Isnin, 30 Mac 2009

Bukit Tinggi / Padang

Salam,

Sempat juga aku abadikan gambar uncle aku yang baru pulang dari Bukit tinggi (bukan Klang tau)..

(gambar ini diambil di Padang dan telah dikirimkan melalui MMS pada hari Jumaat lalu)

(antara ole-ole dari seberang..terima kasih ye pak)

Selamat Bertunang Along & Sam

Selamat bertunang diucapkan buat Along dan Sam...dari Acik Zawal,Acik P-dah dan Arif Afif..Jangan tunggu lama-lama..banyak dugaannya hehehe..Dikesempatan ini,sempat juga Acik rakamkan beberapa snap foto..untuk dimuatkan di dalam laman blog ini..antaranya...

(Ketibaan pihak rombongan lelaki )

(sesi melihat cincin pertunangan)

(sesi menyarungkan cincin..sah!!!dah jadi tunangan orang)

(syukur Alhamdulillah..selesai semuanya)

(hai..bakal pengantin laki duduk kat luar je ke??...biasalah)

(antara barang hantaran dari pihak perempuan)

(i'm the macho man..awas...akan ku datang buat pemeriksaan nyamuk aedes)

(antara lauk-lauknya)

Ahad, 29 Mac 2009

Koleksi motor simpanan peribadi arif afif

Saje aje..taknak tunjuk...

Malam Mesra SMK Sultan Abdul Samad

Syukur,setelah sekian lama aku tidak berjumpa dengan guru-guru serta ayah angkat aku,pada malam ini tanggal 28 Mac 2009,aku berkesempatan menemui mereka.Tidak kurang juga,aku dapat berjumpa dengan anak murid persilatan aku..Sudah besar rupanya mereka..Nizam,Nizammuddin dan Razali...Ketiga-tiga mereka ini memang akrab dari zaman persekolahan lagi..Dari sudut meja tempat kami duduk (emak,emak mertua,adik,kakak ipar dan biras aku) duduk,kelihatan seorang lelaki sedang asyik mengambil gambar para hadirin yang hadir..Saja aku tak mahu tegur..al-maklumlah cameraman..he!he!Tapi setelah aku tengok line clear,aku  teur juga..Masih hebat!Masih gagah!Masih kacak!Itulah dia,Cikgu atau Ayah Tn.Hj.Rahmat...dari dulu sampai sekarang masih maintain..Tahniah dapat gelaran Guru Cemerlang...

(Buku aturcara Malam Mesra)

Syabas diucapkan kepada pihak SMK SAS,kerana telah berjaya mengadakan aktiviti sebegini,tapi janganlah banyak sangat ucapan..jenuh menunggunya..perut pun dah berbunyi...

(Ada ke Roy buat show malam ni??)

Akhirnya waktu makan sudah tiba...perhhhh!!!berebut wo!!kita beriya-iya beratur..tapi mereka ni..asyik tolak aje..Sabarlah...ikut barisan.Tapi lauk pada malam ini memang best..Cadangan akulah lain kali pihak sekolah buatlah secara hidang..letak aje atas meja..senang.Keadaan lebih terkawal..Pasti tak jadi buah mulut orang punya..

(Mak aku siap baca majalah lagi tu..mak mertua aku...macam ngantuk je..hehehe)

Banyak gak persembahan pada malam ini...semuanya dari pelajar-pelajar SSAS..Bagus..Tapi persembahan yang hebat adalah dari Roy..Layan wo bila dengarkan lagu "Ratnaku"..

(aksi bekas pelajar SSAS ketika mendendangkan lagu Ratnaku)

Biras aku ni..dari awal hinggalah tamat majlis asyik layan "malaysiakini.com" aje..serius wo  muka dia...

(apa ni..takde line pulak)

Yang lelaki ni,adik ipar aku...cool aje..mana tak cool...tunang kat sebelah..cover lah tu..nak kahwinlah tu...

(apa pandang-pandang!!!x$@%^^)

Akhir sekali ..aku berjaya menyanyi lagu sekolah aku..Bangga woooo..Anyway,kepada semua guru dan kakitangan SSAS.aku ucapkan tahniah dan syabas atas penganjuran majlis ini..Yang baik terimalah,yang lemah perbaikilah...

To Cikgu Zalina..thanks...

Selasa, 24 Mac 2009

Restoran Asam Pedas,Port Klang

Jika disebut akan Restoran ni,memanglah orang Port Klang tau...bila time makan,memang penuh..harga pun oklah..

Asam Pedas ikan semilang..perhhh

Macam-macam jenis ikan ada

Lauk pun banyak...

p/s: Apa pun asam pedas emak dan isteri tercinta jugak yang best.hehehehe

Memang sama..TAPI tak serupa...

Lokasi : Sekitar Restoran Asam Pedas paling popular di Port Klang...

Masa : Sekitar jam 12.00 t/hari...

Perodua Viva

                                                                                                                           

                                                                                                                                                                                                Proton Iswara Turbo

Cantiknya..bahagian 2

Konsep laman yang akan dipaparkan seperti di bawah nampak simple namun ada tarikannya yang tersendiri.Susunan batu-batu pun teratur..Sesuailah jika pemilik rumah ini bersama keluarga bersantai dihalaman rumah kediaman mereka...Akan tetapi,yang menariknya ada satu benda yang perlu diketengahkan..cuba anda lihat satu persatu..tidak nampak??ok..relax..tarik nafas dalam-dalam dan cuba lihat semula....haaa.kan dah nampak...benda bulat warna biru gelap...kat hujung sekali sebelah kanan anda..berhampiran tiang....nampak...apa kah dia???

Ahad, 22 Mac 2009

Cantiknya...


Tentu anda idam-idamkan mempunyai laman yang menarik sebegini..Jadi,jangan buang masa,ambil cangkul dan barang2 lain..mulakanlah..dsikit2 lama2 jadi kolam gak kan..

kain oh kain

walaupun jarang sekali keluar dengan hanya memakai kain pelikat,tapi sesekali nak pakai gak..tapi tak pasti arah tujuannya yang sebenar-benarnya..hanya empunya badan aje yang tahu..


Sabtu, 21 Mac 2009

Heli R-44

Tarikh : 21 March 2009. Lokasi ; Sungai Besi air Base menuju ke KLCC


Catatan khas buat teman : Jangan marah ye..

SEKADAR CANDID


Nilah dia tokey Kantin Sekolah M.E.S Telok Datok..he!he!jangan marah ye Encik Azhar..


Orangnya sopan aje..

Tapi bila time makan..tak ingat...

Jangan marah ye...

Minggu Kedua Kursus Haji


Syukur,selesai sudah kursus pada minggu ini.Hari ini ceramah disamapikan oleh Ybhg.Tn. Hj. Abd. Aziz Bin Mahmood (imam 2 Masjid Banting).Beliau banyak bercerita tentang pengalaman sewaktu di Kota Mekah tahun lalu..So,dapat lah sikit-sikit gambaranya..

Hari ini pembelajaran tertumpu kepada pengertian ibadah Haji.Beliau menjelaskan bahawa mengerjakan Haji itu adalah jihad.Banyak cabaran yang perlu ditempuhi,antaranya bakal jemaah haji akan menghadapi cuaca panas/sejuk,namun diingatkan bahawa walau apa pun keadaan cuacanya,haruslah redha..Tawakkal.Seteusnya menahan perasaan sabar dan melawan segala bentuk hawa nafsu, anggaplah dugaan dari Allah kepada hambanya seperti aku ini.Dan haruslah bertolak ansur.

AWAS!PEMANDU LORI KURANG AJAR..

LIHATLAH..BETAPA BIADAPNYA LORI-LORI INI..DAHLAH KAT PAPAN TANDA TU TERTULIS "KENDERAAN BERAT IKUT KIRI"KLANGSUNG TAK DIENDAHKAN.SIAP LUMBA TU..BAWA MUATAN BATU-BATU HALUS..KENA CERMIN KERETA..BERDERAI..JIKA PIHAK BERKUASA TERBACA BLOG SAYA INI,SUDI-SUDIKANLAH AMBIL TINDAKAN,JANGAN BILA SUDAH ADA KES,BARU BEREBUT2 NAK BUAT KES..
RENUNG-RENUNGKAN dan SELAMAT BERAMAL...


LOKASI: BERHAMPIRAN BULATAN PULAY CAREY (HALA KLANG)
TARIKH: 20/MAC/2009 (JUMAAT)
MASA : SEKITAR 7:45 pagi


Kenangan Bersama ... Abah_2

Tahun: awal 80an

Lokasi: K’Sgor / Tg. Karang

Peristiwa: Menentukan giliran membaca majalah (bujal, utusan pelajar, etc) cara abah.[thank you Ajun! Tambah2lah kalau ada terkurang]

Maklumlah, adik-beradik ramai. Setiap makalah yang dibawa balik, pasti jadi rebutan anak2. Semua taknak beralah - terutama si Azhan dengan si Ajun!:-)

Cara abah menangani masaalah tersebut – cabutan undi!. Beliau mengambil beberapa batang lidi, dipatah2kan agar mempunyai panjang yang berbeza. Dipegang pada satu hujungnya, agar pada hujung yang satu lagi, kelihatannya lidi2 tersebut sama panjang. Cabutan undi bermula! Yang dapat paling panjang – biasanya dapat baca makalah dulu! Yang lain, kena tunggu turn atau cuba ‘merasuah’ - gula2 / air kotak haha.

[biasanya, abah bagi ‘hint’ kat aku untuk ambik lidi yang paling panjang. Kini setelah kufikirkan, reason being abah buat gitu sebab aku masih belum boleh membaca, sekadar tengok2 gambar- cepat jer aku boring. Lagi satu, aku lah yang paling kuat melalak, masa itu, haha]

Pengajaran: Keadilan & kesaksamaan perlu ditegakkan di mana2 jua.

Additional Notes:Adil tak semestinya bermaksud saksama! Sebagai contoh, seekor harimau makan anak kambing! Secara ‘adil’nya, sekiranya ada seorang ‘hakim’ ingin menjatuhkan hukuman yang ‘adil’ – bapak kambing perlu makan anak harimau pulak! Kelakar kan! Ini yang dimaksudkan, adil tapi tak saksama! Ilmu logik manusia, tak mampu menandingi Ilmu ALLAH. Subhanallah...

Benarlah kata orang tua-tua dahulu..

Berbudi kepada tanah..memanglah nampak hasilnya.Tak kiralah tanah kita tu luas atau kecil,tanah yang ada dihalaman rumah pun boleh juga.Pokok pangkalnya usaha dan tawakal.Tak percaya?Lihatlah foto di bawah..baru 2,3 bulan aku tanam.dah nampak hasinya.Alhamdulillah,hingga catatan ini dibuat,aku dan keluarga dah merasakannya.Sekarang aku tanam cili pula,pun dah nampak hasilnya juga dan sekarang juga tengah tunggu pokok tembikai aku menjalar dan berbuah..Syukur..Dalam keadaan ekonomi sekarang ni ada baik juga jika buat sesuatu.Jimat sikit..

KENANGAN BERSAMA PAK ANDAK-PART 2

Inilah dia Tuan Haji Mohd. Hamid Bin Haji Abdul Kadir,senantiasa tersenyum walau apa jua keadaan..

Jumaat, 20 Mac 2009

Kenangan Bersama ... Pak Andak

Tahun: 1984

Lokasi: Klang

Peristiwa: Abah admitted kat Hospital Klang – accident kat shah alam ... sambungan.

Emak & aku menumpang rumah Pak Andak (somewhere kat pandamaran, kut?). Saban pagi & petang, Pak Andak akan menghantar / mengambil aku & emak dari Hospital Klang lama. Kesian Pak Andak & Mak andak ... kelelahan mereka. Aktiviti kekeluargaan mereka (berpiknik, camping, balik kampung, shopping etc) turut terganggu...

Ada 1 day, Pak Andak & family (masa tu hanya ada Qistina) – balik ke Kuala S’gor – ada kenduri. Campur aku – dalam keta (Toyota DX, kalau tak silap) ada 4 orang. Masa nak balik, ada neighbour Pak Andak nak tumpang balik Klang. Mereka – berenam (6 orang). Jadi, ada 10 orang dalam kenderaan tsbt, balik ke Klang. Sendat!. Satu pengalaman yang menarik! Aku & mak Andak tersenyum2. Hingga kini, aku tersenyum bila mengingat kembali peristiwa tsbt. 10 orang dalam kereta! Susah nak imagine, kan? Tapi, Pak Andak Boleh!!! Cayalah!
(Pak Andak sekeluarga kemudian berpindah ke Andalas dan memiliki pel/berbagai jenis kenderaan)

Pengajaran: Membantu mereka yang dalam kesusahan, dengan ikhlas, insyaallah – ALLAH akan membalas usaha kita. Itu yang lebih baik.

Terima kasih Pak Andak! Juga semua yang berpenat-lelah menjaga arwah abah semasa di hospital. Hanya ALLAH dapat membalas budi baik anda. Halalkan makan-minum kami, juga ‘kesengsaraan’ yang dihasilkan oleh kami.

Khamis, 19 Mac 2009

SELAMAT HARI LAHIR TUAN HAJI HAMID B. HAJI ABDUL KADIR

Satu jamuan makan kesyukuran telah diadakan oleh kakitangan CCM Chemicals Port Klang Warehouse sempena menyambut hari lahir beliau di Boston AEON Bukit Tinggi Klang pada17hb 3 2009 jam 5.00 petang.(walaubagaimanapun beliau juga yang membayarnya)...he!he!

berselera betul si bahar dan shahrul ni..


wahh..beselera betul pak andak..gaut tu...

Ahad, 15 Mac 2009

kenangan terindah,tanpamu siapalah aku..

al-fatihah untuk arwah abah....

gambar persandingan abah dan emak.

SELAMAT JALAN DAN SEMOGA BERTEMU LAGI



Seronoknya dia...







Selamat jalan makcik,semoga selamat sampai.kirim salam dekat keluarga di Kuching

catatan ku-episod 1

syukur,hari ni dapat pergi kursus haji sesi 1 dimasjid banting.sekiranya ada rezeki,tahun nilah akan pergi ke tanah suci,jadi mahram emak..harapan agar semua berjalan dengan lancar.bagus gak pengurus th yang baru ni,siap beri tarikh penerbangan pertama lagi,tapi apa pun,aku masih menanti..doakanlah ye.aku akan galas tanggungjawab yg diamanahkan kpd aku dgn sebaik mungkin.

Jumaat, 13 Mac 2009

hari ini dalam sejarah,13 mar 09,akan dikenang




abang vs adik



lontar dik

lihatlah,betapa akrabnya kami,kami pun gaduh gak,tak percaya,lihatlah score aku,adik aku ni dah benganglah tu..

Khamis, 12 Mac 2009

Ayam Den Lopeh

Jom nyanyi ...

Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh
ai ai ayam den lapeh

Mandaki jalan Pandaisikek
Basimpang jalan ka Biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah
ai ai ayam den lapeh

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh
Tabanglah juo nan karimbo
Oilah malang juo

Pagaruyuang Batusangka
Tampek bajalan si urang Baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo
ai ai ayam den lapeh
ai ai ayam den lapeh

Selasa, 10 Mac 2009

SALAM DARI ZAWALAJAM HJ MASHOD

Penghargaan kepada abangku Azhan hj Mashod,Selamat Datang dan Terima Kasih kerana sudi menjadi salah satu dari penggodam dalam blog aku ini..Kepada Ma'de, welcome..

Kenangan Bersama ... Abg. Ndol_1

Tahun: 1984

Lokasi: Hospital Klang (Lama)

Peristiwa: Abah admitted kat Hospital Klang – accident kat shah alam. Selama lebih sebulan, aku diminta menemankan arwah di wad (wad 3 masa tu) – bergilir dgn emak. Abang Ndol juga ambik turn menemankan abah.

One day, selepas ‘shift’ Abg. Ndol habis, emak memberi sedikit wang kepada kami - untuk sarapan dan tambang bas Abg. Ndol. Emak memesan padaku, jangan ambil balik wang baki!. Selepas habis bersarapan, Abg. Ndol ajak menemankannya ke stesyen bas. Abg. Ndol memulangkan semua baki wang padaku dan berkata, “...kau lebih memerlukannya”. Sebagai budak 12 tahun, aku menyimpan wang baki ...

Pengajaran: Membantu mereka yang dalam kesusahan, dengan ikhlas, insyaallah – ALLAH akan membalas usaha kita. Itu yang lebih baik.

Terima kasih Abg. Ndol! Juga semua yang berpenat-lelah menjaga arwah abah semasa di hospital. Hanya ALLAH dapat membalas budi baik anda.

Kenangan bersama...paman sam_1

Tahun: Tak ingat (1989 kut!)

Lokasi: Taman Sri Teluk Datuk

Peristiwa: paman Sam membelikan Uji & Agus (dan mungkin untuk beberapa orang lain) raket badminton berjenama Yonex. Mahal gitu. aku bertanya, "kenapa belikan raket mahal juga untuk uji?". beliau menjawab, "uji pun anak dia". aku terharu.

Pengajaran: Peristiwa ini (juga beberapa peristiwa lain) membuatkan aku terasa semua sepupu adalah adik-beradik ku juga. Kasih sayang yang G1 berikan tidak terbatas untuk anak masing2, tetapi kepada semua anak buah mereka.

Kenangan bersama...abah_1

Tahun: Tak ingat (1980 kut!)

Lokasi: Rumah di Batu 2

Peristiwa:Abah meminta aku menunjukkkan padanya, apa yang ada didalam pencil-case aku. terkejut - kerana pemadam pensel tak ada. bila ditanya padaku, aku jawab - kawan pinjam dan hilangkan. aku ditegur agar menjaga barang2ku sebaik-baiknya. kerana, biarpun pemadam itu berharga 10 sen, ianya tetap menggunakan wang!

Pengajaran: Aku lebih perihatin menjaga alat2 tulis aku semenjak itu. malah, kedai menjual stationary bagi ku, mempunyai tarikannya yang tersendiri. aku selalu singgah melihat2, sekiranya berkesempatan.

Selamat datang kepada diri sendiri!!!

Saya tak pandai buat blog sendiri, n tak pandai nak maintain.
cuma, kat sini, plan nak share to everyone, something useful lah.
thanks uji krn create blog ni.

JUGA TOLONG KLIK KAT SINI