Rabu, 28 Disember 2011

KFC ditawan!




alhamdulillah..setelah sekian lama HASRAT serta HAJAT aku untuk mengumpulkan adik-beradik aku untuk berkongsi rezeki dengan aku,akhirnya tercapai jua pabila tanggal 25 Disember 2011,kesemua 7 adik-beradik,15 orang anak buah (tapi sayang adik ipar aku serta mak tak dapat sertai,kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan)dapat berkumpul.Perancangan yang datang tiba-tiba ini akhirnya berjaya juga,tempatnya takdelah tempat mewah sangat,tapi bagi aku,itulah tu tak jadi masalah dan aku harap semua enjoy dan ikhlas memenuhi undangan aku.Lagi pun,inilah tanda terima kasih aku kepada mereka semua,kerana memberikan sokongan yang tak berbelah bahagi,baik masa aku susah mahupun ketika duit di dalam poket tinggal RM10.juga sokongan terhadap apa jua tugasan yang aku lakukan.
Agak terkejut juga Manager KFC BAnting tu,bila aku datang dan terus arahkannya buat sebaris meja panjang yang memuatkan 40 orang..namun pujian dan ucapan terima kasih aku berikan,layanan 1st class TAK MACAM PIZZA HUAT BANTING..hampeh...
Gamat sungguh suasana pada malam berkenaan,hilang keletihan kami semua.Owh..ye,terima kasih juga aku ucapkan kepada Hj.Fathulmubin dan keluarga yang "kebetulan"terserempak dengan kami..hehheeh..mula-mula tak mau juga..tapi,alhamdulillah,pelawaan aku disambut baik.
Sekali lagi aku merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga aku yang TELAH menghadirkan diri termasuk Kak Wan Hanisah,Abg Intan dan keluarga..Maaf,andaikata layanan serta tempat tidak memuaskan...LOVE U ALL

Tiada ulasan:

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...