rata-rata seluruh penduduk didunia ini meraikan hari bapa tidak berapa lama lagi......dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA juga buat bapa-bapa di dunia ini..
Bagi yang tidak berbapa seperti aku..hanya Al-Fatihah serta pahalanya sahaja yang dapat aku kirimkan,tanda kasih,sayang dan cinta juga rindunya aku kepada arwah abah..disaat aku menulis ini juga,tanpa aku sedari air-mata aku mula membasahi pipi aku..namun aku harus terima hakikat,bahawa Allah lebih sayangkannya....
Tak seperti adik-beradik aku yang lain..mereka sempat bermanja dengan arwah abah..aku..masih lagi kecil pada ketika itu..tidak tahu akan apa-apa..cuma yang aku tahu,abah sakit.terlantar dihospital klang..tak sempat nak bermanja lebih-lebih..dan tak sempat juga aku memberikan bakti aku kepadanya.
Zaman persekolahan aku,kekadang aje aku dijemput oleh abah..selebihnya,yang menghantar dan mengambil aku ialah abang aku,(acon) menaiki basikal copper...Aku hanya sempat bersekolah di Kajang tak sampai setahun pun..lepas pemergian abah,aku dan keluarga berpindah ke Banting hinggalah ke hari ini.
Abah tak sempat lihat anak-anaknya mendirikan rumah-tangga,tak sempat lihat akan cucu-cucunya..namun apakan daya...
Kekadang,ada juga dibenak hati aku berbisik.."abah aku rindukan mu"..hati aku juga menangis dan kadang-kala ada juga merasa cemburu bila lihat orang lain yang sebaya dengan aku,mempunyai abah..tapi apakan daya....
AL-FATIHAH
4 ulasan:
G, I missed my father too. Walaupun sempat "bermanja" dengan arwah Bapak, tapi sedih sebab tak dapat kongsi byk bende dgn dia. Result PMR pun tak sempat nak tunjukkan dia, sedangkan masa tu dia cukup bangga anak dia dapat masuk asrama penuh.
Al-Fatihah buat semua arwah, and be strong.
p/s: air mata ni pun dah takleh tahan dah ni..
G, seingat aku, arwah abah sering memberi perhatian, memanjakan & berbangga dengan anak ke-6 nya. Anak ke-6 ini mendapat protection daripada kenakalan abang2& kakak2nya, dari peringkat yang tertinggi - dari dirinya sendiri! Bila berkumpul dengan ahli keluarga (paman2), kisah anak ke-6 sering diutarakan. banyak jugak kisah2 yang aku masih ingat. berbanggalah dengan abah kita. redhalah dgn ketetapan Illahi. Kasih sayang emak, paman2, pakcik2 & makcik2 terhadap kita selepas itu pun amatlah besar ertinya. bakti kita pada yang telah pergi - sedekahkan ayat2 suci, dan amalan jariah. pada yang masih ada lagi, berbuat baiklah kepada mereka. mungkin kita tak dapat membuatkan mereka bangga, as long tidak membuatkan mereka kecewa akan kita, pun dikira sesuatu yang baik juga. we r proud of u.
~an
Hanya insan yg dah xde ayah je mampufaham perasaan sesama kita kan...
ALSO MISSED MY ABAH
al fatihah
Marilah bersama kita mengingati,mendoakan dan terus meyanjung tinggi peranan dan pengorbanan ayah2 kita,Insya Allah nanti anak2 kita pula akan mengingati,mendokan dan berkorban untuk untuk kita semua.InsyaAllah.
Catat Ulasan