Khamis, 19 Mei 2011

Dah tiba masanya

Sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja pada hari ni (19/5/11).seperti kebiasaan kalau dalam kereta,aku akan mendengar radio,sudah pasti stesen radio yang panas,hotz fm ler,memang awal-awal pagi aku akan buka stesen ni,buat kan aku tak kering gusi mendengar telatah fbi,ag dan fafau,ada kala aku juga turut menyanyi,kalau lagu tu kena dengan jiwa aku lah,nak dapatkan mood di awal pagi ni memanglah susah,so,kenalah cari tune yag betul..
Aku bukan nak cerita tentang stesen radio ni,tapi stesen radio nilah yang buat aku tergamam seketika dan beriistigfar dan pohon keampunan dari Allah swt..
Berita apa?9 TAHUN LAGI BANDAR-BANDAR BESAR DI DALAM MALAYSIA INI AKAN TENGGELAM!Klang salah satu dari bandar tu,kalau dah klang tenggelam.tentulah jiran-jiran di sekeliling juga akan merasai kesannya.
Nak kata berita palsu,aku tak berani nak huraikan,sebab jika Allah swt berkehendakkan sesuatu,maka ia akan berkata,jadi,jadilah ia,TANPA menunggu walau sesaat pun.Allah Maha Besar.
Adakah bangunan-bangunan pencakar langit itu tanda-tanda awal kiamat?tanda-tanda kecil sekarang ni lun dah mula kelihatan,takkan kita masih tidak sedar lagi,Ya Allah,ampunilah aku serta keluarga aku.
Berbalik semula dengan cerita tenggelam ni,menurut pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM,paras air laut MENINGKAT setiap tahun bermula tahun 2004 lalu hinggalah tahun ini dimana purata 10cm setiap tahun.
Pada aku,kita semua telah sampai ke penghujungnya,kembalilah berpegang dengan Quran dan Sunnah..Sudahkah kita bersedia untuk menemui pencipta kita dengan amalan yang masih sikit,dengan diri yang dipenuhi dengan kekotoran akibat dosa-dosa kita selama ini?Ya Allah,sesungguhnya aku tak layak untuk masuk syurga Mu,dan aku juga tak sanggup ke neraka Mu.

Sent from Samsung tablet

Tiada ulasan:

Sulami Kasih

 Alhamdulillah,14 Oktober 2023 yang lalu,merupakan 1 kenangan yang terindah buat aku. 1 penghormatan dan penghargaan buat diri aku atas sega...