sambungan dari episod yang lalu..terpaksa berepisod-episod pulak..bukan apa takut para pembaca BOSAN pulak..aku ni bukanlah nak menunjuk-nunjuk,sekadar nak kongsi pengalaman aku ni aje..dan tak tahu bila lagi aku boleh jejakkan kaki ke sana lagi..
Kat Kota Mekah ni,makanan dan minuman telah diurus aturkan oleh tukang masak Malaysia,aku akui walaupun citarasa Malaysia tapi sedikit sebanyak "lari" juga rasanya,maklum sahajalah,barang-barang untuk masak amat sukar sekali diperolehi disana,seperti santan..Tapi aku bersyukurlah ada juga makan..aku buat aku punya pendapat sendiri,jika nak makan aku makan,jika tak lalu...tak payahlah makan..kan best camtu,takdelah aku buat maca, sorang pak haji ni,haaa..aku cerita sedikit,bukan mengumpat..tapi sekadar renungan kita bersama.Pada suatu pagi tu,nak sarapanlah ni..ada sorang Pak Haji ni tahan family dia..ada patut dia kata "aahhh!!jangan makan mee-hoon bodoh tu"..Aku istigfar panjang...bukan apa,sepatutnya dia tahu dia kini berada di mana..itu rezki dari Allah..hendak taknak terima ajelah...Lepas itu apa yang jadi..paham-paham sendirilah..bak kata ustaz "bayar CASH"..na u zu billah...
Jika teringin sesangat nak makan masakan Malaysia,bolehlah pergi ke Restoran Dsaji,milik Felda.perhh.punyalah ramai umat..100% rasa Malaysia.harganya pun hehehe bolehlah tahan..cuba bayangkan,nasi goreng+ayam masak merah+air mineral harganya SR15..nak buat camne..selera punya pasal...
(Restoran dsaji-macam-macam menu Malaysia ada di sini)
Tu cerita pasal makan..kekadang je aku makan kat sini..bila teringin dan bila rindu kat masakan isteri...hahhahaa...Kat masjidilharam ni,setiap waktu aje pasti ada umat yang mengerjakan tawaf sunat..lihat foto kat bawah ni..ramai kan..Masya Allah...
ni cuaca tengah panas ni..matahari betul-betul terpacak di atas kepala.Namun kuasa Allah swt,lantai tu sedikit pun tak rasa panas..nak berpeluh pun aku rasa susah sangat.Begitulah kehebatannya...semakin panas dilangit..semakin ramai hamba Allah akan tawaf..
(Terpaksa pakai mask..ingatkan nak elak dari kena batuk dan selsema,kuasa Allah..kena juga,Alhamdulillah)
Pada kebiasaannya,selepas balik dari masjidilharam,dan selepas anto mak naik ke tingkat seven (7)aku akan turun semula..duduk ramai-ramai dengan kawan-kawan..duduk dikaki lima,perkara yang tak pernah aku buat kat Malaysia..aku buat kat sana..bercerita tentang apa yang berlaku disiang hari,apa nak buat esok hari dan macam-macam lagilah..sambil minum teh tarik tu..hahaha...nak tengok tv..siaran tv1 pun dah tamat...hampir 2 jam kami borak-borak.Lihat telatah manusia...kita raknyat Malaysia patut rasa bersyukur kerana lengkap segala-galanya.alhamdulillahhh

Tiada ulasan:
Catat Ulasan