Jumaat, 20 Mac 2009

Kenangan Bersama ... Pak Andak

Tahun: 1984

Lokasi: Klang

Peristiwa: Abah admitted kat Hospital Klang – accident kat shah alam ... sambungan.

Emak & aku menumpang rumah Pak Andak (somewhere kat pandamaran, kut?). Saban pagi & petang, Pak Andak akan menghantar / mengambil aku & emak dari Hospital Klang lama. Kesian Pak Andak & Mak andak ... kelelahan mereka. Aktiviti kekeluargaan mereka (berpiknik, camping, balik kampung, shopping etc) turut terganggu...

Ada 1 day, Pak Andak & family (masa tu hanya ada Qistina) – balik ke Kuala S’gor – ada kenduri. Campur aku – dalam keta (Toyota DX, kalau tak silap) ada 4 orang. Masa nak balik, ada neighbour Pak Andak nak tumpang balik Klang. Mereka – berenam (6 orang). Jadi, ada 10 orang dalam kenderaan tsbt, balik ke Klang. Sendat!. Satu pengalaman yang menarik! Aku & mak Andak tersenyum2. Hingga kini, aku tersenyum bila mengingat kembali peristiwa tsbt. 10 orang dalam kereta! Susah nak imagine, kan? Tapi, Pak Andak Boleh!!! Cayalah!
(Pak Andak sekeluarga kemudian berpindah ke Andalas dan memiliki pel/berbagai jenis kenderaan)

Pengajaran: Membantu mereka yang dalam kesusahan, dengan ikhlas, insyaallah – ALLAH akan membalas usaha kita. Itu yang lebih baik.

Terima kasih Pak Andak! Juga semua yang berpenat-lelah menjaga arwah abah semasa di hospital. Hanya ALLAH dapat membalas budi baik anda. Halalkan makan-minum kami, juga ‘kesengsaraan’ yang dihasilkan oleh kami.

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...