Isnin, 29 Jun 2009

hari ini....

hari ini..aktiviti tak banyak yang dapat dilakukan.Sebelah pagi hingga ke malam penuh jemputan.Kat Taman ni aje ada 2 jemputan.Jemputan kahwin di rumah Cikgu Adnan dan cukur jambul cicit Hajjah Yon..Petang aku bergegas pula ke Taman Warisan Pertanian di Putrajaya membawa bonda hadir majlis perkahwinan anak buah nya..kira sepupu akulah tu..NAsib baik ada GPS..senang mencari tempat,nama aje aku tinggal berhampiran Putrajaya..jika takde hal memang tak pergi punya..Selepas hadiri majlis,aku ke SMK Sains Selangor untuk melawat anak buah aku yang menetap di sana,sapa lagi E-qen lah..Temujanji telah dibuat lewat malam tadi.Namun apa kan daya E-qen ketika aku sampai,dia telah pergi bersama gurunya ke SOGO..lantas aku pun pulanglah ke Banting semula..tak boleh tunggu lama sebab isteri kesayangan aku ni bila-bila masa aje akan bersalin..Malam ni pun ada lagi majlis di Seri Cheeding,majlis penyampaian hadiah dan jamuan makan Kejohanan Sukan Komuniti Dun Telok Datok..serba-salah gak,nak pergi atau tak..kang pergi,takut isteri aku nak bersalin pula...so..aku masih lagi dalam dilema..Tapi 81.5% aku tak pergi,tak mahu ambil risiko...

(Taman Warisan Pertanian,Putrajaya,menarik tempat ni..yang best semua ada kat sini)

(gambar kenangan adam dengan Tok Tam)

APA YANG BESTNYA KAT SINI,LEPAS AJE MAKAN TERUS KE SALAH SATU GERAI PERTANIAN.AMBIL AJE POKOK BUNGA YANG TELAH DISEDIAKAN.TANAH CAMPURAN PUN ADA JUGA DISEDIAKAN.APA LAGI..AKU PUN AMBIL LAH KESEMPATAN BERSAMA DENGAN PAK ITAM...

(PAK ITAM TENGAH MENGISI TANAH CAMPURAN KE DALAM BEG)

(HAAA..CUKUP KE NI)

LEPAS MAJLIS NI,AKU TERUS KE CHERAS..NAK TENGOK ANAK BUAH AKU YANG SORANG NI..

(sekolah menengah Sains Selangor)

TAPI HAMPAAAAAAA....ANAK BUAH AKU TIADA..SHOPPING UNTUK MAMANYALAH TU...

Catatan hari ini:-

Sepanjang majlis yang aku hadiri pada hari ini,ada rasa sedikit terkilan.Bukan apa,aku iya-iyalah nak salam dengan...........boleh aje selamba salam aku sambil angguk kepala.Banyak dah aku pergi ke majlis-majlis..sekurang2nya,sambutlah tetamu,jemputlah masuk,jemputlah makan..ni tak..macam orang bodoh aje aku..uncle aku perasan..dia pun nak salam terus tak jadi.bukannya tak kenal aku..bukannya tak kenal EMAK aku..bukannya tak kenal uncle aku.Aku bukanlah nak minta dilayan macam raja atau VIP..sekurang-kurangnya tunjuklah hormat kepada tetamu yang hadir sebagai tanda penghargaan kita hadir.Ni tak..kita beriya-iya nak pergi majlis dia..tapi dia buat kita ni macam minta sedekah pulak....Esok lusa mesti jumpa..alasannya mestilah "sorrylah tak perasan"ramai tetamu..aikkk..tetamu is tetamu..takkan bila aku tegur....sambil sebut nama  tak perasan kot....Makanan pula,BASI...mak aku sampai terpaksa keluarkan balik makanannya dari mulut dia....Apa kes....Aku yang nak menyumbang terus simpan balik duit tu..dari ikhlas terus jadi MENYAMPAH...kami makan pun makan kat meja luar(tempat orang berniaga)..kami terpaksa beli makanan dan minuman sendiri wooooooo....betul gak kata uncle aku "jika nak buat majlis besar2..pastikanlah cukup syaratnya"...entahlah..ragam manusia....

1 ulasan:

achon berkata...

Sabar je lah bro... Depa tak pi trainnging ESQ 165... kesian emak kan... bersungguh-sungguh dia nak pergi meraikan jemputan tu....

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...