Memaparkan catatan dengan label ME 2023. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ME 2023. Papar semua catatan

Rabu, 22 Februari 2023

ENTAHLAH

Sampai bila nak pendam akan perasaan aku pun tak tahulah.Penat dan letih hadap situsi dan perkara yang sama sahaja saban hari.Ye UJIAN,tapi UJIAN inilah yang buat adakala hilang pertimbangan.SABAR..ye boleh SABAR akan apa juga situasi.Namun keSABARan itu boleh buatkan orang akan pijak kepala kita sewenang-wenangnya.

Kita bagi peluang dan ruang,namun TIDAK diambil serius.Faham semua ada masalah sendiri,namun perlu ingat akan tanggungjawab. Kita beri peluang timba ilmu pengetahuan agar ilmu yang ada dikongsi dan dapat dimanfaatkan sesama kita,namun seolah-olah diperlekehkan.

Apa lagi nak aku lakukan?

Cakap lebih..dicaci..dimaki..walhal apa yang dicakap untuk kebaikan.Teguran untuk perbaiki kelemahan.Aku pun BUKAN sempurna sangat,tapi aku taknak orang sekeliling aku pun rasa tak sempurna.

ALASAN tetap ALASAN yang diberikan.Sama juga alasannya.

ENTAHLAH.....

Isnin, 23 Januari 2023

Parut masih ada

 


Baru perasan dah calar dekat bahagian bonet depan.Cepat-cepat ke Econsave cari scratch remover,harap-harap boleh lah hilangkan.Alhamdulillah,hilang.

Calar dibonet boleh dihilangkan dengan polish,tapi calar dihati,walaupun dilupakan namun tinggalkan parut yang mendalam.

Sabtu, 21 Januari 2023

SEBAB APA?



 Biar apa yang orang nak kata mengenai kita SEBAB itu adalah mulut mereka sendiri.Dosa pahala sendiri yang tanggungnya. 
Mudah bicara tanpa usul periksa hinggakan sanggup melukakan hati orang lain. Mungkin rasa megah dan ego dengan apa yang ada sekarang namun jangan lupa nikmat itu seketika.

Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba) - [HR al-Bukhari 6056 dan Muslim 105]

Khamis, 19 Januari 2023

CHANGE

 Cuba untuk ubah segalanya bermula HARI INI demi menghadapi hari esok.  Seseorang yang mengalah BUKAN bermakna dia takut atau dia kalah. Tapi sebenarnya dia seorang pemenang dari segala sudut. Aku tetap berpegang kepada kata-kata " Dia bagi TxxK,aku tetap bagi BUNGA" Aku takkan ikut perangai orang yang sedemikian.

Kini,dalam mempercayai seseorang AKU harus berwaspada.

Kini dalam memberikan kebaikan AKU harus lebih berhati-hati dan mempunyai hati yang kering.

Selama ini PENGORBANAN yang diberikan TIDAK dihargai . 

Kita dah semakin berusia malah sejajar dengan peredaran masa NAMUN sikap dan cara pemikiran MASIH takuk lama malah lebih teruk.

Mana rasa SYUKUR yang patut ada dalam diri.

Mana sikap TANGGUNGJAWAB dan AMANAH yang telah ada dalam sanubari.Bila diberi DIKHIANATI.

MUNGKIN dah terlalu selesa dengan apa yang ada TANPA memikirkan 1 masa dahulu,dimana diri sendiri berada. Sikap EGO dan berprasangka NEGATIF masih kuasai diri. Tak hebat mana pun kita dengan adanya sikap itu. Di SANA nanti kita sama. Jangan pandai melontarkan kata malah berbicara,namun HABUK pun takde.

Aku akan mula DIAM .Aku akan mula TEGAS dalam segala perkara SELAGI mana aku anggap ianya BETUL.

Tuduhan dan fitnah pada masa kini sudah lumrah untuk aku tanggung. Namun bagi seseorang,ianya amat MENYERONOKKAN apatah lagi mencaci maki.

Aku BUKAN baik tapi aku nak yang terbaik. 

10 kebaikan yang dilakukan orang tak pandang NAMUN 1 keburukan orang akan kenang.

1 hari akan terjawab.

HILANG segalanya. 

"AKU TETAP AKU"

Jangan diusik🤪

 


Santai-santai petang semalam😀

Sebalik pokok rambutan,ada pokok nangka.Tapi sayang kedua-duanya sekadar hiasan.

Rambutan ni bunga aje,tapi takde buah👉Alhamdulillah dapat redup sikit kawasan ni.

Nangka ni buah tapi tak boleh makan camtu je👉so kita masak lemak je.

Nangka ni leceh sikit🤣.Bergetah.Janganlah suka-suka usik buah nangka ni kalau kita tak tau kaedahnya.Mau merungut manjang bila kena getahnya.🤣🤣.

Jadi kena ada ilmu.Nak potong camne,nak pilih yang mana 1.Jangan main sebat je ikut hati.Akibatnya getah yang terkena sukar untuk dibersihkan .

Jadi semuanya syukur Alhamdulillah.


Kenapa dan mengapa

 Adakala apa yang kita lihat belum tentu betul dan adakala apa yang kita dengar apatah lagi dari mulut orang cepat betul kita percaya.

Sesuatu kebaikan yang dilakukan belum tentu dibalas dengan kebaikan KECUALI ALLAH yang akan balas.Rambut memang sama hitam,hati memang lain.Zahir pun berbeza.

Jika DIA berkehendakkan "jadi",maka jadilah ia.Jika kebenaran nak dihuraikan,maka terhurailah ia. 

Siapa sangka,siapa menduga,tembelang akhirnya pecah. Penat lelah atas segalanya sekelip mata dihancurkan apatah lagi kepercayaan.

Jangan lupa sejarah lampau,semua sejarah jadi pengajaran sebagai bekalan masa mendatang.

Mudah untuk jatuh hukum dekat orang TANPA usul periksa.

Mudah juga hukum orang.

Mudah juga untuk maki hamun orang.

Hidup ada aturan. Apa juga ada aturan yang perlu diikuti dan bukan dikhianati.

Ikut susun atur bukan ikut nafsu dan kepala sendiri.

DOA  itu makbul apatah lagi orang yang doakan itu dizalimi.

Buka hati seluasnya,lapang dada seluasnya FIKIR kenapa dan mengapa.

Fikir orang lain dan jangan penting diri.

Hari ni mungkin kita suka,esok belum pasti kita suka.

Tak dekat kita..dekat dengan keluarga kita.

Hidup ibarat R O D A.


Rabu, 18 Januari 2023

Nikmat yang tersembunyi



 Ibarat kita makan ice-cream...sejuk dan sedap..apatah lagi manis. Namun disebalik semua kemanisan dan kenikmatan yang kita nikmati itu tersembunyi 1001 keperitan malah mungkin menjadi asbab untuk adanya pelbagai penyakit.

Tulah umpama kehidupan kita seharian,luaran nampak sempurna namun jangan disangka kesempurnaan seseorang itu mungkin mudaratkan diri kita sendiri.

Nak makan boleh,tapi berpada-padalah.

Kaji dulu kesannya sebelum kita nikmatinya.

Lumrah kehidupan.


18 Jan 2023

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...