Sabtu, 21 Mei 2011

Allah Maha Mengetahui...

bukan semua cerita akan aku publish dalam laman blog aku,aku tau blog aku ini tak secanggih blog-blog yang lain,tapi bagi aku,biarkanlah,ada orang baca,aku ucapkan terima kasih,kalau tinggalkan komen lagi aku hargainya..kebanyakkan cerita dalam blog adalah berkisar suka duka perjalanan aku dimuka bumi ini,pahit manis akan aku kongsi bersama..
aku hari ni bukan nak bercerita tentang laman blog..akan tetapi kisah anak murid aku Mohd Adam Hafiz Abdul Rahman ,kini telah pergi meninggalkan aku serta rakan-rakan buat selama-lamanya,menuju ke satu alam yang baru...Al-fatihah...


Seawal pagi ni,seperti rutin harian aku,selepas solat subuh dan selepas menyelak helaian surah-surah al-quran,aku mengambil tablet aku,semak posting-posting terkini dari laman fb aku
aku terkejut bila baca dari wall ayahanda hj rahmat salihon ..terkedu juga aku dibuatnya...lantas aku pergi bersiap dan ke ssas untuk majlis yaasin dan tahlil arwah..Beliau dan bapanya telah dipergi untuk memasang jaring (jika tak salah)di Pantai Kelanang.namun sudah ketentuan daripadaNya,air pasang dan beliau serta bapanya lemas..aku difahamkan bahawa arwah sempat melambai-lambai menggunakan bajunya ke arah seorang wanita di sana,namun pada anggapan wanita itu,arwah hendak menguratnya..ye lah,superti yang aku katakan,sudah tertulis untuknya...walaubagaimanapun,arwah bapanya telah dijumpai oleh sekumpulan nelayan disitu,dan sehingga ini (sewaktu aku menulis)dikhabarkan bahawa jenazah arwah adam masih belum diketemui..aku berdoa agar jenazahnya dijumpai dan rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.insyaAllah..
Adam,panggilan rakan-rakan sekoolahnya,(sama nama macam putera aku),baru aku kenali pada tahun ini,akui tak berapa rapat,kerana arwah dicawangan SSAS,manakala aku pula akan memantau semua gelanggang SILAT KUNTA..ada kala,jika aku free,aku akan turun.Arwah banyak membantu aku serta rakan-rakan dalam special project aku,buat show sana-sini..beliau yang senantisa tenang buatkan cepat mendapat apa yang diajar.show terakhir,adalah di dewan AIM POINT,Sg Emas,beberapa bulan yang lalu,dan dari situlah aku dapat berbual mesra dengan semua anak-anak didik silat kunta,dan salah seorang daripadanya adalah arwah.dari situ juga aku tau bahawa beliau dahulunya dari sekolah SAMTAR Sg.Manggis dan telah bertukar ke SSAS.
Kami juga sempat bersama dalam program pra-camping,akhir bulan April lalu..seperti biasa..tenang dan muda tersenyum tetapi aku sifatkan dia seorang yang amat pemalu.
selaku big boss dalam kunta,aku amat terasa akan pemergiannya ini..al-fatihah...

Tiada ulasan:

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...