Selasa, 20 Oktober 2009

AIR YANG DICINCANG..TAKKAN PUTUS


Semalam, sempat atau tak aku mesti bawa mak ke rumah makcik aku kat Kajang.Alhamdulillah,aku berjaya melaksanakan tugasan ini.Al-maklumlah,tinggal beberapa hari sahaja lagi kami di Malaysia ini..faham dengan situasi masing-masing,aku nekad juga,sebaik sahaja aku mendapatkan rawatan di Klinik di Pelabuhan Klang,aku terus pulang ke Banting untuk mengambil mak serta anak dan isteriku.gitu gini pukul 2 petang juga kami bertolak.Sebaik sahaja sampai,kami disambut dengan layanan yang amat baik sekali..Makcik Ros telah sedia menanti kehadiran kami sekeluarga di depan pintu rumahnya.air mata makcik serta mak,dapat ku gambarkan perasaan yang agak lain sekali.Walaupun kami tidak punyai hubungan darah atau kekeluargaan,namun hubungan kami sekeluarga tidak pernah renggang malah dah pun kami anggap seperti keluarga kami sendiri.
Walid,dari jauh ku lihat saling tak tumpah macam arwah Pak Cik Shah..namun kenangan hanyalah tinggal kenangan terindah sahaja.Keadaan di dalam rumah aku akui agak sepi juga tanpa kedengaran gelak tawa arwah Pakcik Shah.(semoga Allah menemptkan arwah bersama golongan orang yang beriman..amin)
Kepada Makcik sekeluarga,terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami,juga terima kasih di atas layanan yang amat baik sekali,serta kami pohonkan kemaafan zahir dan batin dari Makcik sekeluarga serta doakanlah agar perjalananan kami selamat pergi dan pulang,serta mendapat haji yang mabrur,InsyaAllah.

2 ulasan:

achon berkata...

Salam. Itulah yang akan berlaku jikalau hubungan siratulrahim dijalin berasaskan "keikhlasan hati". Insya Allah diberkati... Pada adindaku terima kasih kerana bawak emak jumpa Cik Rose....

-Your Big Brother

Amietz @ f.kay berkata...

macam kenal je dak kecik yg belah kanan tu haaa ... suka dia kemain ... bila tanya .. kakak pegi mana ?? ..kakak gi jalan .. gi jalan laaa ...

1001 makna...

Foto-foto ini aku ambil sewaktu sambutan Hari Keluarga Al-Bajuri kali ke 41 pada 25 Disember 2014 yang lalu.. Entah kenapa aku suka ambil ga...