Sabtu, 21 Mac 2009

Kenangan Bersama ... Abah_2

Tahun: awal 80an

Lokasi: K’Sgor / Tg. Karang

Peristiwa: Menentukan giliran membaca majalah (bujal, utusan pelajar, etc) cara abah.[thank you Ajun! Tambah2lah kalau ada terkurang]

Maklumlah, adik-beradik ramai. Setiap makalah yang dibawa balik, pasti jadi rebutan anak2. Semua taknak beralah - terutama si Azhan dengan si Ajun!:-)

Cara abah menangani masaalah tersebut – cabutan undi!. Beliau mengambil beberapa batang lidi, dipatah2kan agar mempunyai panjang yang berbeza. Dipegang pada satu hujungnya, agar pada hujung yang satu lagi, kelihatannya lidi2 tersebut sama panjang. Cabutan undi bermula! Yang dapat paling panjang – biasanya dapat baca makalah dulu! Yang lain, kena tunggu turn atau cuba ‘merasuah’ - gula2 / air kotak haha.

[biasanya, abah bagi ‘hint’ kat aku untuk ambik lidi yang paling panjang. Kini setelah kufikirkan, reason being abah buat gitu sebab aku masih belum boleh membaca, sekadar tengok2 gambar- cepat jer aku boring. Lagi satu, aku lah yang paling kuat melalak, masa itu, haha]

Pengajaran: Keadilan & kesaksamaan perlu ditegakkan di mana2 jua.

Additional Notes:Adil tak semestinya bermaksud saksama! Sebagai contoh, seekor harimau makan anak kambing! Secara ‘adil’nya, sekiranya ada seorang ‘hakim’ ingin menjatuhkan hukuman yang ‘adil’ – bapak kambing perlu makan anak harimau pulak! Kelakar kan! Ini yang dimaksudkan, adil tapi tak saksama! Ilmu logik manusia, tak mampu menandingi Ilmu ALLAH. Subhanallah...

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...