Sabtu, 21 Mac 2009

Minggu Kedua Kursus Haji


Syukur,selesai sudah kursus pada minggu ini.Hari ini ceramah disamapikan oleh Ybhg.Tn. Hj. Abd. Aziz Bin Mahmood (imam 2 Masjid Banting).Beliau banyak bercerita tentang pengalaman sewaktu di Kota Mekah tahun lalu..So,dapat lah sikit-sikit gambaranya..

Hari ini pembelajaran tertumpu kepada pengertian ibadah Haji.Beliau menjelaskan bahawa mengerjakan Haji itu adalah jihad.Banyak cabaran yang perlu ditempuhi,antaranya bakal jemaah haji akan menghadapi cuaca panas/sejuk,namun diingatkan bahawa walau apa pun keadaan cuacanya,haruslah redha..Tawakkal.Seteusnya menahan perasaan sabar dan melawan segala bentuk hawa nafsu, anggaplah dugaan dari Allah kepada hambanya seperti aku ini.Dan haruslah bertolak ansur.

1 ulasan:

Mohammad Khairul Dato’ Abd Samad PJK berkata...

di doakan dapat haji yg mabrur..doa kan kwn2 smoga dpt gak g 1 ari nanti..insyaallah

1001 makna...

Foto-foto ini aku ambil sewaktu sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 41 pada 25 Disember 2014 yang lalu.. Entah kenapa aku suka ambil ga...