Selasa, 21 April 2009

Aku,Kamu dan Solat


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kali ini penulis ingin berbicara tentang solat pula..Janganlah kata penulis ni alim..tidak,sekadar ingin berkongsi apa yang penulis dapat..Kan lebih afdal jika ilmu tu dikongsi bersama..anda dapat pahala,penulis pun dapat gak,Alhamdulillah....Solat...nampak mudah untuk mengerjakannya tapi sukar untuk dilaksanakannya..lebih2 lagi waktu Subuh,liat sungguh untuk bangun..bukan kata anda sahaja,malahan penulis sendiri akui bahawa kadang2 pun terlajak gak..(Ya Allah,ampunilah aku,sesungguhnya dikau maha pengampun)..Pernahkah anda berkata "kejap je lagi","masa ada lagi,sambung lagi"dan pelbagai alasan diutarakan..namun pernahkah kita terfikir,dalam sekejap lagi tu...kita sudah tidak bernyawa lagi??Pernahkah kita terfikir bahawasanya Allah tidak pernah berkata "kejap je lagi" apabila kita pohon atau hajatkan sesuatu??Tentu jawapannya TIDAK,malah Allah perkenankan juga permohonan hambanya itu..lambat atau cepat sahaja..tu pun bukan apa,sekadar cuma menduga kesabaran hambanya itu..sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..Allah hu akbar...

Jika difikir,direnung,dihayati,ditimbang....kita ini ibaratkan "kacang lupakan kulit"..apakan tidak,masa susah kita solat banyak2,doa banyak2..malah bila dah senang semua hilang..apakan lagi mengucapkan syukur...Allah hu akbar..ampunilah kami ya Allah..

Punyalah cantik susun atur solat itu..Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isya',namun kita masih lagi tidak mengendahkannya..kekadang tengok mood pula..tengok masa kita pulak tu..tahu sibuk,tapi apalah salah luangkan sedikit masa(tak sampai 1/2 jam pun)untuk Allah..ni tidak,tengok cerita hindustan yang 2 jam boleh lagi terpacak depan tv..walhal lupakah kita,lalaikah kita,taktaukah kita bahawasanya Allah sedang menanti kita,menanti doa dari kita..tapi kita.....LUPA,LALAI,ALPA....masya Allah...hinanya diri kita ini..Sesibuk mana pun diri kita (termasuk penulis) janganlah kita abaikan tanggungjawab kita pada yang SATU...ALLAH

"Dan dirikanlah solat.sesungguh solat itu mencegah kemungkaran"

"Ya Allah ya tuhan kami,Janganlah jadikan kami (sasaran) godaan bagi orang yang tiada beriman..Dan ampunilah kami,Tuhan!Sesungguhnya Kaulah yang Maha Perkasa,Yang Maha Bijaksana" (qs Al-Mumtahanah 60:5)

Pernahkah kita juga terfikir kenapa solat Subuh itu 2 rakaat?Zohor 4 rakaat?Asar 4 rakaat?Maghrib 3 rakaat?Isya" 4 rakaat?

Jawapannya:-

Solat Subuh 

Nabi yang pertama sekali solat fardhu Subuh ialah Nabi Adam as. tatkala baginda keluar daripada syurga. Melihat akan zulmah (kegelapan), Nabi Adam as. menjadi takut yang amat sangat. Di kala Subuh dan pecah (terbit) fajar, solatlah Nabi Adam as. dua rakaat 


Rakaat pertama bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana dilepaskan daripada kelam (kegelapan) 
Rakaat kedua bermaksud syukur Nabi Adam as. kerana kembali siang hari (terbit fajar) Solat Zuhur 
Firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 102 dan 103 

[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar" 

[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami) 

Nabi yang pertama sekali yang menunaikan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim as. tatkala keluar perintah Allah swt. yang menyeru Nabi Ibrahim as. menyembelih anakandanya Nabi Ismail as. Datangnya perintah Allah swt. pada ketika gelincir (sedikit) matahari. Maka bersolatlah Nabi Ibrahim as. empat rakaat 

Solat Zohor


Rakaat pertama bermaksud syukur bagi penebusan 
Rakaat kedua bermaksud membukakan (meleraikan) dukacita anakandanya 
Rakaat ketiga bermaksud menuntut keredhaan Allah swt. 
Rakaat keempat bermaksud sebab diberi penebus (tukar ganti) yang amat besar seperti mana firman Allah swt. di dalam Surah As-Saaffaat ayat 107 

[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan (kibasy) yang besar; 
Nota: Kibasy yang dibawa turun daripada syurga iaitu kibasy Habil 

Solat Asar 

Nabi Yunus as. adalah nabi yang pertama sekali menunaikan solat Asar ketika Allah swt. mengeluarkan baginda daripada perut ikan Nun ibarat burung yang tidak berbulu. Keadaan Nabi Yunus as. ibarat berada di dalam empat kelam 

i. Kelam zulmah kesalahan 
ii. Kelam airnya 
iii. Kelam malam 
iv. Kelam perut ikan 


Ketka Nabi Yunus as. berjaya keluar daripada perut ikan Nun pada waktu Asar dan bersolatlah Nabi Yunus as. sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. daripada terlepasnya empat zulmah (kegelapan) itu tadi 

Solat Maghrib 

Solat Maghrib adalah solat Nabi Isa as. tatkala baginda diangkat oleh Allah swt. daripada kaumnya. Pada waktu itu matahari telah jatuh (maghrib) 



Rakaat pertama bermaksud menafkan adanya tuhan selain daripada Allah swt. 
Rakaat kedua bermaksud menafikan tohmahan terhadap bondanya, Mariam daripada dituduh kaumnya 
Rakaat ketiga bermaksud memberi bukti tuhan itu satu iaitu Allah swt. Kerana dengan ini juga kedua-dua rakaat dia atas itu saling berhubung. Manakala yang ketiga itu tinggal sendirinya

Solat Isya 


Nabi Musa as. adalah nabi yang pertama menunaikan solat Isya tatkala baginda sesat sewaktu keluar daripada negeri Madyan (perbatasan Hijaz dan Syam). Pada saat itu juga isteri Nabi Musa as., Shafura (anakanda Nabi Syu’aib as.) berada di dalam keadaan berdukacita dan begitu juga saudaranya Nabi Harun as. turut di dalam keadaan berdukacita, musuh Nabi Musa as., Firaun turut berdukacita berserta beberapa orang anaknya. 

Maka dilepaskan oleh Allah swt. mereka daripada keadaan dukacita dengan janjNYA dan berlaku pada waktu Isya yang akhir. Maka solatlah Nabi Musa as. sebagai tanda syukur terlepas daripada segala bentuk dukacita yang empat itu. 

Pada riwayat yang lain ada juga menyebut solat Subuh itu solat Nabi Adam as., solat Zuhur itu solat Nabi Daud as., solat Asar bagi Nabi Sulaiman as., Nabi Ya'akub solat Maghrib dan Isya itu solat Nabi Yunus as. 

Dipetik dari Kitab "Mun-Yatul Mushalli" Sheik Daud Al-Fathani, halaman 73 sehingga 75.

Jadi kesimpulannya..anda sendiri yang dapat menjawabnya..Sesungguhnya yang baik dan indah itu datangnya dari Allah,dan yang buruk itu dari saya sendiri..Maaf sekali lagi,TIDAK berniat untuk menyakiti hati dan perasaan anda,namun sekadar renungan kita bersama..Maka marilah kita bersama-sama menadah tangan pohon keampunan dari Nya...

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

Al-Fatihah...

Tiada ulasan:

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...