Sabtu, 29 Ogos 2009

sebak dihati...SIAPA yang tahu

Salam..best juga tajuk ni.."Sebak dihati..siapa yang tahu"..betul tak?Ada orang kisah?Jawapan..TAK..malah tak peduli pun..Peduli pun,hanya segelintir sahaja yang dapat fahaminya..Itulah dinamakan lumrah kehidupan..
Anak yatim...atau dalam erti kata lain anak yang TIADA ibu atau bapa...pernahkah kita tahu akan isi hati mereka?Apa yang kita tahu bila anak-anak ini tidak mempunyai ibu atau bapa maka anak-anak ini akan dihantar kerumah anak-anak yatim,lebih-lebih lagi bila ibu atau ayahnya yang masih hidup sudah tidak mampu untuk menjaga mereka ini.....Kesiankan..Aku..dahulu aku pun berstatus anak yatim juga,setelah pemergian arwah abah..tapi syukur al-hamdulillah aku dan adik-beradik aku TIDAK dihantar kerumah anak yatim.Emak serta seluruh pakcik-makcik akulah yang membesarkan aku dengan penuh kasih-sayang.
Walaupun hakikinya pada masa itu aku masih kecil lagi dan cuma tahu bila time nak raya dapat sumbangan dari pihak itu-ini NAMUN ada juga perasaan cemburu bila lihat anak-anak orang lain shopping raya bersama ayah atau ibunya.Sayu juga..namun aku pendamkan saja.Dan lebih sayu lagi bila time pagi raya...itulah dikatakan sebak dihati..siapa yang tahu...dalam bulan yang baik ni..cuba-cubalah cari anak yatim ni..mereka perlukan kita sebenarnya..banyak pahalanya..

kasih sayang dan berbuat baik terhadap anak yatim, perempuan, orang lemah dan miskin

33- باب ملاطفة اليتيم والبنات وسائر الضَّعَفة والمساكين والمنكسرين
والإِحسان إليهم والشفقة عليهم والتواضع معهم وخفض الجناح لهم

Bersikap Lemah-lembut Kepada Anak Yatim, Anak-Anak Perempuan Dan Orang Lemah Yang Lain-lain, Kaum Fakir Miskin, Orang-orang Cacat, Berbuat Baik Kepada Mereka, Mengasihi, Merendahkan Diri Serta Bersikap Merendah Kepada Mereka

قال اللَّه تعالى: {وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ } .

dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman. (al-Hijr : 88)

وقال تعالى: { وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا } .

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; (al-Kahfi : 28)

وقال تعالى: { فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلا تَقْهَرْ ، وَأَمَّا السَّائِلَ فَلا تَنْهَرْ } .

Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang, Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu menghardiknya. (adh- Dhuha : 9-10)

وقال تعالى : {أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ ، فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ ، وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ } .

Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? , Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

260- عن سعد بن أَبي وَقَّاص رضي اللَّه عنه قال : كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم سِتَّةَ نفَر ، فقال المُشْرِكُونَ للنَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : اطْرُدْ هُؤُلاءِ لا يَجْتَرِئُون عليْنا ، وكُنْتُ أَنا وابْنُ مسْعُودٍ ورجُل مِنْ هُذَيْلِ وبِلال ورجلانِ لَستُ أُسمِّيهِما ، فَوقَعَ في نَفْسِ رسول اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم ما شاءَ اللَّه أَن يقعَ فحدث نفْسهُ ، فأَنْزَلَ اللَّهُ تعالى : { ولا تَطْرُدِ الَّذِينَ يَدْعُون رَبَّهُمْ بالْغَداةِ والعَشِيِّ يُريدُونَ وجْهَهُ } [ الأنعام : 52 ] رواه مسلم.

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash ra. Ia berkata : ” Kami berenam bersama Nabi SAW Kemudian berkatalah pemuka-pemuka kaum musyrik : “Usirlah mereka dari sisimu, agar tidak kurang ajar kepada kami.” Saya, Ibnu Mas’ud dan orang dari suku Hudzail, serta Bilal dan dua orang yang sengaja tidak saya sebutkan namanya. Maka tergeraklah dalam hati Rasulullah SAW, apa yang akan terjadi pada dirinya, tiba-tiba Allah Ta’ala menurunkan ayat: “WALAA TATHRUDIL LADZIINA YUD’UUNA RABBAHUM BIL GHADAATI WAL ‘ASYIYYI YURIIDUUNA WAJHAH” (Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang selalu berdoa kepada Tuhannya pada waktu pagi dan petang dengan mengharapkan Keridhaan-Nya. {al-An’aam : 52}) (H.R Muslim)

Rabu, 26 Ogos 2009

SELAMAT HARI LAHIR..EMAK


Hari ini merupakan hari lahir emak.Selamat hari lahir aku ucapkan.Semoga dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.Hanya doa sahaja yang dapat aku hadiahkan.Nak beli barangan,aku rasa aku belum mampu lagi.takpelah satu hari pasti aku akan hadiahkan sesuatu untuk dirinya.
Seperti biasa,sebelum aku pergi kerja,aku akan cium tangan dan dahi emak.Pohon restu..Tapi hari ni aku lihat mak lain sikitlah..dia mengadu sakit kepala..aku suruh berehat.
Aku pun pergilah kerja seperti biasa.Satu hal lagi..motor aku pulak meragam,walhal baru semalam aku servis..Pelan-pelan aku bawa motor..akhirnya sampai juga.
Petang,aku diberitakan bahawa emak dari tadi tidak bangun-bangun.Risau gak..al-maklumlah..sekarang ni penyakit macam-macam ada..Ina kata nak bawa mak ke hospital.Mak mertua aku pun tak sihat gak,baru lepas keluar hospital semalam dan kini berada di rumah aku..
Alhamdulillah.selepas dapat rawatan,emak dikatakan cuma demam urat aje..

Apa pun..kepada adaik-beradik aku,sama-samalah kita berdoa ye..

Sabtu, 22 Ogos 2009

1 ramadhan...


Hari ni seluruh umat Islam menunaikan ibadah puasa..Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua aku ucapkan.Dan paling dinantikan oleh setiap ibu-bapa ialah pada awal ramadhan ni lah..semua anak,menantu serta cucu-cucu akan pulang ke kampung halaman untuk bersama berbuka puasa.Tidak ketinggalan juga dengan keluarga aku.Lepas asar aje,semua berkumpul,ajun sekeluarga,ju sekeluarga,azhan sekeluarga dan yang paling dekat aku dan ina lah..Lama tak berkumpul sebenarnya..Achon,mungkin ada hal kot..takpelah esok lusa dia balik lah..

Juadah berbuka hari ni..jeng..jeng..jeng..menu rasmi..asam pedas..perh!!sedap wo!!Makin bertambah-tambah ahli keluarga aku makan..yang bestnya,anak-anak kami telah penuhi meja makan dahulu..macam puasalah mereka semua ni.hahhahaa..

Hari ni,bukan sahaja kami berbuka puasa bersama,malah kami adakan juga sambutan hari lahir bondaku..ala kadar sahaja..namun kami harap mak suka..Adik beradik telah menghadiahkan penghawa dingin untuk diletakkan dirumah..al-maklumlah..rumah kami ni,jika panas,bahangnya sampai ke dalam..

(inilah hadiah untuk mak..national 1.5hp)

(selamat hari lahir mak..)

(adik iparku sedang membacakan doa)

(upacara memotong kek bersama cucu-cucu)

(kita makan dulu)

(akulah juara..)

(alamak!comotlah pulak)

(fuyoo...sejuknya umah wan)

Dalam kegembiraan aku hari ni..aku sekeluarga telah dimaklumkan bahawa emak mertua aku,telah di masukkan ke Hospital Banting,penyakitnya masih belum diketahui lagi.Harap-harap tidak ada apa-apalah..mudah-mudahan cepat sembuh..

Jumaat, 21 Ogos 2009

Pak Cik Shah dalam kenangan,,,


Dalam perjalanan menghala ke Klang atau ke Banting,pasti akan terlihat Masjid ini..Ianya terletak di Sungai Rambai,Jenjarom.Indah bukan?Di dalam masjid ini memang cantik,baik dari susun aturnya mahupun pemandangan sekelilingnya.Setiap hari,aku akan singgah di rumah Allah ini untuk menunaikan solat Asar,walhal jarak rumah aku dengan masjid ini taklah jauh sangat..tapi entahlah..aku rasa tenang sahaja bila menjejakkan kaki ke dalamnya..

Dalam penulisan aku yang terdahulu yang bertajuk P.H.D? aku ada tinggalkan ulasan dan aku berjanji akan keluarkan dalam masa terdekat..maka hari ini aku tunaikan,beberapa tahun dahulu,arwah pakcik dan makcik telah datang ke rumah aku.Bila aku pulang dari kerja aku hanya nampak makcik sahaja,dan bila ku bertanya pakcik mana,lantas makcik menjawab pakcik ada buat kerja di Sungai Rambai,membina masjid..

Maaf..aku terpaksa berhenti..aku tak dapat teruskan penulisan ku..

Al-Fatihah..

Petua - tersengkang tulang

Sesiapa yg menulis benda nie aku rasa dia memang kelakar..... ... and not only that the message were well presented... ...... Nice!!!! Just sharing (mungkin ramai yg tlh membacanya dari mana2 pun!)

"Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer....."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. Ñ×utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper? kan susah tu!!!
Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "
Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah.. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer...."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,just pengalaman.
PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat)"

Khamis, 20 Ogos 2009

Jumaat oh Jumaat...indahnya

Salam..lusa..kita akan menyambut bulan ramadhan.Bulan yang penuh dengan keberkatan.Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan kita.Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dari Nya.Dan dikesempatan ini juga,aku secara peribadi ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga ku,seluruh rakan bloggerku,seluruh rakan dan temanku..

Sebelum aku meneruskan catatan aku pada kali ini,aku pohon jasa baik kalian yang berada di dalam laman blog ku agar kita dapat sedekahkan surah Al-Fatihah serta pahalanya disedekahkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga dan sahabat baginda,juga kepada arwah-arwah saudara-mara kita yang telah meninggalkan kita lebih dahulu.Al-Fatihah..

Memandangkan esok hari Jumaat,penghulu segala hari,aku nak cerita sikitlah..tapi janganlah ambil hati ye..ni pendapat peribadi aku..

Hari ni,sewaktu aku membaca akhbar,aku amat tertarik dengan satu artikel yang bertajuk "RAMAI TIDAK KISAH SOLAT JUMAAT" tulisan Maslina Ismail dari akbar Sinar.

Memang aku sokong 100% tentang apa yang ditulisnya.Ramai antara kita golongan lelaki ini bila tibanya waktu solat Jumaat kita akan lihat RAMAI yang masih berada di luar masjid lagi.Paling tidak pun kat restoran-restoran atau gerai-gerai.Paling teruk,masa ini digunakan untuk pergi ke shopping complex yang berdekatan.Dan ada juga yang berada di stesen KTM..opsss!!bukan Keretapi Tanah Melayu tetapi dikedai nombor Kuda,Toto dan Magnum..Astagfirullah..apalah nak jadi dengan mereka ini.Dahlah tak solat..dapat satu DOSA..ni kat K.T.M pun dah dapat dosa lagi..pakej tu...Kan dah tahu,bahawa hari Jumaat merupakan penghulu segala hari.Rebutlah peluang ni..Adakah kita tahu yang kita ni sempat lagi bertemu dengan hari Jumaat pada minggu-minggu akan datang??

HARI Jumaat – hari yang memang berbeza daripada hari-hari yang lain. Dari sudut lahiriah, hari Jumaat terasa lainnya kerana pada hari ini wanita-wanita yang bekerja akan memakai baju kurung. Malahan pelajar sekolah juga diwajibkan berbaju kurung bergantung kepada kehendak dan jenis sekolah. Bagi lelaki Muslim pula, mereka kelihatan segak dan bergaya dengan memakai baju Melayu. Pemandangan sebegini setidak-tidaknya membezakan hari Jumaat dengan hari-hari yang lain.

Jumaat juga berbeza daripada hari-hari yang lain kerana pada hari ini, lelaki Muslim akan mengerjakan solat Jumaat di masjid. Kedai-kedai, pejabat, jalan raya, pusat beli belah, kedai kopi dan di mana-mana tidak akan terlihat kelibat lelaki Muslim ketika solat Jumaat berlangsung. Di Bandar, kampung atau luar negara yang mempunyai sebilangan lelaki Muslim, akan sunyi seketika tanpa kehadiran mereka.

Itu suatu waktu dahulu. Hari ini juga, hari Jumaat masih menjadi hari yang istimewa dan “penghulu segala hari”. Masjid masih penuh dengan jemaah. Mereka berkumpul beramai-ramai seolah-olah seperti sebuah perjumpaan mingguan bagi orang Islam.

Suatu waktu dahulu, kita akan merasa pelik dan memandang serong kelibat lelaki Muslim yang ‘berkeliaran’ ketika solat Jumaat sedang berlangsung. Jika tidak boleh bersolat Jumaat atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, mereka tidak akan merayau-rayau atau memunculkan diri pada waktu solat Jumaat.

Kini, solat Jumaat masih ada. Jemaahnya juga ramai sehingga kaki tangga dan halaman masjid penuh dan meriah. Namun, di luar sana, terdapat segelintir manusia yang lupa bahawa mereka lelaki Muslim yang diwajibkan menunaikan solat Jumaat kecuali atas sebab-sebab tertentu yang tidak membolehkannya.

Mereka yang terlupa ini berjalan ke sana sini tanpa rasa hormat kepada solat Jumaat yang sepatutnya ditunaikan. Juga tiada rasa malu yang wujud dalam jiwa mereka apabila dengan megahnya memimpin tangan pasangan yang bukan muhrim, berjalan-jalan ‘mencuci mata’ di pusat membeli belah, pusat hiburan dan sebagainya. Malahan, ada juga yang mengambil kesempatan berpeleseran di taman bunga atau memadu kasih di mana-mana sahaja.

Pada waktu dahulu, rumah dan bilik air menjadi tempat persembunyian mereka yang malas mengerjakan solat Jumaat. Mereka akan duduk berkurung di rumah sehingga solat Jumaat selesai. Kini, pusat membeli belah menjadi tempat persembunyian yang efektif. Malahan bagi remaja pula, mereka rela berhimpit dan berpanas di dalam pusat snuker, pusat permainan video, kafe siber dan berpeleseran di mana-mana sahaja tanpa merasai nikmat bertemu dengan hari Jumaat dan menunaikan solat Jumaat yang wajib ke atas mereka.

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu Allah ciptakan Adam a.s, Allah turunkan Nabi Adam a.s ke bumi, Allah mematikan Nabi Adam, dan pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.

Imam Al-Ghazali berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat. Imam Al-Ghazali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabiin dan ulama Yahudi yang memeluk agama Islam pada zaman Saiidina Abu Bakar) berkata, burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan “Selamat, selamat hari yang baik”.

Setiap hari Jumaat, Allah s.w.t mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah s.w.t mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah s.w.t berfirman yangbermaksud:
“Wahai malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah, nilai ‘manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan taqwa’ terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah s.w.t.

Dari segi syarak, solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah dalam waktu Zuhur, pada hari Jumaat di masjid atau tempat-tempat tertentu dan didahului dengan dua khutbah. Hukum solat Jumaat ialah fardu ke atas setiap lelaki Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya seperti beragama Islam, akil baligh, berakal, merdeka, bermastautin dan tidak sakit. Oleh itu, jelaslah bahawa solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap umat Islam kecuali hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa yang dapat menunaikan sembahyang Jumaat, maka baginya di sisi Allah pahala seratus orang yang mati syahid. Dan barang siapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya.”

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.” (Al-Jumaah: 9)

Kewajipan solat Jumaat ke atas lelaki Muslim amat jelas. Hikmah dan kebaikan solat Jumaat juga sering disebarluaskan demi menjaga kepentingan solat Jumaat di kalangan lelaki Muslim. Kebenaran daripada al-Quran yang manakah yang hendak disembunyikan, demi mengejar keseronokan duniawi sehingga berkira dengan masa yang tidak sampai dua jam untuk menunaikan solat Jumaat bersama jemaah yang lain.

Jangan beri alasan bahawa khutbah yang dibaca oleh khatib membosankan. Itu ilmu. Ilmu yang dicari walau sebentar cuma, pahalanya amat banyak. Ya, kadangkala membosankan bagi kanak-kanak dan remaja sekolah yang masih mentah dalam memahami apa yang disampaikan oleh khatib.

Oleh itu, khutbah Jumaat harus selari dan sesuai dengan pendengarnya. Isu yang dipaparkan tidak perlu besar dan gah seperti tentang dakyah Barat serta gerakan anti Islam yang memang sedia diketahui umum. Sebaiknya khutbah Jumaat membicarakan perkara asas dalam masyarakat Islam dan hubungannya dengan Allah s.w.t.

Perkara-perkara asas yang boleh disentuh adalah seperti kepentingan menjaga saf, mengambil wuduk, kepentingan berbaik sesama jiran, adab berpakaian, hubungan ahli keluarga dan sebagainya. Pihak yang berkenaan harus mengambil peluang menjadikan khutbah sebagai medium terbaik menyampaikan sesuatu apatah lagi dalam suasana masyarakat Islam berkumpul bersama-sama menunaikan solat Jumaat.

Solat Jumaat jika dilakukan dengan sempurna bukan sahaja berfungsi sebagai penghapus dosa, mencegah perbuatan keji dan mungkar serta memantapkan jiwa dan sifat tawaduk dalam diri seperti solat wajib yang lain, malah ia juga berfungsi sebagai majlis ilmu.

Tidak menghormati solat Jumaat dengan berjalan ke sana sini, berseronok bersama pasangan dan sebagainya merupakan perbuatan yang keji. Masyarakat harus tahu hakikat itu. Bertindak menegur mereka yang lalai dan sengaja leka dengan hakikat kewajipan bersolat Jumaat adalah tanggungjawab yang dituntut.

Ibu bapa harus mendidik anak-anak dengan bersungguh tentang kepentingan dan kewajipan solat Jumaat. Sejak anak-anak kecil lagi, mereka harus diberitahu tentang nikmat dan hikmah solat Jumaat. Jangan lupa ceritakan juga keseronokan dan pahala amalan yang kita lakukan bukan sahaja untuk solat Jumaat malahan sepanjang hari Jumaat.

Amalan berterusan pada hari Jumaat seterusnya akan mendidik jiwa supaya sentiasa ingat kepada Allah s.w.t dan hidup bermasyarakat dengan baik setiap hari sehingga ke akhir hayat. Apakah sukar melapangkan masa hanya dua jam hingga tiga jam seminggu untuk menunaikan solat Jumaat yang pahalanya dan kebaikannya meliputi sepanjang hayat?

Ahad, 16 Ogos 2009

aku hanya menulis..

Hari yang cerah tiba-tiba bertukar menjadi gelap dan diikuti dengan ribut yang amat dahsyat.Segala-galanya tidak sampai pun setengah jam.Cuaca boleh berubah dalam sekelip mata sahaja..Maka orang pun akan berkata,itulah lumrah alam.Perubahan cuaca adalah fenomena biasa kerana pergolakan dalam sistem solar dan ekologi alam ini...

     Sebagaimana cepatnya hari bertukar wajahnya,maka begitulah dengan kehidupan kita ini.Adakah hari esok usia kita ini akan menurun?Tentu tidak..hidup ini akan senantiasa dibayangi oleh awan yang amat gelap dan hujan ribut yang datang tanpa diduga..Inilah yang dinamakan ujian.

Bagi insan yang beriman,ujian yang hadir dalam hidup ini akan menambahkan lagi iman di dada..Berapa ramaikah yang mengucapkan syukur bila ujian ini hadir dalam kehidupan?Termasuklah aku...keluhan yang keluar dari bibir aku..Astagfirullah..Ya Allah..ampunilah aku...Sesungguhnya aku tak mahu dikategorikan sebagai seorang yang kufur...kerana bagi orang yang kufur,peristiwa yang berlaku kepada diri atau pun keluarganya menjadi bala,hukuman Allah Taala kepadanya..Ini kerana hukuman itu dapat menyedarkan diri,mengingatkan diri yang terlalu alpa,lalai dan jauh terlanjur..maka ia bertukar menjadi penyebab untuk dirinya berubah,kembali bertaut dengan tali Allah.Keinsafan dan taubat menjadikan seseorang individu itu kembali ke landasan yang sebenarnya yakni ke jalan Allah..

Namun segala-galanya tidaklah semudah yang disangka.Sekali kita hanyut..bukan senang untuk berenang ketepian.Bukan mudah kalau tidak ada penyebabnya.Para Rasul dan pewarisnya bekerja sepanjang hari untuk mencari penyebab supaya jiwa yang mati,hati yang kering kontang KEMBALI hidup,bersinar,bercahaya seperti intan permata yang berharga.Usaha mendidik,ingat-mengingati telah dipusakakan turun-menurun oleh baginda Rasulullah SAW kepada kita.Kini,cabaran yang perlu kita hadapi jauh berbeza dengan perjuang dahulu hadapi.Globalisasi menggugat serta mengubah pola kehidupan kita.

PHD?

Seawal jam 5.27 pagi tadi,aku telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang menyatakan bahawa jiran aku di Kajang telah kembali ke rahmatullah.Maaf aku terpaksa rahsiakan namanya atas sebab-sebab yang tertentu.Jiran aku ini telah aku serta ahli keluarga aku sebagai keluarga.Sikap arwah serta ahli keluarganya membuatkan kami rapat hinggakan emak aku dianggap sebagai kakak.Bayangkanlah betapa intimnya hubungan kekeluargaan keluarga aku dan keluarga arwah.Budi baik arwah sekeluarga memang aku dan keluarga tidak dapat membalasnya.Sifatnya yang pemurah,mudah senyum membuatkan bukan sahaja aku dan keluarga senang mendampingi arwah serta keluarga malah jiran tetangga juga turut mengagumi keperibadian arwah.Pantang bagi arwah bila terdengar ada musibah atau ada keluarga yang berada dalam kesusahan,PASTI beliau sekeluarga akan  membantu...Aku sedikit terkilan kerana tidak dapat ziarah arwah.Bukan aku tak mahu pergi,kesihatan aku pada awal pagi ini AMAT tidak mengizikan.

Arwah seorang yang berjaya dalam kerjayanya hingga mampu membuka syarikatnya sendiri dan disegani oleh para pesaing.Biasalah lumrah kehidupan kita yang bergelar manusia ini.Pasti mempunyai P.H.D atau sinonim dengan "Perasaan Hasad Dengki".Sejak arwah berjaya mencipta kejayaan demi kejayaan,ada dikalangan para sahabat mahupun pesaingnya yang TIDAK berpuas hati.Mulalah melakukan perkara-perkara terkutuk dan dilaknat oleh Allah.Bukan aku nak katalahkan..tapi hakikatnya memang begitulah manusia terutama bangsa aku sendiri..Arwah sekeluarga pernah diuji namun arwah sekeluarga tabah dan tenang hadapi dugaan ini.Sejak kebelakangan ini,arwah diberi satu lagi ujian hingga terlantar sakit dan pada hari ini arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Qada dan Qadar telah ditentukan oleh Nya...Allah lebih menyayangi arwah dari kita semua.

Al-Fatihah..

Bukan nak percaya kepada benda-benda kurafat ini..namun secara logiknya,arwah tidak pernah dikhabarkan hidap sebarang penyakit..Entahlah aku hairan dengan golongan-golongan PHD ini..tak boleh tengok ada orang berjaya sedikit,mulalah lakukan perkara yang tak elok.Tak takut azab ke agaknya mereka ini.Mereka ini ingat boleh lepas dari azab ke??

Sabtu, 15 Ogos 2009

Manusia vs Perangai


Entahlah..kadang-kadang pelik juga dengan perangai insan yang dinamakan manusia ni ye..dibuat salah,tak buat pun salah..banyak beno songehnya..cemburu kot..tapi hairan gak,kenapa jenis manusia ni yang cemburu.BUKAN pakai duit dia pun..satu sen pun tak ambil.Ini atas daya usaha aku..idea aku..demi mengubah imej dan menjadikan aku serta rakan lain lebih bersemangat lagi untuk lakukan sesuatu... SEPATUTnya suka hati akulah nak buat apa.Dan sepatutnya juga dia menyokong..ni tak manusia ni lah yang beriya-iya membangkang.Dahlah kena bangkang,timbul  pula satu lagi jenis manusia yang BATU API..lagi kuatlah manusia sibangkang ni..Manusia yang jenis BATU API ni wahhh bukan main lagi lakonannya..kalah Erra Fazira..bila depan manusia BANGKANG ni...baik aje..jenis YES BOSS..tapi belakang KUTUK habis...Tak payahlah aku cerita apa yang berlaku..tak elok.Cuma nilah luahan hati aku...dan tak perlu juga aku sebut namanya..tak guna pun berkenalan dengan mereka ini..Namun apa juga yang mereka lakukan terhadap aku dan karier aku...;antaklah JANJI aku tak menyusahkan mereka.

Satu lagi jenis manusia ni juga boleh dikategorikan sama dengan BUSUK HATI ni..tapi aku kategorikannya BEBAL,,maaflah..aku tak maksud beri gelaran ni kepada orang jenis ni..tapi aku rasa memang layak pun..Perangai aku dari dulu lagi memang macam ni..gila-gila sikit aje..tapi taklah gila sangat...hahahaha..Sama juga,aku takkan melatah jika orang tak usik aku dulu..sebab bagi aku,sekali kau buat depan orang,aku MALU..aku pun ada hati dan perasaan...dan aku akan bayar tunai balik tak jam tu..jam berikut,tapi takdelah seteruk kau buat aku..cuma sipi-sipi..Ha!!Tau pula kau melenting...walhal BUKAN aku pun yang buat kau jadi begitu..kawan kau yang sentuh kau..aku pula yang kau salahkan...apa jenis manusialah kau ni yer...Laannntak kau lah..Aku dah malas nak layan manusia-manusia jenis macam yang tersebut di atas..

Dunia oh dunia..kenapa dan mengapakah seharusnya ada golongan sedemikian di muka bumi ini.Tak bolehkan antara manusia itu lihat kesenangan orang lain.Asyik hendak dengki antara satu dengan yang lain.Asyik nak tikam kawan dari belakang sahaja demi kepentingan dan kesenangan diri sendiri..Aduh!!!Jika ramai lagi makhluk sebegini..alamak BANGSA tidak akan majulah....

gambar adalah sebagai hiasan sahaja.TIADA kena mengena dengan ceritaku

Khamis, 13 Ogos 2009

Pergimu tak kan kembali...


Salam..terlebih dahulu marilah kita sedekahkan Surah Al-Fatihah buat AllahyarhamUstaz Asri..

Seawal jam 11.30 pagi tadi,sebaik sahaja aku membuka laman blog,aku terbaca berita tentang pemergian Allahyarham Ustaz Asri.Agak terkejut juga dengan berita ini,macam tak percaya sahaja.Untuk mendapatkan kepastian,aku hubungi rakan-rakan ku dari pihak akhbar.Memang sah laporan dari laman blog itu...

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan Rabbani dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan. Malaysiakini

Takziah untuk keluarga beliau. Al Fatihah.

Selasa, 11 Ogos 2009

MUDAH-MUDAHAN INFO INI DAPAT MEMBANTU...

Which groups at high risk for severe illness from Infflluenza A (H1N1) infection?

· Children younger than 5 years old
· Persons aged 65 years and older
· Children and adolescents (< 18 years) on long term aspirin therapy
· Pregnant women
· Adults and children with asthma, chronic obstructive pulmonary disease, organ
failure, cardiovascular disease, hepatic, hematological, neurologiic,
neuromuscular or metabolic disorders such as Diabettes Mellitus
· Adults and children who have immunosuppression
· Residents of nursing homes and other chronic care facillities

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan
Kementerian Kesihatan Malaysia

3 Ogos 2009


Pada 3 Ogos 2009 sejumlah 17 kes baru influenza A(H1N1) dan 1 kes kematian
dilaporkan. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara Malaysia. Kesemua 17 kes
yang dilaporkan hari ini, adalah kes sporadik atau terpencil.
Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 3 Ogos 2009 jam 8.00 pagi
adalah sebanyak 1,446 kes dengan jumlah kematian 7 orang. Daripada 1,446 kes yang
dilaporkan tersebut, 574 (40%) merupakan kes import dan 872 (60%) kes jangkitan
tempatan. Daripada jumlah ini, 1,408 kes (97%) telah sembuh, hanya 29 kes atau 2%
sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 8 daripadanya berada
di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di
rumah.
Daripada 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor
risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(1) dan imuniti rendah(2).
Bagi 17 kes sporadik, 7 dirawat di wad isolasi hospital, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi
dan 9 orang menerima rawatan pesakit luar.
Kes kematian ketujuh adalah seorang wanita berusia 23 tahun yang telah disahkan
mendapat jangkitan influenza A(H1N1) sejak 23 Julai 2009 dan disebabkan komplikasi
pada paruparu beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Miri sejak 22 Julai
2009 sehingga hari kematian pada 4 pagi 3 Ogos 2009. Sejarah asalnya, pesakit ini telah
bersalin di Hospital Miri pada 21 Julai 2009.
Selepas bersalin, beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk dan disahkan
menghidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 23 Julai 2009. Simptom utama beliau adalah
demam dan batuk yang telah bermula sejak 4 hari sebelum bersalin. Bayi pesakit didapati
selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan influenza A(H1N1). Akibat komplikasi
jangkitan yang teruk pada paruparu, pesakit telah berada di Unit Rawatan Rapi hospital
sehinggalah kematiannya pada jam 4.00 pagi, 3 Ogos 2009. Penyebab kematian
direkodkan sebagai pneumonia due to influenza A(H1N1) infection.
Merujuk kepada situasi global, sehingga 3 Ogos 2009, sejumlah 183,854 kes dengan 1,307
kematian telah dilaporkan daripada 167 negara. Peningkatan sebanyak 28 kes dengan 6
kematian berbanding dengan hari sebelumnya. Tiada pertambahan negara yang terbabit.
Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi menerima banyak pertanyaan berkisar kepada
langkahlangkah yang perlu dilakukan jika mempunyai gejala jangkitan H1N1. Sehubungan
dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan langkahlangkah berikut:


a. Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas
batuk, bersin dan lainlain.
b. Menutup mulut ketika bersin dan batuk.
c. Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.
d. Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
e. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak¬anak kecil ke tempat yang sesak


Sekiranya terdapat gejala berterusan dan bertambah teruk, disarankan untuk mendapatkan
rawatan di klinik serta hospital yang berdekatan. Bagi memastikan rawatan awal dengan
antiviral influenza dapat diberikan dengan segera bagi mereka yang berisiko tinggi dan
menunjukkan simptomsimptom jangkitan influenza, Kementerian Kesihatan masih
mengekalkan ketetapan seperti berikut;


a. Bahawa semua keskes yang mempunyai simptom jangkitan influenza serta
mempunyai faktor risiko (mengandung, obesiti, asma, penyakit paruparu kronik,
diabetik dan golong imuniti rendah), hendaklah diberi rawatan antiviral influenza
sertamerta tanpa perlu membuat ujian pengesahan influenza A(H1N1). Ini adalah
untuk keskes yang dikesan dalam masa 48 jam selepas onset.
b. Ujian pengesahan jangkitan influenza hanya perlu untuk keskes yang dirawat di
hospital.
c. Pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi yang bersimptom jangkitan influenza
A(H1N1) diingatkan supaya mengelakkan diri daripada menghadiri kelas, kuliah
termasuk aktiviti berkumpulan dan pergi ke tempat tumpuan orang awam seperti
pusat membeli belah. Mereka hanya dibenarkan menghadiri aktiviti-aktiviti ini
selepas 1 hari bebas daripada gejala jangkitan influenza A(H1N1).
Maklumat semasa Influenza A (H1N1) termasuk aktiviti pencegahan boleh didapati melalui
laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan
http://h1n1.moh.gov.my ataupun melalui Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian
Kesihatan 0388810200 dan 0388810300 yang beroperasi antara 8.00 pagi hingga 5.30
petang setiap hari termasuk hari cuti dan kelepasan am.
Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan
influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk
kesejahteraan semua.


Sekian dan terima kasih


TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 3 Ogos2009

Senarai Hospital Khas (Designated Hospital) Swasta Untuk
Merawat Kes-Kes Influenza A(H1N1)


Wilayah Persekutuan KL & Selangor


1. Gleneagles Intan Medical Centre
2. Pantai Hospital Kuala Lumpur
3. Pantai Hospital Cheras
4. Sunway Medical Centre
5. Tropicana Medical Centre
6. Tung Shin Hospital
7. Sime Darby Medical Centre Subang Jaya Sdn. Bhd
8. Assunta Hospital, PJ
9. KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital KL
10. Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang


Kedah


1. Kedah Medical Centre Sdn Bhd
Pulau Pinang
1. Gleneagles Medical Centre
2. Island Hospital
3. Loh Guan Lye Specialist Centre
4. Penang Adventist Hospital


Perak
1. Pantai Hospital Ipoh


Melaka

1. Pantai Hospital Ayer Keroh


Johor
1. KPJ Johor Specialist Hospital
2. Pantai Hospital Batu Pahat


Kelantan
1. Perdana Specialist Centre


Sabah
1. Sabah Medical Centre



Ahad, 9 Ogos 2009

Kenduri..oh..kenduri


Semalam,aktiviti aku takdelah banyak sangat dilakukan.Cuma diwaktu pagi aku terpaksa laksanakan tugas menyelaraskan kenderaan konvoi kempen kibar jalur gemilang..al-maklumlah kan dah nak masuk bulan kemerdekaan ni...beginilah tugasan aku sebagai sukarelawan..hehe..mengendali..menyelaras dan melaksanakannya..

(para peserta konvoi sedang membuat persiapan terakhir sebelum upacara perlepasan)

Selepas selesai semuanya..aku bergegas pulang ke rumah mertua ku..dah lama benar aku tak balik..puteriku ini pun belum jejakkan kakinya di sana lagi.Hari ni,ada kenduri tahlil arwah dirumah mak mertua aku..nak puasa ni memang kebiasaannya buat kenduri.

Kepala aku ntah kenapa sakit sangat..panas kot cuaca pada hari ni...atau kurang tido malam sebelumnya..sibuk update blog satu lagi...

Lepas asar kenduri dijadualkan..perh!!kira-kira jam 6.30 petang barulah jemputan hadir..Rupanya ada 3-4 tempat lagi yang buat kenduri yang sama,masa juga sama..Nasib baik hidangan "ambang"..senang sikit...

(biras aku yang pakai baju T tu..sedang mengetuai bacaan tahlil..)

(sebahagian dari jemputan yang hadir)

Khamis, 6 Ogos 2009

apa nak buat ni....

Salam..
mmmmmm..dah lama tak update blog ni..rasa rindu pun ada juga..namun walaupun tak update aku tetap bukanya setiap masa..
Entahlah..nak kata malas..tak juga..Cuma sejak kebelakangan ini mood takde aje.Biasalah..bila dinamakan manusia tu ada aje dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi.Kekadang diri ini berada di atas dan ada kalanya tersungkur ke bawah.Namun..naik ke..turun ke..kehidupan ini harus aku teruskan.
Dugaan demi dugaan telah ku terima sejak kebelakangan ini.Boleh jadi "gila" jika aku terus memikirkannya..aku ambil keputusan agar tidak memikirkannya langsung..Aku hanya mampu berserah kepada Nya sahaja disamping berdoa agar apa yang aku lakukan akan mendapat perlindungan dari Nya.
Kawan,ada kala bila kita berada di atas..kitalah raja baginya..namun bila kita di bawah..langsung tak dipandangnya..Itulah lumrah kehidupan.Ada $$$$$ semua jadi..
Ada kala aku terfikir juga,sampai bila keadaan ini akan berakhir?Tiada titik noktahnya.Hari makin hari berlalu..Adakah benar apa yang aku lakukan?Atau sebagai cara untuk aku melepaskan dendam?Entahlah..
Disebabkan itu juga aku lebih rela menyepikan diri..namun aku percaya pasti suatu hari aku akan bangkit dan segala dugaan dan cabaran ini BERJAYA ku hadapinya.

Isnin, 3 Ogos 2009

Ramadhan..oh...Ramadhan

Salam..tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu Bulan Ramadhan...Alhamdulillah...dapat juga aku menyambutnya pada tahun ini..kali ini,bertambah ceria lagi dengan kehadiran puteriku Adriana Amni...Mudah-mudahan Ramadhan kali ini beri 1000 kenangan buat aku serta keluarga juga anda sekelian...

Bercerita tentang bulan Ramadhan dan Syawal..ianya pasti akan disambut dengan 2 suasana yang berbeza oleh kita semua.Mana taknya bulan Ramadhan tiba,kita beramai-ramai memenuhi masjid,TETAPI apabila menjelangnya Syawal keadaan sudah berbeza..Masjid dan Surau yang meriah pada bulan Ramadhan seperti "berduka" kerana dianaktirikan apabila tibanya Syawal.Ia kembali seperti keadaan sebelum Ramadhan,asyik-asyik muka yang sama aje beristiqamah datang ke masjid,sementara wajah-wajah yang ada ketika Ramadhan dulu...hilang entah kemana.Aku bercakap bukan untuk orang lain...aku juga..Tapi aku berjanji akan berubah...InsyaAllah..

  Sambutan Syawal berlarutan hingga sebulan lamanya..seolah-olah "membalas dendam" kerana tidak dapat makan di siang hari sepanjang Ramadhan.Syawal menjadi Syurga makan minum sehingga mengundang pelbagai penyakit yang cukup sinonim dengan kehidupan kita.Apa dia?Penyakit jantung,kencing manis,darah tinggi dan banyak lagilah...Anggota badan yang telah berehat dan telah menjalani proses "overhaul" sepanjang Ramadhan tiba-tiba dikejutkan dengan tabiat lama tuan tubuh...Kalau sepanjang Ramadhan dapatlah mesin dalam perut kerja ikut syif tetapi menjelang Syawal,ia perlu bekerja TIDAK tentu masa,bahkan LEBIH kuat lagi kerana makanan yang masuk untuk diproses canggih-canggih dan global.Inilah realiti kepada kebanyakka orang awam tetapi tidak kepada orang-orang Allah..

Semoga paparan ini memberi seribu makna buat aku dan kalian semua.Salam Ramadhan daru diri ku serta ahli keluarga..Semoga amalan kita diterima oleh Allah...

Wassalammm

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...