Rabu, 15 April 2009

ketenangan jiwa

ketenangan jiwa adalah perkara yang sangat penting bagi kehidupan seseorang dimuka bumi ini.Dengan ketenangan jiwa,timbulah perasaan tenteram,puas apa yang diperolehi,tidak kecewa mengenai diri sendiri serta selalu menaruh harapan terhadap masa depan.memperolehi ketenangan jiwa adalah ibarat kebahagiaan dan kejayaan sudah dapat dicapai.oleh yang demikian,kita semua perlu mendapatkan kebahagiaan dAN KEJAYAAN MELALUI KETENANGAN JIWA.SEBAB ITU,KETENAGAN JIWA MESTI DICARI. NAMUN, JELAS HAKIKI MENCAPAINYA IALAH MENGIKUT CARA ISALAM.
  jiwa adalah hakikat diri seseorang.manusia terdiri daripada dua bahagian,iaitu zahir dan batin ataupun bahagian yang nampak (tubuh) dan yang tidak nampak (roh).mengenai roh,Allah s.w.t telah menerangkan-nya dalamsurah al-isra' ayat 85 yang bermaksud,"dan mereka menanyakan tentang roh.katakanlah roh itu urusan tuhanku,dan tidaklah kamu diberi ilmu pengetahuan melainkan hanya sedikit sahaja daripadanya iaitu apa-apa yang diberitahunya 
kepada kita.ini adalah kerana ia adalah hal yang ghaib,yang kita tidak dapat kesani melalui pancarindera kita.
  SEBAB INILAH KITA MESTI KEMBALIKAN KEPADA ALLAH S.W.T MELALUI FIRMANNYA DALAM AYAT 172 SURAH AL-A'RAF YANG BERMAKSUD:DAN INGATLAH KITA TUHANMU MENGELUARKAN ZURIAT ANAK CUCU ADAM DARIPADA SULBI MEREKA,DAN DIPERAKSIKAN KE ATAS JIWA MEREKA.BUKANKAH AKU INI TUHANMU.MEREKA MENJAWAB:BETUL,KAMI MENYAKSIKANNYA.SEMOGA HARI KIAMAT NANTI KAMU KATAKAN: SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH LENGAH TERHADAP HAL INI.
  SEJAK AZALI LAGI,ROH KAMU TELAH MEMBUAT PERJANJIAN DENGAN ALLAH BAHAWA KITA INI ADALAH HAMBA KEPADANYA.HAKIKATNYA SEBENARNYA ADALAH KITA HAMBANYA.OLEH ITU KITA HARUS BERPEGANG PADA PERJANJIAN ITU,INI BERMAKNA KITA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIPAN KITA.KITA MENGHADAP DIRI KITA KEHADRAT ALLAH S.W.T ADALAH BErERTI 
kita berusaha menempatkan diri sendiri dalam keadaan semulajadi. kita sebagai mana kita diciptakan oleh allah s.w.t iaitu tetap patuh kepada perintah dan tunduk semata-mata kepada allah s.w.t dantidak kepada yang lain.menempatkan diri kehadrat allah s.w.t juga diterangkan oleh allah dalam surah adz-dzariyat ayat 56 yang bermaksud:'dan tidaklah aku (allah) menciptakan jin dan manusia melainkan dia mengabdikan diri kepadaku.
  mengabdikan diri kepada allah bererti kita meletakkan diri kita ke dalam fitrah yang dengan kita dapat menggelakkan diri dari terganggu ketenangan jiwa kita.mengabdikan diri kepada allah ialah kita hendaklah melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.secara lahiriah,kita tidak puas kerana kebebasab kita terhad,jiwa kita akan dapat memperolehi ketenagan.kita akan berasa puas akan apa yang terjadi kerana kita dapat tunjuk kepadanya.ketenangan seperti inilah yang merupakan ketenagan yang bermakna dan berpanjangan.justeru itu allah akan membalas apa yang dilakukan oleh manusia di muka bumi ini,pada hari kiamat kelak.Orang yang ingkar akan dimasukkan ke dalam neraka dan orang yang bertakwa akan di masukkan ke dalam syurga.
  ini telah diterangkan dalam surah al-haj,ayat 19-23 yang bermaksud:inilah dua orang yang ingkar yang berlawan-lawan tentang tuhan mereka.maka,orang yang kafir akan dibuatkan bagi mereka pakaiaan dari apai neraka.disiramkan dari atas kepala mereka air panas yang menghancur luruh dengan apa-apa yang beradadi dalam perut berserta kulit.dan bagi mereka cambuk-cambuk dari besi,setiap kali mereka hendak keluar daripadanya lantaran kesengsaraan maka kami kembalikanya ke dalamnya,dan rasakan azab yang membakar ini.sesungguhnya allah memasukkan orang yang beriman dan beramal soleh syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.padanya dia dilingkungi hiasan berupa gelang-gelang dari syurga dan juga mutiara-mutiara.sedangkan pakaian mereka di dalamnya adalah `sutera'.apabila kita diceritakan tentang azab neraka,maka kita akan takut dan ini merupakan ancaman kepada kita.tetapi apabila kita diceritakan mengenai nikmat syurga maka inilah yang akan menenangkan jiwa kita.
  usaha-usaha dalam mencari ketenangan jiwa adalah sia-sia saja.ketenangan jiwa yang sebenarnya tidak akan diperolehi selagi jiwa itu tidak benar-benar tenang secara asli,iaitu terselamat dari ancaman allah.ketenangan yang dibawa oleh islam adalah ketenangan yang sebenar-benarnya berupa ketenangan jiwa yang mendasar hingga keakar umbi jiwa kita.

1 ulasan:

Fadhlah berkata...

wah....ketenagan dengan sembahyang..amin

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...