inilah yang akan jadi imam bila ayah takde nanti..ingat ye..belajar rajin-rajin tau..orang pandang kita waktu kita senang aje,waktu kita susah..takde sapa nak pandang kita..

Sabtu, 19 November 2011

dedikasi untuk Aiman

Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham . Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

Ahad, 13 November 2011

17 tahun..

Diam tak diam dah 17 tahun usia perkahwinan abang dan kakak ipar ku ini,selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan aku ucapkan,moga bahagia hingga anak cucu dan akhir hayat.

Selasa, 8 November 2011

Jam CASIO kiblat compass & prayer time Original.


Dapatkan Jam Casio yg boleh menentukan arah kiblat dan mempunyai alarm waktu sembahyang bagi ibukota seluruh dunia!!!

Kelebihan Jam Ini:

-Original Made In Japan
-Boleh menentukan arah kiblat walau dimana jua anda berada
-Mempunyai alarm pada tiap2 kali waktu solat.
-Mempunyai waktu solat 5 waktu bg seluruh ibukota di dunia.
-Mempunyai Hijrah dan Gregorian Kalendar
-Mempunyai kompas biasa bagi semua arah; Utara, barat daya, tenggara, selatan etc.....
-Mempunyai alarm biasa

KANDUGAN KOTAK:

1- JAM CASIO (BLACK)
2- MANUAL ( TERDAPAT BAHASA MELAYU)
3- CITY DATA LIST

DAPATKAN SEKARANG!!!

STOK HANYA ADA 12 BUAH....SAHAJA LAGI


TEMPAH SEKARANG!!!!

Kalau harga kat kedai jam biasa RM 400++ ... kalau tak caye boleh pegi survey...

HARGA KAMI: RM 350 sahaja

Shipping:
Semenanjung Malaysia: RM10
Sabah & Sarawak: RM 15

Shipping adalah pos laju

Isnin, 7 November 2011

Bila Rindu...



Ermmm...sama tapi tak serupa...tapi budi pekertinya sama..sporting pun sama..tulah pasal,betapa akrabnya hubungan aku dengan mereka ni..

Selasa, 1 November 2011

November 2011..

November menjelma..sedar atau tak,dah hampir ke penghujung tahun dah ye..2011,azam aku boleh dikatakan takdelah menjadi sangat..belum nampak lagi akan keberhasilannya..namun aku sedari,ianya berpunca dari kesilapan aku jugak!namun,aku yakin,ianya tak lama..november ni,mulalah ianya beransur-ansur pulih..dan azam 2012,biarlah 2011 ini menjadi sejarah serta panduan kehidupan aku..2011,caci maki,perli serta jadi bahan ketawa rakan,sudah lali bagi aku dalam keadaan sebegini..namun aku yakin,ianya lumrah dalam kehidupan,rakan ketawa ramai,rakan duka..errmmm..takde..dan bila senang,berduyun-duyun orang nak kawan,bila susah,berduyun-duyun orang melarikan diri....tapi tak kisahlah,dah jadi lumrah kehidupan,nak wat camne..terima ajelahkan..namun,aku akan ingat sampai hujung nyawa aku,siapa yang berdiri sama tinggi dengan aku,yang sudi membantu aku tatkala aku berada di dalam situasi yang genting..Allah sahaja dapat membalasnya..November..cepatlah dikau berlalu..
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...