Khamis, 19 Januari 2023

Kenapa dan mengapa

 Adakala apa yang kita lihat belum tentu betul dan adakala apa yang kita dengar apatah lagi dari mulut orang cepat betul kita percaya.

Sesuatu kebaikan yang dilakukan belum tentu dibalas dengan kebaikan KECUALI ALLAH yang akan balas.Rambut memang sama hitam,hati memang lain.Zahir pun berbeza.

Jika DIA berkehendakkan "jadi",maka jadilah ia.Jika kebenaran nak dihuraikan,maka terhurailah ia. 

Siapa sangka,siapa menduga,tembelang akhirnya pecah. Penat lelah atas segalanya sekelip mata dihancurkan apatah lagi kepercayaan.

Jangan lupa sejarah lampau,semua sejarah jadi pengajaran sebagai bekalan masa mendatang.

Mudah untuk jatuh hukum dekat orang TANPA usul periksa.

Mudah juga hukum orang.

Mudah juga untuk maki hamun orang.

Hidup ada aturan. Apa juga ada aturan yang perlu diikuti dan bukan dikhianati.

Ikut susun atur bukan ikut nafsu dan kepala sendiri.

DOA  itu makbul apatah lagi orang yang doakan itu dizalimi.

Buka hati seluasnya,lapang dada seluasnya FIKIR kenapa dan mengapa.

Fikir orang lain dan jangan penting diri.

Hari ni mungkin kita suka,esok belum pasti kita suka.

Tak dekat kita..dekat dengan keluarga kita.

Hidup ibarat R O D A.


Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...