Selasa, 30 Jun 2009

Manusia dan hasad dengki

Kenapa ramai manusia di dunia ini yang mempunyai perasaan hasad dan dengki? Kenapa ramai manusia di dunia ini yang cemburu dengan apa yang dimiliki oleh orang lain? Ada sesiapa yang mempunyai jawapan?

Hasad dengki timbul apabila rasa tidak puas hati bertukar menjadi amarah. Lalu perasaan untuk menjatuhkan dan merosakkan orang yang lain mula hadir dalam diri dan akhirnya membawa padah. Mungkin pada mulanya kepada orang yang dituju. Tetapi, mungkin juga kepada diri sendiri.

Mengapa timbulnya hasad dengki dalam diri manusia?
Mungkin kerana seseorang itu tidak dapat mencapai apa yang diingini. Mungkin juga kerana dia merasakan dia lebih berhak mendapatnya jika dibandingkan dengan orang lain. Atau mungkin dia merasa cemburu dengan kegembiraan orang lain. Mungkin kerana dia tidak boleh melihat orang lain lebih berjaya, gembira dan bahagia darinya. Atau mungkin kerana perasaan dengki dan busuk hati itu sudah sebati dalam dirinya. Lebih tepat jika dikatakan, dia tidak percaya bahawa setiap kejayaan dan kebahagiaan yang diperolehi oleh seseorang itu adalah anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah, yang mana pada suatu hari nanti dia juga akan memperolehinya. Betul?

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:

*Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain
*Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"
*Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.
*Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya
*Dia membantu kepada iblis laknatullah

Envy is a symptom of lack of appreciation of our own uniqueness and self worth. Each of us has something to give that no one else has. ~Elizabeth O'Connor



a melody from EdUE


sumber:juzlogon.blogspot.com

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...