Khamis, 21 November 2013

Hj.Mohd Diah dalam kenangan..Al-Fateha

Dalam kenangan...

20 November 2013,sememangnya aku diuji lagi oleh ALLAH. Pukul 2 pagi seluruh anggota badan aku panas,tapi pada masa yang sama aku kesejukkan. ALLAH sahaja yang tahu apa yang aku alami.Sah aku "tumbang"setelah sekian lamanya. Mungkin faktor aku tak cukup rehat.
Seharian aku terlantar di katil.Terima kasih diucapkan kepada isteri serta anak-anak dan bonda yang menjaga aku.
Namun..jam 9 lebih aku terima panggilan dan makluman bahawa Haji Mohd Diah telah kembali kerahmatullah. Aku cuba untuk kuatkan diri,namun aku GAGAL.
Sebaik memaklumkan kepada kawan-kawan mengenai berita itu, aku mengelamun seketika,masih terngiang-ngiang ditelinga aku ini sewaktu Mesyuarat Agung Masjid As-Syarif tempoh hari,sewaktu arwah melangkahkan kaki memasuki perkarangan Masjid,aku sempat mengusiknya, " Haji,apa macam,pemegang ni dah siap dipasang".Arwah pada ketika itu,senuym kepada aku sambil berkata" Haa! Nasib baik kau dah pasang,kalau tidak malam ni,aku timbulkan lagi isu ini".Kami berdua bergelak sakan pada ketika itu.
ALLAH...walaupun jarak usia arwah dengan aku amat jauh bezanya,namun ianya tidak menjadi halangan bagi aku untuk bergaul dengan sesiapa sahaja. Nampak macam serius sahaja arwah,namun budinya amat baik sekali. Pemergian arwah,aku tak terkilan,sebab hajat serta hasratnya telah aku tunaikan.
 Pada pagi ini,walaupun aku masih tak berapa nak OK lagi,aku gagahkan jua pergi ziarah arwah,sempat aku membacakan Yaa-sin disisinya sebelum aku melangkahkan kaki menuju ke tempat kerja.Hanya itu sahaja yang terdaya dan termampu aku laksanakan....
.AL-FATEHAH, semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...