Pada hari keberangkatan kami ke padang arafah..cuaca diawal pagi memang lain sekali..dingin sedinginnya..mulalah jiwa ni tak keruan..aku beristghfar banyak..mudah-mudahan dosa-dosa aku terampun..InsyaAllah..
(beginilah keadaannya..sejuk..dingin..awan mulai gelap)
(tidak berapa lama kemudian..hujan turun dengan amat lebatnya..Alhamdulillah..foto ni dari tingkat 7)
(lihatlah..betapa derasnya air)
(tidak berapa lama kemudian..hujan turun dengan amat lebatnya..Alhamdulillah..foto ni dari tingkat 7)
(lihatlah..betapa derasnya air)
Sepatutunya kami dijadualkan berlepas ke Padang Arafah selepas Zohor (kira-kira jam 12:40 t/hari),akan tetapi memandangkan hujan yang turun..maka terpaksa ditangguhkan sementara.dan kira-kira jam 4 petang,kumpulan pertama (4 buah bas),telah diarahkan untuk bertolak ke Arafah..aku masih belum lagi bertolak,tapi dah siap-siap ihram dah..BELUM niat aje..
(detik-detik ke Arafah)
Tak sampai 2 jam lepas bas pertama bertolak,dapat berita bahawa jalan menuju ke Arafah terpaksa ditutup sementara berikutan air hujan sudah mulai memenuhi permukaan jalan.MasyaAllah....aku masih lagi berdebar-debar.Pelbagai persoalan berkecimpung dalam sanu bari aku..namun aku tawakal sahaja...sambil berdoa dan berdoa..
Alhamdulillah..sekitar jam 7.oo malam,bas yang tersangkut tadi telah dibenarkan meneruskan perjalanan dan bas yang akan membawa kumpulan kedua..(kumpulan aku) pun telah tiba..Turin ke lobi dan menanti untuk arahan selanjutnya..
Alhamdulillah..sekitar jam 7.oo malam,bas yang tersangkut tadi telah dibenarkan meneruskan perjalanan dan bas yang akan membawa kumpulan kedua..(kumpulan aku) pun telah tiba..Turin ke lobi dan menanti untuk arahan selanjutnya..
(nak naik bas..jiwa masih berdebar-debar)
Tiba di Arafah kira-kira 2 jam..perjalanan yang lancar..perjalanan yang penuh dengan keinsafan..perjalanan yang penuh dengan memuji kebesaran dan kekuasaan Allah..kami bertalbiah..sepanjang perjalanan dan sepanjang waktu..Di Arafah keadaan gelap.Ini kerana pihak Bomba telah melarang menghidupkan sebarang bentuk punca kuasa elektrik,ditakuti berlaku kejadian yang tidak diingini.Habis tilam-tilam basah.alhamdulillah..ini bahagian kami..kenalah redha..
(khemah di Arafah)
(Basah dah)
(Basah dah)
Sebaik sahaja aku meletakkan segala beg,aku terus keluar khemah..nak tidur pun tak boleh..kat luar aku tunaikan solat Isya'..aku buatlah solat sunat..Makan..terus cari tempat untuk aku duduk dan muhasabbah diri...perhhh..memang lain...ditambahi pula dengan kesejukkan yang amat jarang kurasai..bayangkan aku cuma memakai ihram sahaja...ini bahagian aku..aku pasrah dan terima..aku teruskan ibadah aku...kat sini aku bayangkan masa kita dibangkitkan di padang Mayshar...tiada guna wang ringgit,harta benda.......hanya seorang diri terkapai-kapai.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan