Lama-kelamaan ahli mula bertambah menjadi 6 orang,aku,Mohd Noor Jaafar (sekarang kat Maybank Banting),Khairul Yusri Yazid (sekarang di NSTP),Kamaredza Mizan (sekarang di Tabung Haji Tanjung Karang)Akhmal (arwah,beliau teribat dalam kemalangan)dan Bujal (nama samaran,lokasi,aku tidak dapat pastikan)..Kami pada ketika itu dilatih oleh Abang Shamsul (garang woo) dan sifu kami adalah Tuan Haji Rahmat...Dekat setahun lebih juga kami berlatih..hujan,panas..kami tempuhi juga...
Tahun 1992-1995,keahlian makin bertambah..dari beberapa orang menjadi 232 orang..kami lah otai..dan aku dipertanggungjawabkan untuk mengemudi pembelajaran dan pelajaran.Azam aku hendak membawa seni silat yang aku pelajari ini ke suatu tahap yang membanggakan.
Syukur,apa yang aku hajati dan pendamkan dan apa yang aku inginkan akhirnya menampakkan hasilnya apabila aku telah dilantik sebagai Jurulatih Kanan dan seterusnya aku mengembangkan sayap KUNTA ini dengan membuka cawangan di Daerah Klang..bermula sebagai mengadakan persembahan untuk orang-orang kahwin hinggalah membuat persembahan khas diraja untuk DYMM Sultan Selangor..Pada ketika ini,aku ada lebih kurang 30 pembantu jurulatih yang akan mengendalikan sesi latihan.Tapi,tanpa sokongan dari Tuan Haji Rahmat (yang kini aku panggil ayah),serta sahabat-sahabat aku,Mohd Noor,Khairul,Bulat,Kama dan arwah Akhmal....aku takkan berjaya melaksanakannya...
Sepanjang penglibatan aku dalam dunia ini,apa yang masih terpahat disanubari aku..sekitar tahun 1995..penyertaan ahli yang begitu menggalakkan membuatkan aku semakin bersemangat..sebut apa jua kejohanan silat olahraga,pasti aku akan menghantar pasukan aku.. walaupun bukan aku yang bertanding,namun apa yang aku serta sahabat-sahabat aku ajarkan kepada peserta,membuatkan...Aku PUAS!!!apabila peserta aku membawa pulang sekurang-kurangnya pingat Emas...
Namun aku tidak berhenti setakat itu sahaja,aku kembang dan kembangkan lagi sayap KUNTA dengan mendaftarkan persatuan aku ini di bawah Persekutuan Seni Silat Kebangsaan Negeri Selangor,dan diperingkat daerah Kuala Langat,aku telah dilantik selaku Penolong Setiausaha..di bawah bimbingan Arwahyarham Hamdan Tukiman.
Buat sahabat-sahabat serta ahli Persatuan Seni Silat KUNTA Malaysia,aku hanya dapat abadikan kenangan aku di dalam blog ini..Antara foto yang masih aku simpan buat tatapan keluarga aku,sahabat-sahabat aku serta rakan-rakan :-
(sebahagian dari pesilat KUNTA yang menghadiri Pra-Camping)
(Tok Guru,Ayah Guru serta Jurulatih Kanan & Pembantu Jurulatih)
(sesi mengecop logo KUNTA Malaysia)
(pembantu jurulatih wanita)
(sewaktu mengadakan persembahan)
ps: Salam kepada pesilat KUNTA,kunjungan ke blog saya anda amat dialu-alukan,dan saya berharap agar anda yang bergelar ahli KUNTA dapat menghubungi saya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan