Ahad, 16 Ogos 2009

aku hanya menulis..

Hari yang cerah tiba-tiba bertukar menjadi gelap dan diikuti dengan ribut yang amat dahsyat.Segala-galanya tidak sampai pun setengah jam.Cuaca boleh berubah dalam sekelip mata sahaja..Maka orang pun akan berkata,itulah lumrah alam.Perubahan cuaca adalah fenomena biasa kerana pergolakan dalam sistem solar dan ekologi alam ini...

     Sebagaimana cepatnya hari bertukar wajahnya,maka begitulah dengan kehidupan kita ini.Adakah hari esok usia kita ini akan menurun?Tentu tidak..hidup ini akan senantiasa dibayangi oleh awan yang amat gelap dan hujan ribut yang datang tanpa diduga..Inilah yang dinamakan ujian.

Bagi insan yang beriman,ujian yang hadir dalam hidup ini akan menambahkan lagi iman di dada..Berapa ramaikah yang mengucapkan syukur bila ujian ini hadir dalam kehidupan?Termasuklah aku...keluhan yang keluar dari bibir aku..Astagfirullah..Ya Allah..ampunilah aku...Sesungguhnya aku tak mahu dikategorikan sebagai seorang yang kufur...kerana bagi orang yang kufur,peristiwa yang berlaku kepada diri atau pun keluarganya menjadi bala,hukuman Allah Taala kepadanya..Ini kerana hukuman itu dapat menyedarkan diri,mengingatkan diri yang terlalu alpa,lalai dan jauh terlanjur..maka ia bertukar menjadi penyebab untuk dirinya berubah,kembali bertaut dengan tali Allah.Keinsafan dan taubat menjadikan seseorang individu itu kembali ke landasan yang sebenarnya yakni ke jalan Allah..

Namun segala-galanya tidaklah semudah yang disangka.Sekali kita hanyut..bukan senang untuk berenang ketepian.Bukan mudah kalau tidak ada penyebabnya.Para Rasul dan pewarisnya bekerja sepanjang hari untuk mencari penyebab supaya jiwa yang mati,hati yang kering kontang KEMBALI hidup,bersinar,bercahaya seperti intan permata yang berharga.Usaha mendidik,ingat-mengingati telah dipusakakan turun-menurun oleh baginda Rasulullah SAW kepada kita.Kini,cabaran yang perlu kita hadapi jauh berbeza dengan perjuang dahulu hadapi.Globalisasi menggugat serta mengubah pola kehidupan kita.

4 ulasan:

Fadhlah berkata...

aku hanya membaca...

zai berkata...

Salam Dik Zawal...

Terasa spt entri ini adalah coretan rasa dari hati kak zai jua..sangat serasi sekali luahan zawal dgn pendapat kak zai..

Begitulah kita..Manusia yg bergelar insan didunia fana ini..pentas lakonan sementara dan pastinya ada suka, duka dan pasang surut kehidupan yg terpaksa dilalui..

Kak zai sendiri terasa mendungnya..hanya kepada Allah kita berserah moga2 dugaan dan cabaran yg diberikan dapat kita tempuhi dengan penuh kesabaran dan redha atas ujiannya..

Slmt Menyambut bulan Ramadhan AlMubarak...

Tanpa Nama berkata...

Fadlah..
Ku hanya mampu menyampaikannya..

Tanpa Nama berkata...

Kak zai..
Saya rasa inilah luahan hati saya sebagai hamba Allah..serba kekurangan kak..banyak benar dosa-dosa yang telah saya lakukan..

Terima kasih kak kerana sokong saya selama ini dan salam ramadhan juga dari saya sekeluarga..

Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...