Rabu, 6 Mei 2009

Apa nak jadi....

Salam..apabila terbaca kisah ini...apa perasaan anda?

Tiga beranak pilu tunggu jenazah mangsa ragut



RAZALI Ahmad memeluk dua anak tirinya, Puteri Norasikin Salleh dan Mohamad Khairi Ridwan Salleh ketika menunggu di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, semalam untuk menuntut jenazah isterinya, Jamilah Selamat (gambar kecil), yang menjadi mangsa ragut di Taman Mekar Air Hitam, Johor. Jamilah yang hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma tiga hari.



Wanita hamil diragut mati selepas 3 hari koma meninggal selepas diragut; Mangsa jatuh motosikal akibat beg tangan direntap dua lelaki

JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang mengandung dua bulan meninggal dunia semalam, selepas koma selama tiga hari selepas terjatuh daripada motosikal akibat diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya dalam kejadian di Taman Air Hitam, Air Hitam, Ahad lalu. 

Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kira-kira jam 7.30 pagi akibat kecederaan serius di kepala akibat terhentak di atas jalan. 

Suami Jamilah, Razali Ahmad, 41, berkata pada hari kejadian isterinya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebagai jurujual di kedai kraftangan di pekan Air Hitam ke rumah di Taman Mekar. 

Katanya, isterinya berhenti untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai di Taman Air Hitam dan selepas itu menunggang motosikal jenis Honda EX 5 bersendirian sebelum diragut dua lelaki yang juga menunggang motosikal. 

"Jamilah dikatakan terjatuh daripada motosikalnya dengan mukanya terhentak pada jalan. Seorang rakan abang saya yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki, terbabit melarikan diri manakala isteri sudah tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSA. 

Razali berkata, mereka mempunyai empat anak berusia antara 17 dan lima tahun hasil perkahwinan terdahulu dan Jamilah mengandung dua bulan selepas mereka berkahwin tujuh bulan lalu. 

"Saya mempunyai dua anak berusia 17 tahun dan 15 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertama yang meninggal dunia akibat barah, manakala Jamilah mempunyai dua anak berusia tujuh tahun dan lima tahun dengan suaminya terdahulu. Kami berkahwin selepas Aidilfitri lalu," katanya yang bekerja sendiri. 

Katanya, Jamilah pernah diragut pertengahan tahun lalu, di Jalan Johor-Air Hitam ketika menunggang motosikal dan turut kehilangan beg tangan yang diletakkan dalam bakul kenderaan itu. 

Sehubungan itu, katanya, seorang rakan mengajar Jamilah menyimpulkan tali beg tangan pada cermin sisi bagi mengelak kehilangannya akibat diragut. 

"Berdasarkan cerita rakan, motosikal Jamilah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi... ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal kenderaannya sebelum terjatuh," katanya. 

Razali berkata, arwah isterinya dibawa ke HSA daripada Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu, bagi menerima rawatan rapi tetapi gagal diselamatkan akibat kecederaan parah pada bahagian kepala serta muka. 

Katanya, jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hiitam, petang semalam juga.

Tentu sekali anda mempunyai perasaan kasihan dan bersimpati kepada keluarga mangsa.Bahkan anda juga panas hati dengan si peragut..Aku pun sama juga.Bayangkanlah kehidupan anak-anak kecil ini TANPA ibu mereka..lebih menyayat hati lagi 10 Mei akan datang ini merupakan sambutan Hari Ibu...Sedihnya...Lebih memilukan...anak yang berada di dalam kandungan turut menjadi mangsa...

Kepada si penjenayah ingatlah hukuman dan azab ALLAH adalah amat perit sekali.Kau mungkin didunia terlepas..diakhirat kau akan kena jugak..

Kepada para pembaca/pengunjung blog ini,marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatiha serta pahalanya buat arwahyarhamah....Al-Fatihah

Kepada para/pembaca/pengunjung blog ini,MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENADAH TANGAN POHON KEPADA ALLAH SWT AGAR SIPENJENAYAH INI DIKENAKAN HUKUMAN YANG SETIMPAL.Sepandai-pandai tupai melompat..akhirnya jatuh juga ke tanah..

Kepada keluarga mangsa,aku ucapkan salam takziah,Semoga tabah menghadapi dugaan ini.


1 ulasan:

Fadhlah berkata...

takziah juga...

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...